You are on page 1of 22

1.

0 PENDAHULUAN

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis kesenian dan kebudayaan


kerana masyarakatnya yang berbilang kaum. Kesenian dan kebudayaan yang pelbagai ini
menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Kesenian dan kebudayaan yang
terdapat di Malaysia ialah makanan, pakaian, permainan, peralatan muzik dan lain-lain.
Setiap kesenian yang ada mempunyai keunikannya yang tersendiri yang menjadikan ianya
sebagai salah satu warisan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita sejak azali lagi.
Menurut Koentjaraningat dalam buku beliau yang bertajuk Pengantar Antropologi (1986:
203-204), alat muzik merupakan sebahagian daripada kesenian. Kesenian merupakan salah
satu unsur kebudayaan.

Alat muzik tradisional Melayu merupakan suatu instrumental yang dihasilkan sejak
zaman dahulu lagi atau ianya diubahsuai untuk tujuan menghasilkan muzik. Pada dasarnya, ia
merupakan sesuatu yang boleh mengeluarkan suara, ianya juga boleh dihasilkan dengan cara
tertentu yang boleh diatur oleh pemuzik dan dikenali sebagai alat muzik. Alat muzik
tradisional Melayu ini merupakan salah satu khazanah yang ditinggalkan kepada kita untuk
diwarisi sehingga masa hadapan. Contoh alat muzik tradisional Melayu ialah gendang ibu
dan anak, seruling, kompang, gong, rebab, canang, angklung, serunai, rebana, gedombak dan
pelbagai lagi.

Namun begitu, ekoran daripada perkembangan teknologi telah menyebabkan


peralatan muzik tradisional Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya
golongan belia. Perkembangan teknologi dari barat telah menular masuk ke Malaysia dan
telah menyebabkan muzik barat mereka disanjung oleh golongan remaja belia. Sebagai
contoh, muzik K-pop sangat popular dalam kalangan remaja masa kini dan telah menjadi
wabak penyakit dalam kalangan remaja belia di negara kita.

Dalam hal seperti ini, siapakan yang perlu bertanggungjwab? Bagaimanakah langkah
atau kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi permasalahan seperti ini? Sekiranya tindakan
tidak diambil, apakah kesan yang akan berlaku kepada golongan remaja belia di negara kita?
Persoalan seperti ini perlulah dikupas dan dibincangkan dengan lebih mendalam serta perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia menjadi lebih teruk dan semakin menular di
negara kita.

1
2.0 PENGENALAN

Peralatan muzik tradisional melayu amat popular dan sering dimainkan oleh
masyarakat suatu masa dahulu. Peralatan muzik tradisional melayu sering dimainkan dalam
majlis perkahwinan, majlis rasmi dan dimainkan hanya sebagai hiburan untuk masyarakat
tidak kira muda ataupun tua. Golongan muda juga turut meminati peralatan muzik tradisional
sehingga mereka ingin belajar untuk menggunakan peralatan muzik tersebut. Seperti yang
kita lihat suatu masa dahulu, peralatan muzik tradisional melayu yang digunakan dalam
persembahan dikir barat bukan hanya golongan tua yang terlibat malahan golongan muda
turut terlibat dan memberi sokongan. Namun akhir-akhir ini, peralatan muzik tradisional ini
sudah semakin pupus dan dilupakan. Seperti yang kita lihat, golongan muda sudah tidak
berminat dalam bermain peralatan muzik tradisional ini. Dalam persembahan muzik
tradisional melayu, hanya golongan tua yang terlibat. Memang sukar untuk melihat golongan
muda bermain peralatan muzik tradisional melayu ini pada masa kini. Apabila generasi muda
sudah tidak berminat, peralatan muzik tradisional melayu lama-kelamaan akan pupus. Oleh
sebab itu, kita perlu mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan peralatan muzik
tradisional melayu kerana melalui faktor-faktor tersebut yang membawa kepada kepupusan
peralatan muzik tersebut.

Dalam menghasilkan kerja kursus ini, kami telah menemui beberapa objektif dalam
menghasilkan kajian ini. Objektif kajian kami adalah seperti berikut:

- Untuk mengetahui jenis-jenis peralatan muzik tradisional melayu.

- Untuk mengkaji faktor-faktor kepupusan peralatan muzik tradisional melayu.

- Untuk mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi kepupusan peralatan muzik


tradisional melayu.

