You are on page 1of 7

ARAHAN: Kertas ini mengandungi 50 soalan objektif.

Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan


jawapan pada kertas OMR yang disediakan

1. Beliau dilahirkan di England, menjadi penggubal kurikulum seni lukis sekolah Malaya
dan pengasas ‘Wednesday Art Group’. Tokoh catan tersebut ialah
A. Syed Ahmad Jamal
B. Ahmad Khalid Yusof
C. Zakariah Noor
D. Peter Harris

2. Arca di atas bertajuk ayam jantan. Siapakah yang menghasilkan karya tersebut?
A. Abdullah Ariff
B. Dzulkifli Buyong
C. Anthony Lau
D. Syed Ahmad Jamal

3. Pilih kumpulan karya dalam seni halus


A. Batik, poster, anyaman
B. Lukisan, catan, arca, cetakan
C. Cetakan, catan, lukisan, tipografi
D. Reka bentuk industry, lukisan, catan

4. Tokoh ini merupakan tokoh seni reka grafik. Beliau digelar sebagai ‘Bapa Logo Hari
Kebangsaan’.
A. Haji Hashim Hassan
B. Hassan Abdul Muthalib
C. Zulkifli Haron
D. Jimmy Choo

5. Abdullah Ariff, Abdul Latiff Mohidin dan Dzulkifli Buyong terkenal dalam bidang
A. arca
B. catan
C. cetakan
D. seni reka

6. Jimmy Choo terkenal dalam bidang reka bentuk


A. grafik
B. fesyen
C. animasi
D. komunikasi visual

1
7. Mohamad Hoessein Enas ialah pelukis aliran
A. realisme
B. naturalisme
C. ekspresionisme
D. impresionisme

8. ___________ialah percantuman antara permulaan garisan dengan penghujung garisan.


A. Garisan
B. Jalinan
C. Bentuk
D. Rupa

9. Berdasarkan contoh-contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semulajadi?


A. Roda basikal
B. Bunga tayar
C. Urat daun
D. Lingkaran ubat nyamuk

10. Antara berikut merupakan fungsi garisan kecuali


A. Garisan menghasilkan rupa
B. Garisan menghasilkan ton
C. Garisan menghasilkan jalinan
D. Garisan menghasilkan cengkaman

11. Apakah maksud jalinan?


A. Corak pada permukaan kain
B. Corak pada badan kuda belang
C. Jalinan pada batang pokok
D. Kesan atau rasa sesuatu permukaan

12. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai garisan kecuali


A Garisan dapat menghasilkan rupa
B Garisan dapat menghasilkan bentuk
C Garisan dapat menghasilkan warna.
D Garisan dapat menghasilkan cengkaman

13. Pilih teknik penghasilan garisan


A. Capan, titik, stensilan, jahitan
B. Canting, titik, kolaj, anyaman
C. Capan, kolaj, cetakan, lipatan
D. Hard edge, canting, capan, kolaj

14. Unsur seni yang paling penting dalam karya kolaj ialah
A Jalinan C Garisan
B Warna D Ton

2
15. Sesuatu yang mempunyai corak yang ditimbulkan oleh garisan ialah
A cermin
B kulit telur
C pisau
D daun

16. Antara berikut, yang manakah jenis-jenis rupa?


A Rupa luaran dan rupa dalaman
B Rupa bersegi dan rupa organik
C Rupa organik dan rupa geometri
D Rupa alam semulajadi dan rupa bersudut
Soalan 17 hingga 20 berdasarkan pernyataan di bawah.
I. Jalinan tampak dan semula jadi
II. Jalinan sentuh dan semula jadi
III. Jalinan sentuh dan buatan manusia
IV. Jalinan tampak dan buatan manusia

17. Apakah jenis jalinan pada kura-kura?


AI C III
B II D IV

18. Apakah jenis jalinan pada bakul buluh?


AI C III
B II D IV

19. Apakah jenis jalinan pada buah tembikai?


AI C III
B II D IV

20. Berikut merupakan sifat jalinan kecuali


A tajam C licin
B kasar D bertenaga

21. Apakah jenis rupa dalam rajah bagi di bawah?

A. Rupa bebas
B. Rupa organik
C. Rupa tipografi
D. Rupa geometri

3
22. Berikut merupakan fungsi rupa kecuali
A. menghasilkan ton
B. menghasilkan corak
C. menghasilkan tipografi
D. menghasilkan simbol dan logo

23. Huruf yang diolah daripada rupa dikenali sebagai


A. abjad
B. tulisan
C. tipografi
D. rupa positif

24. Cantuman rupa di bawah boleh mewujudkan bentuk

A kon C silinder
B kubus D piramid

25. Jam dinding merupakan bentuk


A ilusi C lukisan
B konkrit D dua dimensi (2D)

