You are on page 1of 2

Seterusnya sy kn meneruskan pembentangan kit pembelajaran saya iaitu Try Jump.

Kit
ini telah dihasilkan berdasarkan tiga komponen seni dalam pendidikan iaitu seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan, Alat ini dihasilkan bertujuan untuk mengajar murid
sekolah rendah tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di mana
pergerakan-pergerakan ini membantu mereka menjalankan aktiviti harian dengan lebih
mudah dan memberi pendedahan awal kepada mereka tentang acara lompat jauh.
Bahan-bahan yang telah digunakan bagi menghasilkan kit pembelajaran ini ialah alas
getah kereta, ring buku dan penyembur warna. Alat ini berkesinambungan dengan alat
rakan saya yang membantu murid untuk meningkatkan seimbangan diri mengikut
objektif yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) tahun 1 dan tahun 3.

Tapak kaki

saya meletakkan corak yang berbentuk kaki manusia supaya murid-murid dapat
memijak alas getah dengan betul dan membantu mereka untuk mengikut arahan yang
terdapat dalam muzik. Tujuan utama penghasilan kit pembelajaran ini, untuk membantu
murid meningkatkan keseimbangan diri dan melatih koordinasi telinga, mata dan kaki.
Selain itu, penggunaan alas getah yang berwarna merah dan hitam membantu murid
untuk membezakan arah lompatan dan mampu menarik minat murid untuk melakukan
aktiviti. Hal ini kerana, murid-murid lebih berminat dengan warna yang pelbagai di
samping dapat dijadikan sebagai petunjuk kepada murid-murid terhadap arahan yang
diberikan oleh guru

Muzik

Alat ini menggunakan lagu Didi and Friend yang berjudul “Jom bersenam”
menyebabkan mereka berasa seronok semasa melakukan aktiviti kerana adanya
lakuan pergerakan dengan iringan muzik.

Penggunaan kit.

Selepas muzik dimainkan, murid menari dlm keadaan static dan menurut arahan yg
dimainkan oleh muzik. Bagi menarik minat murid lgi kit ini dijalankan mngikut
pertandingan. Hal ini dimana murid yg berjaya mngikut arhan yg dimainkan tnpa salah
dianggap sbgai pemenang.

Tunjuk demo

You might also like