2
Bagi melengkapkan kerja kursus ini, kami teleh mengumpul maklumat mengenai
peralatan muzik tradisional melalyu melalui beberapa kaedah. Kaedah yang telah kami
gunakan ialah seperti berikut :

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Antara kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data adalah:

DATA PRIMER
Data primer merupakan data yang diperoleh secara langsung di kawasan kajian yang
dijalankan. Antara kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kajian tersebut ialah
kami telah menggunakan kaedah temubual daripada seorang tokoh seni muzik iaitu Tuan
Kechik bin Tuan Yeh bagi mendapatkan maklumat dan pendapat beliau mengenai peralatan
muzik tradisional Melayu. Beliau menetap di Kampung Kemasing, Bachok, Kelantan.
Daripada hasil temubual tersebut, beliau telah menunjukkan dan menerangkan jenis-jenis
peralatan muzik tradisional melayu. Pada masa yang sama, beliau turut memberi pendapat
kenapa peralatan muzik tradisional Melayu semakin pupus dan kurang diminati oleh
golongan muda sekarang.

DATA SEKUNDER
Data sekunder adalah rujukan tambahan yang digunakan bagi menyokong maklumat
yang diperoleh melalui kaedah data primer. Antara sumber yang telah digunakan sebagai
rujukan adalah seperti:

INTERNET
Sumber ini penting bagi menyiapkan laporan kami kerana maklumat yang diperolehi
lebih meluas dan terkini. Terdapat banyak laman web yang telah kami perolehi mengenai
peralatan muzik tradisional Melayu. Internet adalah rangkaian atau jaringan sejumlah
komputer yang saling berhubungan. Melalui internet, kami mencari maklumat-maklumat
tambahan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti kajian dan maklumat tambahan yang berguna
untuk kami interprestasikan dalam kajian ini. Melalui laman sesawang ini juga banyak
maklumat penting berjaya dikumpulkan.

3
BAHAN BACAAN
Kami turut mendapatkan bahan bacaan daripada perpustakaan melalui buku-buku
mengenai peralatan muzik tradisional Melayu dan juga daripada akhbar online. Dalam
pembacaan itu, kami telah mencari maklumat dan isi-isi penting berkenaan dengan peralatan
muzik tradisional Melayu bagi melengkapkan kerja kursus ini.

KAEDAH CATATAN
Kaedah catatan merupakan kaedah yang penting dalam menjalankan sebarang kajian.
Setiap perkara yang dilakukan semasa menjalankan kajian harus dicatat agar segala butiran-
butiran penting tidak tertinggal untuk diletakkan di dalam laporan kajian. Kaedah catatan
boleh dilakukan dengan hanya membuat lakaran, gambaran, simbol, dan melalui tulisan.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Dalam penyelidikan ini, kami telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu tentang
tajuk yang kami jalankan dan seramai enam orang ahli kumpulan kami yang
bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap kepupusan peralatan muzik tradisional
melayu. Di situ kami telah membuat penyelidikan untuk mencari lokasi seorang tokoh seni
Muzik untuk kami menemubual. Kaedah penyelidikan ini mestilah dilakukan dengan
sempurna mengikut prosedurnya.

4
5.0 LATAR BELAKANG

5.1 JENIS-JENIS PERALATAN MUZIK TRADISIONAL MELAYU


Terdapat beberapa jenis peralatan muzik tradisional Melayu yang boleh dikelaskan
mengikut kategori-kategori tertentu seperti :

5.1.1 JENIS KORDOFON


Kordofon merupakan alatan muzik yang mempunyai sumber bunyi yang terhasil
daripada regangan tali atau dawai setelah dipetik. Antara alatan muzik tradisional Melayu
yang dikelaskan dalam kategori kordofon ini adalah seperti :

GAMBUS

Gambus merupakan sejenis peralatan muzik tradisional Melayu yang dikatakan


berasal dari Timur Tengah dan telah dibawa masuk ke Kepulauan Melayu Nusantara pada
abad ke-15 oleh orang-orang Arab dari Timur Tengah ke negeri Melaka semasa berlakunya
penyebaran agama Islam disana. Di Timur Tengah Gambus dikenali dengan nama Qanbus.
Namun setelah disesuaikan sebutannya mengikut lidah Melayu ia kemudiannya dikenali dan
disebut sebagai Gambus.

5
Gambus mempunyai 12 tali yang diperbuat daripada tangsi dibahagian hadapan
badannya yang membujur bulat seakan-akan badan labu air dengan bahagian belakangnya
melengkung. Manakala leher Gambus pula bersambungan dengan bahagian badannya tadi
dan cara ia dimainkan adalah hampir sama dengan cara bermain gitar pada masa kini.

