You are on page 1of 35

1

Bab 1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan dan latarbelakang masalah

Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program
muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal barat.
Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan
dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat
dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini menyebabkan sistem muzik
selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak penting oleh golongan
pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul (2009,p.14) menyatakan:
amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara
eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua
peringkat institusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum
sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan
kuliah.
Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzik
tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan
pendidik. Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kita
oleh pengkaji-pengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin.
Mereka telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan. Menurut
Profesor Tan Sooi Beng,

2



Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their
own traditional music ( including the music of minorities) as well as the music of
South East Asia and other part of the world to the young through the music
curriculum. (Tan, 2008,p.249)
Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kita
kerana usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita di
persada dunia.

1.2 Latarbelakang projek
Menurut objektif Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Menengah, pelajar dapat
berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik
konvensional dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul (2003 :iii). Objektif
tersebut sejajar dengan usaha untuk memelihara warisan muzik tradisional tanahair kita.
Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik tempatan. Banyak bahan
rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telah dibangunkan dalam
bentuk buku panduan, audio dan video. Selain daripada ensembel muzik tradisional tempatan,
tiada buku panduan, audio ataupun video bagaimana cara untuk belajar dan mengajar
ensembel muzik tradisional lain, khususnya ensembel muzik tradisional India. Dimana, kaum
India merupakan salah satu kaum utama dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai
seni, muzik dan budaya.



3



Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik
Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional
lain di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India menerima
nasib yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan kajian,
penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata Johan Othman:
While ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly
confined within the academia [for study, research and practical performance] and
function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian
sacred and secular music are performed at various rituals and temple rite. (Johan
Othman, 2002, p.84)
Oleh kerana itu dirasakan projek yang berkaitan dengan bagaimana belajar bermain
tabla, iaitu salah sebuah alat perkusi dalam ensembel muzik tradisional India yang dimainkan
dalam ensembel muzik tradisional Melayu iaitu ghazal, sangat releven dibangunkan untuk
meningkat dan memperkayakan lagi warisan muzik tempatan kita.








4



1.3 Pernyataan masalah
Kurikulum muzik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2003, menggalakkan sekolah
memilih ensembel pilihan seperti gamelan, caklempong dan sebagainya,
2.3 Pengalaman Ensembel Muzik Tradisional, 2.3.1 Ensembel Muzik Tradisional,
pelbagai jenis lagu dan irama dalam emsembel berikut: Emsembel Muzik Tradisional
lain di Malaysia (7) Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong
Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel India dan ensembel muzik tempatan yang
tiada kaitan dengan pemujaan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003,p.7)


Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada
anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional
lain selain daripada alat muzik konvensional iaitu muzik Barat. Namun demikian, guru-
guru muzik di sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan kurang
berpengetahuan dan kemahiran dalam mengajar alat-alat muzik tradisional India selain
daripada gamelan, caklempong dan kompang. (Zaharul, 2009,p.18) menyatakan:
penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai
manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong
oleh kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal
perlu turut menjelmakan dan mempraktikkan prinsip yang sama.



5



Oleh yang demikian, projek yang dicadangkan dapat memenuhi manifestasi kerajaan dan
membantu mengisi kekosongan dalam bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran alat-
alat ensembel muzik India di tanahair kita.

1.4 Tujuan Projek
Tujuan projek yang dicadangkan ini adalah untuk menghasilkan sebuah modul asas
permainan tabla. Ini kerana sehingga kini tiada modul asas permainan tabla yang
dihasilkan untuk memenuhi keperluan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
muzik ensembel India dalam Pendidikan Muzik di Malaysia. Secara khususnya, objektif
projek ini adalah seperti berikut:


i. Menyediakan sebuah modul panduan untuk mempelajari elemen irama melalui
permainan Tabla untuk guru-guru muzik yang boleh diakses secara pembelajaran
kendiri.
ii. Menyediakan sebuah modul panduan bermain Tabla yang boleh digunapakai oleh
guru-guru muzik sebagai bahan bantu mengajar (BBM)
iii. Meninjau respon guru-guru muzik terhadap modul panduan bermain Tabla yang
akan dibangunkan.



6



1.5 Kepentingan projek
Hasil projek Modul Panduan Bermain Tabla ini diharap akan dapat :
i. Membantu guru-guru muzik, pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan pelajar-
pelajar sekolah menengah belajar bermain tabla dan juga dapat digunakan sebagai
sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Membantu dan menjadi pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang
sedang melaksanakan Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
iii. Membolehkan guru-guru muzik mempelbagaikan bahan pengajaran untuk
mengajar elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang
dibekalkan sahaja.
iv. Menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Dimana, guru-guru dan
pelajar-pelajar akan memartabatkan permainan muzik tradisional dalam
pengajaran dan pembelajaran.






