You are on page 1of 5

Tajuk 6: WARISAN NEGARA KITA

Perubahan pada Institusi Raja


( Buku Teks Sejarah Tahun 5 muka surat 8,9,10,11)

Standard kandungan : 6.1 Institusi Raja


Standard Pembelajaran : 6.14
6.15

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :


1. Membandingkan peranan dan kedudukan Raja-raja Melayu
dahulu dan kini.

2. Menghuraikan negara yang masih mengamalkan sistem


pemerintahan beraja sehingga kini
Perubahan pada Institusi Raja (Baca buku teks muka surat 8 dan 9)

Malaysia adalah antara negara yang mengekalkan warisan institusi raja.


Institusi raja menjadi simbol kedaulatan dan kebanggaan kita. Institusi raja
mengalami beberapa fasa perubahan dari masa ke semasa.
1

ZAMAN KERAJAAN MELAYU AWAL

 Raja atau sultan adalah ketua


kerajaan.
 Mempunyai kuasa mutlak dalam
pemerintahan.
 Segala dasar berkaitan
pentadbiran,perundangan,
kehakiman dan hubungan
diplomatik ditetentukan oleh raja
atau sultan.
 Dibantu oleh para pembesar
untuk mentadbir kerajaan.

ZAMAN KERAJAAN BRITISH

 Raja atau sultan dikekalkan


sebagai ketua negeri
 Tidak mempunyai kuasa mutlak
dalam pemerintahan.
 Raja atau sultan hanya
merupakan ketua agama Islam
dan adat istiadat Melayu di
negeri baginda.
 Penasihat British dilantik bagi
setiap negeri untuk
menguruskan pentadbiran
negeri.
3

ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

 Raja atau sultan kekal sebagai


ketua negeri.
 Tidak mempunyai kuasa mutlak
dalam pemerintahan.
 Raja atau sultan hanya
merupakan ketua agama Islam
dan adat istiadat Melayu di
negeri baginda.
 Gabenor Jepun mengurus
pentadbiran negeri-negeri
Melayu.

SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

 Sistem Raja Berpelembagaan.


 Kuasa raja atau sultan adalah
tertakluk di bawah
Perlembagaan Negeri.
 Pentadbiran negeri diketuai oleh
Menteri Besar dan dibantu oleh
Majlis Eksekutif.
 Diperkenalkan Institusi Yang di-
Pertuan Agong.
 9 orang raja Melayu dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong
secara bergilir.
 Pentadbiran negara diketuai
oleh Perdana Menteri dan
dibantu oleh Jemaah Menteri.
Institusi Raja di Dunia (baca buku teks muka surat 10 dan 11)

Pemerintahan beraja adalah corak pentadbiran yang tertua di dunia.

Kini terdapat 43 buah negara di dunia termasuk Malaysia yang masih


mengamalkan institusi raja.

Antaranya : United Kingdom

Denmark

Maghribi

Thailand

Malaysia
LATIHAN : (Salin semula dalam buku latihan Sejarah)
1. Di zaman manakah raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dalam
pemerintahan ?

2. Siapakah yang dilantik menguruskan pentadbiran setiap negeri pada zaman


Penjajahan British?

3. Siapakah yang mengurus pentadbiran negeri-negeri Melayu semasa zaman


pendudukan Jepun ?

4. Apakah gelaran bagi ketua negara Malaysia masa kini yang dipilih daripada
sembilan orang raja Melayu secara bergilir ?

5. Namakan lima negara di dunia yang masih mengamalkan institusi raja.

1.
2.
3.
4.
5.

You might also like