You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUA

KERTAS FAKULTI BIL 58/2018


MESYUARAT FAKULTI PENDIDIKAN KE- 279

KERTAS BIL. 58/2018 – PERMOHONAN RAYUAN UNTUK MENYAMBUNG SEMULA


PENGAJIAN PROGRAM SETELAH DIBERIKAN STATUS GAGAL DAN
DIBERHENTIKAN (2 INGATAN DAN 1 AMARAN) : MENAGA A/P SINNATHAMBY
(P76070)

1. TUJUAN

1.1. Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan perakuan permohonan rayuan untuk
menyambung semula pengajian program setelah diberikan status Gagal dan
Diberhentikan (2 Ingatan dan 1 Amaran) : Menaga a/p Sinnathamby (P76070)

2. LATAR BELAKANG:

2.1. Pelajar adalah dari program Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling) yang telah
mendaftar pada Semester 1 Sesi Akademik 2014/2015 secara separuh masa dan
Penyelia Utama yang dilantik ialah Prof. Dr. Zuria Mahmud dan Dr. Norhayati Mohd
Noor sebagai Penyelia Bersama.

2.2. Pelajar memohon untuk menyambung semula pengajian bagi program PhD setelah
beliau gagal dan diberhentikan pada semester 1 sesi 2017/2018 kerana diberi 2
ingatan dan 1 amaran dalam laporan kemajuan calon.

2.3. Fakulti telah mendapatkan laporan daripada Penyelia mengenai perkara ini dan
penyelia menyokong rayuan pelajar ini.

2.4. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Siswazah bil.1/2018 bersetuju meluluskan


permohonan pelajar untuk menyambung semula pengajian.

3. PERAKUAN:

Ahli-ahli dengan hormatnya diminta meneliti kertas kerja tersebut dan memperakukan kertas
kerja tersebut untuk kelulusan JKAS.

You might also like