7


1.6 Persoalan projek
Tabla ialah sejenis alat perkusi dalam ensembel muzik tradisional India yang
dimainkan untuk mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. Malah, ia juga telah
mengambil tempat yang penting dalam muzik tradisional Melayu. Hakikat ini dapat
disokong oleh Tabla dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang India.
Hari ini Tabla digunakan dalam ensembel Ghazal yang popular di Johor. (Mastor, 2007,
p.122).
Oleh yang demikian, projek ini diharap akan dapat menjawab persoalan kajian seperti
berikut:
i. Apakah respon guru-guru muzik, pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar IPGM
dan pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap latihan dan aktiviti bermain
Tabla?
1.7 Batasan projek
Projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah modul panduan bermain tabla. Modul
panduan ini akan mengandungi organologi dan bahagian-bahagian tabla serta cara dan
teknik yang betul untuk mendapatkan bunyi bol tabla. Seterusnya, menyediakan beberapa
pola rentak tabla yang sesuai untuk irama tempatan. Projek akan dibina melalui adunan
visual dan teks dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS4, Microsoft Word
dan lain-lain lagi.




8



1.8 Definisi Operasi
Muzik
Dalam konteks projek ini, muzik membawa maksud bunyi bol yang dihasilkan
melalui pukulan, paluan atau permainan tabla. Aktiviti muzik yang akan diaplikasikan dalam
Modul Panduan Bermain Tabla bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran
dalam memainkan sesuatu pola rentak.
Pengertian muzik dalam konteks tradisional ialah bunyi-bunyi yang berterusan yang
dihasilkan dengan perlakuan tiupan, gesekan, pukulan dan paluan yang dihasilkan oleh alat-
alat tertentu. Apabila bunyi-bunyi tersebut disusun dengan indah, maka lahirlah muzik.
Menurut Mastor Hj Jarkaseh , muzik adalah bunyi-bunyi yang disusun secara logik supaya
menjadi karya yang indah didengar. (Mastor, 2007, p.1)

Irama
Irama adalah salah satu elemen asas dalam muzik. Ianya terhasil daripada susunan dan
ulangan bunyi. Dalam elemen irama terdapat faktor-faktor tempo masa (duration), tekanan
detik dan tempo. Gabungan not-not dan tanda rehat yang tersusun akan menghasilkan pola
irama atau corak irama yang tertentu.
Dalam konteks projek ini, pelbagai pola rentak yang sesuai untuk irama tempatan akan
dimuatkan dalam Modul Asas Permainan Tabla.




9




Pengajaran
Dalam konteks projek ini, pengajaran membawa maksud aktiviti atau proses yang
diaplikasikan dalam pembangunan Modul Panduan Bermain Tabla yang bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan pemahaman bermain tabla.

Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, penggunaan alat
bantu mengajar dan bersoal jawab. Secara umumnya proses pengajaran dalam
pendidikan melibatkan tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan
penilaian. (Mok, 1993)

Pembelajaran
Dalam konteks projek ini, pembelajaran berlaku apabila guru-guru dan pelajar-pelajar
mendapat pengalaman dan pengetahuan dengan menggunakan Modul Panduan Bermain
Tabla.
Pembelajaran ialah suatu proses yang kompleks. Pembelajaran adalah hasil usaha setiap
individu untuk mencapai keperluan-keperluannya sama ada keperluan jasmani atau keperluan
psikologi. Ia mungkin memberi kesan atau perubahan pada bentuk umum perlakuannya.
Dengan lain perkataan, pembelajaran merupakan pembinaan pengalaman-pengalaman baru.
(Musa bin Daia, 1992, p. 32-33)



10



Tabla
Dalam konteks projek ini, Tabla dimaksudkan ialah sejenis alat perkusi dalam ensembel
muzik tradisional India yang dimainkan solo atau untuk mengiringi nyanyian dan muzik
instrumental. The north Indian counterpart of the mridangam is the Tabla, a pair of single
headed drums played by one performer. The right-hand drum is generally tuned to the tonic
note, and the left-hand drum functions as a bass drum. These drums, which are played with
the hands and fingers, can produce a wide variety of pitches and tone colors. The Tabla is
vital to north Indian concerts and is used for solos as well as accompaniments. (Kamien,
2002, p.397)

1.9 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab pengenalan ini menghuraikan latar belakang projek, penyataan
masalah, tujuan projek, kepentingan projek, batasan projek dan definisi operasi projek.
Penghasilan projek ini akan dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan bahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional India. Khususnya
pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam
permainan tabla. Diharapkan modul panduan bermain Tabla ini dapat dijadikan panduan
kepada pendidik muzik yang ingin mengaplikasikan ensembel muzik tradisional India di
sekolah masing-masing.




