You are on page 1of 4

TAJUK 1 :

INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA

Institusi raja wujud sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal sehingga


kini.
Sultan atau Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa keatas
rakyat dan kerajaannya

Zaman Kerajaan Melayu Awal


o Sultan merupakan ketua kerajaan dan menduduki tempat tertinggi
o Kuasa Sultan adalah mutlak
o Semua keputusan pentadbiran serta undang-undang terletak di
tangan Sultan

Zaman Pentadbiran British


o Sultan sebagai ketua negeri
o Sultan hanya berperanan sebagai ketua agama islam

Zaman Kini (sekarang)


o Wujud institusi Yang di-Pertuan Agong
o Kuasa Yang di-Pertuan Agong terletak di bawah Perlembagaan
Persekutuan
o Kuasa Sultan terletak di bawah Perlembagaan Negeri

DAULAT lambang kekuasaan Raja terhadap kerajaan dan kawasan


pemerintahannya

DERHAKA rakyat ingkar/tidak menurut kepada perintah Raja sebagai


pemerintah

WAADAT - Perjanjian
Undang-undang Tubuh setiap negeri menerangkan dengan jelas
kedudukan Sultan sebagai ketua negeri.

Negeri Gelaran Ketua Negeri


Perlis Raja
Kedah Sultan
Perak Sultan
Selangor Sultan
Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar
Yamtuan Besar
Johor Sultan
Pahang Sultan
Terengganu Sultan
Kelantan Sultan
Pulau Pinang Yang di-Pertua Negeri
Melaka Yang di-Pertua Negeri
Sabah Yang di-Pertua Negeri
Sarawak Yang di-Pertua Negeri

Negara yang masih mengamalkan system pemerintahan beraja :

Negara Gelaran Ketua Negara


Malaysia Yang di-Pertuan Agong
Brunei Sultan
Jepun Maharaja
Arab Saudi Raja
Kemboja Raja
Thailand Raja
Yang di-Pertuan Agong dan Sultan merupakan pemimpin yang
harus dihormati.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan


nasihat Perdana Menteri

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957 dan


merupakan symbol keutuhan dan perpaduan rakyat

Yang di-Pertuan Agong berkuasa selama lima tahun

Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-


Pertuan Agong semasa dilantik menjadi Perdana Menteri

Cara-cara Menghargai Institusi Raja :

1. Meraikan Hari Keputeraan Sultan


2. Mengisytiharkan Bandar Diraja
3. Melantik Sultan sebagai Canselor Universiti
4. Menamakan masjid, jalan, bangunan, lapangan terbang, sekolah,
hospital dan jambatan bersempena nama Sultan dan Permaisuri.
Contohnya : Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
5. Mengibarkan bendera separuh tiang di atas kemangkatan Sultan

Kepentingan Taat Setia Kepada Raja :

1. Lambang kesetiaan kepada negara


2. Memupuk semangat patriotic
3. Memupuk perpaduan rakyat
4. Mewujudkan suasana hidup yang bersatu padu dan harmoni
Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1. Kepercayaan kepada Tuhan


2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

TAJUK 2 :
WARISAN ISLAM DI MALAYSIA

You might also like