You are on page 1of 12

NAMA KURSUS

NAMA PENSYARAH
KUMPULAN
TAJUK
KETUA KUMPULAN
AHLI KUMPULAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

: GXEX1414 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


: PUAN FARIDAH BINTICHE HUSAIN
: 15
:LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM SENI ASIA
( KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA )
: MANISAH BINTI BAHARUDIN (AEE140016)

NURAIDA BINTI ZAINAL (AEE140044)


ROSSALIND SADAN (AEL140017)
NURUL NURIZZANI BINTI OTHMAN (AEL140016)
CLERENCE ANAK CLEMENT (AEE140008)
SHARUL SYAFIE BIN ZARIMAN (AEK140033)
TING LI (AEB140015)
HII YIN YANG (AEB140003)

1.0 LOKASI LAWATAN ILMIAH


1.1 NAMA TEMPAT
: MUZIUM SENI ASIA UNIVERSITI MALAYA
1.2 LOKASI
: UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR

2.0 LAWATAN DIJALANKAN PADA :


2.1 TARIKH
: 17 OKTOBER 2014
2.2 HARI
: JUMAAT
2.3 MASA
: 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Untuk mengenal pasti keistimewaan Muzium Seni Asia.
3.2 Untuk memperoleh maklumat tentang kaedah penjagaan artifak dan monumen.
3.3 Untuk mengetahui artifak yang terdapat di Muzium Seni Asia.

4.0 PENGENALAN
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T dan salam sejahtera diucapkan kerana kami
dapat menyiapkan laporan lawatan ilmiah TITAS pada kali ini. Laporan lawatan ilmiah
pada kali ini dapat kami siapkan dengan sempurna walaupun perlu menyiapkan tugasan
yang lain pada waktu yang sama. Kami telah mengadakan lawatan ilmiah pada kali ini di
Muzium Seni Asia Universiti Malaya
Namun begitu, kami tetap berusaha menghasilkan laporan lawatan ilmiah dengan
sebaik mungkin dengan bantuan ahli kumpulan yang sangat membantu. Kerjasama antara
ahli kumpulan sangat membantu kami menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu
yang telah ditetapkan. Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Puan Faridah binti Husain kerana telah banyak memberi bantuan
serta tunjuk ajar kepada kami dalam menghasilkan laporan lawatan ilmiah pada kali ini.

Kami amat berbangga kerana dapat menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu
yang ditetapkan. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan laporan lawatan
ilmiah ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Abdul Rashid
iaitu pemangku ketua Muzium Seni Asia kerana telah memberi komitmen yang baik
kepada kami.

4.1 LATAR BELAKANG MUZIUM SENI ASIA


Muzium Seni Asia yang dikendalikan oeh Universiti Malaya merupakan muzium
dalam universiti yang mempunyai lebih 6000 artifak yang kebanyakannya datang dari tiga
tamadun utama. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1980. Muzium ini
menyimpan lebih 2000 kepingan seramik yang dikumpul dari Malaysia, Thailand, Khmer,
Vietnam, China, Jepun, India dan Iran. Muzium ini merupakan bangunan tiga tingkat yang
terletak di antara Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.
Item pertama pada rekod muzium ini ialah gangsa kepala Buddha dari Chiengsen
(1500-1550 M). Artifak ini diberikan kepada muzium oleh Kun Krassri Nimanamhasmida
pada tahun 1954. Sumbangan artifak ini menandakan permulaan muzium ini. Pada masa itu,

muzium ini berpangkalan di kampus university di Singapura. Selepas itu, kampus Universiti
Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1962 setelah Singapura keluar daripada Malaysia.
Barang-barang artifak juga diperoleh secara berperingkat-peringkat. Barang-barang
ini ditambah pada setiap tahun. Barang-barang ini juga diperoleh daripada sumbangan
individu dan sesetengah pihak. Terdapat juga artifak yang diperolehi daripada pelajar luar
negara yang menghadiahi artifak dari negara asal mereka kepada muzium di universiti ini.
Hal ini demikian kerana mereka berpendapat perlu menyumbang bagi menghargai
sumbangan university kepada mereka dalam member peluang menyambung pelajaran di sini.
Muzium Seni Asia ini dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum dari pukul 9 pagi hingga 5
petang.

4.2 KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA


4.2.1 Koleksi jarang diperolehi yang terdapat di Muzium Seni Asia :

Kendi ( kapal air yang luas ) yang berasal dari abad ke-11.
Sawankhalok iaitu patung tembikar pemburuan gajah di Thailand pada abad

ke-14 hingga abad ke-15.


