You are on page 1of 15

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

KUMPULAN 5 AHMAD IZZUDEEN BIN SHUKOR MOHAMAD ARIF BIN MAZLAND NUR HAMIZAH BT MOHD KASMANI NURUL WAHIDA BT MOHD RAWI

KONSEP BIMBINGAN
Bimbingan ialah bantuan yang diberikan kepada seseorang murid untuk membuat

pilihan dan penyesuaian dengan cara yang cerdas. Ini adalah berdasarkan prinsip
demokrasi bahawa tiap-tiap orang bertanggungjawab dan berhak memilih cara hidup masing-masing asalkan pilihan itu tidak mengganggu hak orang lain. Bimbingan ditumpukan kepada fungsi memberikan peluang bagi menyuburkan kebolehan seseorang. Tujuannya untuk menolong orang tersebut dalam penyelarasan dan kemajuan akademiknya, perhubungan peribadinya dengan masyarakat dan dalam rancangan-rancangan pendidikannnya dan pekerjaannya.

(Kementerian Pelajaran 1970)

PENGENALAN
Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai muridmurid. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.

Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing


Menolong murid membuat penyesuaian. Menolong murid dalam pelajaran. Beri kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Menolong murid buat keputusan rasional.

Selesaikan masalah pembelajaran. Bentuk tabiat kerja pelajar.


Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling. Isi kad 001 (sekolah rendah). Kerjasama dengan ibu bapa.

TEKNIK MENGUMPUL MAKLUMAT MURID


Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat murid-murid, iaitu :

1. Teknik ujian dan 2. teknik bukan ujian

Teknik ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri murid seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian tersebut bersifat formal dan biasanya ditadbirkan secara individu atau kelompok. Hasil penganalisian skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan dalam sesi bimbingan dan kaunseling.

Bagi memperoleh satu gambaran yang komprehensif dan menyeluruh, teknik bukan ujian turut digunakan oleh seseorang guru biasa.
Teknik bukan ujian ini bersifat subjektif berbanding dengan teknik ujian yang bersifat objektif misalnya melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Kaedah Pengumpulan Maklumat Murid-murid

Teknik Ujian

Teknik Bukan Ujian

Ujian Pencapaian

Pemerhatian

Ujian Aptitud

Temu Bual

Inventori Minat Kerjaya

Analisis Dokumen

Ujian dan Inventori Personaliti

Ujian Sikap

Ujian kecerdasan atau ujian keupayaan kognitif untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran. -Ujian kebolehan khusus atau ujian aptitud untuk mengukur potensi individu untuk menunjukkan pencapaian dalam sesetengah bidang khusus atau tingkah laku -Ujian minat ,kesukaan, kebencian yang ditunjukkan oleh individu terhadap objek, aktiviti atau situasi

-Ujian personaliti atau cara kebiasaan penyesuaian dengan situasi sosial dan emosi yang merupakan sifat seseorang -Ujian pencapaian atau pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kejayaan yang dibuat oleh seseorang individu hasil daripada latihan formal atau latihan keinstitusian. Tidak kira apa jenis dan keadaan ujian tersebut, boleh dan sesuai digunakan sebagai satu alat bantuan yang berharga dalam bimbingan dan kaunseling jika ia mempunya tiga ciri iaitu kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan.

CONTOH BORANG UJIAN PERSONALITI

KLIK PADA KOTAK INI

Penglibatan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam aspek mengenalpastian masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah sangat mendorong kepada guru untuk mengenali tentang anak muridnya. Kebanyakan masalah yang diceritakan oleh murid kepada guru boleh diklasifikasikan seperti berikut:

Konflik Interpersonal Murid-murid yang sedang menghadapi masalah komunikasi dengan ibu bapa, guru-guru atau rakan sebaya. Konflik Intrapersonal

Murid-murid menghadapi masalah yang berkaitan dengan membuat keputusan perlukan penjelasan mengenai alternatif-alternatif penyelesaian dan akibat.
Kekurangan Maklumat tentang Diri Murid-murid yang ingin mengenali diri secara lebih mendalam dari segi kebolehan, kekuatan, minat dan nilai.

Kekurangan Maklumat tentang Persekitaran


Murid-murid perlukan maklumat tentang cara mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta kerjaya di dunia pekerjaan. Kekurangan Kemahiran Murid-murid perlu belajar mengenai satu-satu kemahiran seperti cara belajar yang berkesan, tingkahlaku asertif, kemahiran mendengar yang berkesan dan sebagainya.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like