You are on page 1of 3

SEKOLAH SERI MULIA SARJANA TOTAL MARKS:

Bahagian Menengah, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam

TAHUN 9 (NORMAL)
Bahasa Melayu (1 Jam) 100
Ujian Penggal Pertama - 2022 …………………………..
Tandatangan Ibu Bapa

Nama: ………………………………………………………….... Kelas: ……………… Tarikh: …………………


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------

ARAHAN KEPADA CALON UNTUK KEGUNAAN


Tulis nama penuh kamu, kelas dan tarikh dalam ruangan yang disediakan PEMARKAHAN
di atas. SAHAJA

Rujuk arahan yang diberikan bersama soalan. SOALAN 1 /40


Tulis semua jawapan di dalam kertas yang berasingan (exam pad).

PEMBERITAHUAN BAGI CALON SOALAN 2 /30

Markah diberikan dalam kurungan ( ) pada setiap penghujung soalan atau


ceraian soalan. JUMLAH /70

Jawab SEMUA SOALAN.

SOALAN 1 (40 Markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan ringkaskan menjadi tidak lebih daripada 100 patah perkataan.
Gunakan perkataan kamu sendiri dengan memelihara susunan dan maksud asalnya.

Tubuh badan memerlukan tenaga yang amat banyak ketika melakukan sebarang aktiviti. Namun
begitu, ramai orang tidak sedar tentang jumlah tenaga yang digunakan setiap hari, khususnya dalam
kehidupan zaman moden yang serba pantas ini.

Kesibukan melakukan aktiviti seharian menyebabkan seseorang itu tidak ada masa untuk
mengembalikan tenaga yang telah hilang. Apabila seseorang dewasa tidak mendapat tenaga yang
mencukupi, mereka akan mudah letih, mengalami kehilangan berat badan dan tidak dapat memberi
tumpuan atau perhatian. Ini mungkin menyebabkan prestasi kerja mereka semakin merosot.

Sebaliknya, bagi kanak-kanak pula, tenaga yang tidak mencukupi boleh membawa kepada
kekurangan khasiat yang menyebabkan tumbesaran terganggu.

Menurut pakar perundingan diet, Rekha Naidu yang memberi penerangan tentang kepentingan
glukosa terhadap tubuh badan, keperluan tenaga badan manusia bergantung terutamanya kepada
karbohidrat yang diperoleh daripada makanan yang diambil. Badan menukarkan karbohidrat kepada
glukosa yang seterusnya dijadikan bekalan tenaga bagi badan dan otak. Glukosa ialah satu-satunya
makanan yang diiktiraf oleh otak sebagai pembekal tenaga. Tenaga yang diperoleh daripada protein dan
lemak tidak boleh diterima sebagai pemberian tenaga kepada otak termasuk otot.

Orang dewasa dan kanak-kanak perlu memenuhi keperluan tenaga masing-masing bagi menjamin
tahap kesihatan dan pertumbuhan yang baik. Badan sentiasa memerlukan tenaga untuk memastikan
1/3
jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan bahagian badan lain berfungsi dengan baik, mengekalkan
badan pada suhu biasa, menggerakkan otot semasa bekerja dan bermain, mengembalikan tenaga yang
hilang, memulihkan tisu dan tumbesaran kanak-kanak.

Glukosa termasuk dalam kategori gula yang memberikan keperluan tenaga badan sebanyak empat
(3.75)kcl. Apabila kita makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, tubuh badan akan menukar
karbohidrat tersebut kepada glukosa yang menjadi 'bahan bakar' untuk tubuh badan dan otak. Karbohidrat
dan gula berkait rapat antara satu sama lain kerana gula tergolong dalam sebahagian keluarga
karbohidrat.

Sebenarnya glukosa amat penting kepada setiap orang termasuk juga anak damit dan kanak-kanak
supaya mendapatkan keperluan tenaga yang cukup.

SOALAN 2 (30 Markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kamu digalakkan
menggunakan perkataan sendiri.

Selamat pagi dan selamat sejahtera, Yang Mulia Puan Pengetua Sekolah Menengah Seri Mulia
Sarjana, Kg. Mata-Mata Gadong, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam perhimpunan pagi yang indah dan ceria ini. Syarahan saya pada
pagi ini bertajuk “Berbudi Bahasa Amalan Mulia”.

Hadirin sekalian,

Sebagai insan, kita sentiasa terikat oleh budi dan bahasa. Berbudi bahasa akan melahirkan rasa
kasih mesra dan mengeratkan perhubungan sesama manusia. Budi bahasa mempunyai hubungan yang
rapat dengan perasaan, kelakuan dan tutur kata seseorang. Pepatah Melayu ada mengatakan, ‘Orang
Berbudi Kita Berbahasa.’ Ini menunjukkan betapa amalan mulia ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan
sehari-hari oleh setiap manusia.

Budi bahasa mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan manusia. Agama meminta setiap
penganutnya supaya sentiasa berbudi bahasa. Harta kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak bererti
sekiranya amalan berbudi bahasa diketepikan. Begitu juga wajah yang cantik tidak akan menjadi tarikan
sekiranya seseorang itu tidak mempunyai budi bahasa yang luhur. Manusia akan menganjung dan
menghormati orang yang memiliki budi bahasa.

Rakan-rakan sekalian,

Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap semua orang tanpa mengira tarafnya, agamanya,
bangsanya dan usianya. Di sekolah, kita sering diajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Amalan ini akan
membentuk individu beretika, bersahsiah tinggi dan bermoral. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa ini
hendaklah tersemat dalam jiwa semua orang. Cuba kita bayangkan, apakah yang akan terjadi kepada
masyarakat di negara kita sekiranya mereka tidak mengamalkan sikap berbudi bahasa? Pastinya
kehidupan yang aman dan harmoni tidak akan dapat kita capai.

Orang tua-tua ada mengatakan bahawa budi bahasa itu tidak dapat dijual beli. Orang tua-tua ada
juga berpantun, iaitu:
2/3
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Hadirin dan hadirat,

Saya ingin menyeru anda semua agar terus memupuk amalan berbudi bahasa dalam kehidupan
kita sehari-hari. Setakat ini sajalah syarahan yang dapat saya sampaikan. Ribuan ampun dan maaf saya
pohon sekiranya terdapat salah dan silap semasa saya menyampaikan syarahan tadi.

Sekian, terima kasih.

a) Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di atas. [15 MARKAH]

1. Pada pendapat kamu, siapakah yang menyampaikan syarahan di atas?


2. Budi bahasa mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa aspek. Nyatakan.
3. Apakah nilai-nilai murni yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah?
4. Apakah yang akan terjadi kepada masyarakat yang tidak mengamalkan sikap berbudi bahasa?
5. Bagi pendapat kamu, sebutkan 3 contoh sikap akhlak mulia yang perlu ada di kalangan pelajar.

b) Beri makna perkataan-perkataan berikut berdasarkan penggunaannya dalam petikan di atas.


[5 MARKAH]
1. perhimpunan
2. terikat
3. dipraktikkan
4. luhur
5. bermoral

c) Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan atau
ayat tanya. [10 markah]

i. Berapa banyakkah aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Bahasa Melayu di sekolah kita?
ii. Tolong sertakan sijil kelahiran semasa membuat pendaftaran peperiksaan ‘O’ level.
iii. Wah, besar sungguh rumah awak ini!
iv. Lagu “Allah Peliharakan Sultan” dinyanyikan oleh murid-murid dengan penuh semangat.
v. Sila masuk ke dalam dewan dan duduk di tempat masing-masing.

SELESAI

3/3

You might also like