11


Bab 2

Metodologi projek
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian untuk membangunkan projek
Modul Panduan Bermain Tabla. Secara umumnya prosedur kerja yang akan dilalui untuk
membangunkan projek ini adalah seperi berikut:
i. Mendapatkan dan mengumpul maklumat atau data berkaitan Tabla dan
permainan Tabla.
ii. Mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema
dan kategori.
iii. Menetapkan bab berdasarkan tema dan kategori.
iv. Menulis maklumat dan data mengikut kategori atau kandungan bab yang akan
ditetapkan.
v. Mengedit maklumat dan data mengikut kategori atau kandungan yang akan
ditetapkan.

2.2 Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat dan data berkaitan tabla dan
permainan tabla.
Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat bagi tujuan
membangunkan produk Modul Panduan Bermain Tabla. Kaedah yang akan digunakan untuk
mendapatkan maklumat ialah kaedah temubual, pemerhatian dan turut serta. Semua
maklumat atau data akan didirekodkan dalam bentuk catatan, fotografi dan rakaman audio.
Kaedah ini sesuai kerana penulis akan menyelidiki satu unit sosial yang kecil seperti individu
12

ataupun keluarga.

2.2.1 Temubual
Temubual akan dijalankan dengan beberapa orang penggiat seni ensembel muzik
India dari Kumpulan Orkestra Inbatamil di Tanjung Rambutan, Perak iaitu pemain Tabla
Encik Surendran. Temubual juga akan dibuat dengan pemain Tabla Encik R.B.Kumar di
Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor. Disamping itu satu lagi temubual akan dibuat dengan
salah seorang guru muzik tradisional India Encik Kalaiselvan dari Sri Kalashetra Music
Academy. Menurut Mok Soon Sang, Temubual adalah salah satu jenis kaedah soal selidik
yang digunakan untuk mengumpul data kajian. Oleh itu, kadangkala ia dirupakan sebagai
kaedah soal selidik melalui temubual (Mok, 2009, p.211)
Soalan-soalan temubual akan berbentuk semistructured kepada semua informan
kerana dirasakan lebih sesuai, relevan, berfokus dan fleksibel untuk menghasilkan projek ini.
Temubual ini bertujuan untuk memastikan maklumat yang disampaikan oleh sampel
mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Soalan-soalan yang akan
dikemukakan dalam temubual adalah berfokuskan kepada:
i. Sejarah dan asal usul tabla
ii. Etika persembahan tabla
iii. Teknik permainan tabla
iv. Bol yang dihasilkan oleh tabla





13



2.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu kaedah soal selidik yang digunakan untuk
memungut data kajian. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk memerhati dan mendengar
permaianan Tabla dan penerangan penggiat-penggiat tabla secara lebih dekat dan teliti lagi.
Mengikut John D. Brewer, Observations are an inherent part of many types of research
(Brewer, 2000, p.59)

2.2.3 Turut serta
Dalam konteks ini pengkaji telah pun mempunyai akses untuk mendampingi dan
menemuramah penggiat-penggiat seni tabla. Pengkaji juga seorang pemain tabla dan pernah
memberi ceramah tentang ensembel muzik India kepada pelajar-pelajar seni muzik India dan
komuniti India. Mengikut John D. Brewer, Without access to the field, the research could
not be done. Ethnographers gain entry to the field in a variety of different ways, which vary
from case to case, meaning that practitioner must remain flexible. (Brewer, 2000, p.82)









14



2.3 Mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema dan
kategori.
Menghasilkan modul panduan bermain tabla merupakan satu tugas yang agak mencabar
kerana proses pengahsilannya memerlukan perancangan yang sistematik.. Perancangan merupakan
perkara yang amat penting untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
Langkah seterusnya untuk menghasilkan modul Asas Permainan tabla ialah pengkaji akan
mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema. Dalam konteks ini setiap
maklumat ataupun data yang diperolehi akan dipecahkan mengikut tema dan kategori. Ini akan
memudahkan aktiviti untuk menentukan bab berdasarkan tema dan kategori.