26. Susunan garisan-garisan yang rapat menimbulkan ton


A terang C gelap
B cerah D pudar

27. Garisan yang manakah memberikan kesan teguh?


A Garisan menegak
B Garisan mencondong
C Garisan melintang
D Garisan terputus-putus

28. Antara berikut, yang manakah mempunyai bentuk konkrit?


A. Catan C. Cetakan
B. Arca D. Lukisan

29. Pilih penyataan yang betul tentang bentuk.


A. Bentuk terhasil apabila permulaan garisan bertemu dengan penghujung garisan.
B. Bentuk dapat dilihat dari pelbagai sudut.
C. Bentuk mempunyai satu permukaan sahaja.
D. Sebuah kotak merupakan satu bentuk ilusi.

4
30. Sebuah buku merupakan bentuk______________, lukisan buku pula ialah bentuk
____________.
A. ilusi,konkrit
B. rupa,konkrit
C. konkrit,rupa
D. konkrit,ilusi

X mempunyai tinggi, lebar, jisim


dan berat

31. X dalam penyataan di atas merujuk kepada


A. garisan C. rupa
B. bentuk D. jalinan

32. Pilih sifat jalinan yang paling tepat bagi menggambarkan tentang kulit nanas.
A licin C halus
B kasar D lembut

33. Apakah jenis dan sifat jalinan yang terdapat pada kulit buah di atas?
A sentuh dan licin
B sentuh dan tajam
C tampak dan tajam
D tampak dan kasar
34. Antara berikut, yang manakah bukan cara perkembangan seni visual di Malaysia?
A Melalui peperangan dan penaklukan
B Melalui penubuhan persatuan seni lukis
C Melalui pengaruh pegawai Inggeris
D Melalui pengaruh tenaga pengajar dari China

35. Mengapakah rupa yang mudah sesuai digunakan sebagai lambang?


A Tidak jelas
B Mudah difahami
C Mempunyai pelbagai elemen
D Rupanya kelihatan lebih kompleks

5
36. Gambar manakah yang menunjukkan kesan bayang yang berlaku pada waktu lewat petang?

37. Berikut ialah fungsi Balai Seni Lukis Negara kecuali


A. mengadakan bengkel melukis
B. melapor tentang kehilangan lukisan
C. mempamerkan hasil karya pelukis tempatan
D. mengadakan kursus dan seminar seni halus

38. Rupa di atas ialah satu contoh


A. simbol C. lambang
B. muka taip D. corak

39. Rajah di atas menunjukkan contoh rupa. Rupa ini termasuk dalam jenis
A. rupa bulat
B. rupa negatif
C. rupa geometri
D. rupa organik

40. Berikut merupakan jalinan alam semulajadi kecuali


A. kulit buah nanas
B. corak kain
C. kulit kayu
D. ranting kayu

41. Jalinan pada tayar kenderaan berfungsi untuk


A. keindahan C. keselamatan
B. kelajuan D. nilai harga

6
42. Jalinan boleh dibahagikan kepada dua iaitu
A. jalinan positif dan jalinan negatif
B. jalinan tampak dan jalinan sentuh
C. jalinan alam dan jalinan alam semulajadi
D. jalinan alam dan jalinan buatan manusia

43. Kesan jalinan yang terdapat pada kulit tembikai adalah kesan jalinan
A. tampak C. geometri
B. sentuh D. beralun

44. Semua jenis garisan berikut adalah terbentuk melalui kejadian alam semulajadi, kecuali
A. sarang labah-labah
B. semburan air paip
C. air terjun
D. air yang beralunan

45. Manakah antara ruang berikut yang menunjukkan jenis ruang nyata?
A. Ruang rata
B. Ruang cetek
C. Ruang terbuka
D. Ruang dalam

46. ’Objek- objek yang jauh kelihatan kecil manakala objek-objek yang dekat kelihatan besar’.
Pernyataan di atas berkait dengan hubungan ruang dan ______________
A. rupa C. bentuk
B. perspektif D. dimensi

47. Ruang bilik akan berubah apabila _________


A. Lantai ditukar dengan jubin baru
B. Gambar-gambar digantung pada dinding
C. dinding dicat semula dengan warna asal
D. perabot-perabot diubah suai kedudukannya

48. Ruang- ruang yang terdapat pada lukisan adalah ruang _______
A. ilusi C. negatif
B. konkrit D. alam semulajadi

49. Karya-karya seni berikut mempunyai ruang nyata kecuali


A. arca C. tembikar
B. catan D. patung

50. Titik lenyap dalam perspektif juga dikenali sebagai


A. titik kaki langit
B. titik pandangan mata
C. titik perspektif
D. titik lenyap

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like