Gambus sering kalinya dimainkan dalam permainan Ghazal dan juga tarian Zapin
yang lazimnya dimainkan oleh golongan Brunei di Semenanjung Sabah. Muzik yang terhasil
daripada Gambus dikatakan sinonim dengan jiwa keislaman dan dipercayai bersesuaian
dengan budaya masyarakat Melayu yang beragama Islam yang menggemari hiburan namun
tidaklah keterlaluan dan melalaikan. Tambahan lagi ia sering dimainkan semasa majlis-majlis
atau dalam upacara-upacara yang berkait rapat serta mengandungi nilai-nilai keislaman
seperti majlis berkhatam, majlis potong atau cukur rambut bayi, Aqiqah, Majlis Perkahwinan,
Hari Raya Korban, MaulidurRasul dan sebagainya lagi.

REBAB

Rebab merupakan sejenis alatan muzik yang tertua dalam sejarah permainan
muzik tradisional Melayu.Rebab dipercayai berasal daripada Timur Tengah kemudiannya
dibawa ke Persia dan juga India barulah ke Kepulauan Melayu. Pada zaman dahulu Rebab
lazimnya digunakan dalam upacara perbomohan oleh masyarakat Melayu dahulu untuk
mengubati penyakit-penyakit tertentu yang berkaitan dengan jiwa, semangat dan unsur
dalaman yang lain. Ia dikenali sebagai Main Puteri yang sering dimainkan oleh masyarakat
6
Melayu di negeri Kelantan. Mereka percaya alunan muzik Rebab mempunyai unsur halus
yang berhubung dengan spirit atau roh daripada jasad seseorang pesakit dan menjadi penawar
kepada si pesakit setelah mendengar alunan muzik tersebut namun terdapat juga jampi
serapah daripada pawang atau bomoh yang mengiringi permainan tersebut. Selain itu Rebab
juga turut dimainkan dalam permainan Mak Yong yang juga didominasikan oleh masyarakat
Melayu Kelantan sehingga ia menjadi sebati dengan permainan tersebut dan salah satu
daripada bahagian dalam permainan tersebut dinamakan Menghadap Rebab bersemperna
dengan nama alatan muzik utama yang digunakan iaitu Rebab

Rebab secara kasarnya dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan
juga kepala. Pada asalnya bahagian kepala atau juga kadang-kadang disebut juga sebagai
bahagian badan Rebab adalah berbentuk seperti hati namun kerana adanya daya kreativiti
yang tinggi dalam diri pembuat Rebab ia juga dihasilkan dalam bentuk bulat. Leher Rebab
adalah panjang dan bersambungan antara bahagian kepala dan juga pangkal Rebab. Ukuran
tinggi Rebab adalah dalam anggaran 7.55 hingga 8.5 sentimeter.

5.1.2 JENIS IDIOFON


Alatan muzik yang tergolong dalam kategori idiofon pula adalah dapat menghasilkan
bunyi secara spontan melalui kaedah seperti laga, ketuk dan juga goyangan samada
dibahagian permukaan ataupun sisi alatan muzik tersebut. Antaranya adalah seperti :

GONG

7
Gong merupakan sejenis alatan muzik yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada
leburan logam seperti campuran gangsa dengan timah. (Mohamed Ghouse Nasuruddin :
Traditional Malaysian Music : 113) Gong biasanya digantung dan dipalu untuk menghasilkan
bunyi menggunakan pemukulnya yang khusus yang lazimnya memang direka khusus
bersama Gong tersebut. Gong juga dikenali sebagai Tawak-tawak. Gong biasanya dimainkan
dalam persembahan seni muzik seperti Mak Yong, upacara pertabalan diraja dan sebagainya
lagi.

Gong amat terkenal di Asia Tenggara dan juga di Asia Timur seperti di Vietnam.
Dipercayai Gong berasal daripada Vietnam berdasarkan kepada penemuan bukti peninggalan
asal-usul Gong yang dijumpai di daerah pinggiran sungai Desa Ma Provinsi Thanh Hoa,
Vietnam Utara. Bukti yang dijumpai tersebut adalah berbentuk gendang perunggu yang
dipercayai berusia 500 hingga 100 Sebelum Masihi.

