You are on page 1of 4

KELAHIRAN DAN SUMBANGAN AL-KINDI SEORANG SEJARAWAN ISLAM

YANG TERULUNG
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAD ABD AZIZ B. HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:NUR AIMI SYAHIRA BT AHMAD SABRI
NO.MATRIK:2009688246
TARIKH:09/03/2010
FAKULTI:KOMPUTER DAN MATEMATIK SAINS

ABSTRAK
Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi atau juga dikenali sebagai Al-Kindi dilahirkan di
Kufa iaitu sebuah pusat pengajian dunia pada zaman itu. Bapanya adalah gabenor Kufa. Al-
Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berhijrah dari Yemen. Puak ini telah
menyatukan sebilangan suku-suku dan memperoleh kedudukan yang berkuasa pada abad
Kelima dan Keenam, tetapi mereka telah kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam.
Pendidikan Al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad.
Beliau sangat terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik dan beliau pernah bekerja
sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil. Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai
bidang yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan,
geografi, dan matematik. Sepanjang hayat beliau,beliau telah dianggap sebagai ahli falsafah
Muslim dan paling agung, tapi akhirnya namanya ditelengami oleh nama nama hebat seperti
Al-Farabi dan Ibn Sina. Al-Kindi adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling
agung, walaupun beliau hanya dirujuk sebagai "Ahli Falsafah Arab".
Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi
penulisan Aristote dan Plato. Walaubagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana beliau
memperkenalkan dan menyebarkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Islam.
Kebanyakan karya yang diterjemahkan dan dijadikan rujukan oleh cendikiawan merupakan
falsafah dan hasil Al-Kindi.Kesimpulannya, jika tidak kerana karya beliau, hasil ahli falsafah
seperti Al Farabi, Ibn Sina, dan Al Ghazali mungkin tidak tercapai.

PENDAHULUAN
Beliau dikenali di Eropah dengan gelaran Al-Kindi.Beliau adalah seorang Gabenor Kufah dan
dilahirkan pada tahun 194M.Pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau
berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau.Al-Kindi telah dilantik menjadi
pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.
Walaupun Al-Kindi seorang pengamal perubatan,beliau juga telah memberi sumbangan besar
dalam bidang farmasi.Salah satu sumbangan yang terpenting dalam bidang ini ialah karya
beliau yangditerjemahkan dalam bahasa Latin berjudul De Medicinarum Compositarum
Grabidus dus Investigandis Libellus.Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam
perkiraan dos ubat.
“Ingkarilah hawa nafsu anda dan patuhilah siapa saja,yang jelas anda tidak bakal mampu
membebaskan diri dari paksaannya sepanjang anda belum mencegah diri dari berbagai hal yang
menjadi kesenangan anda”(ms 139,pancaran pemikiran)petikan dari kata-kata Al-Kindi yang
menjadikan panduan dalam kehidupannya.Beliau merupakan muslim pertama yang
menekankan falsafah dan berminat mengenai muzik.
Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-Kindi juga dikatakan
sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.Al-Kindi sangat menyukai
muzik dan olahraga.Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan dari karyanya tercatit
akhlaknya.
Dalam perjalanan hidupnya ,beliau selalu berusaha mencapai kesempurnaan jiwanya serta
mencipta sesuatu gambaran ”madinah al-fazhilah” yang sangat didambakan kewujudannya di
mana manusia dapat hidup sejahtera dengan pelbagai sifat utama.
KELAHIRAN DAN BIOGRAFI AL-KINDI
Nama beliau ialah Abu Yusuf Ya’qub ibn Ishaq al-Kindi.Beliau telah dilahirkan pada abad ke
9 bersamaan 194 M di Kufah,Iraq.Ketika umur beliau 72,beliau telah meninggal dunia di
Baghdad,Iraq..Bapa beliau merupakan seorang gabenor di Kufa. Beliau dikenali di Eropah
dengan gelaran Al-Kindi.Pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau
berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau.Al-Kindi telah dilantik menjadi
pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.
Al-Kindi juga tekun mendalami pelbagai ilmu yang diterjemahkannya dari bahasa yunani.
Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor peradaban dan ilmu pengetahuan.Buku–buku yang
ditulisnya tidak kurang dari 256 judul yang merangkumi falsafah,muzik ,astronomi,dan ilmu
kimia.Melalui buku-buku yang di dokumenkan itulah mengajar umat Islam pada zamannya
mengenai nada dan bahagian-bahagian muzik sebelum orang Eropah mengetahui mengenai
ilmu muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-Kindi juga
dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.Al-Kindi sangat
menyukai muzik dan olahraga.Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan dari
karyanya tercatit akhlaknya.
Kebanyakkan hasil karya Al-Kindi telah hilang dan dipercayai dimusnahkan bersama bersama
kota Baghdad akibat serangan Mongol Atiyeh(1996M) telah menyenaraikan karya-karya Al-
Kindi dalam bidang perubatan.Salah satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa latin
berjudul The book of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di
Eropah.

