You are on page 1of 6

HALANGAN DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM

KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH TAMIL DAERAH _____

JIVAANESWARY A/P KANIAPPAN

PISMP MUZIK ( AMBILAN JUN 2021 )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN

2024
BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Muzik merupakan bidang yang sangat luas yang mempamerkan kekayaan intelek dan
kemahiran yang berubah mengikut peredaran masa. Muzik juga merupakan seni yang
berfungsi sebagai medium ekspresi yang mempengaruhi perasaan, emosi dan pemikiran
seseorang. Muzik boleh dikatakan sebagai ‘Bahasa Universal’ yang menggabungkan tradisi
dan latar belakang pelbagai budaya. Ianya bukan sahaja sekadar hiburan malah merupakan
kekuatan pelbagai agama dan bangsa. Henry Wadsworth Longfellow pernah mengatakan
bahawa muzik adalah bahasa Universal umat manusia (Gottlieb,2019).

Malaysia telah memasukkan Pendidikan muzik dalam kurikulam pembelajaran. Dengan


adanya muzik sebagai mata pelajaran KSSR sekolah rendah, murid yang berpengatahuan
dan berkemahiran dapat dilahirkan. Ini mampu membentuk pelajar yang berfikiran kritis,
kreatif, inovatif serta mendukung nilai estetik (KSSR, 2019). Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, muzik memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Pembelajaran muzik bukan sahaja membentuk murid-murid gah Pendidikan malah muzik
juga dapat menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif
kanak-kanak yang juga dikenali sebagai fungsi eksekutif (EF) memainkan peranan penting
dalam memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak kerana perkembangan kognitif ini
dapat memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi
kendiri (Dumont et al., 2017). Muzik merangsang pelbagai deria termasuk pendengaran,
penglihatan dan sentuhan. Data membuktikan bahawa muzik mampu mengekalkan tindak
balas kognitif kita tajam dan memperbaiki memori kanak-kanak.(How Your Brain Benefits
from Music, with Larry Sherman (Ep. 116), 2023). Buku oleh Sherman turut menjelaskan
beberapa penyelidikan yang menarik tentang cara muzik memberi kesan kepada otak.

Walau bagaimanapun, di sebalik kebaikan pendidikan muzik, terdapat juga beberapa


halangan kepada para murid dalam pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah.
Proses pembelajaran muzik tidak selalu berjalan lancar kerana cabaran yang timbul ketika
berlangsungnya pendidikan muzik. Dalam konteks ini, adanya halangan-halangan ini kerana
beberapa faktor yang berkaitan dengan guru, kurikulum, sumber, motivasi murid dan
sebagainya. Halangan-halangan ini harus dikenalpasti untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran muzik serta memastikan setiap individu memiliki peluang dan akses yang
sama untuk berkembang dalam bidang ini. Pemahaman tentang halangan pembelajaran
muzik juga memberi pandangan yang lebih mendalam tentang isu ini secara keseluruhan
dan bagaimana kita boleh memperbaiki halangan tersebut untuk memberikan peluang yang
lebih baik kepada murid untuk mengekspresikan diri melalui seni muzik. Menurut kata-kata
Lowell Manson yang dikenali sebagai ‘Bapa Pendidikan Muzik’ menurut buku tulisan Johami
Abdullah berkata, semua murid berhak untuk mempelajari muzik. Untuk mempertahankan
hak ini, halangan-halangan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran pendidikan muzik
harus dikenalpasti dan diselesaikan dalam masa terdekat.