CANANG

Canang merupakan sejenis alatan muzik yang hampir sama dengan Gong dan
dikatakan tergolong dalam keluarga Gong namun ia berukuran kecil. Canang diperbuat
daripada perenggu atau loyang. Saiznya kecil dan bahagian tepinya melengkung ke dalam.
Pada bahagian mukanya pula terdapat tombol kecil. Seterusnya ia disusun diatas para khas
dan dipalu di bahagian tombol kecil tersebut untuk mengeluarkan bunyi. Ia lazimnya
dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit dan wayang Melayu yang lain.

8
ANGKLUNG

Angklung merupakan alatan muzik yang diperbuat daripada batang buluh yang
berbeza saiznya dan kemudiannya disusun sebaris lalu digoyang untuk mengeluarkan bunyi.
Bunyi yang terhasil adalah berbeza bagi setiap batang buluh dan Angklung ini mempunyai
bunyi yang bernada berganda atau multitonal.

Angklung dipercayai berasal daripada Indonesia namun ada juga yang


mengatakannya berasal daripada Jawa Barat. Terdapat banyak jenis Angklung dan ianya
berbeza nama disetiap tempat seperti di Jawa Barat adanya Angklung Badeng, Angklung
Buncis, Angklung Bali dan lain-lain lagi. Kesemua Angklung tersebut mempunyai reka
bentuk yang berbeza namun masih lagi mengekalkan identiti atau rupa bentuk asal Angklung.
Ianya berbeza dari segi saiz batang buluh, kepanjangan serta tempat pengantungan Angklung
tersebut.

9
5.1.3 JENIS EROFON
Alatan muzik erofon adalah alatan muzik yang dapat menghasilkan bunyi daripada
tiupan ataupun hembusan angin. Contohnya seperti :

SERUNAI

Dipercayai Serunai adalah berasal daripada Lembah Kashmir dari daratan India Utara
dan disebut sebagai Shenai. Alatan ini biasanya digunakan oleh masyarakat India untuk
memikat ular tradisional. Namun setelah tersebarnya ke Kepulauan Melayu khususnya di
Minangkabau ia telah dijadikan sebagai alat hiburan kepada kaum tersebut dan sering
dimainkan dalam upacara-upacara adat seperti upacara perkhahwinan, pencak silat dan juga
upacara perlantikan penghulu bagi masyarakat Minangkabau. Namun ia juga sering
digunakan dalam persembahan Wayang Kulit dan Menora

Serunai merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi melalui tiupan. Serunai
mempunyai beberapa lubang yang jarak antara satu lubang dengan lubang yang lainnya
adalah berukur 2.5 sentimeter sahaja dan akan mengeluarkan bunyi setelah hujung pangkal
Serunai ditiup. Panjang Sserunai pula adalah dalam anggaran 20 sentimeter. Badan Serunai
adalah keras kerana diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi dan lazimnya ia berbentuk
seperti kon dengan bahagian bawahnya pula berbentuk seperti loceng. Serunai boleh
dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pangkal, badan dan juga bahagian bawah.

10
5.1.4 JENIS MEMBRANOFON

Alatan muzik membranofon adalah alat muzik yang bunyinya terhasil daripada
regangan bahan pembuatannya seperti kulit haiwan. Ini dapat dilihat berdasarkan :

KOMPANG

Kompang adalah sejenis alatan muzik tradisional yang terkenal dalam kalangan
masyarakat Melayu. Kompang diperbuat daripada kulit kambing namun boleh juga diperbuat
daripada kulit lembu dan kerbau.Kini penghasilan Kompang menggunakan getah sintetik
juga dilakukan. Kompang juga terdiri daripada Seurat rotan yang diselit dari bahagian
belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan untuk menengangkan bahagian permukaan
Kompang juga bertujuan untuk menguatkan bunyi Kompang. Kompang dipalu untuk
menghasilkan bunyi dan digunakan dalam upacara Perkahwinan, MaulidurRasul,
persembahan nasyid dan sebagainya

Kompang dipercayai datang daripada Arab dan dibawa masuk ke Kepulauan Melayu
semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-13 oleh pedagang India Muslim atau
Jawa. Pembuatan Kompang tidaklah serumit pembuatan Wayang Kulit namun amat
memerlukan kepakaran yang tinggi kerana jika tidak bunyi Kompang yang terhasil tidaklah
semerdu sangat. Oleh itu tidak hairanlah jika harganya mahal kerana memerlukan tenaga

11
kerja yang professional dan juga material seperti kulit haiwan yang memerlukan proses yang
rumit.