Mempunyai artifak unik yang diperoleh dari Thailand, Jepun, dan Myanmar.

4.2.2 Program yang dianjurkan oleh pihak muzium :

Pameran Batik yang berdasarkan artifak.


Kelas-kelas melukis.
Persembahan wayang kulit dalam Bahasa Inggeris.
Persembahan nasyid.
4

Pameran Seni Khat.

4.3 KAEDAH PENJAGAAN ARTIFAK DAN MONUMEN.


Terdapat pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara warisan sejarah ini. Antaranya
ialah :

Konservasi ( conservation)
Merupakan kaedah baik pulih dalam usaha untuk memulihkan semula artifak
kepada seni bina yang asal. Bahan yang hampir sama dengan artifak asal akan
digunakan bagi menyempurnakan rupa artifak tersebut. Bahan kimia khusus
akan digunakan bagi tujuan pembersihan dan mengikut standard yang

ditetapkan.
Preservasi ( preservation)
Merupakan pengawasan dan penjagaan sesebuah monumen serta tapak
bersejarah. Ia bertujuan bagi menjaga monumen agar tidak mengalami
kerosakan dengan menggunakan kaedah saintifik mengikut prosedur tertentu.
Juga merupakan ruangan yang dapat memanjangkan usia artifak iaitu pada
5

suhu 20-22 darjah Celsius sepanjang masa, kadar RH yang stabil, 40-60 %
kelembapan dan penjagaan ruang cahaya yang minimum dan pemeriksaan

artifak secara berkala.


Restorasi ( restoration)
Kerja membaik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina. Kerja membaik
pulih ini dilakukan bagi mengembalikan keaslian bentuk artifak. Ia juga bagi
mengekalkan keaslian artifak yang telah berkurun lama.

4.4 ANTARA ARTIFAK YANG TERDAPAT DI MUZIUM SENI ASIA

Porselin Khmer
Khmer adalah nama lama bagi Kemboja. Pengeluaran porselin Khmer bermula
pada abad ke-9 pada masa pemerintahan Raja Jayavarman II pada 802 Masihi
dan berakhir sekitar abad ke-14. Satu perkara yang unik tentang porselin
Khmer adalah reka bentuk haiwan pada bagian-bagian artifak seperti
pemegang, kaki, muncung atau seluruh objek. Satu contoh yang baik adalah
menjadikan bentuk paruh burung atau batang gajah sebagai muncung untuk

cerek.
Hudo ( Topeng Masyarakat Kenyah dan Kayan di Sarawak)
Hudo ialah topeng yang dihasilkan dan digunakan oleh sebahagian masyarakat
di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kenyah dan Kayan untuk tujuan
kepercayaan mahupun sebagai hiburan semata-mata. Mereka memakai topeng
ini semasa upacara menuai hasil pertanian, pesta dan menyambut tetamu di
rumah mereka.

Topeng : Wajah Palsu


6

Seni membuat topeng telah wujud sejak zaman Paleolitik. Penemuan awal
yang dilakukan di tapak-tapak arkeologi 30 000 tahun lama di Teyjal dan
Dordogne. Lukisan gua di Loourdes, Perancis menunjukkan bahawa orangorang yang telah menjadi topeng muka menggambarkan binatang liar dan
berhantu. Dipercayai bahawa orang yang memakai topeng akan diberikan
kekuatan yang luar biasa.

Guanyin Dehua
Porselin Dehuan berasal dari era Utara Song pada abad ke-17 dan abad ke-18.
Merupakan kualiti terbaik daripada porselin yang dihasilkan di Dehua.
Pengeluaran imej spiritual seperti imej Guanyin bermula sekitar tempoh

Caishen atau Dewa Kekayaan sejak tahun 1610.


Porselin Jepun ( Kakiemon )
Kakiemon porselin dihasilkan di kawasan Arita. Kakiemon daripada keluarga
Sakaida dianggap orang pertama menghasilkan porselin enamel menggunakan
teknik dan warna overglaze di Jepun. Warna khas untuk barang Kakiemon
ialah merah, biru, kuning dan hijau kebiruan.

