You are on page 1of 1

Abu l-Hasan Ali Ibn Nafi

Ziryab

(789M 857M)

Beliau digelar The Blackbird oleh dunia luar kerana kulitnya


yang gelap dan suaranya yang merdu bak seekor burung. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam bidang muzik, pereka fesyen, matematik, sastera, astronomi dan geografi.

SEJARAH HIDUP

Pada awal kariernya, beliau merupakan seorang penghibur


istana dan mengajar penduduk setempat tentang ilmu-ilmu yang dimilikinya dan setelah beberapa tahun mendapat sambutan, beliau berjaya membuka sendiri pusat pengajian sendiri untuk orang luar terutamanya dalam bidang muzik dan seni suara (vokal).

Antara sumbangan beliau dalam bidang muzik ialah beliau menambahbaikkan gambus Arab dengan menambahkan tali yang ke-4 ke atasnya. Beliau juga merupakan orang pertama yang menggunakan paruh burung sebagai pemetik gambus menggantikan penggunaan kepingan kayu sebelumnya. Beliau mereka jenis-jenis muzik yang unik dan berbeza sehinggakan ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Ziryab lah orang yang menemui gaya muzik Andalusia yang sangat terkenal di Sepanyol ketika ini.

SENI MUZIK

FESYEN

Ziryab dikatakan merupakan orang pertama yang memperkenalkan sistem fesyen pakaian kepada orang Islam terutamanya orangorang di Sepanyol. Beliau memperkenalkan sistem pemakaian yang mengikut musim dan cuaca. Setiap muslim haruslah mempunyai pemakaian yang berbeza untuk waktu pagi, petang dan malam. Ini bagi menjamin kebersihan seharian badan.

Ziryab dipercayai berjaya mencipta sejenis bauan deodorant yang pertama di dunia bagi tujuan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan daripada badan manusia. Beliau juga menggalakkan mandi pagi dan tengahari bagi semua orang bagi mendapatkan kecergasan dan kebersihan badan. Beliau juga dipercayai mencipta sejenis ubat gigi yang terawal yang sehingga kini masih tidak diketahui apakah kandungannya. Menurut kisah silam, dikatakan ubat gigi ini mempunyai kesan yang sangat hebat di samping rasanya yang enak. Dari segi pemakanan pula, beliau merupakan orang pertama yang menukar penggunaan cawan dan mangkuk besi kepada yang diperbuat daripada kristal atau kaca. Beliau juga yang memperkenalkan sistem three course meals dan menyatakan bahawa setiap pemakanan harus dipecah kepada 3 iaitu : sup, makanan utama dan buah-buahan sebagai pemanis.

KEBERSIHAN & PEMAKANAN

You might also like