You are on page 1of 14

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK SERI AMPANGAN TERHADAP PERANAN KAUNSELOR

OLEH: CHITTIRALEGA A/P MANOHAREN

PERNYATAAN MASALAH
Kejadian bunuh diri pelajar tingkatan enam bernama Nge Hao Zheng selepas menjalani sesi kaunseling telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri saya. Adakah pelajar benar-benar memahami peranan kaunselor di sekolah?

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam di SMK Seri Ampangan ? 2. Apakah peranan kaunselor pada persepsi pelajar Tingkatan Enam di SMK Seri Ampangan ? 3. Apakah peranan dominan kaunselor di SMK Seri Ampangan berdasarkan persepsi pelajar Tingkatan Enam ?

REKABENTUK KAJIAN
Kajian tinjauan ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan kaunselor. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah bukan eksperimental. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data numerikal yang diperolehi daripada soal selidik. Fenomena ini dikenalpasti melalui soal selidik yang dikemukakan kepada para pelajar. Suatu penganalisisan dan rumusan dilakukan tentang persepsi pelajar terhadap peranan kaunselor melalui soal selidik tersebut.

RESPONDEN KAJIAN
Jumlah pelajar Tingkatan Enam Atas sesi 2012 di SMK Seri Ampangan adalah 127 orang. Kajian ini memilih 60 orang pelajar Tingkatan Enam Atas sesi 2012 sebagai responden. Responden bagi kajian ini dipilih secara tidak rawak melalui kaedah snowball.

LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SMK Seri Ampangan yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Sekolah ini dijadikan lokasi kajian kerana memenuhi beberapa kriteria. Pertama, sekolah ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Selain daripada itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang lengkap. Misalnya, mempunyai empat orang kaunselor sepenuh masa yang terlatih dan dibantu oleh jawatankuasa unit bimbingan dan kaunseling untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut. Justeru itu, sekolah ini juga mempunyai sebuah bilik khas yang lengkap dengan maklumat-maklumat program, kegiatan perkhidmatan, maklumat pengajian tinggi, maklumat bidang kerjaya dan maklumat-maklumat berkaitan.

INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu set soal selidik yang dibina oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Persepsi pelajar Tingkatan Enam terhadap peranan kaunselor. Respond kajian diberikan berdasarkan skala thurstone (ya/tidak). Soal selidik ini merangkumi dua bahagian. Setiap bahagian mengikut setiap peranan kaunselor kepada pelajar. Bahagian pertama merupakan demografi responden dari segi jantina dan aliran. Bahagian kedua pula, dirangka berasaskan peranan kaunselor dari segi kaunseling, perkembangan personaliti pelajar, perkembangan kerjaya, perkembangan pembelajaran, penyesuaian diri, tingkahlaku dan sebaran maklumat.

PROSEDUR KAJIAN
Pemilihan tajuk Perbincangan dengan guru pembimbing Penyediaan instrumen (set soal selidik) Pengedaran borang soal selidik Penganalisisan data daripada borang soal selidik Perbincangan dan kesimpulan berdasarkan analisis.

LATAR BELAKANG RESPONDAN


Jadual 4.1 :Taburan Demografi Responden mengikut jantina dan aliran. Demografi responden Lelaki Perempuan Sains Sastera Kekerapan 18 42 17 43 Peratusan 70.0 30.0 28.3 71.7

ANALISIS SOALAN KAJIAN 1


ITEM 1. Adakah anda masa? 2. Adakah pelajaran? 3. Adakah anda menghadapi masalah apabila anda berasa susah untuk mengikuti menghadapi masalah pengurusan YA 43 (71.7) 39 (65.0) 19 (31.7) 11 (18.3) masalah 16 (26.7) TIDAK 17 (28.3) 21 (35.0) 41 (68.3) 49 (81.7) 44 (73.3)

berhadapan dengan guru-guru anda ? 4. Adakah anda menghadapi masalah pergaulan

dengan kawan-kawan anda ? 5. Adakah disiplin? anda pernah menghadapi

ANALISIS SOALAN KAJIAN 1


90

80

70

60

50 YA 40 TIDAK

30

20

10

0 ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

ANALISIS SOALAN KAJIAN 2 & 3


80

70

60

50

40

YA TIDAK

30

20

10

0 KAUNSELING PERKEMBANGAN PERSONALITI PERKEMBANGAN KERJAYA PERKEMBANGAN PENYESUAIAN DIRI PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU SEBARAN MAKLUMAT

CADANGAN

Berdasarkan kajian ini berikut merupakan beberapa saranan bagi mengubah persepsi pelajar terhadap peranan kaunselor. i. Unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlulah mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar boleh mendapatkan kepercayaan para pelajar. ii. Kemudahan fizikal bilik unit bimbingan dan kaunseling perlulah dipertingkatkan menjadi lebih informatif agar pelajar selesa mendapatkan maklumat dan menjalani sesi kaunseling dalam keadaan yang selesa. iii. Personaliti kaunselor sekolah juga perlu dijaga agar dapat didekati oleh pelajar dengan mudah. iv. Para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas tentang fungsi dan peranan bimbingan dan kaunseling agar tidak berasa ragu atau malu untuk menemui kaunselor terutamany yang melibatkan masalah emosi dan sahsiah. v. Kaunselor perlulah berkongsi isu-isu semasa yang berlaku di luar kawasan sekolah agar para pelajar peka terhadap keadaan dunia luar dan dapat menyesuaikan diri mereka untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi.

RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian secara keseluruhannya, didapati persepsi pelajar terhadap peranan kaunselor adalah memuaskan. Para pelajar telah memberi persetujuan yang positif terhadap peranan kaunselor dari segi semua aspek yang dikaji. Ini menunjukkan bahawa bimbingan personaliti, bimbingan kerjaya, bimbingan penyesuaian diri dan bimbingan maklumat adalah memuaskan. Walaupun demikian, terdapat juga persepsi yang agak kurang memuaskan terhadap beberapa peranan kaunselor dari aspek yang tertentu iaitu kaunseling, bimbingan pembelajaran dan bimbingan tingkahlaku.

You might also like