SUMBANGAN AL-KINDI
Al-kindi juga merupakan seorang sejarawan Islam yang terulung yang menghasilkan falsafah
melalui pemikiran di zaman yunani.Hasil karnyanya mempengaruhi pemikiran pembangunan
di Eropah pada abad ke-13. Beliau merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah
perkataan yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato dan
Aristotle kepada system yang baru.
Seorang sejarawan dari Itali Gerolamo Cardano( 1501-1575) telah memartabatkan Al-Kindi
sebagai seorang pemikir yang terulung pada usia yang muda kerana beliau telah menulis lebih
dari 260 buah buku merangkumi bidang geomatik iaitu sebanyak 32 buah buku,perubatan dan
sejarah masing-masing sebanyak 22 buah buku,hal yang berkaitan logik berjumlah 9 buah buku
dan bidang fizik iaitu 12 buah.
Walaupun kebanyakan karya-karya beliau telah hilang,tetapi beberapa buah bukunya telah
diselamatkan oleh Gerard of Cremona yang telah diterjemahkan dalam bahasa latin.Cuma
beberapa karyanya telah dijumpai dalam tulisan arab.Malangya sebanyak 24 karnya telah hilang
di perpustakaan Turki.Teori Aristotle,ringkasan Plato dan beberapa lagi karya asing telah
diubahsuai oleh Al-Kindi.

SUMBANGAN DALAM BIDANG ASTRONOMI


Dalam bidang astronomi dan astrologi,Al- Kindi telah merujuk kepada pandangan Ptelomy
mengenai system solar merangkumi perlbagai planet iaitu
Marikh,zuhal,mustary,matahari,bulan dan lain-lain.Beliau mengatakan bahawa segala
pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah.Beliau mempercayainya kerana beliau boleh
membuktikan bahawa perbezaan cuaca kerana susunan planet-planet dan matahari yang telah
ditetapkan pada paksi atau orbit planet-planet tersebut.
Al-Kindi mengatakan bahawa proses tersebut adalah disebabkan struktur bentuk planet
memberi kesan terhadap kejadian dunia.Salah satu karyanya yang telah diterjemah melalui
karya Aristotle iaitu beliau mengakui pergerakan planet adalah disebabkan geselan dari
beberapa kawasan yang menghasilkan beberapa elemen bumi iaitu api,air,dan tanah.Elemen
tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan di dunia.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN


Sebagai seorang doktor, Al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan
menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada
masa itu. Lebih dari 30 buah buku yang dikarang oleh Al-Kindi dalam bidang perubatan yang
diperoleh dari idea Galen dan kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri
dan beberapa orang Islam pada masa itu.
Karya yang paling penting beliau dalam bidang ini ialah mengenai aplikasi matematik dan
kuantiti ubat-ubat dalam bidang farmasi.Sebagai contoh,beliau menghasilkan skala matematik
untuk menyukat kuantiti dan kekuatan ubat atau dadah dalam sistem badan.Ia memudahkan
doctor mengenal pasti penyakit dan menentukan ketahanan badan manusia.
Dalam karyanya yang berjudul Aqrabadhin(formula perubatan),Al-Kindi banyak menghasilkan
banyak kandungan atau dos ubat-ubatan termasuk dadah yang diformulasikan dari haiwan dan
sumber mineral.
Kitab Kimiya al Itr iaitu buku mengenai pengasilan minyak wangi melalui bahan-bahan kimia
juga merupakan karya beliau yang menceritakan mengenai kandungan dan keperluan
dadah(alcohol) dalam perubatan dan penghasilan bahan-bahan kimia.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG KIMIA


Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia.beliau
menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga
seperti emas atau argentum.Al-Kindi menyangkal alkimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan
yang lain.Beliau telah menghasilkan larutan alkohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan
tapisan asli alkohol dari tapisan air anggur(wain).
Al-Kindi telah menghasilkan pelbagai minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai “BAPA”
dalam industri minyak wangi.Beliau telah memperoleh hasil dari kajiannya mengenai minyak
wangi melalui penyelidikan yang mengabungkan pelbagai tumbuhan dan pelbagai bahan untuk
mengasilkan sesuatu produk.
Beliau mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan
kecantikan.Dalam karyanya beliau telah menulis bahan-bahan untuk menghasilkan minyak
wangi ialah minyak asli,pati wangi,dan air untuk mengantikan alkohol.Kapur barus juga telah
dihasilkan oleh beliau yang juga merupakan penghasilan yang terawal di dunia.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG MATEMATIK


Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor,
dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-
Arabic di kalangan orang Arab.
Al-Kindi telah menghasilkan pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik termasuk
arithmetik,geometri,garisan dan darab dengan angka,mengukur masa dan jarak,dan lain-lain.
Beliau telah menulis empat jilid Ketab fi Isti’mal al-‘adad al-hindi yang diserap melalui sistem
pengiraan di India di tengah timur dan barat.Manakala dalam bidang geometri,beliau
menghasilkan teori garisan selari dan menyatakan geomerti boleh menghasilkan dua garis iaitu
garisan yang tiada akhirnya dan mengikut garisan yang logik.
KESIMPULAN
Al-Kindi merupakan seorang sejarawan yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai
bidang.Beliau telah memartabatkan syiar Islam dan menaikkan taraf Islam dalam pelbagai
bidang walaupun banyak bidang telah dikuasai oleh Sejarawan barat yang banyak menyalin
karya-karya Orang Islam pada dasarnya.
Namun begitu,salah satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian
antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan telah jatuh
di tangan orang lain. Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan
lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara
mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.
Oleh itu,sebagai generasi sekarang seharusnya kita memanfaatkan hasil karya yang ditulis oleh
Al-Kindi sebagai rujukan untuk memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang.Seharunya kita
sedar bahawa sejarawan Islam banyak memberi sumbangan bagi memajukan agama itu sendiri
dan semua karya orang Islam telah diperoleh dari maha pencipta yang diwahyukan kepada umat
Islam itu sendiri

You might also like