You are on page 1of 6

Tokoh Perubatan Islam -

PENDAHULUAN

Sebelum kedatangan ilmu perubatan muslim, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai yang
dipraktikkan di Eropah. Hal ini diakui oleh semua ahli sejarah moden bahawa
perkembangan ilmu peubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan muslim. Di Eropah pada
abad ke-14 hingga ke-17 Masihi ilmu peubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-
sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah dan baru seabad yang lalu iaitu dalam abad
ke-19 Masihi perubatan muslim dihapuskan dari kurikulum institusi pelajaran di sekolah
dunia barat. Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah
(661 720 M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman
Abbasiyah (750 1258 M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai
perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islam mementingkan kesihatan umatnya.
Kebanyakkan ilmu perubatan umat Islam telah ditimba dari sumber asing khasnya dari
Parsi, Kristian, Yunani, India dan Mesir. Ini menyebabkan ilmu perubatan muslim lahir
sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen serta
pengalaman bangsa Parsi dan India. Perkembangan ilmu perubatan pada waktu tersebut
telah melahirkan ramai tokoh perubatan Islam seperti Ibn Maskawaih, Ibn Sina, Al-Razi,
Abdul Qasim, Thabit Ibn Qurra dan ramai lagi.

Latar Belakang Ibnu Sina

Di barat, Ibnu Sina dikenali dengan nama Avicenna. Beliau mempunyai nama lengkap
iaitu Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau berasal dari bangsa
Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah beliau dilahirkan pada tahun 375 Hijrah, di desa
Afshanah berdekatan Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pada zaman kanak-
kanak, beliau mempelajari Al-Quran dan sastera secara tidak formal. Beliau mula belajar
pada usia 5 tahun. Apabila umur beliau 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-
Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi Doktor Di Raja.
Di samping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang
ada pada ketika itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqah, perbandingan agama
(ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasai beliau ketika baru berusia 10 tahun.
Pada zaman kanak-kanaknya, beliau dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili,
seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya
dikuasai beliau termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi,
muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Beliau
seorang doktor yang pertama. Beliau menceburi pelbagai bidang dan pada usia 21 tahun,
ketika berada di Kawarazm, beliau mula menulis karyanya yang pertama berjudulAl-
Majmuyang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan. Kemudian beliau menyambung
karyanya dalam buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina,
termasuklah berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dikumpulkan dalam satu buku
besar berjudulEssai de Bibliographie Avicennayang dihasilkan oleh Pater Dominican di
Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang
amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah
kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga
keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. Ibn Sina
merupakan seorang yang rajin membaca buku dan tidak mudah berputus asa. Pernah
suatu ketika beliau telah membaca bukuMetafizik Aristotlesebanyak 40 kali hanya
semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.
Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17
tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor
selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor
amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun
begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan
Di Raja sahaja. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah
mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni sebelum berhijrah ke
Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja
Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di
mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau
merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke
Hamadan kerana faktor kesihatan. Ibn Sina telah menghembuskan nafas terakhirnya di
sana pada tahun 1037M ketika berusia 56 tahun. Potret beliau telah digantungkan
didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang
ilmu perubatan. Ibnu Sina banyak mempengaruhi ilmu perubatan pada zaman moden ini.
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang doktor perubatan dalam Negara-negara Eropah
begitu meluas. Buku hasil karyanya berjudul Al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan)
terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu
perubatan. Ilmu perubatan Ibnu Sina banyak mempengaruhi ilmu perubatan moden pada
masa kini, dari segi penggunaan ubat-ubatan, diagnosis dan pembedahan. Hasil penulisan
Ibnu Sina banyak diterjemahkan oleh orang eropah. Antaranya Sepanyol di Toledo. Pada
abad ke 12 Masihi Gerard Cremona berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku hasil penulisan Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi bahan
rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga tahun 1500 Masihi. Buku beliau
telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam
bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu, buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 Masihi, buku tersebut
dicetak sebanyak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks
kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran
Montpellier dan Louvin telah menggunakan buku tersebut sebagai bahan rujukan pada
abad ke 17 Masihi. Di samping itu juga, Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku
tersebut sebagaiEnsiklopedia Kedoktoran". Penulis- penulis barat telah menganggap
Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana Ibnu Sina telah menggabungkan teori perubatan
Yunani Hippocrates dan Galen dan juga pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India
dan Parsi termasuk pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina seorang perintis yang dapat
menerangkan penyakit urat saraf. Al- Qanun Fit-Tibb juga mengandungi tentang penyakit
saraf. Buku tersebut juga mengajar tentang cara-cara pembedahan dimana ia menekankan
keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan
keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-
sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang meluas. Ibnu
Sina terkenal sebagai seorang doktor. Pelbagai gelaran diberi kepada Ibnu sina. Ibnu Sina
pernah di beri gelaran sebagaiMedicorum PrincipalatauRaja Diraja Doktoroleh kaum
Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepada beliau adalah
sebagaiRaja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagaiZenith",
puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina menjadiDoktor Di Rajaiaitu doktor
kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah / 997 Masihi iaitu
ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan kritikal dan
tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan
Ibnu Sina baginda kembali pulih. Ibnu Sina seorang pengkaji dan beliau telah banyak
menjumpai penemuan-penemuan baru. Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang
banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-
penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi,
kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi kerana mampu menerangkan bagaimana
sungai-sungai berhubung dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan
beliau mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada ketika itu di mana gagal
dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah
Protolemaious.

