You are on page 1of 4

AKTIVITI PBS

A) Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.


B) Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

Setiap kelas di sekolah ini mempunyai bahan-bahan mengajar dan sumber PdP yang
berlainan. Berdasarkan pemerhatian saya, guru menggunakan bahan-bahan bantu
mengajar yang kreatif dan menarik untuk menarik minat murid untuk belajar supaya
pengajaran yang disampaikan tidak membosankan. Setiap kelas didapati menyediakan
bahan-bahan belajar yang berlainan seperti terdapat sudut bacaan, sudut aktiviti dan juga
sudut untuk menjadi rujukan untuk murid belajar. Selain itu, guru juga menggunakan sumber
PdP yang dipamerkan di dalam bilik darjah seperti menggunakan sumber-sumber berikut
dalam proses pengajaran. Murid-murid lebih berminat untuk belajar kerana terdapat sumber
pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.

C) Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid.

Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh
murid adalah bahan bercetak. Bahan bercetak seperti surat khabar, buku teks, kamus,
majalah dan sebagainya memudahkan penggunaan murid untuk menjadikan sebagai
sumber rujukan dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, penggunaan bahan teknologi
maklumat. Penggunaan bahan teknologi maklumat memudahkan sesuatu pembelajaran
murid kerana mereka dapat mengakses internet untuk mencari pelbagai maklumat dan juga
menggunakan portal pendidikan. Komputer juga merupakan sumber PdP yang mudah
digunakan oleh murid untuk mencari segala isi pembelajaran semasa proses PdP dijalankan
dan melalui pembelajaran penggunaan komputer murid dan guru akan memperolehi perisian
dan sumber maklumat yang lengkap. Selain itu, penggunaan bahan maujud semasa proses
PdP dijalankan juga mudah untuk pembelajaran murid kerana dengan adanya bahan
maujud murid akan lebih memahami sesuatu perkara di mana mereka mampu untuk
menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa sentuhan dan juga bauan dengan
adanya bahan maujud
D) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan TMK?

Murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran berasaskan TMK semasa


berada di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Contohnya, penggunaan komputer
digunakan semasa mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan sebagainya semasa PdP dijalankan. Penggunaan komputer akan dipantau oleh
guru bagi memastikan semua murid menggunakan dengan betul dan memperoleh maklumat
berdasarkan pembelajaran yang sahih. Melalui penggunaan TMK, murid akan didedahkan
dengan penggunaan kemudahan ICT dan juga mampu memperolehi maklumat-maklumat
tambahan.

E) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Murid telah menggunakan pembelajaran pada abad ke-21 di mana semua murid
melakukan aktiviti secara berkumpulan semasa proses PdP. Aktivti berkumpulan mampu
menggalakkan murid untuk bergiat secara aktif dan mampu memupuk kerjasama untuk
menjalankan sesuatu aktiviti. Murid digalakkan untuk bergiat aktif semasa proses PdP dan
guru hanya berperanan sebagai pembimbing semasa menjalankan aktiviti secara individu
atau berkumpulan. Aktiviti berkumpulan mampu memberi peluang kepada semua murid
untuk bekerjasama melakukan aktiviti dan juga berkongsi ilmu pengetahuan melalui
perbincangan dan juga nota-nota pembelajaran.

F) Bagaimanakan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya memudahkan proses


pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Contohnya murid dibahagikan kepada
kumpulan mengikut kebolehan dan pencapaian masing-masing. Contohnya murid yang
kurang berkebolehan diletakkan pada kumpulan khas dan murid yang berkebolehan
diletakkan pada kumpulan lain. Pembentukan kumpulan tersebut mampu memudahkan guru
untuk menilai dan mengenalpasti kebolehan murid masing-masing supaya tidak terdapat
murid yang dipinggirkan dan tercicir. Dengan adanya kumpulan tertentu, guru akan mudah
untuk menyelesaikan dan membimbing murid yang lemah supaya proses pembelajaran
akan mudah disampaikan dengan berkesan.

You might also like