You are on page 1of 2

Maksud Hiburan: - Sesuatu yang menggirangkan, menyenangkan dan menggembirakan hati.

Dengan itu, hiburan tidak semestinya

Pertama, hiburan itu terbahagi kepada 2, iaitu hiburan dalam mentaati dan hiburan dalam tidak mentaati. Hiburan mentaati adalah sebaik2 hiburan dlm islam seperti hiburan dlm berzikir, membaca quran dan bersolat. Inilah sebaik2 bentuk hiburan kerana ia tidak merosakkan hati sebaliknya meningkatkan keimanan seseorang. Malah apa2 bentuk ibadat dlm mentaati serta mengingati allah seperti bertafakur dlm mengkaji alam, melihat keindahan ciptaan Allah dlm belajar sains dan yg sepertinya adalah salah satu bentuk hiburang yg amat mengalakkan kerana ia membawa kita mengenali Allah Kedua, hiburan yg tidak mentaati saya bahagikan kepada ketiga, iaitu hiburan di atas keperluan, hiburan bukan di atas keperluan dan hiburan maksiat yg bertentangan dgn perintah Allah. Manusia sememangnya memerlukan hiburan suatu masa untuk motivasi, menghilangkan resah, dan meredakan stress dan bosan. Contohnya,, saya belajar berhari2 pada suatu masa, sudah pasti satu hari belajar macammana pun, kepala tak masuk, di situnya saya memerlukan hiburan utk menghilangkan bosan, atau apabila saya nak exercise dan saya rasa lemah badan, maka saya gunakan muzik lagu sebagai hiburan utk memotivasikan saya exercise. Namun hiburan bukan di atas keperluan merujuk kepada memang anda berhibur kerana memang tidak ada keperluan pun. Anda berhibur bukan kerana anda bosan, bukan kerana kurang motivasi, tetapi sekadar suka berhibur. Hiburan beginilah yg dikatakan hiburan berdasarkan nafsu semata2 dan saya melihat inilah seburuk2 hiburan. Bila tidak ada keperluan, apa lagi kalau bukan kerana tujuan nafsu. Dan hiburan yg didorong nafsu inilah merosakkan hati tanpa sedar serta melalaikan dari mengingati Allah dan mampu menimbulkan sifat2 buruk. Contohnya sekadar pengalaman, sains telah membuktikan bahawa org suka bermain video games kerana sukakan menjadi dorminant. Saya pulak suka main games, dan saya perhatikan mmg hakikatnya saya memang suka dorminasi org lain, adakah ini kebetulan atau sebenarnya apa yg telah terlatih dlm video games? Tidak pasti tetapi ada eloknya kita mengkaji bagaimana hiburan2 ini dapat melahirkan sifat buruk manusia Akhirkata, sebaik2 hiburan adalah hiburan dlm mentaati. Sekadar falsafah saya dan pemerhatian saya, manusia itu sering termotivasi dgn ganjaran yg mereka lakukan. Contohnya bila seorang belajar dan kepenatan, dan ibunya hadiahkan dgn gula2, maka hal ini mendorongnya untuk terus belajar. Sebab itu kita kena pandai memilih bentuk hiburan. Kalaulah kita gunakan muzik sebagai cara untuk menghiburkan diri, lama kelamaan otak kita dimotivasikan bahawa hanya muzik sahaja yg dapat memberi kebahagian.Proses ini ialah hampir sama bagaimana ketagihan kepada judi berlaku kerana atas rembesan suatu bahan kimia di otak (saya tak ingat namanya, serotonin, kot) Apabila kita melatihkan diri dgn hiburan keduniaan, lama2 otak kita telah diindoktrinasikan bahawa segala benda itu berlaku kerana sebab dan akibat bukan sebaliknya datang dari Allah. Contohnya, kita percaya kita makan kita kenyang, kita mendengar muzik kita gembira, ini semua kepercayaan atas sebab dan

akibat yg diindokrinasikan sejak kecil lagi dan kita kuatkan dgn indoktrinasi dgn bentuk hiburang duniawi. Sebaliknya kalau kita berhibur hanya dengan mentaati, lama kelamaan kita melatih diri serta mengindoktrinasikan bahawa segala kebahagian itu hanya datang dari allah, bukan dari makanan, bukan dari muzik.

You might also like