Analisis Data
Dalam konteks analisis data, pengkaji akan, mendengar dan merakam temubual,
menimbang unit-unit yang bermakna, mengeluarkan data berlebihan, mengklasifikasi,
mengkategori dan menyusun urutan unit-unit dengan bermakna, menstruktur deskripsi
kandungan temubual, menginterpretasi data temubual mengenai tabla dan permainan tabla.








15



2.4 Kerangka kerja penghasilan projek
Rajah 1 menunjukkan model kerangka kerja untuk menghasilkan Modul Asas Permainan
Tabla. Arrows arah menunjukkan penilaian dan pengulangan yang akan dibuat secara berterusan
untuk menghasilkan satu projek yang menepati matlamatnya.

Rajah 1: Model kerangka kerja menghasilkan projek

















Modul Panduan Bermain Tabla

MENGUMPUL DATA
MENGKLASIFIKASI/TULIS DATA
MENYUNTING DATA
ANALISA
KEPERLUAN
REKABENTUK
16




2.5 Cadangan Jadual Kerja
Berikut merupakan cadangan jadual kerja bagi projek akhir yang bermula pada Semester 1
Sesi 2011/2012

Jadual 1 : Jadual kerja projek akhir


Bulan



J
A
N
U
A
R
I

F
E
B
R
U
A
R
I

M
A
C

A
P
R
I
L

M
E
I

J
U
N

J
U
L
A
I

O
G
O
S

S
E
P
T
E
M
B
E
R

O
K
T
O
B
E
R

N
O
V
E
M
B
E
R

D
I
S
E
M
B
E
R

Cadangan Aktiviti



Hantar Proposal



















Mengumpul
maklumat dan data
berkaitan Tabla






Mengklasifikasikan
maklumat dan data






Menetapkan bab
berdasarkan tema
dan kategori








Menulis maklumat
dan data mengikut
kategori atau
kandungan bab
yang ditetapkan










Mengedit

17

maklumat dan data
mengikut kategori
atau kandungan
yang ditetapkan



Penulisan Bab 1, 2
dan 3


Penulisan Bab 4
dan 5


Penambahbaikan
penulisan dan
Modul Panduan






Serah laporan































18


2.6 Rumusan

Dalam bab ini perbincangan adalah tertumpu kepada prosedur membangunkan
Modul Asas Permainan Tabla. Prosedur- prosedur kerja yang telah dibincangkan ialah cara
mendapatkan dan mengumpulkan bahan, mengklasifikasikan bahan mengikut tema dan
kategori, menulis manuskrip mengikut urutan bab dan seterusnya membuat suntingan yang
sepatutnya sebelum diterbitkan. Dalam bab ini juga dibincangkan apakah isi kandungan
dalam kerangka kerja yang digunakan untuk menyiapkan projek ini. Setelah berpuas hati
dengan garis panduan dan perancangan yang telah dibuat diharapkan pembinaan Modul
Asas Permainan Tabla mencapai matlamat dalam pembinaan sesebuah modul pengajaran
yang berkesan.


























19


Bab 3

Huraian Produk
3.1 Pengenalan

Dalam bab ini perbincangan adalah tertumpu kepada bentuk projek yang akan
dibangunkan, isi kandungan dan keterangan mengenai projek yang telah dibangunkan.
Pembangunan produk lebih menumpukan kepada membangunkan modul asas permainan
tabla. Keseluruhan bab ini juag akan menyatakan dan menerangkan isi kandungan topik-topik
yang terkandung dalam modul asas permainan tabla.

3.2 Bentuk dan objektif produk yang dibangunkan

Pembangunan produk ialah menghasilkan sebuah modul pengajaran yang diberi tajuk
Asas Permainan Tabla Dalam Pendidikan Muzik. Pembangunan produk ini terlaksana
dengan beberapa perbincangan yang telah dilakukan dengan Profesor Madya Zaharul
Lailiddin bin Hj Saidon selaku pensyarah pembimbing. Pembangunan produk ini amat
bertepatan dengan situasi pembelajaran pada masa kini yang mengutamakan sumber-sumber
yang boleh membantu dalam pengajaran. Bahan-bahan pengajaran ini hendaklah bercirikan
tempatan dan lebih sesuai berbanding dengan sumber dari luar. Pembangunan produk ini
akan menambahkan lagi koleksi bahan pengajaran sedia ada terutamanya bahan-bahan muzik
yang berkaitan dengan budaya dalam masyarakat setempat. Melalui usaha ini juga akan dapat
mempamerkan konsep multicultural dan multinasional ataupun kepelbagaian dalam
budaya dan budaya berteraskan kebangsaan dalam dunia pendidikan di Malaysia. Seterusnya
akan dapat mempertingkatkan kesinambungan budaya dalam muzik itu sendiri.
20