REBANA

Seperti alat muzik yang lain, Rebana juga berasal daripada Timur Tengah dan tersebar
di Kepulauan Melayu. Rebana merupakan sejenis gendang yang mempunyai satu permukaan
dan berbentuk seperti pasu. Rebana dimainkan dalam muzik atau lagu yang mempunyai
unsur atau nilai kebudayaan seperti Dongdang Sayang, Joget, Inang, Zapin dan juga lagu-
lagu tradisional masyarakat negeri Pahang seperti Indong-indong, Pelanduk-pelanduk dan
juga Rebana Ubi.

GEDOMBAK

12
Gedombak merupakan sejenis gendang yang berbentuk seperti jambangan bunga dan
mempunyai dua muka. Bahagian mukanya yang besar dibalut dengan kulit haiwan seperti
kulit kambing manakala bahagian mukanya yang kecil hanya dibiarkan berlubang dan tidak
berbalut. (Patricia Matusky & Tan Sooi Beng : Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat Dan
Sinkretik : 10)

GEDUK

Alatan muzik seterusnya adalah Geduk iaitu sejenis alatan muzik yang juga hampir
sama dengan gendang dan juga gedombak kerana juga mempunyai dua muka. Muka Geduk
diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Belulag akan diletakkan pada badan Geduk
dengan menggunakan perekat. Selepas itu belulang tersebut akan dipancang dengan baji kayu
atau besi. Badan Geduk yang gemuk disebut sebagai temalang. Temalang diperbuat daripada
kayu keras seperti kayu Nangka dan bentuknya sedikit cembung. Manakala bahagian dalam
temalang pula disebut sebagai lompang. Dua bilah buluh diperlukan untuk dipasang disisi
temalang. Buluh tersebut mestilah lebih panjang daripada Geduk untuk berfungsi sebagai
kaki Geduk. Dengan adanya kaki tersebut, Geduk akan dapat berdiri dengan muka sedikit
menyerong bagi memudahkannya untuk dipalu. Biasanya Geduk akan hadir bersama iaitu
sepasang dan dipanggil sebagai Geduk Ibu dan juga Geduk Anak. Dan ianya juga digunakan
dalam persembahan muzik tradisional Melayu.

13
GENDANG

Gendang merupakan sejenis alatan muzik yang hampir setiap negara memilikinya
namun mempunyai nama serta fungsinya yang tersendiri seperti China, India dan juga
Melayu. Dalam masyarakat Melayu, Gendang biasanya dimainkan dalam persembahan silat
untuk menaikkan semangat seseorang pesilat kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur
spiritual namun kesahihannya tidak dapat dibuktikan.

Gendang juga diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit kambing dan juga
mempunyai dua muka. Saiznya juga adalah berbeza-beza mengikut keperluan.Gendang juga
perlu dipukul atau dipalu untuk menghasilkan bunyinya. (Patricia Matusky & Tan Sooi
Beng : Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat Dan Sinkretik : 135)

14
5.2 FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN PERALATAN MUZIK TRADISIONAL

PENDIDIKAN

Faktor utama terhakisnya muzik tradisional kerana kurangnya pendidikan muzik di


kalangan remaja. Mungkin ko-kurikulum pembelajaran di sekolah-sekolah terutamanya
sekolah rendah kurang menitik beratkan aspek kesenian terutamanya muzik tradisional. Ini
mungkin disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak begitu mengambil berat hal-hal yang
dianggap tidak bermafaat bagi mereka.

Prof. Madya Dr. Mohd Anis Md Nor, di dalam mukadimah bukunya Zapin-Folk
Dance Of The Malay World ada menyebut,

tradisi seni persembahan di Malaysia kurang mendapat perhatian para cendiakawan


berbanding dengan negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Ini mungkin
disebabkan oleh kurangnya minat Malaysia untuk menimba ilmu, dimana kebanyakan
populasi tempatan menganggap bahawa perkara ini tidak ada hubungkaitnya dengan hal-
ekonomi masyarakat dan negara.

Golongan muda Malaysia hanya mendapat pengetahuan yang terhad di dalam bidang
seni persembahan traditional melalui sistem persekolahan kebangsaan dan tidak ada intitusi
pengajian awam atau swasta yang menawarkan kursus seni persembahan tradisional suku
kaum. Tanpa latihan khusus, bakat yang terpendam tidak dapat diasah. Selain itu juga, hanya
segelintir cendiakawan tempatan sahaja yang cuba untuk mengeksplotasikan muzik
tradisional dengan lebih mendalam. Maka pendedehan alatan muzik tradisional ini kepada
masyarakat sangat kurang. Ia juga menyebabkan alatan seni tradisional ini terkubur begitu
sahaja.

