You are on page 1of 3

6/19/2016 Muzium 

Negara

Masukkan Kata Kunci Di Sini

UTAMA      MUZIUM NEGARA      KUNJUNGI MUZIUM      AKTIVITI      ARTIKEL      HUBUNGI KAMI     

Anda berada di : Utama > ARTIKEL

  
ARTIKEL

Pembinaan Bangunan Muzium Negara
Bangunan  Muzium  Negara  yang  ada  sekarang  dibina  di  atas  tapak  Muzium  Selangor  yang  dibuka  pada
1906.Bahagian  kanan  Muzium  Selangor  musnah  terkena  sasaran  bom  yang  dilepaskan  pesawat  B29  milik
Tentera  Berikat  semasa  Perang  Dunia  Kedua  pada  bulan  Mac  1945.  Sebahagian  daripada  koleksi­koleksi
Muzium  Selangor  yang  terselamat  dipindahkan  ke  tempat  lain  dan  ada  juga  yang  dibawa  ke  Muzium  Perak,
Taiping oleh pegawai­ pegawai Jepun yang mentadbir Muzium Selangor ketika itu.

Selepas  Jepun  menyerah  diri,  kerja­kerja  pengendalian  muzium  dilakukan  pegawai­pegawai  Inggeris.Selepas
peristiwa  pengeboman  tersebut  sehinggalah  tahun  1952  Kuala  Lumpur  tidak  mempunyai  sebarang
muzium.Usaha­usaha  untuk  menubuhkan  sebuah  muzium  sementara  bagi  menempatkan  khazanah  warisan
negara dilakukan oleh Jeneral Sir Gerald Templer.Beliau telah mendirikan sebuah bangunan berukuran 60 kaki
panjang dan 30 kaki lebar.Muzium sementara ini kekal selama kira­kira lapan tahun.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri Tunku Abdul Tepak sirih milik Almarhum Sultan
Rahman  telah  mengambil  daya  usaha  untuk  membina  Muzium  Negara  di  atas  tapak  Muzium  Selangor.Beliau Abdul Samad (1859 – 1880),
telah melancarkan projek ini pada 16 September 1958.Seorang arkitek dari Singapura bernama Ho Kok Hoe telah Selangor. Diperbuat daripada
mereka  bentuk  beberapa  contoh  bangunan  berasaskan  senibina  istana  raja­raja  Melayu  dan  unsur­unsur perak bersalut emas. Permukaan
kesenian masyarakat Melayu tempatan. diukir timbul bunga ketumbit dan
rama­rama serta lambang
Dalam tempoh masa yang sama pihak UNESCO, Paris juga turut mambantu dengan menghantar seorang pakar kerajaan negeri daripada emas.
muzium  dan  arkitek.Beliau  ialah  Lother  P.Witterburg  yang  pernah  menjadi  Ketua  Bahagian  Pameran  di  Natural Mengandungi lima cembul dan
History Museum, New York. kacip bersadur emas. Artifak ini
telah diisytiharkan sebagai Objek
Setelah  Tunku  Abdul  Rahman  memilih  reka  bentuk  bangunan  (seperti  yang  ada  sekarang)  sebuah  syarikat Warisan Ketara di bawah Senarai
pembinaan  bernama  Syarikat  Yew  Lee  telah  dilantik  untuk  mula  membina  bangunan  Muzium  Negara  pada  2 Warisan Kebangsaan 2009.
Januari 1962. Bangunan ini berukuran 124 kaki persegi, 362 kaki panjang dan 60 kaki lebar. 

Semasa Muzium Negara sedang dibina, beberapa pakar muzium telah datang untuk memberi khidmat kepakaran
dalam  kerja­kerja  mereka  bentuk  pameran.Antaranya  ialah  John  Irwin  dan  J.J  Lowry  dari  Victoria  dan  Albert
Museum,  London.Mereka  berada  di  sini  selama  5  bulan  tetapi  J.J  Lowry  kembali  semula  menggantikan  Mubin

http://www.muziumnegara.gov.my/main/news/Pembinaan_Bangunan_Muzium_Negara_27/ 1/3
6/19/2016 Muzium Negara
Sheppard  sebagai  Pengarah  Muzium.  Bagi  memperindahkan  lagi  bangunan  Muzium  Negara  dan  dua  mural Pernahkah anda melawat
besar pada bahagian hadapan telah dibina bagi menggambarkan tradisi seni budaya sejarah negara.Mural ini Muzium Negara?
diperbuat  daripada  mozek  Itali  berharga  satu  setengah  juta  ringgit  hasil  sumbangan  Dato’Lee  Keng
Ya
Chian.Gambar­gambar yang tertera pada mural ini adalah hasil karya Cheong Lai Tong dari Kuala Lumpur yang
memenangi satu pertandingan melukis anjuran Jabatan Perdana Menteri. Tidak pernah
Undi
Pembinaan  bangunan  Muzium  Negara  ini  turut  mendapat  perhatian  istimewa  dari  kerajaan  Pakistan  yang
menghadiahkan  batu  mozek  biru  di  Dewan  Tengah.Batu  mozek
biru ini dilukis dan diimpot khas dari Pakistan.Seorang dermawan dari Singapura bernama Aw Cheng Chye turut
menghulur  bantuan  dengan  menderma  batu  mozek  yang  menghiasi  tangga  utama  Muzium  Negara.  Pada
peringkat  permulaan  sebahagian  daripada  bahan­bahan  pameran  Muzium  Negara  dihadiahkan  oleh  berbagai
golongan masyarakat termasuk DYMM Sultan Johor.