Dalam usaha ini objektif pembinaan Modul Permainan Taabla ini adalah seperti berikut:
i. Produk ini diharapkan dapat membantu dan menyediakan pilihan bahan
pengajaran kepada guru-guru muzik yang boleh diakses secara pembelajaran kendiri.
ii. Dengan pembinaan produk ini akan membolehkan guru muzik mempelbagaikan bahan
pengajaran untuk mengajar elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat
moden yang dibekalkan sahaja.
iii. Pembinaan produk ini juga akan menyumbang kepada pengekalan warisan
budaya. Guru-guru dan pelajar akan memartabatkan permainan muzik tradisional
apabila guru mengajar elemen irama melalui permainan Tabla.

3.3 Isi kandungan modul asas permainan tabla dalam pendidikan muzik

Dalam menetapkan susunan dan aturan isi kandungan Asas Permainan Tabla Dalam
Pendidikan Muzik penulis telah membuat beberapa pemerhatian dan penelitian terhadap
beberapa buah modul pengajaran muzik seperti Pengajaran Muzik IV oleh Profesor Madya
Zaharul Lailiddin dan Mohd Nizam Nasrifan, Buku Panduan Guru Untuk Mengajar Elemen
Irama Melaui Permainan Kertok oleh Mohd. Saufi dan buku-buku seperti Buku Sumber dan
Aktiviti Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), Asas Pendidikan Muzik 1 oleh Mastor Hj Jarkaseh
(2007), Asas Pendidikan Muzik 1 dan 2 oleh Mohd Azam Sulong dan Mastor Hj Jarkaseh
(2009), Learn To play on tabla (Belajar bermain tabla) oleh Ram Avtar Vir (1977),
Handbook Of Tabla (Buku Panduan Tabla) oleh PankajVishal (2008) dan How To Play Tabla
(Bagaimana bermain tabla) oleh Vikas Aggarwal (2009).

21


Untuk memperlengkapkan lagi susunan dan aturan isi kandungan modul ini penulis
telah membuat rujukan yang mendalam ke atas beberapa buah modul pengajaran muzik
tradisional seperti Pengajaran Wayang Kulit Dalam Bilik Darjah oleh Profesor Madya
Zaharul Lailiddin (2005), Bermesra Dengan Kompang oleh Unit Kurikulum Jabatan
Pelajaran Negeri Perak (2004) dan Muzik Caklempong oleh Abdul Hamid Adnan (2004).
Setelah selesai sesi perbincangan dengan pensyarah pembimbing, pengkaji bersetuju untuk
membangunkan modul pengajaran yang strukturnya berdasarkan Gaya Dewan yang mana
dalam senarai isi kandungannya bukan hanya mengandungi senarai topik, bahkan terdapat
juga halaman tertentu sebelum topik 1 dan juga selepas topik berakhir. Penghasilan struktur
modul Gaya Dewan ini adalah selaras dengan ungkapan yang ditulis:
Gaya Dewan adalah panduan yang diguna pakai dalam penerbitan buku-buku yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia juga menjadi panduan bagi penerbit-
penerbit buku umum di Malaysia. Bagi penerbit universiti, banyak yang merujuk Gaya
Dewan. (Nazrul Samsudin, 2008)
Hasil dapatan daripada beberapa perbincangan dan juga rujukan daripada pelbagai bahan,
maka terbentuklah satu susun atur isi kandungan Asas Permainan tabla dalam pendidian
muzik seperti dalam Jadual 3:







22

Jadual 2: Bab-bab dalam modul Asas permainan tabla dalam pendidikan muzik

Topik

Kandungan

Muka surat

Dedikasi v
Penghargaan vii
Glosari
Prakata


i
ii
iii
iv

Topik 1

Pengenalan
1.1 Pengenalan Tabla
1.2 Sejarah Tabla



3
5

Topik 2



Organologi
2.1 Bahagian-bahagian Tabla
2.3 Peralatan tabla dan kegunaannya


6
6
10


Topik 3

Penalaan tabla
3.1 Jenis Tuning Tabla
3.2 Cara-cara Tuning Tabla


12
12
14

Topik 4

Etika persembahan
4.1 Tatacara atau postur duduk
4.2 Susun atur Tabla
4.3 Postur tangan


