You are on page 1of 20

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

1.0 Pengenalan

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan
keperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami masalah
penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan juga termasuk murid-murid pemulihan. Matlamat
pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka
insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan (Jabatan Pendidikan Khas, 1997).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran melibatkan kebolehan kognitif,
perkembangan tingkahlaku, sosial,penguasaan bahasa lisan, membaca, matematik, berdikari serta
meningkatkan kemahiran fizikal.

Program perkolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu program
sekolah khas, program sekolah percantuman dan program sekolah inklusif. Program sekolah
khas ialah program persekolahan yang menempatkan satu kategori (kecacatan) murid
berkeperluan khas atau menyamai konsep persekolahan segregasi. Contohnya murid-murid
bermasalah pendengaran di tempatkan belajar di sebuah sekolah khas untuk mereka. Sekolah ini
di tadbir dan diajar oleh guru-guru yang dilatih khas dan berasingan dari sekolah biasa yang lain.
Kaedah pengajaran dan aktiviti ko-kurikulum juga disediakan khusus untuk keperluan dan
kesesuaian murid berkenaan.

Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai program integrasi. Dalam program
ini murid-murid berkeperluan khas di tempatkan belajar di sekolah biasa bersama-sama murid
normal. Walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar secara berasingan
daripada pelajar normal. Mereka hanya berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran
sekolah adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras dilantik untuk
mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulum pelajar khas.

Program ketiga iaitu program inklusif, program ini menempatkan murid-murid


berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid normal. Mereka di tempatkan dalam
kelas yang sama dengan murid normal dan diajar oleh guru kelas biasa. Dalam program ini
murid-muird berkeperluan khas mengikuti kurikulum yang sama dengan murid normal. Ciri-ciri
yang diambilkira sebelum menempatkan murid-murid khas ke dalam program inklusif ialah
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

mereka perlu mencapai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dengan murid biasa.
Mereka boleh di tempatkan belajar bersama-sama murid normal dalam semua matapelajaran
atau pun dalam matapelajaran tertentu sahaja.

2.0 Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan


perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila
(2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak
khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun
perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke
tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak
luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan,
kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003)
mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These


differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics.
Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."

Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:

 Terencat akal.
 Kurang upaya dalam pembelajaran.
 Kecelaruan emosi atau tingkah laku
 Pintar cerdas dan berbakat
 Masalah bahasa dan pertuturan
 Masalah pendengaran
 Masalah penglihatan
 Kecelaruan spektrum autism
 Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak
yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa.
Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila &
Samsilah 2006).

Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak


istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan
perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

2.1 Cara Mengenalpasti Murid Berkeperluan Khas

Ramai orang yang beranggapan bahawa murid berkeperluan khas adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,
pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan
sebagai orang kelainan upaya di bawah masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat
enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah
kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran
dan lain-lain.

Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang


mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak
yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan
dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD),
dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3
tahun.

Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam


menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam
kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang
sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang
kadang-kala mengganggu kelas. Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri,
tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana
tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini
tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru
pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar
seperti pelajar lain. Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak
kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu
kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah
usaha mereka tidak menampakkan hasil. Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-
pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya.

Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu
dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami
penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang
dilihat di klinik psikiatri. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu
hospital yang memberikan perkhidmatan ini.

Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor
dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik
Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan
dilakukan pada sesi pertama.

Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent


Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah
pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk
bertemu doktor. Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh
laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai
masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan
ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk
memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain
adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat
dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan
rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi. Pun
begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan
tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum
rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka
tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar.
Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun
pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-
kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh
jurupulih cara kerja di HUSM.

Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah
pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan
pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di
dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan
keberkesanan terapi.

Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan
sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya
perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran.

Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah


yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak
pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar
normal yang lain.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam
pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-
guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS
tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan
mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

3.0 Kaedah /Teknik Pembelajaran Dan Pengajaran Untuk Murid Berkeperluan Khas

Proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid berkeperluan khas memerlukan guru
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai
keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat
memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan
sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan
secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan objektif dalam
kurikulum ini, antara kaedah / teknik dan juga pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan adalah seperti pendekatan analisis tugasan, pendekatan belajar melalui bermain,
Pendekatan pengajaran bertema, pendekatan pembelajaran pengalaman, pendekatan
pembelajaran masteri, pendekatan kolaborasi, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti di luar bilik
darjah.

3.1 Pendekatan Analisis Tugasan

Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada


beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh
seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran
yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid.
Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

 Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap


keupayaan
 Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil


 Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan
kebolehan murid
 Guru menjalankan analisis tugasan
 Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai
kemahiaran yang diajar
 Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat
menguasai kemahiran yang hendak diajar

3.2 Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui
aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan
pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini
boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan
psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.

Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:

 Aktiviti yang menyeronokkan


 Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
 Permainan bebas dan terancang
 Keanjalan masa
 Percubaan idea sendiri
 Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

3.3 Pendekatan Pengajaran Bertema

Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang
bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan Pengajaran Bertema melibatkan
perkara-perkara berikut:

 Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran


HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau


peristiwa semasa
 Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru
diperoleh secara tersusun dan sistematik
 Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
 Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada
yang lebih khusus

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:

 Kesesuaian dengan kehidupan murid


 Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan
komputer dan lain-lain.
 Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu
murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
 Sumber yang mudah didapati
 Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan
pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam Pendekatan Pengajaran


Bertema:

 Sumbangsara berdasarkan topik oleh murid


 Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang
dipelajari dalam konteks yang bermakna
 Mencipta peta minda untuk tema
 Merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
 Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan
berkaitan dengan tema.

3.4 Pendekatan Pembelajaran Pengalaman

Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan


keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid
diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini
seharusnya menjalankan peranan berikut:
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran


 Menjelaskan peranan murid dalam tugasan
 Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh
 Menyusun sumber untuk proses pembelajaran
 Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran
 Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan
mengongkong mereka

Prinsip-prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalaman ialah:

 Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan


 Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid
 Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan
dengan murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada
murid
 Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan
kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu
 Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan
maklumat tentang apa yang dibuat atau dipelajari
 Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran
yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan
komuniti
3.5 Pendekatan Pembelajaran Masteri

Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran untuk memastikan semua murid meguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti. Keperluan-keperluan pelaksanaan Pendekatan pembelajaran
Masteri ialah:

 Guru perlu menyedari bahawa:


 murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara
satu sama lain
 murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan
berkesan
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang


diajarkan
 Prinsip Asas Masteri
 pembelajaran dipecahakan kepada unit yng lebih kecil supaya
mudah untuk dikuasai
 masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran
 arahan guru perlu jelas
 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
 hasil pembelajaran perlu ditentukan
 hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit
pembelajaran
 aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakan,
berkesan, menarik dan menggembirakan
 bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap
penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari
 murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke
unit pembelajaran yang baru
 aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum
menguasai aras masteri
 aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah
mencapai aras masteri

3.6 Pendekatan Kolaborasi

3.6.1 Latihan Kemahiran Kerja

Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid


pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini
adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan
kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan Kemahiran
Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

 Latihan dalaman – berbentuk kerja projek. Melaksanakan aktiviti


berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik. Contoh:
 perkebunan dan penjualan hasil tanaman
 aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek
dan lain-lain.
 memelihara ikan, burung dan lain-lain
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar - Mendapat barangan
dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu
persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil
kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.
 Latihan kerja sebenar - Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan
kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di
sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan
dibuat oleh pegawai kerja.

3.6.2 Bengkel Terlindung

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan,


penilaian dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat
bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau
yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan
dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi
lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi
keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.

Di bengkel terlindung perlu ada:

 penilaian kemahiran vokasional


 latihan bekerja secara umum atau khusus
 memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
 peluang untuk berekreasi
 perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
 bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat pekerjaan
lain

3.7 Pelbagai Kaedah Terapi

3.7.1 Terapi Pertuturan


Terapi pertuturan bertujuan untuk:
 membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut
perkataan dan berkomunikasi
 membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
 melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
latihan asas tertentu
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup belon,
meniup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi pertuturan
dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.

3.7.2 Terapi Fizikal ( Fisioterapi)

Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid


pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai
masalah kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat
meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan
perkembangan kercerdasan fizikal mengikut keutamaan.

3.7.3 Terapi Carakerja

Terapi carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu


individu bermasalah fizikaldan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima
yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan
otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional
atau kerjaya.

3.7.4 Terapi Muzik

Terapi muzik bertujuan mententerakan murid supaya bersedia untuk


belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik
perhatian murid. Terapi muzik digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan
oleh seorang terapis. Aktiviti yang dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut
irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan
serta menghayati irama. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untk
menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan melahirkan satu
irama muzik yang tersusun.

3.8 Aktiviti Luar Bilik Darjah

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:

 memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar


HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

 rekreasi
 bersosialisasi dan berkomunikasi
 aktiviti yang menggembirakan
 penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
 aktiviti bebas dan terancang

Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang
melibatkan

 lawatan
 motivasi
 perkhemahan
 perkelahan
 berkuda
 berenang
 aktiviti jual beli
 lawatan sosial

4.0 Keperluan Fizikal Dan Sokongan Infrastruktur Untuk Murid Berkeperluan Khas

Pendemokrasian dan liberasi merupakan dua dasar yang diamalkan untuk


membangunkan sistem pendidikan dari segi kualiti bagi memenuhi asperasi negara. Matlamat
dasar ini adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial kerajaan dalam bidang pendidikan dan
peningkatan dari segi kualiti pendidikan (Zarin, Safani & Soo Boon, 2004). Kewujudan sistem
pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahli yang
memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Selain itu, untuk meningkatkan
kejayaan bagi murid-murid kurang upaya di dalam sukatan pelajaran yang biasa, pendidik dari
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

kalangan murid-murid khas dan murid normal haruslah bekerjasama (Crozier & Sileo, 2005).
Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah
mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal.