5.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN


5.1.1 TAKLIMAT RINGKAS
Taklimat ringkas telah diberikan kepada kesemua ahli kumpulan sebelum sesi
lawatan ke dalam muzium seni asia dijalankan. Taklimat telah diberikan oleh Encik
Aziz yang merupakan salah seorang pegawai bertugas di muzium tersebut. Taklimat
adalah berkisarkan tentang kedudukan pameran didalam muzium dan pameranpameran terkini yang terdapat di dalam muzium.
5.1.2

LAWATAN DISEKITAR MUZIUM


Kesemua ahli kumpulan telah menjalankan lawatan disekitar kawasan

pameran di dalam muzium seni asia. Sesi lawatan ini turut diisi dengan pencarian
maklumat dan menangkap foto sebagai bukti lawatan telah dijalankan.
5.1.3

TAKLIMAT
Selepas sesi lawatan selesai, Encik aziz selaku wakil pegawai muzium seni

asia telah menjalankan sesi taklimat ringkas mengenai sejarah, latar belakang dan
keistimewaan muzium seni asia, taklimat ini telah dijalankan di aras dua muzium dan
telah melibatkan keseluruhan ahli kumpulan. Banyak maklumat telah berjaya
diperoleh oleh ahli kumpulan sepanjang sesi taklimat ini dijalankan.
5.1.4

SESI SOAL JAWAB

Selepas sesi taklimat dijalankan, ia telah diteruskan dengan sesi soal jawab.
Ahli-ahli kumpulan telah mengutarakan beberapa persoalan mengenai muzium seni
asia kepada Encik Aziz dan beliau telah memberikan jawapan yang bernas sekaligus
menjawab segala kemusykilan kami.

6.0 REFLEKSI
Keberhasilan tugasan kami adalah datangnya daripada usaha dan kegigihan yang
ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami yang lain. Ahli kumpulan kami telah menunjukkan
kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama bergandingan, walaupun kerja
kursus ini memerlukan ahli seramai 10 orang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah Puan Faridah binti Hussain kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami dengan sebulat suara untuk memilih
tema sosiobudaya dalam lawatan ilmiah yang bertajuk Keistimewaan Muzium Seni
Asia. Kami sepakat memilih tema ini kerana tema ini dapat memberikan kami
pembelajaran untuk mengenali sosiobudaya bangsa lain.
Sepanjang menjalankan lawatan ilmiah ini, kami telah dapat mengesan kekuatan diri
daam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang kami kenalpasti ialah kerjasama
antara ahli kumpulan dimana kami saling memahami komitmen masing-masig dari segi
mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Bukan itu sahaja, kami juga
dapat mengetahui artifak yang telah berkurun lamanya serta fungsi barang yang
digunakan pada masa itu. Lawatan ilmiah ini sedikit sebanyak member kami ilmu
tambahan untuk mempelajari artifak yang digunakan pada masa dahulu dan ukirannya
yang begitu unik sehingga terhasilnya seni sesuatu artifak itu.
Secara tuntasnya, kami amat berharap lawatan ilmiah yang telah kami jalankan ini
mencapai matlamat dan bertepatan dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharap
9

pensyarah dapat menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam lawatan ilmiah ini agar
kami dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih baik.

7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan,aktiviti lawatan Muzium Seni Asia pada 17 Oktober 2014
memberi banyak pengetahuan kepada kami dan rakan-rakan tentang artifak dan koleksikoleksi yang terdapat disana. Artifak yang dipamerkan begitu menarik dan unik serta
mempunyai rekaan yang begitu mengagumkan.
Koleksi barang yang terdapat disana adalah diperolehi secara pembelian dan terdapat
juga yang diberi oleh pelajar luar negara. Sebanyak 7 ribu artifak yang terdapat di Muzium
tersebut. Disamping itu, dipamerkan juga Boneka Arnab Packing, Rantai-rantai Manik,
Toping Muka Palsu dan Penambat Mimpi serta beberapa alatan muzik seperti gong, bonang,
gambang dan gendang. Dalam pada itu, Encik Aziz juga menerangkan beberapa perkara
penting yang berkaitan seperti aktiviti yang mereka anjurkan untuk menarik perhatian orang
agar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Oleh itu, barang-barang tersebut adalah amat penting agar generasi yang seterusnya
agar dapat mengenali artifak tersebut dan memastikan ia terus terpelihara.

10

8.0 LAMPIRAN

Ahli Kumpulan

Bersama Encik Aziz

11

Topeng Hudo

Porselin Jepun ( Kakiemon)

12

You might also like