17
17
17
18



Topik 5

















Bhol (nada / bunyi) tabla/ dayan
5.1 Bhol ta dan na
5.2 Teknik Paluan ta dan na
5.3 Bhol tee
5.4 Teknik Paluan tee
5.5 Bhol tin
5.6 Teknik Paluan tin
5.7 Bhol tit
5.8 Teknik Paluan tit









21
22
22
23
23
23
23
24
24








23


Topik

Kandungan

Muka surat


Topik 6

Bhol (nada/bunyi) bayan
6.1 Bhol ghe atau ge dan teknik paluan
6.2 Bhol ke dan teknik paluan



25
25
26

Toik 7

Bhol gabungan bayan dan dayan
7.1 Bhol dha
7.2 Teknik Paluan dha
7.3 Bhol dhee
7.4 Teknik Paluan dhee
7.5 Bhol dhin
7.6 Teknik Paluan dhin


27


Topik 8

Tempo dan ritma
8.1 Teen taal
8.2 Bhol dan cara permainan
8.3 Dadra taal
8.4 Bhol dan cara permainan
8.5 Keherwa taal
8.6 Bhol dan cara permainan


29
29
30
31
31
32
32


Penutup
Rujukan
Latarbelakang pendidikan penulis
Pengalaman kerja penulis



34
35
37
38





24


Jadual di atas menunjukkan senarai isi kandungan Asas Permainan Tabla Dalam
Pendidikan Muzik. Isi kandungan tersebut bukan hanya mengandungi senarai topik, bahkan
terdapat juga halaman tertentu sebelum topik 1 dan juga selepas topik berakhir. Halaman
sebelum topik 1 ialah seperti dedikasi, penghargaan dan prakata. Glosari dan isi kandungan
topik dimuatkan selepas itu. Dimuatkan juga rujukan penulisan dalam bahagian ini.

Pada halaman dedikasi, penulis telah memberikan dedikasi kepada isteri dan anak-
anak serta kepada kedua ibu bapanya. Pada halaman penghargaan pula terdapat kata-kata
penghargaan khasnya kepada pensyarah pembimbing, semua pensyarah Universiti
Pendidikan Sultan Idris, penggiat permainan tabla, rakan-rakan, isteri dan juga anak-anak.

Pada halaman panduan kursus penulis memuatkan penerangan mengenai modul,
pengenalan modul, kepada siapa modul ini ditulis, peruntukan masa yang diperlukan semasa
pembelajaran, objektif modul, sinopsis modul iaitu topik-topik dan huraian ringkas mengenai
topik. Seterusnya dimuatkan juga panduan susun atur teks yang memperkatakan tentang hasil
pembelajaran, uji minda, aktiviti, rumusan, kata kunci dan rujukan.
Dalam bahagian kedua yang juga dikenali dengan nama bahagian teks, telah
dimuatkan lapan topik. Dalam topik 1, penulisan tertumpu kepada pengenalan dan sejarah
tabla serta fungsi tabla dalam muzik masyarakat tempatan. Seterusnya penulis mengutarakan
isu-isu semasa berkaitan dengan permainan tabla pada masa dahulu dan sekarang. Akhir
sekali penulis memuatkan soalan uji minda dan aktiviti yang boleh dilakukan selepas
membaca topik 1. Rumusan, kata kunci dan rujukan terdapat pada helaian akhir topik.



25


Dalam topik ke 2, penulis memuatkan tentang hasil pembelajaran iaitu apa yang akan
dicapai selepas pembelajaran topik itu. Seterusnya, penerangan bahagian-bahagian tabla.
Pecahan bahagian-bahagian tabla boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian penting
seperti khumba (badan tabla), puddi, (permukaan tabla), gahjra (selingkar kulit), baddhi atau
deewal ( tali kulit yang dipasang sekitar badan tabla), gatte/gatta (bongkah kayu yang
berbentuk bentuk bulat) takiye/takiyan (penyokong).
Pada akhir setiap bahagian dimasukkan aktiviti yang perlu dilakukan setelah selesai
membaca topik satu. Akhir sekali dimasukkan rumusan, kata kunci dan rujukan utama.
Keratan penulisan dan rajah 4 mengenai dayan di bawah menunjukkan salah
satu contoh bentuk penulisan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu maklumat ataupun
isi yang ingin disampaikan. Setiap keterangan yang dibuat banyak menggunakan ayat mudah
dan tidak terlalu panjang. Di sertakan juga dengan gambar-gambar untuk paparan pembaca
supaya mendapatkan gambaran sebenar tentang sesebuah topik yang telah ditulis.












