You are on page 1of 5

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
SEMESTER SEPTEMBER 2014
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi
had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung
tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang
dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI
TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line
sebelum tamat tempoh penghantaran.
7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb 23hb November 2014. Serahan selepas 23hb
November 2014 TIDAK akan diterima.
8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik pemarkahan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa
dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya.
Berdasarkan EMPAT contoh jenis Kraf tradisional huraikan motif ragam hias yang dipengaruhi
oleh alam sekitar, fungsi motif-motif tersebut kepada budaya dan aktiviti masyarakat tradisional
yang dapat dikaitkan dengan ragam hiasnya.
Contoh-contoh gambar motif ragam hias yang terdapat pada kraf-kraf tersebut hendaklah
disertakan sebagai sokongan.
(Jumlah: 40 markah)

PANDUAN PELAJAR
Anda dinasihatkan:
1.

Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang
boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang
mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat
memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2.

Buat pencarian di internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3.

Membincangkan dengan guru Pendidikan Seni Visual sekolah anda bagi mendapatkan
khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman
pembelajaran.

4.

Menggunakan gambar foto/ lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan
tugasan.

RUBRIK TUGASAN/ HBAE3103 KRAF TRADISIONAL/ SEMESTER SEPTEMBER 2014


Kriteria

Cemerlang
4

Markah
Penuh

Pengenalan

Pengenalan yang menarik, jelas dan terperinci serta contoh yang sesuai dan

tentang Kraf tradisional.


Pengumpulan maklumat tentang empat

sokongan pelbagai sumber rujukan yang relevan.


Membincangkan secara jelas dan terperinci maklumat tentang

jenis kraf yang dipilih.


Membuat analisis dan huraikan motif ragam

motif ragam hias empat jenis kraf yang dipilih.


Membincangkan secara jelas dan terperinci dengan membuat huraian

hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar serta serta analisis motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar serta fungsi
fungsi motif-motif tersebut.

motif-motif tersebut dari elbih dari 2 sumber. (buku, internet, keratan akhbar,

Membincangkan contoh-contoh

majalah dan lain-lain)


Membincangkan secara jelas dan terperinci dan membuat huraian beserta contoh-

fungsi motif-motif ragam hias tersebut

contoh dari pelbagai sumber fungsi motif-motif ragam hias tersebut kepada budaya

kepada budaya ketika itu.


Menghuraikan aktiviti masyarakat

ketika itu.
Membincangkan secara jelas dan terperinci dan membuat huraian dengan contoh-

tradisional yang dapat dikaitkan dengan

contoh yang relevan tentang aktiviti masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan

ragam hias kraf tradisional.

dengan ragam hias kraf tradisional.

Kesimpulan

Kesimpulan yang baik dan jelas menyatakan secara keseluruhan tugasan berserta

Nilai

perincian dan fakta-fakta yang relevan.


Menunjukkan komitmen, sahsiah dan kolaborasi yang tinggi terhadap tugasan
dengan rujukan yang sangat relevan.

40

10

4
2

You might also like