You are on page 1of 3

BAHAGIAN A

(30 markah)
Cadangan masa:30 minit

Berdasarkan infografik di bawah, huraikan pendapat anda tentang sektor pertanian di Malaysia.

Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1:

Bahan 2:
Bahagian B
(70 markah)
(Cadangan Masa:1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
1.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mencapai nilai jualan sebanyak RM481.1
juta tahun ini (2016) setakat Oktober lalu yang dijana oleh 5,091 usahawan tempatan.Mantan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ia membolehkan industri
kraftangan mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 10,416 tenaga kerja dalam pelbagai bidang
kraf."Perkembangan positif industri ini memberi limpahan ekonomi kepada sektor perkhidmatan,
pengangkutan dan pembekalan sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara."Pada masa sama,
usahawan perlu melihat pasaran kraf melangkaui sempadan negara dalam usaha mempromosikan produk di
peringkat antarabangsa untuk memastikan industri ini terus maju ke hadapan," katanya.

Sumber:BH online,25 Oktober 2016


Petikan akhbar di atas menyatakan sebahagian kepentingan industri kraftangan kepada negara.
Sehubungan itu,tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha memajukan industri kraf tangan di
Malaysia.

2.

.“Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan
cara. Guru yang agung menjadi inspirasi.”

Karl Menninger

Kata-kata tokoh terkemuka dunia Karl Menninger mengenai tanggungjawab guru amat jelas kepada
kita.

Sebagai respons kepada kata-kata di atas,setiap murid perlu berperanan penting dalam membalas
jasa guru.Jelaskan peranan-peranan tersebut.

3.Pendidikan sivik dan kewarganegaraan telah diserap masuk ke dalam beberapa mata pelajaran
utama seperti bahasa Melayu dan Sejarah memandangkan subjek ini membawa banyak faedah
kepada murid.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran tersebut kepada murid.


4.

Dalam menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam


pelbagai bidang penting dalam kehidupan seseorang.
Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Soalan Tamat

You might also like