Muzium  Negara  mempunyai  empat  balai  pameran  tetap.Balai  pertama  yang  dikenali  sebagai  Balai  ‘A’
mempamerkan bahan­bahan kebudayaan rakyat Malaysia, manakala balai kedua yang dikenali sebagai Balai ‘B’
pula mempamerkan artifak­artifak sejarah Tanah Melayu, penemuan­penemuan arkeologi, kraftangan tradisional,
koleksi Numesmatik, senjata­senjata Melayu dan Orang Asli. Dewan Tengah Muzium Negara digunakan sebagai
tempat mengadakan pameran­pameran sementara. 

Pada tingkat keduanya pula terdapat Balai Pameran ‘C’ yang mempamerkan pelbagai koleksi alam semula jadi
negara seperti mamalia, reptilia, serangga, burung, ikan, geologi dan lain­lain lagi. Balai ‘D’ pula mempamerkan
bahan­bahan  yang  berkaitan  dengan  kegiatan  ekonomi  negara  seperti  tanaman  komersial,  industri
perlombongan bijih timah, perikanan dan pengangkutan awam.

Kerja­kerja  menyiapkan  bangunan  dan  menyediakan  pameran  berjalan  serentak  dengan  melibatkan  ramai
penyelidik,  pekerja  dan  tukang­tukang  yang  berkemahiran  tinggi  dalam  pelbagai  bidang.Antara  ahli­ahli
terkemuka  dalam  bidang­bidang  berkenaan  ialah  Nik  Zainal  Abidin  bin  Nik  Salleh,  Wan  Su  Wan  Othman  dan
Shaharuddin  Tahir  yang  telah  melukis  bentuk  hiasan  di  luar  dan  di  dalam  bangunan,  ukiran  pada  pintu  besar
hadapan  bangunan,  ukiran  siling  Dewan  Tengah  dan  Balai  Istiadat.Para  karyawan  lain  yang  turut  memberi
sumbangan besar untuk menyiapkan pameran­pameran tetap ialah Waveney Jenkins, Abdul Wahab Mohd Tahir
(Pelukis Muzium), Hossein Enas, Raja Teh Zaiton, Sharum Yub, Brian Peacock dan Ismail Bakti.Waveney Jenkins
telah  menghasilkan  karya  mural  Hang  Tuah  berpandukan  nasihat  Dato’  Paduka  Maharajalela  Nik  Mustapha
Fadhil dan mengambil contoh wajah dua orang askar dari Batalion Pertama Askar Melayu Diraja.

Raja Teh Zaiton telah menjayakan takhta perkahwinan Diraja Perak yang masih kekal sehingga sekarang dengan
bantuan Puan Teh Fatimah dari Ipoh yang juga seorang pakar dalam pakaian Diraja Perak.

Pameran yang disajikan di Balai Pameran Alam Semula Jadi (Ilmu Kejadian) adalah atas daya usaha seorang
pakar  taxidermi  dari  Denmark,  Arne  S.  Dyhrberg.Beliau  telah  dipinjamkan  pemerintahan  Indonesia  ke  Muzium
Negara ketika beliau berkhidmat di Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Bogor, Jawa.Beliau telah mendidik staf
Muzium Negara dalam kerja­kerja taxidermi.Antaranya ialah Wee Ho Cheng dan Rahmat Ahmad.

Setelah setahun berlalu, bangunan Muzium Negara dapat disiapkan dengan baik dalam tempoh masa yang sama
kerja­kerja menyediakan pameran­pameran tetap berjalan tanpa henti. Akhirnya pada hari Sabtu 31 Ogos 1963
bangunan Muzium Negara dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni

http://www.muziumnegara.gov.my/main/news/Pembinaan_Bangunan_Muzium_Negara_27/ 2/3
6/19/2016 Muzium Negara
Almarhum Syed Hasan Jamalullail.

Laman Utama | Dasar Privasi | Penafian | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Muat Turun | Pautan | Peta Laman

http://www.muziumnegara.gov.my/main/news/Pembinaan_Bangunan_Muzium_Negara_27/ 3/3

You might also like