You are on page 1of 6

BAB 2 1.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod 2. Bimbingan 3. Kaunseling 4. Penempatan dan tindakan susulan 5. Konsultasi dan rujukan 6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanakkanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik. Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas. Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.

Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid. Teknik Ujian 1. Ujian Kecerdasan Untuk menguji IQ murid 2. Ujian Minat Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti. 3. Ujian Personaliti Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif. Contoh: The survey of Personal Values (SPV) 4. Ujian Saringan Untuk mengasingkan meridmurid cerdas dengan kurang cerdas. 5. Ujian Diagnostik Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid Teknik Bukan Ujian 1. Soal Selidik Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri. 2. Pemerhatian Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 3. Kajian dokumen utama dan sekunder Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak) 4.

Rekod anekdot Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor. 5. Sosiometri Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka. 4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Jenis Rekod 1. Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kandungan Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Laporan aktiviti harian Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

2. Rekod sesi Bimbingan dan Kaunseling 3. Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling

Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Anggaran pembelanjaan program yang dirancang Masa perkhidmatan diberikan Nombor rujukan klien Jantina dan bangsa klien Jenis kes bimbingan dan kaunseling Masa aktiviti Bidang aktiviti Objektif aktiviti Jenis aktiviti Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial 2. Perkembangan akademik 3. Perkembangan kerjaya

6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela 2. Dijemput 3. Dirujuk

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela I) Isi borang temujanji (Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling) II) Serahkan borang kepada guru BK III) Dapatkan surat kebenaran (Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas) IV) Sesi dijalankan

Klien yang dijemput I) Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan I)

Klien yang dirujuk Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka. Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Jenis Penilaian 1. Penilaian Personalia

Penerangan Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan. Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti: - bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis; - bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok; - bilangan konferens ibubapa; bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga atau agensi luar. Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan. Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan. Contohnya: - skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak; - temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya Jenis penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?" Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi: kehadiran murid, - markah dan gred, skor pencapaian, dan - tingkah laku dalam bilik darjah kadar

2. Penilaian Program

3. Penilaian hasil

penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

You might also like