You are on page 1of 2

OBJEKTIF MUZIUM

Menjalankan penyelidikan terhadap


bahan dan artifak yang mempunyai
kepentingan kepada sejarah negara;
Menjalankan aktiviti permuziuman
seperti menyelidik, mengumpul, merekod
dan menerbitkan segala khazanah
warisan sejarah negara;
Mempamerkan dan memanfaatkan
bahan artifak warisan sejarah negara
bagi tujuan pendidikan masyarakat ke
arah pembinaan jati diri dan
pembangunan bangsa, dan;
Menjadikannya sebagai salah satu
produk pelancongan negara.
Mengumpul khazanah silam atau bahan-
bahan yang berkaitan dengan warisan
sejarah, alam kemanusiaan dan
semulajadi
Melaksanakan kajian dan penyelidikan
mengenai sejarah, budaya dan bahan-
bahan yang dikumpul
Memilih dan memelihara segala
khazanah dan warisan yang dikumpul
serta alam kemanusiaan dan semula jadi
Mendidik dan menanam semangat
mencintai dan menghargai budaya dan
warisan negara melalui pameran-
pameran tetap dan
sementara,penerbitan dan khidmat
pelanggan
SEJARAH MUZIUM
DI MALAYSIA
NAVINA/P KUMARAN

4 BESTARI

SEKOLAH KEBANGSAAN
CONVENT, IPOH,
PERAK.
NAMA GURU:
PUAN NOORLIA
























Muzium ini merupakan muzium yang tertua di
Semenanjung Malaysia. Ia terletak di bandar
Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi
negeri Perak. Ia juga berhampiran dengan Penjara
Taiping dan lebih kurang 1.5 km dari pusat bandar.
Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah
bahan-bahan etnologi dan antropolo
gi. Kemudian, koleksi geologi, botani dan
entamobologi menjadi spesimen tambahannya.
Sehingga hari ini, jumlah koleksi terkumpul adalah
sebanyak 8,474 dan terdiri daripada 5,074 koleksi
kebudayaan, 523 koleksi alam semulajadi dan
2,877 lain-lain koleksi yang termasuk bahan-bahan
arkeologi.
MUZIUM
PERAK
Muzium Negeri Pulau Pinang merupakan
bangunan yang pertama sekali berada di bawah
pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Pulau
Pinang. Kronologinya bermula pada tahun 1816 di
mana ebuah bangunan telah dibina hasil dermaan
daripada Syarikat Hindia Timur, untuk dijadikan
sebuah pusat pendidikan. Pada tahun 1961,
bangunan ini hampir dirobohkan. Akan tetapi,
rancangan ini telah dibatalkan kerana menerima
cadangan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj untuk menjadikan bangunan ini
sebagai muzium. Sehubungan itu, Muzium dan
Balai Seni Lukis Pulau Pinang telah ditubuhkan
pada tahun 1964 dan dibuka dengan rasminya
oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Yang
Amat Mulia Tun Raja Uda Al-Haj bin Raja
Muhammad pada 14 April 1965.
Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti
permuziuman di Malaysia dan pendokong
terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan
koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang
mewakili identiti nasional merupakan kemuncak
kepada sejarah pembinaan muzium-muzium
terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak
(1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium
Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium
Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat
Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah
dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara
ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959.
Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti
negara, pembinaannya menjadi realiti pada 1961.
Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah
dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963,
iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.
MUZIUM
PULAU PINANAG
MUZIUM
NEGARA

You might also like