26

Rajah 2: Bahagian-bahagian dayan

Dayan dan bahagian-bahagiannya



Badan Dayan diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dan kuat. Biasanya badan
Dayan atau kumbha diperbuat daripada kayu nangka. Dayan yang lebih ringan
menunjukkan harganya lebih murah. Dayan mengeluarkan bunyi pic tinggi.
Kepala Dayan yang dipanggil puddi, diperbuat daripada kulit rusa atau kulit
kambing. gajra ialah kulit keras yang dianyam dan diikat dengan baddhi/ deewal
sepanjang perimeter Puddi untuk memegang Puddi diatas permukaan Tabla.





Topik 3 menerangkan tentang penalaan (tuning) tabla. Dalam topik ini penulis
menerangkan tentang jenis-jenis dan cara-cara penalaan tabla. Penalaan sangat penting dalam
permainan tabla. Penulis menjelaskan cara penalaan dengan menyertakan gambar-gambar
cara penalaan yang betul supaya pembaca faham akan caranya. Penulis juga memuatkan
gambar untuk menerangkan cara tune tabla seperti di bawah:



puddi
kumbha
gatte/gatta
takiye / takiyan
baddhi / deewal
27


Rajah 3: Penalaan tabla

Seperti alat-alat perkusi yang lain, Tabla juga perlu ditala sebelum bermain. Penalaan Tabla
perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati.

















Topik 4 pula memuatkan etika persembahan dalam permainan tabla. Topik ini
menjelaskan tatacara atau postur duduk, susun atur serta postur tangan dan jari dalam
permainan tabla. Dalam topik ini juga penulis menerangkan tentang penyusunan alat semasa
permainan tabla. Penerangan ini dibantu dengan beberapa rajah untuk membantu pembaca
lebih memahaminya.






gatta
dilaras
28

Rajah 4: Postur duduk












Plat 1: Gambar pelajar tabla diambil dengan kebenaran.

Dalam topik ke 5 pengkaji membincangkan tentang bunyi (bhol) yang dihasilkan oleh
tabla atau dayan. Daripada hasil temu bual yang telah dijalankan dengan penggiat seni
permainan tabla En. Kalaichelvan didapati dayan mempunyai lima nada atau bhol asas iaitu
ta, na, tee, thin dan tit. Berpandukan perbincangan-perbincangan yang telah dijalankan
dengan penggiat-penggiat seni permainan Tabla dan penelitian ke atas buku-buku Learn To
play on tabla oleh Ram Avtar Vir (1977), Handbook Of Tabla oleh PankajVishal (2008)
dan How To Play Tabla oleh Vikas Aggarwal (2009) , penulis menentukan bunyi (bhol) asas
dalam permainan Tabla. Penulis seterusnya menerangkan teknik paluan bhol di dayan dengan
gambar-gambar yang teliti.

Dalam permainan Tabla, duduk bersila merupakan
postur yang lazim dan sesuai yang digunakan oleh
pemain Tabla professional seperti di dalam rajah
29


Rajah 5: Cara menghasilkan bhol di dayan

BHOL ASAS DAYAN
Na dan Ta dihasilan di bahagian Kinar dengan jari telunjuk. Jari telunjuk diketuk secara
melantun di Kinar. Kedudukan jari-jari lain adalah seperti dalam rajah di bawah.


Rajah 6 Rajah 7



Topik ke 6 menerangkan tentang nada atau bunyi (bhol) yang dihasilan oleh bayan atau
duggi. Bayan hanya mempunyai dua nada atau bhol iaitu ghe dan ke. Berpandukan
perbincangan-perbincangan telah dijalankan dengan penggiat-penggiat seni permainan tabla
penulis menerangkan teknik paluan bunyi (bhol) asas bayan dalam permainan tabla dengan
gambar-gambar berwarna.






30



Rajah 6 : Cara menghasilkan bhol di bayan

Bhol ghe atau ge Dihasilkan di duggi atau bayan yang dimainkan dengan tangan kiri.
Pergelangan tangan kiri diletak di bahagian meidan atau luv yang berwarna putih. Jari hantu
dan jari manis dibengkokkan dan diketuk melantun dengan hujung jari seperti dalam rajah.