1.2 PERNYATAAN MASALAH / LATAR BELAKANG

Segelintir guru berpandangan bahawa mata pelajaran muzik tidak wajib dan tidak penting
bagi murid-murid. Hal ini menyebabkan murid juga berfikiran pendidikan muzik tidak penting
dan tidak perlu diambil berat. Kajian oleh Amelda daripada UPSI 2011 (Amelda,2011) yang
menyatakan bahawa . Berita Harian (Januari,2024) mengutarakan isu berkenaan
silibus pembelajaran tahap 1 (tahun satu, dua dan tiga) terlalu sukar dan membebankan
murid. Berdasarkan KSSR (semakan 2017), pendidikan muzik merupakan salah satu mata
pelajaran yang tercatat dalam senarai 7 subjek teras. Kurangnya kesinambungan dengan
kandungan atau standard pembelajaran dan kurang kesesuaian dengan pemahaman murid
menyebabkan beberapa kesan negatif kepada pembelajaran murid itu sendiri. Kurikulum
yang tidak sesuai juga kadangkala menjadi halangan yang menyebabkan murid tidak
mempunyai minat untuk mempelajari pendidikan muzik. Terdapat juga kajian yang
membawa isu bahawa guru prasekolah dan guru sekolah rendah kurang berkemahiran
dalam pendidikan muzik (Augustine & Wong, 2016). Berita daripada Utusan Malaysia
(Disember, 2022) juga menyatakan isu yang sama iaitu guru tidak mempunyai opsyen muzik
namun terpakasa mengajar subjek muzik. Maka, muncul permasalahan baharu di mana
murid mempersoalkan kualiti guru. Faktor kurikulum dan kualiti guru menjadi titik permulaan
kepada kajian ini kerana faktor tersebut merupakan pendorong utama kurang efektif murid
kurang memahami sesuatu subjek terutamanya di dalam kes ini subjek muzik. Pernyataan
masalah di atas memberikan gambaran tentang halangan yang dihadapi oleh murid sekolah
rendah. Kajian lanjut mengenai isu ini akan membantu memperbaiki pengalaman
pembelajaran muzik bagi murid-murid sekolah rendah secara keseluruhan.
1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian in adalah untuk mengenalpasti halangan-halangan utama yang dihadapi murid
sekolah rendah tamil dalam pembelajaran pendidikan muzik. Kajian ini mengupas secara
mendalam tentang halangan yang dihadapi oleh murid untuk memahami impak halangan
mempengaruhi pengalaman pembelajaran muzik murid sekolah rendah, termasuk impak
terhadap minat dan motivasi murid dalam bidang muzik. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti strategi penyelesaian yang mampu mengatasi halangan untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran muzik. Kajian ini juga berfungsi sebagai medium untuk meningkatkan
kesedaran dan penghayatan muzik dengan mengemukakan pemahaman tentang
kepentingan seni muzik dalam kehidupan murid.

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk :

1.3.1.1 Mengenalpasti halangan yang dihadapi murid sekolah rendah tamil dalam
pembelajaran pendidikan muzik.

1.3.1.2 Mengenalpasti impak halangan dalam pembelajaran pendidikan muzik oleh


murid sekolah rendah tamil

1.3.1.3 Mengenalpasti strategi penyelesaian untuk mengatasi halangan murid


mempelajari Pendidikan muzik bagi meningkatkan kualiti pembelajaran muzik

1.3.2 SOALAN KAJIAN


RUJUKAN

Gottlieb, J. (2019, November 21). New Harvard Study Says Music is universal language.
Harvard Gazette. Retrieved March 10, 2023, from
https://news.harvard.edu/gazette/story/2019/11/new-harvard-study-establishes-music-as-
universal/

Dumont, E., Syurina, E. V., Frans, & Susan van Hooren. (2017). Music Interventions and

Child Development: A Critical Review and Further Directions. Frontiers in

Psychology, 8. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01694

webadmin. (2021, July 6). Pendidikan Muzik di sekolah, perlu atau tidak? Sinar Bestari;

Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/pendidikan-muzik-di-

sekolah-perlu-atau-tidak

How your brain benefits from music, with Larry Sherman (Ep. 116). (2023). University of

Chicago News. https://news.uchicago.edu/how-your-brain-benefits-


music#:~:text=Music%20plays%20an%20important%20role,sharp%20and%20our

%20memories%20alive.

Muhamad Lokman Khairi. (2024, January 29). “Silibus sudah bagus tetapi banyak

gangguan, tokok tambah.” Berita Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2024/01/1206175/silibus-sudah-bagus-

tetapi-banyak-gangguan-tokok-tambah

Augustine, C., & Wong, C. (2016). Music Teaching Readiness among Non-Specialised

Music Teachers in Government Preschools. Malaysian Journal of Music, 5(2), 54-69.

Meja Rencana, & Meja Rencana. (2022, December 12). Mansuhkan Pendidikan Muzik jika

tiada guru opsyen. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/12/mansuhkan-pendidikan-muzik-

jika-tiada-guru-opsyen/

You might also like