You are on page 1of 28

1.

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG

2. ADAT DIJUNJUNG ISTIADAT DISANJUNG

3. BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

4. ALAT KEBESARAN DIRAJA

5. DAULAT TUANKU !

1
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya saya telah berjaya
menyiapakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan sempurna.

Setelah meneliti kehendak tugasan yang diberi oleh pihak sekolah, maka
saya telah memilih tajuk YANG DI-PERTUAN AGONG PAYUNG NEGARA. Untuk
mengukur dan menilai kefahaman saya terhadap topik tersebut, maka saya merujuk
kepada Encik Nizam yang telah banyak membantu saya dengan bimbingan yang
sewajarnya.

Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nizam di atas
bimbingan dan panduan yang telah diberikan kepada saya. Tidak lupa juga kepada
ibu dan kakak saya Pn Julia dan Navina yang telah banyak membantu saya dengan
tunjuk ajar yang sewajarnya, kawan baik saya Munesh yang memberi semangat
kepada saya dan kawan- kawan saya di kelas 5 Bestari Sekolah Kebangsaan St
Michael yang telah memberikan kerjasama. Seterusnya kepada keluarga saya yang
telah banyak memberi sokongan.

Semoga segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
oleh semua pihak diberkati Tuhan.

2
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang
merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong
timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin
menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak
gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-
Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Al-Marhum Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi
pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda
menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia
84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin (Sultan
Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya
untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Al-Marhum Tuanku Abdul
Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki
takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
Malaysia pertama

3
Raja-raja yang hadir ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama
adalah:

1. Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum
Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
2. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
3. Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin
Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
4. Al-Marhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan
Kedah; 1943-1958)
5. Al-Marhum Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan
Kelantan; 1944-1960)
6. Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis;
1945-2000)
7. Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Al-
Sultan Terengganu; 1945-1979)
8. Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah (Sultan Perak; 1948-1963)
9. Al-Marhum Tunku Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur (Tunku Mahkota
Johor; menjadi Sultan Johor 1959-1981)

4
KUALA LUMPUR Pemilihan Yang di-Pertuan (YDP) Agong sebagai pemerintah
tertinggi negara secara bergilir melambangkan kestabilan sistem pentadbiran yang
diguna pakai di Malaysia. Memetik buku Dustur Wa Salatin tulisan Datuk Wira Dr.
Khairil Annas Jusoh terbitan 2014, Malaysia adalah satu daripada 43 negara di
dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Daripada 43 negara ini, 36 daripadanya mengamalkan sistem raja berperlembagaan


sementara lima yang lain mengamalkan sistem beraja kuasa mutlak dan dua negara
iaitu Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu mengamalkan sistem beraja campuran
mutlak serta berperlembagaan.

Negara yang mengamalkan sistem beraja mutlak adalah Brunei Darussalam, Oman,
Qatar, Arab Saudi dan Switzerland.

Antara negara yang pernah dan masih mengamalkan sistem raja berperlembagaan
adalah Australia, Belgium, Bhutan, Kemboja, Jepun, Lesotho, Luxembourg, Monaco,
New Zealand, Sweden, Thailand, dan Britain.

5
Ada sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai raja iaitu Kedah, Kelantan,
Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Tujuh
daripada sembilan negeri ini menggunakan gelaran Sultan manakala Perlis
menggunakan gelaran Raja dan Negeri Sembilan pula menggunakan gelaran Yang
Di-pertuan Besar

Sejak 1957, kesemua pemerintah bergilir-gilir menaiki takhta sebagai YDP Agong
bermula dengan urutan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu,
Kedah, Kelantan, Johor dan yang terakhir dalam pusingan pertama adalah Perak.

Menurut Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Ketua Lajnah Kajian Strategik Majlis
Ittihad Ummah, apabila penggiliran ini masuk ke pusingan kedua, ia dijadikan asas
memilih YDP Agong.

Bagaimanapun, ia bukan menjadi sesuatu yang bertulis kerana pelantikan YDP


Agong masih memerlukan undi majoriti Raja-Raja Melayu. Sistem penggiliran ini
penting. Pertama ia mencerminkan kedaulatan negara dipegang oleh raja-raja
secara bergilir setiap lima tahun.