Plat 2: Cara menghasilkan bhol di bayan

Seterusnya dalam topik ke 7 perbincangan adalah mengenai bhol gabungan dayan dan
bayan. Penerangan mengenai topik ini juga masih menggunakan gambar-gambar yang telah
dirakam bagi menjelaskan apa yang ingin disampaikan penulis.







pergelangan
tangan
meidan atau luv
31



Rajah 7: Bhol gabungan

Bhol dha, dhee dan dhin
Bhol gabungan Dha, Dhee dan Dhin dihasilkan apabila Bayan/Duggi dimain bersama Tabla
atau Dayan. Gabungan bhol tersebut adalah seperti berikut:



ta + ghe = dha



Kemudiannya dalam topik ke 8 berkenaan tentang tempo dan irama asas telah
dibincangkan. Dalam topik ini penulis menerangkan tentang teknik permainan beberapa
rentak asas dalam permainan tabla iaitu Keherwa taal, Teen taal dan Dadra taal. Teknik-
teknik tersebut diterangkan dengan jadual dan gambar-gambar yang terang.









32


Jadual 3: Matra dan bhol teen taal

Matra 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

bhol dha dhin dhin dha dha dhin dhin dha dha tin tin ta ta dhin dhin dha





Rajah 8: Bhol dan teknik permainan teen taal


dha dhin Dhin Dha











33



3.4 Rumusan


Menurut penulisan sesebuah modul seperti dalam Seminar Module Writing
Workshop Programme (2008), dalam menghasilkan sebuah modul yang berkesan, ianya
terdiri daripada beberapa bahagian iaitu bahagian permulaan bahagian isi dan bahagian
akhiran. Bahagian permulaan terdiri daripada gaya penulisan, panduan kursus, prakata dan
pengenalan. Bahagian isi terdapat objektif pembelajaran, isi kandungan setiap topik,
rumusan, kata kunci, maklum balas dan aktiviti. Pada bahagian akhir modul terdapat
bahagian rujukan. Dalam bahagian akhir Asas Permainan Tabla Dalam Pendidikan Muzik
ini juga penulis telah menyediakan halaman penutup, biodata penulis, dan bibliografi. Setelah
modul siap dibina penulis akan menyediakan senarai semak untuk mendapatkan maklumbalas
daripada modul yang dihasilkan. Dengan adanya garis panduan dan perancangan yang teliti
adalah diharapkan penghasilan Asas Permainan Tabla Dalam Pendidikan Muzik ini dapat
menambahkan lagi koleksi modul sedia ada, dan juga boleh memenuhi keperluan pembaca.












34


RUJUKAN
Ariputhiran Narayanan, (2011). Modul Asas Permainan Tabla Dalam Pendidikan Muzik.

Ee Ah Meng, (1995). Sekolah Dan Perkembangan Kanak-kanak (Asas Pendidikan 4).
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.


Wisker,G., (2001). The Postgraduate Research Handbook. New York, :Palgrave
Macmillan.


Johan Othman, (2002). Cultural Decentralization Within a Post-Colonial Territory:
Movements in Malaysias Musical Culture. Wacana Seni Journal of Arts Discourse.
Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 1(1), 79-86.


Brewer. J.D, (2000). Ethnography. Buckingham, :Open University Press.


Galvan.J.L, (2006). Writing Literature Reviews. California, : Pyrczak Publishing.


Klitgaard,S.A., (1983). Authors Handbook-Guide for Writers in Developing Countries
(Pegangan Pengarang Petua dan Proses) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.


Cohen,L. and Manion,L., (1994). Research Methods In Education. New York: Routledge.


Mastor Jarkaseh, (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia: Produksi
Tabuh Emas.


Mok Soon Sang, (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Puchong, Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.


Musa Bin Daia, (1992). Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Johor, Malaysia: Badan Bookstore
Sdn.Bhd.


Pankaj Vishal, (2008). Handbook of Tabla. New Delhi, : Pankaj Publications.



35

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Ram Avtar Vir, (1980). Learn To Play On Tabla. New Delhi, : Pankaj Publications.


Ranjit Kumar, (2005). Research Methodology :A step-by-step guide for beginners. London:
Sage Publication.


Kamien. R., (2002). Music An Appreciation 4
th
Brief Edition. New York: McGraw-Hill.


Tan Sooi Beng, ( 2008). A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music
and Multiculturalism in Malaysian Education: Approches in Music Appreciation
Classes, Educating in the Arts The Asian Experience, Twenty-Four Essays .
11(18) , p.249.


Volk,T.M., (1998). Music, Education, and Multicultralism Foundations and Principles.
New York: Oxford University Press.


Vikas Agarwal (2009). How To Play Tabla. Delhi : Creative Publication.


Zaharul Lailiddin Bin Saidon, (2009). Wacana Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur:
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like