You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SELAYANG BARU

JALAN 45, SELAYANG BARU


68100 BATU CAVES, SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel/Faks : 03-61385618

Kepada,

En Shahrulniza bin Othman (Sampling Event Manager)


12A, Jalan TS 6/9
Taman Perindustrian Subang
47500 Subang Jaya 5 September 2022

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN MILO SEMPENA KEJOHANAN


OLAHRAGA TAHUNAN ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SELAYANG
BARU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, SK (1) Selayang Baru akan mengadakan Kejohanan


Olahraga Tahunan bertempat di Stadium UIA, KL pada 13 November 2022

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah diri memohon


sumbangan minuman percuma untuk 1500 orang peserta daripada pihak tuan
untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan 2022

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan


terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

(En Mohd Rizal bin Haji Rais)


Guru Besar SK (1) Selayang Baru

You might also like