Kedua, ia melangsungkan kaedah pelantikan secara syura ataupun baiah kerana


raja-raja ini adalah raja kepada negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu inilah
yang mengasaskan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 bila kita mencapai
kebebasan daripada campur tangan British yang kemudiannya disertai Sabah dan
Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 1963, jelas Wan Ahmad.

6
Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memulakan upacara. Setelah mendapat
perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengundur dan mengumukan
bermulanya Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas mengadakan pengumuman, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap


dan memohon izin Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa
Alat Kebesaran bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri. Setelah mendapat
perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengundur dan meninggalkan
Balairong Seri. Pengerusi Upacara kemudiannya akan mengumumkan yang Alat
Kebesaran Istiadat Pertabalan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Nobat akan
memainkan lagu "Menjunjung Duli". Datuk Paduka Maharaja Lela memasuki
Balairong Seri diiringi Datuk Penghulu Istiadat and Pegawai Agama Istana Negara
bersama panglima yang membawa:

Ketika tiba di Balairong Seri, Datuk Paduka Maharaja Lela menerima Al-Quran Nul
Karim daripada panglima dan membawanya ke Singgahsana sehingga ke Tangga
ketiga dan kini beliau memohon izin untuk menyerahkan Al-Quran Nul Karim kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan mengucup Al-Quran
Nul Karim dan meletakkannya di meja yang terletak di antara Baginda dan Raja
Permaisuri Agong. Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan turun dan panglima
akan meletakkan alat kebesaran yang lain di atas meja, dan bersama dengan Datuk
Penghulu Istiadat dan Pegawai Agama, menuju ke tempat duduk mereka.

7
Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengadapkan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang akan membacakan Watikah Pengisytiharan.
Selepas mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela akan
mengundur dan menjemput Perdana Menteri untuk membacakannya. Datuk
Penghulu Istiadat akan tampil ke hadapan untuk mengambil dulang berisi Watikah
Pengisytiharan dan, bersama dengan Datuk Paduka Maharaja Lela, mengiringi
Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudian akan mengambil Watikah
Pengisytiharan daripada Datuk Penghulu Istiadat dan membacakannya. Selepas
membacanya, Perdana Menteri akan meletakkan semula Watikah Pengisytiharan,
membongkok dan mengundur diikuti Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk
Penghulu Istiadat yang meletakkan semula Watikah Pengisytiharan di atas meja.

Datuk Penghulu Istiadat akan mengambil dulang yang mengandungi Keris Kerajaan
dan mengiringi Datuk Paduka Maharaja Lela untuk mengadap Baginda. Di hadapan
singgahsana, Datuk Paduka Maharaja Lela akan bongkok dan menerima dulang
tersebut daripada Datuk Penghulu Istiadat dan mengadap sehingga tangga ketiga,
melutut dan mempersembahkan Keris Kerajaan. Baginda Yang di-Pertuan Agong
akan menerima Keris itu, mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Datuk
Paduka Maharaja Lela turun semula.

Datuk Paduka Maharaja Lela membongkok dan mengambil dulang yang


mengandungi Watikah Ikrar daripada Datuk Penghulu Istiadat dan menuju ke
singgahsana sehingga tangga ketiga, melutut dan mempersembahkan Watikah
Ikrar, dan kemudian beliau akan berundur dan berdiri di hadapan singgahsana
bersama Datuk Penghulu Istiadat. Para hadirin akan berdiri dan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong akan membacakan Ikrar.

8
Selepas Ikrar, Nobat akan memainkan lagu "Raja Bertabal". Datuk Paduka Maharaja
Lela kemudian akan menaiki singgahsana sehingga tangga ketiga dan menerima
Watikah Ikrar dan turun. Dulang yang berisi Watikah Ikrar kemudian diserahkan
kepada Datuk Penghulu Istiadat.

Selepas Nobat habis dimainkan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan melaungkan
"Daulat Tuanku" sebayak tiga kali dan diikuti para hadiri di Balairong Seri. Meriam
akan dilepaskan sebanyak 21 das apabila laungan pertama itu dilakukan.
Lagu Negaraku akan dimainkan ketika tembakan meriam dilepaskan. Yang di-
Pertuan Agong akan kembali ke singgahsana dan para hadirin duduk kembali. Datuk
Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat berundur dan meletakkan
semula Watikah Ikrar di atas meja.

Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Perdana Menteri untuk
memberikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat Malaysia.
Selepas mendapat perkenan, Perdana Menteri mengadap Baginda dengan diiringi
Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat membawa dulang
mengandungi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Selepas menyampaikan ucapan, Perdana Menteri akan mengembalikan salinan


ucapan itu dan mengadap sembah kepada kedua-dua Seri Paduka Baginda dan
berundur untuk kembali ke tempat duduk, diiringi Datuk Paduka Maharaja Lela dan
Datuk Penghulu Istiadat.

Selepas mengiringi Perdana Menteri ke tempat duduk, Datuk Paduka Maharaja Lela
sekali lagi mengadap dengan diiringi Datuk Penghulu Istiadat sambil membawa
dulang berisi Watikah Titah Ucapan. Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian
memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Baginda untuk mempersembahkan
Watikah Titah Ucapan. Selepas mendapat perkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela

9
kemudian mengambil dulang berisi Watikah Titah Ucapan daripada Datuk Penghulu
Istiadat dan menaiki singgahsana ke tangga ketiga lalu menyerahkan Watikah Titah
Ucapan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menerima Watikah
Titah Ucapan dan Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengundur dan menuruni
singgahsana. Baginda kemudiannya memulakan titah ucapan.

Selepas Titah Ucapa Baginda, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap ke
tangga ketiga lalu menerima watikah tersebut daripada Baginda dan berundur dari
singahsana. Beliau kemudiannya mengembalikan dulang yang berisi watikah
kepada Datuk Penghulu Istiadat, mengangkat sembah dan meninggalkan
singgahsana. Datuk Penghulu Istiadat mengembalikan watikan ke dulangnya dan
meletakkannya di atas meja.

Pengerusi akan mengumukan pembacaan doa akan bermula. Pegawai Agama


Istana Negara akan membacakan doa. Pegawai Agama bersama Datuk Penghulu
Istiadat memohon perkenan untuk membacakan doa. Selepas perkenan diperoleh,
mereka menunduk dan Pegawai Agama akan menbacakan Doa Selamat. Selepas
tamat, Pegawai Agama dan Datuk Penghulu Istiadat akan berundur dan kembali
duduk di tempat duduk mereka.

Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat akan mengadap ke
singgahsana ke tangga ketiga untuk menerima al-Quuran daripada Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Selepas menerima Quran, Datuk Paduka Maharaja Lela akan
berundur dari singgahsana. Beliau kemudiannya akan menyerahkan Quran kepada
Datuk Penghulu Istiadat.

Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan Baginda untuk mengumukan


bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda
memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.

10
Pengerusi akan mengumumkan sudah tiba masanya untuk Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong untuk meninggalkan Balairong
Seri. Sebaik sahaja para hadiri berdiri, Nobat akan memainkan lagu "Raja
Berangkat". Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Penghulu Istiadat dan pembawa
Alat Kebesaran Diraja, Juruiring Diraja dan Dang Perwara akan mengambil tempat
mereka di hadapan singgahsana. Baginda Yang di-Pertian Agong dan Raja
Pemaisuri Agong menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri diketuai
oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat membawa Quran,
diikuti Pembawa Cogan Alam dan Cogam Agama, Alat Kebesaran Diraja, Juruiring
Diraja dan Dang Perwara. Nobat akan berhenti bermain apabila Baginda berdua tiba
di pintu masuk Balairong Seri dan menuju ke bilik khas.

11
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak
beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun
dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan
Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai
tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri.Tengkolok Diraja yang dipakai
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah
berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak
Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini
dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang
berwarna-warni.

12
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu
Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi
pegawai-pegawai negeri Kedah. Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960
iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang
diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa
beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai
daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan
sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan
bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan
panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang
bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal
Persidangan Parlimen.

Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan
sebelas biji permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan
Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-
bunga dengan benang emas.

13
Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan
bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu
Pekaka" dan berupa kepala "Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan
lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti
Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.

Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih
bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya,
di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat
daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam
istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda

14
Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan
loket dan keronsang.

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran
yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-
istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang,
kerongsang dan kerabu.

Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang
kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya
162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di
atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang
daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri
Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga

15
harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi
daripada emas.

Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian


daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada
perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang
tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan
dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan
dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang


kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat
daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan
merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

16
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja
adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang
Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan
kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas
dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan
lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang
diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk
"Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu
sahaja.

Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang
dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata
pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang
bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.

17
Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung
Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang
berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu
dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak
bulan dengan bintang.

Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada
tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.

18
TUANKU ABDUL RAHMAN IBNU ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD

TUANKU PUAN BESAR KURSHIAH BINTI ALMARHUM TUANKU BESAR


BURHANUDDIN

(31 OGOS 1957 1 APRIL 1960) NEGERI SEMBILAN

TUANKU HISAMUDDIN ALAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ALAIDDIN


SULAIMAN SHAH

TENGKU AMPUAN JEMAAH BINTI RAJA AHMAD

(14 APRIL 1960 1 SEPTEMBER 1960) SELANGOR


19
TUANKU SYED PUTRA IBNI ALMARHUM SYED HASSAN JAMALULLAI

TENGKU BUDRIAH BINTI ALMARHUM TENGKU ISMAIL

(21 SEPTEMBER 1960 20 SEPTEMBER 1965) PERLIS

TUANKU ISMAIL HASIRRUDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ZAINAL ABIDIN


MUAZZAM SHAH

TUANKU INTAN ZAHARAH BINTI ALMARHUM TENGKU OMAR SETIA RAJA

(21 SEPTEMBER 1965 20 SEPTEMBER 1970) TERENGGANU

20
AL-SULTAN MUTASSIMU MUHIBBUDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM
MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

TUANKU HAJAH BAHIYAH BINTI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN

( 21 SEPETEMBER 1970 20 SEPTEMBER 1975) KEDAH

SULTAN YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

TENGKU ZAINAB BINTI TENGKU MOHAMMAD PETRA

(21 SEPTEMBER 1975 30 MAC 1979) KELANTAN

21
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN
ABU BAKAR RIATATUDDIN AL-MUADZAM SHAH

TENGKU HAJAH AFZAN BINTI TENGKU MOHAMMAD PANGLIMA PERANG

( 26 APRIL 1979 25 APRIL 1984) PAHANG

BAGINDA AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM


SULTAN ISMAIL AL-KHALIDI

SULTANAH ZANARIAH BINTI TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJA

( 26 APRIL 1984 25 APRIL 1989) JOHOR

22
SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH IBNI ALMARHIM SULTAN YUSSUF
IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

TUANKU SITI BAINUN BINTI MOHD ALI

(26 APRIL 1989 25 APRIL 1994) PERAK

TUANKU JAAFAR IBNI ALMARHIM TUANKU ABDUL RAHMAN

TUNKU NAJIHAH BINTI AIMARHUMTUNKU BESAR BURHANUDDIN

(26 APRIL1994-25 APRIL1999) NEGERI SEMBILAN

23
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH IBNI ALMARHUM SULTAB
HISAMUDDIN ALAM SHAH AL-HAJ

TUANKU SITI AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN

(26 APRIL 1999 21 NOVEMBER 2001) SELANGOR

TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA


JAMALULLAIL

TENGKU FAUZIAH BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL RASHID

(13 DISEMBER 2001 - 12 DISEMBER 2006) PERLIS


24
`SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-
MUKTAFI BILLAH SHAH

TUANKU NUR ZAHIRAH BINTI ADIL BAKERI

(13 DISEMBER 2006 - 12 DISEMBER 2011) TERENGGANU

AL-SULTAN AL-MUTASSIMU BILLAHI MUHIBUDDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL


HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLI SHAH

TUANKU HAJJAH HAMINAH BINTI HAJI HAMIDUN

(13 DISEMBER 2011 - 12 DISEMBER 2016) KEDAH

25
SULTAN MUHAMMAD

(13 DISEMBER 2016 KINI) KELANTAN

26
27

You might also like