Untuk itu, pelbagai kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan bagi
merealisasikan matlamat berkenaan. Antaranya adalah penyediaan infrastruktur, kemudahan dan
program pendidikan khas yang relevan. Terdapat juga usaha-usaha sedang dijalankan untuk
memperluas dan mempertingkatkan pengisian program khas integrasi bermasalah pembelajaran.
Kerajaan juga kini giat dalam menyediakan guru pendidikan khas terlatih, dan pembantu
pengurusan pelajar yang mencukupi. Di samping itu kemudahan ICT yang sesuai turut
disediakan. Pihak yang terlibat juga disaran agar menjalin perkongsian pintar dengan badan
sukarela dan kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar berkeperluan
khas.

Keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan
kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi
menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar PK.
Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar PK boleh dilatih untuk berdikari di samping
memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai
selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran
utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan pembangunan insan
selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.
Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia
merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar
belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal
pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan
bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar.
Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai
mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan
kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang terdiri
daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan,
kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang
diberi mengenai kesamarataan bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah
meningkat dan perkara ini tidak lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu
golongan ini seperti menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang
Kelainan Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan
pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana,
kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain
yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Golongan ini juga berhak
mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap
ketidakupayaan mereka (Zainudin, 2004).

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik
darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat
yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk
memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan
membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti
komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan
suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran.

Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-
sekolah ialah 72 meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah
sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan
pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar
bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Pihak sekolah perlu
prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan infrastruktur di
sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-sekolah. Usaha-usaha
sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti bilik darjah pendidikan
khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang standard diperlukan agar semua
bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai infrastruktur yang sesuai serta memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Menurut Purkey dan Smith (1983),
persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
seseorang pelajar.

5.0 Penutup

Pelajar khas perlu dilihat sebagai insan istimewa yang perlukan pendidikan yang sama
dengan pelajar normal cuma dengan tahap dan cara yang berbeza. Sokongan, dorongan dan
kerjasama semua pihak perlu untuk menjayakan program khas yang akan membantu pelajar
menghadapi kehidupan bermasyarakat dan memberi sumbangan kepada komuniti
sewajarnya. Golongan berkeperluan khas adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat di
negara kita. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berakhir Disember
2007 terdapat seramai 220 250 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar di jabatan tersebut.
Tidak dinafikan masih terdapat sebahagian lagi golongan tersebut yang belum berbuat demikian.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Perlu disedari juga bahawa golongan berkeperluan khas bukanlah OKU sahaja, malah juga
melibatkan golongan warga emas yang mengalami masalah keuzuran kesihatan terutamanya dari
segi fizikal.

Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis


kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal,
mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada beberapa
jenis iaitu murid-murid cacat pendengaran, cacat penglihatan, bermasalah pembelajaran,
bermasalah tingkah laku, bermasalah pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar dan
cacat anggota.

Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanak-kanak
dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap
pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi
anak mereka. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun
kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah
disokong sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi
semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek,
emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan
kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah
institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi
dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas
ini.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan
untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada
golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan pontensi gologan
ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat gologan masyarakat yang masih menumpukan
perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu
membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan
berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan
serta penyesuaian daripada gologan berkerluan khas menurut segala kehendak masyarakat.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Bibliografi

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas : Open
University Malaysia Kuala Lumpur.

Campbell, P. H., Milbourne, S., Dugan, L. M., & Wilcox, M. J. (2006). A review of evidence on
practices for teaching young children to use assistive technology devices. Topics in Early

Childhood Special Education, 26(1), 3–13.


HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Elder-Hinshaw, R., Manset-Williamson, G., Nelson, J. M., & Dunn, M. W. (2006). Engaging
older students with reading disabilities: Multimedia inquiry projects supported by reading
assistive technology. Teaching Exceptional Children. 39(1), 6–11.

Eleweke, C. J. (2002). A review of issues in deaf education under Nigeria's 6-3-3-4 Education
System. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7(1) , 74–82.

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities:
On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey : Pearson
Education , Inc.

Goldsmith, J., & Goldsmith, L. (1998). Physical management. In Lacey, P. (Ed.), People with
profound and multiple learning disabilities: A collaborative approach to meeting complex
needs (pp. 15–28). London: David Fulton Publishers.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jaafar, J. L. (2002). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTS

Jamila K.A Mohamed,2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur:
PTS publication Sdn. Bhd.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu.

Kamus Dewan .2004. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.).
Boston: Allyn and Bacon.

Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di
Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan .
Bangi. Fakulti Pendidikan UKM

O'Connor, L., & Schery, T. (1986). A comparison of microcomputer-aided and traditional


language therapy for developing communication skills in non-oral toddlers. The Journal
of Speech and Hearing Disorders, 51, 356–361.

Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal,
83(4), 427–452.
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 1

Smith, R.M., Neisworth, J.T. (1980). The Exceptional Child. A Functional Approach. USA : Mc
Graw-Hill.

Stakes, R. & Hornby, G. (2000). Meeting Special Needs in Mainstream Practical Guide for
Teachers. London: David Fulton Publisher.

Sulaiman Ngah Razali. (2001). Pedagogi - Teori dan praktik. Kuala Lumpur : DBP.

Thacker, J., Strukwick, D. & Babbedge, E. (2002). Educating Children with Emotional and
Behavioral Difficulties: Inclusive Practice in Mainstream Schools. London: Artikel dalam
jurnal elektronik:

Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan
berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.

You might also like