15
GLOBALISASI

Faktor globalisasi adalah salah satu daripada faktor terhakisnya seni muzik
tradisional. Globalisasi adalah proses integrasi antarabangsa yang terjadi disebabkan
pertukaran pandangan dunia, produk, pemikiran dan aspek-aspek kebudayaan. Kemajuan
pengangkutan dan komunikasi, termasuklah kemunculan internet, merupakan faktor utama
dalam globalisasi yang semakin meningkatkan saling kebergantungan dalam kegiatan
ekonomi dan kebudayaan. Globalisasi boleh memberi aspek positif dan negatif dalam
pelbagai perkara.

Peralatan muzik tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda kerana mereka
kurang berminat untuk bermain atau mempelajari tentang peralatan muzik tradisional kerana
menganggap peralatan ini membosankan dan lapuk. Hal ini disebabkan senario globalisasi
yang semakin berkembang dan menegelamkan budaya tempatan seperti peralatan muzik
tradisional. Zaman dunia tanpa sempadan kini telah menyebabkan perkembangan budaya
asing semakin berleluasa lebih-lebih lagi dengan adanya laman sosial seperti Facebook,
Blog dan sebagainya.

Seni atau budaya asing yang baru biasanya akan menarik minat orang ramai. Hal ini
kerana manusia adalah satu makhluk yang mempunyai satu sikap yang ingin tahu yang dapat
menarik minat mereka untuk mencuba sesuatu yang baru. Misalnya generasi muda mahukan
Breakdance, Hip-hop, dan Popping, peralatan muzik moden diperlukan bagi
menghasilkan tempo muzik yang lebih rancak. Akibatnya peralatan muzik tradisional ini
dianggap sudah ketinggalan zaman berbanding dengan peralatan muzik moden yang dibawa
oleh negara luar yang dianggap negara moden yang maju. Malah ada segelintir yang
menganggap peralatan muzik ini sudah lapuk, sesuai dipamerkan di muzium sahaja dan
hanya sesuai untuk dimainkan oleh masyarakat dahulu iaitu masyarakat zaman nenek
moyang dan mereka tidak lagi sesuai untuk memainkan muzik tradisional.

16
PERMODENAN

Secara umum permodenan diandaikan sebagai satu peralihan dari masyarakat feudal
kepada industri atau sebagai satu proses masyarakat tradisional mencapai keadaan moden,
namun belum terdapat satu definisi khusus yang menerangkannya.

"Proses transformasi sosial kepada keadaan ekonomi, politik, budaya, pendidikan dan lain-
lain seperti mana terdapat di negara-negara maju di Barat (Moore, 1974)

Pemodenan adalah "proses perubahan ke arah sistem sosial, ekonomi, dan sistem
politik yang berkembang di Eropah Barat dan Amerika Utara dari abad 17 hingga abad 19,
dan kemudianya tersebar ke negara Eropah yang lain, dan pada abad 19 dan 20 ke benua
Amerika Selatan, Asia dan dan Afrika (Eisenstadt, 1966)

Kehidupan masyarakat semakin kini semakin sibuk dengan arus pemodenan negara.
Selepas bekerja, masyarakat tiada masa untuk melakukan aktiviti seni tradisional yang
memerlukan kemahiran. Untuk mahir bermain peralatan muzik tradisional ia memakan
masa. Dan tenaga pengajar. Bagi masyarakat kota yang sibuk hiburan tradisional tidak serasi
dengan hiruk pikuk kota metropolitan seperti dibandar-bandar besar kerana pusat hiburan
seperti disko dan karaoke sudah cukup untuk hiburan mereka tanpa mereka perlu bersusah
payah untuk mempelajari alat-alat muzik tradisional yang perlu memakan masa untuk
berlatih.

Bagi golongan muda pula permainan teknologi maklumat lebih memikat mereka
misalnya PSP, Wii dan sebagainya. Sebagai contoh permainan Guitar Hero dapat
dijalankan melalui Wii dengan Muzik latarnya yang gempak. Pelbagai program permainan
dapat dimuat turun daripada internet. Selain itu, terdapat pelbagai permainan dalam telefon
bimbit pintar yang dilengkapi kemudahan seperti Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual
lebih menarik . Dalam kalangan kanak-kanak bandar hampir separuh daripada mereka lebih
banyak terdedah kepada gajet dan tidak tahu tentang kewujudan peralatan muzik tradisional.

