You are on page 1of 4

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN SATU

BIDANG: BAHASA SENI VISUAL


TAJUK 2 : GARISAN

1. Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat atau media yang
bermula daripada satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan.
2. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang
berbeza-beza.
3. Jenis-jenis garisan merujuk kepada saiz fizikal garisan seperti kasar, halus, kasar, pendek, panjang, tebal,
nipis, bengkok, lurus dan sebagainya .

4. Contoh-contoh garisan:

Garisan menegak Garisan berlingkar Garisan berpancar

Garisan melintang Garisan beralun Garisan bersudut

5. Fungsi garisan :

a) Garisan menghasilkan rupa.

b) Garisan menghasilkan jalinan.

c) Garisan mewujudkan ruang.

d) Garisan menghasilkan bentuk.

e) Garisan menghasilkan ton.


SOALAN OBJEKTIF

Arahan :

Pilih jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan di bawah.

1. Garisan merupakan cantuman satu ciri _________________.

A titik C garisan
B percikan D warna

2. Berikan jenis garisan yang digambarkan oleh titisan air hujan.


A Garisan bergetar C Garisan berpusar
B Garisan putus-putus D Garisan berlingkar

3.

Garisan yang wujud dalam lukisan di atas telah menghasilkan

I ruang III motif

II jalinan IV bentuk

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

4. Berdasarkan gambar rajah yang berikut, terangkan kesan perasaan yang ditimbulkan.

A teguh dan stabil C ton garisan

B garisan tebal D garisan nipis


5. Bagaimanakah garisan dapat diklasifikasikan ?

A Mengikut perasaan C Mengikut rupa bentuk dan sifatnya


B Mengikut ketebalannya D Mengikut jenisnya

6. Berikut merupakan contoh-contoh garisan di alam sekeliling, KECUALI

A air terjun C ombak laut


B urat daun D kereta

7. Bentuk sesuatu objek boleh ditimbulkan dengan unsur seni garisan melalui_________________

A garisan tebal C ton garisan


B garisan nipis D gubahan garisan

8. Garisan lengkung sesuai digunakan untuk melukis bentuk berikut ______________ .

A silinder C meja
B kotak D buku

9. Apakah fungsi garisan pada tayar kenderaan?

A Menghasilkan jalinan C Menghasilkan bentuk


B Mencipta ilusi warna D Menimbulkan pergerakan

10.

Penggunaan garisan dalam rajah diatas menghasilkan _____________________

A ruang C pergerakan
B bentuk D rupa
11. Garisan pancaran digunakan untuk menghasilkan gambaran ___________________

A ton C berpusar
B berpusat D pergerakan

12. Cara yang paling sesuai untuk menghasilkan ton gelap ialah ______________

A menggunakan garisan bertindih C menggunakan garisan berpancar


B menggunakan garisan tebal D menggunakan garisan beralun

Jawapan soalan Objektif

1A 2B 3B 4A 5C 6D

7C 8A 9A 10 A 11 B 12 B

You might also like