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat
di sangsikan lagi. Menurut A. M. A shushtery, karya Ibnu Sina mengenai ilmu
pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, beliau
juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu
Sina telah menerangkan bahawa bahan-bahan logam sebenarnya berbeza antara satu sama
lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan,
Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah
daripada :

1. Bidang logikaIsaguji", The Isagoge", ilmu logika Isagoge.


2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3. Bidang metafizika, Ilahiyyat(Ilmu ketuhanan)

4. Bidang psikologi, Kitab an-Nayat(Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan


jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadiLiber de


Mineralibusyakni tentang pemilikan (mimeral).

6. Bidang sastera arabRisalah fi Asab Huduts al-Huruf, risalah tentang sebab-sebab


terjadinya huruf.

7. Bidang syair dan prosaAl-Qasidah al- Aniyyahsyair-syair tentang jiwa manusia.

8. Cerita-cerita roman fiktif, Risalah ath-Thayrcerita seekor burung.

9. Bidang politikRisalah as-Siyasah(Book on Politics) Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomaticspsychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
saat sahaja ketidak seimbang humor berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini
masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan
Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika
(1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat
berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang
pelbagai. Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah.

b. Masa antara denyutan.

c. Kandungannya lembab di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan


tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari
kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan
oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat
kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan
mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan
itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang
proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan keluarga
disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu SinaJika anda tidak dapat mengubat penyakitnya
maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka
buatlah". (Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan
bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh
menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing
manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai
kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis tentang gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan
termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis
dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. Qanun Fitt Tibbadalah
karyanya yang termasyhur, paling kerap dicetak di Eropah pada zamanRenaissance".
Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah
pada zaman Renaissance dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di universiti-
universiti Eropah hingga ke abad 17 Masihi. Selain itu, di dalam bukuAl-Qanun fit
TibbIbn Sina ada menulis mengenai kajiannya terhadap tumbuh-tumbuhan. Beliau telah
membahagikan sesi pertama jilid ini kepada enam bab iaitu pengenalan campuran ubat
dadah melalui percubaan dan kias. Manakala di bahagian kedua ia mengandungi
beberapa lukisan dan peraturan. Bagi setiap tumbuhan ini beliau akan menceritakan
mengenai bentuk dan sifatnya dengan tepat serta membandingkannya antara satu sama
lain di samping memberikan petikan-petikan berkenaan dengan tumbuhan tersebut
daripada ahli sains purba seperti Dioscorides dan Galen. Selepas itu beliau akan membuat
ujian bagi setiap tumbuhan sama ada dari segi tabii ataupun sifatnya. Seterusnya Ibn Sina
turut membuat kajian mengenai pelbagai tumbuh-tumbuhan herba, tanaman bunga,
kulat(fungi), rumpai-rumpai(algae) dan mengambil berat mengenai pelbagai jenis
tumbuhan dari spesis yang berlainan bagi setiap genus. Beliau juga membuat catatan
berkenaan dengan tumbuhan yang sama dan tidak sama serta membincangkan mengenai
kediaman asli(habitat) bagi setiap tumbuhan, di samping tanah yang sesuai bagi
tumbuhan berkenaan sama ada bergaram atau tidak. Selain itu beliau ada menceritakan
mengenai warna-warna bunga dan buah-buahan, sama ada keras atau kering; daunnya
yang lebar atau sempit; bergigi atau kesemuanya bertepi. Bahagian yang terbaik baginya
ialah senarai tumbuh-tumbuhan di mana beliau telah memberi pelbagai nama bagi setiap
tumbuhan Yunani dan tempatan. Beliau telah merakamkan fenomena berbuah, selang-seli
bagi tumbuh-tumbuhan dan palma, iaitu sebahagian pokok-pokok yang memberikan hasil
yang banyak dalam satu tahun dan hasil yang sedikit bagi tahun yang lain, atau berbuah
satu tahun dan tidak berbuah sama sekali dalam tahun yang lain. Ibn Sina juga ada
merujuk kepada kebolehan bau dan rasa bagi setiap tumbuhan dan ia telah mendahului
Karl Metz pada tahun 1934 dengan menekan betapa pentingnya diagnosis melalui getah
tumbuhan.
Penutup

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan, pada usia beliau 58 tahun pada bulan Ramadhan
428 Hijrah /1037 Masihi. Beliau dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000
tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 Masihi beliau telah
dinobatkan sebagaiFather of Doctoruntuk selamanya-selamanya, dan di sana (Tehran)
telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di
kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu
yang baru berasa megah jika dimakamkan di manazeninthitu dimakamkan.

You might also like