17
5.4 Langkah-Langkah Mengatasi Kepupusan Peralatan Muzik Tradisional Melayu

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kepupusan
peralatan muzik tradisional Melayu yang mana salah satunya adalah penubuhan kelab muzik
tradisional. Tujuan kelab ditubuhkan adalah untuk melahirkan generasi muda yang
mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang alat muzik sebagai langkah awal
dalam bidang muzik, kemudian mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan alat
muzik supaya terlatih dari awal usia lagi, serta berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi
bagi menampakkan kekreatifan pelajar, dan seterusnya dapat menghargai dan menikmati
estetika muzik yang mana dikatakan amat luas dari segi kesenian muzik itu sendiri. Melalui
penubuhan kelab ini juga membolehkan ahli-ahli kelab dapat merekacipta lagu atau muzik
tradisional yang baharu. Selain itu, ahli-ahli kelab dapat menimba ilmu pengetahuan seta
memperoleh pengalaman yang baharu. Kelab tersebut akan mendapat sambutan yang baik
daripada masyarakat dan juga pelajar dengan beberapa penekanan yang diberikan dalam
penglibatan mereka dalam kelab ini dan turut mampu untuk membantu mengatasi kepupusan
peralatan muzik tradisional Melayu supaya ia dipertahankan.

Menurut buku "Pengantar Antropologi" (1986: 203-204), usaha yang boleh dilakukan
untuk mengembangkan alat muzik tradisional ini ialah dengan membuat promosi ke atas alat
muzik iaitu dengan menjemput mana-mana pihak untuk membuat demo berkaitan alat muzik
ini dan kita boleh mengambil peluang tersebut bagi mempromosikan alat-alat muzik yang
digunakan pada waktu itu. Setiap alat muzik yang digunakan haruslah diterangkan tentang
cara-cara memainkannya dan juga cara untuk menghasilkan alat muzik tersebut. Di samping
membuat promosi dengan memberikan penerangan tentang alat-alat muzik tradisional
tersebut, kita juga harus memberi peluang kepada orang ramai untuk cuba memainkan alat
muzik agar mereka tahu akan keistimewaan peralatan muzik ini dan lebih tertarik lagi untuk
mendalaminya. Oleh hal yang demikian, usaha untuk mengembangkan alat muzik ini akan
lebih berkesan serta menarik minat para pengguna untuk lebih mendalami di samping dapat
menghargai warisan turun-temurun untuk dipelihara.

18
Dalam usaha untuk mengembangkan alat muzik tradisional ini, pameran alat-alat
muzik haruslah sering kali dilakukan. Sebagai contoh, jika sesuatu perayaan semakin hampir,
kita boleh menjemput pakar dalam menggunakan alat alat mizik ini untuk membuat demo
dan juga persembahan bagi memeriahkan lagi suasana tempat tersebut. Peluang yang
diperoleh itu boleh digunakan untuk mengajar orang yang berminat untuk belajar
menggunakan alat-alat muzik tradisional di samping dapat memenuhi impian seseorang yang
sudah lama berminat untuk mempelajarinya secara mendalam lagi. Seterusnya, pameran yang
dijalankan ini hendaklah dibuat banyak kali dan dijalankan pada tempat yang berbeza-beza
bagi mendekatkan serta mendedahkan lagi tentang peralatan muzik tradisional ini kepada
khalayak ramai terutama golongan remaja yang dikatakan sudah begitu jauh dengan hal-hal
yang berkaitan dengan warisan-warisan negara ini. Melalui pameran yang dijalankan
masyarakat akan lebih mudah untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Pameran ini
bukan sahaja boleh dilakukan di Malaysia bahkan di luar negara seperti Korea, Jepun,
Indonesia, China, Arab, Mesir dan sehinggalah ke seantero dunia. Hal ini bagi
memperkenalkan peralatan muzik tradisional Melayu kita kepada masyarakat luar.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengembangkan alat muzik tradisional, kita juga
harus membuat persembahan alat muzik tradisional di peringkat kampung, daerah, negeri dan
juga kebangsaan. Dalam persembahan tersebut, kita boleh menggembleng tenaga bersama-
sama dengan pakar-pakar untuk mempersembahkan alat-alat muzik tradisional agar usaha
untuk mengembangkan lagi alat muzik tradisional dapat dicapai dengan sempurna. Selain
daripada musim perayaan, persembahan juga boleh diadakan jika terdapat tetamu yang
datang daripada luar untuk di sambut sebagai tanda penghormatan. Oleh itu, dari segi
persembahan yang telah dimainkan, ia dapat membuka terus minda-minda para pelajar
contohnya yang berminat untuk menceburinya bagi memperdalamkan lagi pengetahuan
tentang penggunaan alat muzik tersebut. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan
pertandingan bermain peralatan muzik pada setiap bulan dan menyediakan pelbagai hadiah
yang lumayan bagi menarik lebih ramai lagi pelajar menceburkan diri dalam bidang muzik
ini. Hal ini kerana pada peringkat sekolah inilah, pendedahan mengenai peralatan muzik
tradisional Melayu ini kepada para pelajar perlu dilakukan agar ia sebati dalam diri pelajar itu
sendiri.

