You are on page 1of 6

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBAE4303
APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
SEMESTER MEI 2015
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan
selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.
7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di
myVLE).

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:
Bil.
1.
2.
3.
4.

Kadar Pertindihan
0 30
30.01 50
50.01 70
70.01 - 100

Potongan Markah
0
5
10
100

SOALAN TUGASAN
Apresiasi dan kritikan seni harus disemai kepada pelajar melalui pelbagai pendekatan dan
kaedah agar pelajar dapat menghargai seni dengan lebih baik. Mengkritik sesuatu karya seni
adalah satu disiplin ilmu, prinsip dan kaedah pengkajian yang amat sistematik. Sepertimana
kita sedia maklum seni adalah satu bentuk luahan perasaan oleh seniman kerana di dalamnya
terkandung kepentingan dan keindahan dari aspek rohaniah dan jasmaniah.
ARAHAN KEPADA PELAJAR

Dalam bentuk penulisan anda dikehendaki membuat apresiasi seni secara holistik terhadap
DUA buah karya yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan dan DUA buah karya yang
dihasilkan oleh murid anda sendiri dengan berdasarkan model proses penilaian seni seperti
berikut:
(a)

Deskripsi (description)

(b)

Analisis (analysis)

(c)

Interpretasi (interpretation)

(d)

Penilaian (evaluation).
[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR

1. Bahan rujukan perlu relevan, mencukupi serta amat sesuai.


2. Lampirkan gambarfoto DUA buah karya oleh pengkarya-pengkarya tempatan dan
DUA buah karya sebenar murid anda.
3. Huraian dan hujah-hujah anda mengenai apresiasi seni terhadap karya-karya tersebut
perlu berfokus, tepat dan lengkap. Dengan itu, pemilihan karya-karya pengkarya
tempatan dan karya murid anda amat penting supaya ia dapat memenuhi aspek-aspek
dalam proses penilaian seni dengan berkesan.
PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam penyediaan Portfolio
tugasan.
2. Membuat latihan dan bimbingan kepada pelajar dalam mengaplikasikan model proses
penilaian seni iaitu Deskripsi, Analisis, Interpretasi dan Penilaian terhadap karya.
3. Membimbing pelajar untuk memahami konsep dan fungsi asas-asas senireka serta
aplikasinya dalam karya.
4. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES.
5. Mencadangkan contoh-contoh karya, buku-buku rujukan dan laman web yang relevan
serta tepat dengan tugasan pelajar.
6. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman
web dengan betul. Guna gaya APA.

Rubrik Tugasan
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
SEMESTER MEI 2015
Kriteria

Wajaran

Pengenalan
1

Kandungan:
Apresiasi dan
Kritikan Seni
Deskripsi
Analisis
Interpretasi
Penilaian

Tidak Lengkap
0

Lemah
1

Sederhana
2

Baik
3

Cemerlang
4

Tiada pengenalan
dan perbincangan
langsung
tentang konsep
apresiasi dan
kritikan seni.

Pengenalan
dan perbincangan
tentang konsep
apresiasi dan
kritikan seni adalah
terlalu ringkas, tidak
menyeluruh dan
lemah pada
keseluruhan.

Pengenalan
dan perbincangan
tentang konsep
apresiasi dan kritikan
seni adalah agak
menyeluruh, agak
baik dan menarik.

Pengenalan
dan perbincangan
tentang konsep
apresiasi dan kritikan
seni adalah baik,
jelas, menarik serta
kritis dan kreatif.

Pengenalan
dan perbincangan
tentang konsep
apresiasi dan kritikan
seni adalah amat baik,
berfokus, jelas, amat
menarik serta kritis
dan kreatif.

Hujah-hujah dan
perbincangan
terlalu umum
tentang aspekaspek apresiasi dan
kritikan seni
terhadap karyakarya berkenaan.

Hujah-hujah dan
perbincangan
tentang aspek-aspek
apresiasi dan
kritikan seni
terhadap karya-karya
berkenaan adalah
umum, tidak
berfokus serta lemah
pada keseluruhan.

Hujah-hujah dan
perbincangan tentang
aspek-aspek apresiasi
dan kritikan seni
terhadap karya-karya
berkenaan agak baik,
berfokus, terdapat
unsur-unsur analisis
serta contoh-contoh
yang agak tepat dan
sesuai pada
keseluruhan.

Hujah-hujah dan
perbincangan tentang
aspek-aspek apresiasi
dan kritikan seni
terhadap karya-karya
berkenaan adalah
baik, berfokus,
terdapat analisis
yang disokong
dengan contohcontoh yang baik
serta sesuai.

Hujah-hujah dan
perbincangan tentang
aspek-aspek apresiasi
dan kritikan seni
terhadap karya-karya
berkenaan adalah amat
baik, berfokus dan
spesifik serta terdapat
analisis yang amat
komprehensif dan
matang disokong
dengan contoh-contoh
yang amat tepat dan
sesuai.

Markah
Penuh

20

Kriteria

Maklumat
Sokongan
(Sorotan
Kajian)

Kesimpulan

Organisasi

Wajaran

Tidak Lengkap
0
Konsep apresiasi
dan kritikan seni
tidak dijelaskan
langsung serta
tiada maklumat
sokongan.

Lemah
1
Konsep apresiasi
dan kritikan seni
dijelaskan dengan
amat minimum serta
maklumat sokongan
yang umum.

Sederhana
2
Konsep apresiasi dan
kritikan seni
dijelaskan dengan
agak terperinci serta
maklumat sokongan
yang agak jelas dan
relevan.

Baik
3
Konsep apresiasi dan
kritikan seni
dijelaskan dengan
baik, terperinci
berserta maklumat
sokongan yang jelas,
relevan dan
disertakan dengan
sekurang kurangnya
tiga maklumat
Sokongan.

Cemerlang
4
Konsep apresiasi dan
kritikan seni
dijelaskan dengan
amat baik, terperinci
berserta maklumat
sokongan yang amat
jelas, relevan dan
disertakan dengan
sekurang kurangnya
tiga maklumat
sokongan yang amat
tepat.

Kesimpulan yang
amat ringkas serta
langsung tidak
menjawab
persoalan tugasan.

Kesimpulan yang
ringkas, boleh
diterima tetapi tidak
menjawab persoalan
tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang
agak baik serta
menampakkan usaha
untuk menjawab
persoalan tugasan.

Kesimpulan yang
baik, kukuh serta
menjawab persoalan
tugasan dengan
komprehensif serta
akademik.

Kesimpulan yang amat


baik, kukuh serta
menjawab persoalan
tugasan dengan amat
tepat, komprehensif
serta akademik.

Hampir kesemua
keterangan tidak
disusun mengikut
logik serta dengan
penulisan yang
tidak bermakna
Terdapat terlalu
banyak kesilapan
teknikal.

Kebanyakan
keterangan tidak
disusun mengikut
logik dan penulisan
kurang bermakna
serta terdapat
kesilapan teknikal
yang agak banyak.

Beberapa keterangan
tidak disusun
mengikut logik dan
cara penulisan kurang
menarik dengan
kesilapan teknikal
yang agak minimum.

Keterangan disusun
mengikut logik
dengan cara
penulisan yang baik,
sistematik, koheren
serta menarik.

Keterangan disusun
mengikut logik dan
ditulis secara amat
berkesan, menarik.
Hujah-hujah amat
koheren, sistematik,
menampakkan
kematangan idea.
Aspek teknikal amat
baik
JUMLAH MARKAH

Markah
Penuh

40

You might also like