You are on page 1of 1

LATIHAN RINGKASAN GROUP B

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan pusat sumber sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Pusat sumber merupakan satu sistem yang tersusun dan berpusatkan pelajar,
fleksibel serta mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi pusat sumber kepada pelajar,
prasarana itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri selari dengan
kehendak penggunanya, khasnya guru dan pelajar. Dalam pengajaran bahasa, pusat sumber
berfungsi sebagai tempat untuk merujuk kepada koleksi pembelajaran kendiri pelajar seperti
buku.
Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa, , seseorang guru boleh
memberikan tugasan, sama ada secara individu ataupun kumpulan dan menyediakan sesuatu
tajuk untuk dibincangkan. Dalam hal tersebut, pelajar akan mendapatkan maklumat dengan
memanfaatkan sumber yang ada di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan.

Namun demikian, peranan pusat sumber amat berbeza. Peranan pusat sumber
bukanlah semata-mata untuk memberikan kemudahan pengajaran yang utama, tetapi
berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah pengajaran yang
berlainan. Terdapat juga sesetengah pusat sumber yang mengadakan pameran untuk
merangsang minat pelajar terutama dalam bidang bahasa. Guru dan pelajar yang menjadi
ahli kelab bahasa dapat turut serta dalam pameran tersebut.
Selain pameran, aktiviti lain dapat juga dilakukan dalam bentuk kuiz, permainan, soal
jawab, perbincangan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu. Selanjutnya, pusat
sumber boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran. Penukaran suasana ini,
dapat membantu pelajar untuk merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan
berbeza. Jika diamati, biasanya suasana pusat sumber jauh lebih kondusif berbanding bilik
darjah. Kadang kala di pusat sumber terdapat kemudahan seperti komputer, projektor
paparan hablur cecair dan televisyen. .
Oleh itu, kewujudan pusat sumber sekolah sedikit sebanyak membantu tugas guru
dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran mereka. Tuntasnya, peranan pusat
sumber hendaklah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa sejajar dengan
kepentingannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Peranan Pusat Sumber dalam


Pengajaran Bahasa’ Pelita Bahasa, Mei 2009)

JAWAPAN:

Petikan di atas menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber di


sekolah.
antaranya, peranan guru di sekolah. seseorang guru boleh memgendarkan tugasan, sama
ada secara individu ataupun kumpulan dan menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan.
selain itu, mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang
bahasa. Seterusnya, melakukan aktiviti bentuk kuiz, permainan, soal jawab, perbincangan
selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu. Akhir sekali, pusat sumber boleh dijadikan
sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran.

You might also like