19
Menurut utusan online, (akrib 2/8/2000) bengkel yang didirikan adalah bertujuan
untuk memudahkan masyarakat bagi mempelajari tentang alat-alat muzik tradisional.
Golongan-golongan yang terlibat di dalam bengkel ini pada kebiasaannya adalah golongan
kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Hal ini dapat mendekatkan golongan belia terhadap
warisan peralatan muzik berikutan dengan perubahan zaman agar mereka tidak terlalu jauh
menyimpang dalam warisan budaya masyarakat Melayu. Kita juga boleh mengenakan yuran
yang rendah terhadap penduduk dan pelajar bagi menarik minat mereka agar lebih terdorong
untuk menyertai bengkel tersebut di samping pelbagai informasi, maklumat dan pengetahuan
tentang peralatan-peralatan muzik Melayu Tradisional dapat diselami oleh golongan belia
yang dianggap sebagai pewaris seni warisan negara ini agar tidak pupus ditelan zaman.
Melalui bengkel yang dijalankan ini juga, akan memberikan pendedahan yang begitu jelas
sekali di mana segala maklumat yang berkaitan dapat diterima secara langsung daripada
pihak yang berwajib dan sudah semestinya ia mudah untuk difahami dan berpotensi untuk
menarik minat golongan belia berkaitan dengan peralatan muzik tradisional begitu penting
untuk dipelihara dan perlu dijaga serta memiliki daya tarikan dan seni yang tersendiri.

20
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, peralatan muzik melayu tradisional merupakan salah satu


daripada kesenian dan kebudayaan yang perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu
identiti negara kita agar Malaysia dikenali oleh seluruh dunia. Bagi mengekalkan peralatan
muzik tradisional melayu ini, semua pihak perlu bekerjasama dalam mengekalkan
penggunaan peralatan muzik tradisional melayu terutamanya dalam golongan remaja belia.
Hal ini kerana remaja sudah terpengaruh dengan muzik dari barat dan sering menjadi ikutan
orang ramai.

Pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang tepat bagi mengekalkan
peralatan muzik tradisional melayu ini dalam kalangan masyarakat ramai. Langkah yang
diambil perlulah dilakukan dengan kadar segera serta berpanjangan bukan hanya sekadar
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, pihak sekolah mewajibkan kegiatan ko-
kurikulum yang melibatkan seni budaya seperti ini bagi setiap sekolah. Dengan ini para
pelajar dapat mempelajari serta mengenali seni budaya yang ada termasuklah peralatan muzik
tradisional melayu ini.

Oleh yang demikian, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing bagi
mengekalan peralatan muzik tradisional ini berpanjangan dan ianya kekal hingga ke abad
yang seterusnya. Pengekalan peralatan muzik tradisional ini menjadikan ianya sebagai salah
satu warisan yang kekal selamaya dan menjadikan negara kita dikenali oleh negara-negara
luar yang lain dan membangun bersama-sama negara yang lain bak kata pepatah duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi.

21
RUJUKAN

Eisenstadt, S.N. (1966). Modernition:Protest and Change. United States: Prentice Hall Paper
Edition.

http://suog.co/search/asal-usul-alat-musik-gendang.html

http://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/muzik-tradisional/muzik-tradisional-
melayu/

Koentjaraningrat. (1986). Pengantar Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mohd Anis Md Nor. (1995). Zapin: Folk Dance of the Malay World : South-East Asian
Social Science Monographs, Singapore : Oxford University Press.

Mohamed Ghouse Nasuruddin. (1989). Traditional Malaysia Music. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. (1997). Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat &
Sinkretik. Peneng & Kuala Lumpur. THE ASIAN CENTRE

William N.Fenton.(1974). The Great Law and the Longhouse:a political history of the
Iroquois Confederacy.United States: University of Oklahama Press.

22

You might also like