You are on page 1of 59

TOKOH-TOKOH ISLAM DAN SUMBANGANNYA

IBNU SINA ( 370-428 HIJRAH/980-1037 MASIHI)


Abu Ali al-Hussain Bin Abdullah Dilahirkan di Kampung Afsyara, Bukhara, Asia Tengah Berketurunan Iran dan ayahnya berasal dari Balkh. SUMBANGAN Dalam bidang perubatan,beliau diakui sebagai ketua para doktor Muslim. Antara karya agung beliau ialah al-Qanun fi at Tabib. Buku ini diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Eropah. Menjelang abad ke -15, ia telah diterjemahkan dalam 15 bahasa. Antaranya diberi judul Percepts of Medicine yang diterbitkan tahun 1953 di Rom. Muncul sebagai doktor yang termasyhur apabila berjaya mengubati penyakit Raja Noah, Bani Samaniah ketika berumur 12 tahun dan dilantik sebagai doktor peribadi di beberapa istana seperti Gurgan, Hamadan dan Isfahan.

IBNU SINA ( 370-428 HIJRAH/9801037 MASIHI)


Remedies the Heart juga merupakan buku perubatan yang mengandungi huraian berkaitan dengan 760 jenis penyakit dan cara pengubatannya. Merupakan antara sarjana Islam yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dalam bidang seperti ilmu agama,metafizik,falsafah,astronomi dab ilmu bahasa(fisiologi) di samping ilmu perubatan. Beliau dianugerah gelaran Zenith oleh dunia Barat. Karya falsafah beliau: Danesh Nameh Uyun al-Hikmah

IBNU KHALDUN ( 1332-1395)


Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abi Bakr Muhammad bin al-Hassan. Dilahirkan pada 744 hijrah di Tunisia. SUMBANGAN Sarjana dan ulama Islam terkenal dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi. Pengasas kepada bidang sosiologi dan sejarah sains. Sumbangan beliau dalam bidang keilmuan sejarah,falsafah sejarah,sosiologi,sains politik,ekonomi dan pendidikan telah mendominasi pemikiran para cendekiawan sedunia sehingga ke hari ini. Hasil nukilan beliau yang terkenal ialah alMuqaddimah yang bermaksud pendahuluan. Kitab masyhur ini merupakan sumber rujukan utama.

IBNU KHALDUN ( 1332-1395)


Kitab al-Ibar: Sejarah adalah tertakluk kepada undang-undang alam semesta. Kaedah penyelidikan yang dijalankan perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Kemajuan dan pembangunan sebenar hanya datang melalui kefahaman yang tepat mengenai sejarah. Jude Wanniski anggap beliau sebagai pemikir dunia paling kemuka. P.K Hitri dalam bukunya History of Arab menyatakan bahawa beliau adalah ahli falsafah sejarah yang teragung dilahirkan Islam.

OMAR KHAYYAM
Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar bin Ibrahim alKhayyam. Dilahirkan pada tahun 1044. Khayyam bermaksuh khemah. Mendapat pendidikan di Nishapur. Terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya. Beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia Barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan Bahasa Inggeris bagi bukunya, Rubayyat. Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimilikinya. Sumbangan beliau sebagai ahli falsafah banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan manusia sejagat.

AL-RAZI
Abu Bakr Mohammad bin Zakariy Al-Razi. Dilahir kan di Iran pada tahun 860. SUMBANGAN Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan.

AL-RAZI
Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya. Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab alHawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah. Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq.

IMAM AL-GHAZALI
Al-Hamid bin Muhammad Dilahirkan di Tusia pada tahun 450 hijrah/1058 Masihi. SUMBANGAN Digelar sebagai Hujjatul Islam. Ketokohan beliau sebagai ulama besar mula terserlah apabila beliau menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu mantik, falsafah dan fikah Imam Syafie. Dalam usia yang muda, beliau juga dilantik sebagai profesor di Akademi Nizami di Baghdad di dalam bidang Fikah. Telah menghasilkan hamir 100 buah kitab dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah Mizan-al Amal dan Maqasid alFalasifah.

Al FARABI ( 870-950 MASIHI)


Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki SUMBANGAN Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

AL-KINDI
Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 Masihi. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan bukubuku mengenai teoriteori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004). l-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan. Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

LAIN-LAIN TOKOH ISLAM ATAU ILMUAN ISLAM YANG TERKENAL

Al-Battani Al-Kharkhi Ibn-Bajjah Al-Haitham Al-Tusi Abu Bakar Al-Baghdali Al-Zahrawi

Tokoh tokoh tamadun jepun

Tokugawa leyasu Nama sebenar, matsudaira takechiyo Lahir di okazaki, 31 januari 1543 Meninggal di shizuka, 1 jun 1616 pada umur 73 tahun Seorang daimyo dan shogun Pendiri Keshogunan Tokugawa yangmemerintah Jepun sejak menaklukkan IshidaMitsunari dalam Pertempuran Sekigaharapada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji padatahun 1868.

Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan OdaNobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tigatokoh yang menyatukan Jepun pada zamanSengoku. Ia memerintah dari tahun 1600(secara rasminya 1603) hingga turun takhtapada tahun 1605.

Zaman Kesyogunan Tokugawa(1603-1867)


Pembahagian kelas, 4 kumpulan:1. Samurai (pahlawan)2. Nomin (kaum tani)3. Shonin (petukang)4. Chonin (saudagar) Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arenapolitik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616dan merupakan pemimpin teragung Jepundalam abad ke 17.

Beliau telah mengasaskan KesyogunanTokugawa (1603-1867) yang merupakankerajaan tentera yang memerintah paling lamadalam sejarah Jepun.
Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yangmerupakan satu tanggungjawab yang tidakpernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga danToyotomi Hideyoshi. Secara amnya,Bakufu Tokugawa telahmembawa satu era yang aman dan stabil sertaberlanjutan selama hampir 200 tahun.

Pada zaman ini banyak kemajuan yang telahdilakukan terutama dalam bidang pertanian,perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain.Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakatyang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000Terakoya atau sekolah kampung yangmenampung keperluan pendidikan anak anakkaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikankepada anak - anak samurai juga telah didirikanoleh Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentangbuku buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telahdimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerimasokongan golongan Daimyo

Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang,pemerintahan Bakufu telah mengalamikemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa mengalami masalahdalaman yang menjadi punca kemusnahanmasyarakat itu sendiri Perdagangan yang berkembang pesat danproses urbanisasi telah membawa banyakkekayaan kepada kumpulan tertentu ,misalnya golongan saudagar tetapi keadaan initelah mengakibatkan kemiskinan kelas tenteraterutamanya golongan Daimyo dan samuraiyang menjadi tulang belakang sistem politikTokugawa. banyak faktor dari segi politik,ekonomi dan sosial telah membawakehancuran kepada pemerintahan keluargaTokugawa.

Kejatuhan Shogun Tokugawa Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjayamengalahkan musuh-musuhnya dalampertempuran Sekigahara dan atas kejayaannyaitu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepunmemberi gelaran Shogun kepadanya.
Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun darikeluarga Tokugawa

Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun Tokugawa mengambilalihkekuasaan dari Maharaja sehingga ShogunTokugawa yang benarbenar berkuasa diJepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedosementara Maharaja ditempatkan di Kyotodan tidak dibenarkan bergiat dalam urusanpentadbiran.

Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa


Peranan saudagar dan perubahan corak sosial

Menentang dasar isolasi


Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme

Tekanan ekonomi
Tentangan suku kaum dariBarat Kedatangan Barat

Maharaja Meiji (3 November 1852 30 Julai1912) ialah Maharaja Jepun yang ke122menurut susunan pewarisan takhtatradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867sehingga hari kemangkatan baginda.
Nama diri baginda ialah Mutsuhito . Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya,baginda dikenali dengan nama posthumusselepas mangkat.

Selepas kemangkatan baginda bermulanyasatu tradisi baru iaitu memberikan zamanpemerintahan mendiang maharaja kepadabaginda setelah mangkat.

Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji(Pemerintahan kesedaran), baginda kinidikenali sebagai Maharaja Meiji.

Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun,maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengannama posthumus mereka di Jepun. Penggunaannama diri maharaja itu boleh dianggap kurangsopan. Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852,Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil,belum berindustri dan feudal yang didominasiSyogun Tokugawa dan daimyo yang memerintahlebih 250 kawasan terpencar di negara.

Apabila baginda mangkat pada tahun 1912,Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial,dan perindustrian dalam negara dan timbulsebagai salah sebuah kuasa besar di pentasdunia. Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahuniaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakansatu era yang penting dalam sejarah Jepun

ia juga dikenali sebagai pemulihan Meiji dimana bermulanya pemodenan pemodenanbaru yang dilakukan setelah Jepunmengamalkan dasar tutup pintunya selamahampir 200 tahun semasa pemerintahanShogun Tokugawa . Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk danlama itu telah menimbulkan rasa tidak puashati pelbagai golongan masyarakat feudalterutamanya samurai dan petani .

Di samping itu , yang diamalkan olehTokugawa yang memencilkan Jepun dari dunialuar itu juga menimbulkan keghairahan dankeinginan yang amat dalam sanubari kuasabarat. Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakanoleh kuasa barat terhadap Jepun.Kedatangan Komander Matthew Perry dengan black ships di Uraga pada 1853 yang inginmemasuki ke Jepun dan keputusan yangterpaksa dibuat oleh Shogun untukmembenarkan kemasukan dunia luar ke Jepunsetelah 2 dekad Jepun mengamalkan dasarisolasinya telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat . Perjanjian yang ditandatangani dengan pihak Amerika itu membenarkan Amerika membukapelabuhan di Shimoda dan Hakodate.

Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa initelah dijatuhkan oleh pemimpinpemimpinsamurai dari kawasan-kawasan penguasaanfeudal suku kaum Satsuma, Choshu , Tosa ,hizen . Antara mereka termasuklah Okubo,Saigo, Matsukata, masayoshi dan Kuroda dariSatsuma . Kido , Ito, Yamagata, Irone , Aritomodan Katsura dari Choshu . Okuma dari Hizen ,Itagaki Taisuke dari Toza. Maka bermula pada 23 Oktober 1868,dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepuntelah bermula dengan pemerintahan Meiji.

Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meijibertujuan untuk mengembalikan maharajakepada kedudukannya yang sebenar sebagaiketua masyarakat Jepun yang tertinggiNamun bermulanya zaman pemulihan Meijiini, kepimpinan kerajaan baru telahdidominasi oleh samurai muda dari suku kaumSatsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji.

Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapatmenandingi kuasa imperialis barat yangmerupakan ancaman utama kepadakedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepunsebuah negara moden yang mempunyai kuasatentera yang kuat. Maka lahirlah tujuan utamakerajaan mereka iaitu Eukoku Kyohei (sebuah negara yang kaya dan dengan kuasaketenteraan yang kuat )

TOKOH TOKOH TAMADUN CHINA

Confucius/Kung Fu-tze (551 479 SM) Menekankan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan. 5 nilai kemanusiaan: amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ini telah menjadi falsafah rasmi negara China. Ajaran Confucius dimuatkan dalam buku Analekta yang ditulis oleh pengikutnya.

Confucius berpendapat bahawa : Kebajikan yang sempurna hendaklah menjadi cita-cita pada seorang. Dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah hati dan rajin. Segala tingkahlaku hendaklah sederhana. Untuk negara hendaklah ada taat setia, untuk keluarga hendaklah ada hormat dari yang muda kepada yang tua, untuk diri perseorangan hendaklah dia mendidik diri sendiri. Berpandukan masa lampau.

Orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

Lao Tzu
Aliran Toisme (Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. ) Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Menekankan keharmonian alam semesta. Mengkritik semua nilai-nilai yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Ajarannya menekankan kepada masyarakat yang mudah dan primitif.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada ajaran duniawi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat ubatan, jarum magnetik dan herba-herba asli. Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.

Mo Zi Ajaran menekankan universal love(cinta sejagat) Ajarannya menekankan kasih sayang sejagat iaitu bermaksud tidak menyakiti tapi menjaga bukan sahaja keluarga, kenalan tapi juga masyarakat. Manusia semua adalah sama mengikut tien/syurga. Dunia akan aman jika orang ramai hidup mengikut ketetapan tien/ syurga & sebaliknya. Konsep yang diperkenalkan dalam falsafahnya ialah jimat cermat dan melarang manusia hidup dalam kemewahan. Kepentingan kebajikan masyarakat perlu diutamakan berbanding individu.

Hsun Tzu Memperjuangkan kepentingan undang-undang berbanding moral. Raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

Mahatma Ghandi

Sejarah awal
1. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di

Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat.

2. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

3. Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu.

4. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.
5. Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

6. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. 7. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. 8. Pada 1891, beliau telah lulus peperiksaan dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Penubuhan Gerakan Bukan Kekerasan Oleh Mahatma Ghandi


1. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguam bela tetapi gagal. 2. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. 3. Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

4. Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibu negeri Natal. Sewaktu di dalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

5. Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. 6. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Gandhi dan kemerdekaan India


1. Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di kolonikoloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. 2. Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India yakin bahawa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri.

3. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

4. Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. 5. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivisaktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela.

6. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa). 7. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki tidak siuman dari Poona,bernama Nathuram Godse

8. Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah mendapat pelbagai komen dan pendapat. Misalnya, Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini. 9. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya seperti cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosiopolitik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

Aryabhata

seorang ahli astronomi dan ahli matematik terkenal dari zaman India klasik. Hasil kerja terkenalnya ialah Aryabhatiya dan Arya-Siddhanta. Terkenal sebagai penyumbang kepada sistem nombor Hindu-Arab yang diguna pakai sehingga hari ini.

Sumbangan Aryabhata dalam Ketamadunan India dan dunia.


Sistem nilai tempat dan angka sifar Membincangkan tentang konsep sin dalam hasil kerjanya Percaya bahawa bumi berputar pada paksinya Sistem astronomi yang diasaskannya dikenali sebagai sistem audAyaka Menyatakan bahawa bulan dan planet-planet lain bersinar kerana pantulan cahaya matahari

Shah Jahan

Shabuddin Mohammed Shah Jahan King of the World Pemerintah Empayar Mughal Terkenal dengan binaan Taj Mahal Lambang cinta sucinya untuk arwah isterinya, Mumtaz Shah Jahan telah memotong tangan arkiteknya supaya tiada Taj Mahal kedua

You might also like