You are on page 1of 1

!"#$%&'($)#*&++&,$-".$)#*&++&, !!

(872M 950M)

!/01&(&"-$

Beliau dikenali sebagai Alpharabius di Barat. Di Barat, beliau


dikenali sebagai The Second Teacher iaitu menyambung legasi seorang pemikir Greek terkenal, Aristotle yang diberi gelaran The First Teacher.

SEJARAH HIDUP

Beliau dilahirkan di Faryab, Khorasan. Tiada banyak kajian


yang tepat diketahui mengenai asal-usul beliau namun begitu beliau dikenali dengan kehebatannya dalam bidang Falsafah, Muzik, Matematik dan Sejarah.

FALSAFAH

BAHASA

Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya. Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah institusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya.

Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa. Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).

SUMBANGAN LAIN
Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl alMadina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa. Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata. Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Beliau dikatakan individu yang menambah bilangan tali yang ada pada sebuah gambus.

Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan. Iaitu dalam sesuatu bahan, udara memenuhi ronggarongga kosong yang wujud di dalamnya.

You might also like