You are on page 1of 17

Quality Control (QC).

Inspection to determine whether the final product conform to the


standard or not. The philosophy of quality control is no variation in the products.
Pemeriksaan untuk menentukan sama ada produk akhir mematuhi standard atau tidak.
Falsafah kawalan kualiti ada perubahan dalam produk.

KUMPULAN 5 : Terangkan proses. Beri contoh di sekolah.


1.0 Pengenalan
Maksud Kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang
dikeluarkan bagi memastikan produk tersebut menepati piawai dan standard
yang telah ditetapkan. Tujuan kawalan kualiti ialah memberikan pelanggan
produk/perkhidmatan yang bertepatan pada harga yang berpatutan dan
membuat penambahbaikan kualiti yang berterusan. Kepentingan kawalan kualiti
ialah mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses
pengeluaran, memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti
produk dan memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga
kualiti produk.
Satu sistem yang merangkumi teknik-teknik atau aktiviti yang digunakan untuk
mencapai sesuatu sasaran atau kehendak kualiti serta mengekalkan dan
memperbaiki kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan. Kawalan kualiti
merangkumi kesemua kerja pengoperasian atau proses ujian, pengukuran dan
membandingkan produk yang terhasil/dikeluarkan dengan satu piawaian dan
kemudiannya menentukan samada produk tersebut patut diterima, ditolak
diubahsuai atau dibina semula. Konsep Kawalan Kualiti adalah mengambil kira

sejauh

mana

suatu

produk/perkhidamatan

dapat

memenuhi

kehendak

pelanggan.

Teknik Operasi & Aktiviti Kawalan Kualiti

Menentukan spesifikasi produk / perkhidmatan seperti yang dikehendaki atau


diperlukan.

Merekabentuk produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak spesifikasi


yang telah dipiawai.

Memilih serta menjalankan proses pengeluaran atau pemasangan yang


memenuhi kehendak atau tujuan spesifikasi.

Menjalankan pemeriksaan untuk menentukan samada hasil


produk/perkhidmatan akur atau menurut kepada spesifikasi yang telah
ditetapkan.

Menilai atau mengkaji semula tentang pengguna untuk memberikan informasi @


input kepada penambahbaikan spesifikasi sekiranya diperlukan.

P
r
o
s
e
s

1.1 Proses kawalan kualiti.


1.1.1 Rancang (Plan) Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti
masalah, penentuan matlamat dan membangunkan perancangan untuk
penambahbaikan.
1.1.2 Buat (Do) - Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang
dirancang dan mengukur pencapaian
1.1.3 Semak (Check) - Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan
yang

dilaksanakan

dan

mengenal

pasti

segala

kecacatan

atau

pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk tindakan seterusnya.

1.1.4 Tindakan (Act) Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan
penambahbaikan atau pembetulan di atas semua kecacatan dan
kesilapan yang dilaporkan.
1.2 Kaedah pemeriksaan
1.2.1 Pemeriksaan menyeluruh. Kaedah di mana semua produk yang
dikeluarkan akan melalui proses pemeriksaan. Sesuai dilaksanakan bagi
pengeluaran produk secara tempahan di mana unitnya adalah kecil.
Pemeriksaan menyeluruh ini tidak sesuai bagi produk yang dikeluarkan
secara massa kerana ia akan mengambil masa yang lama.
1.2.2 Pelan persampelan. Merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa
sampel yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan. Sampel tersebut
akan mewakili kumpulan atau lot produk yang telah diperiksa. Lot atau
kumpulan produk akan diterima sekiranya sampel yang diambil dan
diperiksa telah mematuhi piawaian dan standard pengeluaran yang telah
ditetapkan. Sekiranya sampel-sampel yang diperiksa didapati banyak
yang rosak, lot atau kumpulan produk bagi sampel tersebut akan ditolak.
Pemeriksaan secara pelan persampelan ini sesuai untuk produk yang
dikeluarkan secara massa atau kelompok.

1.3 Alat-alat kawalan kualiti


1.3.1 Kawalan proses secara statistik (Statistical Process Control)

Mengambil sampel secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan


memeriksa sampel tersebut berada dalam had kawalan statistik atau
sebaliknya. Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah
bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu produk yang telah
dikeluarkan. Sekiranya ukuran purata sampel produk berada di dalam had
kawalan, pengeluaran produk akan diteruskan manakala jika sebaliknya,
tindakan pembetulan perlu dilaksanakan secara segera terhadap
bahagian yang didapati tidak menepati standard kualiti yang telah
ditetapkan.
1.3.2 Carta Kawalan. Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran
yang sedang dijalankan, memantau sejauh mana produk memenuhi
spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalam bentuk
carta
1.3.3 Kajian Kualiti/Kos. Menjalankan kajian ke atas kualiti produk berbanding
dengan kos produk di mana

kajian dibuat. Alat kawalan kualiti

menggunakan kaedah kajian kualiti dan kos merujuk kepada penilaian ke


atas kos yang terlibat untuk meningkatkan kualiti produk termasuk kos
pencegahan, kos penilaian, kos kegagalan luaran dan dalaman.
1.3.4 Pasukan Penambahbaikan Kualiti. Pasukan penambahbaikan kualiti
merujuk kepada kumpulan pekerja yang terdiri daripada pelbagai
peringkat dalam unit pengeluaran yang diwujudkan untuk membuat
proses kawalan kualiti yang bermula dengan proses mengenal pasti

masalah dalam kualiti produk, membuat analisis, dan menyelesaikan


masalah yang timbul.

1.3.5 Penanda Aras (Benchmarking). Kawalan kualiti berasaskan kaedah


penanda aras atau benchmarking adalah satu cara sesebuah organisasi
mendapatkan cara terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti produk dan
juga aktiviti untuk peningkatan prestasi organisasi. Organisasi yang
mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik akan
dijadikan contoh rujukan untuk menanda aras prestasi organisasi tersebut.

1.3.6 Analisis Tambah Nilai. Analisis tambah nilai merujuk kepada satu proses
mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi menghasilkan produk
mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan
kualiti produk tersebut. Dalam analisis tambah nilai juga, suatu produk
akan diberi ciri-ciri tambahan untuk kepuasan pelanggan tanpa melibatkan
penambahan kos pengeluaran yang tinggi.

1.4 Pendekatan kawalan kualiti


1.4.1 Kawalan Input. Kawalan input juga dikenali sebagai kawalan awalan.
Merujuk kepada kawalan ke atas semua input pengeluaran termasuk
bahan mentah, peralatan, mesin, modal insan sebelum aktiviti proses
pengeluaran dilaksanakan bagi memastikan semua input adalah yang
terbaik dan tanpa sebarang masalah.

1.4.2 Kawalan Proses. Kawalan proses merujuk kepada kawalan semasa


proses pengeluaran berlaku di mana pihak organisasi akan memastikan
proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pengurus
akan memastikan operasi berjalan dengan lancar dan sekiranya berlaku
sebarang masalah, tindakan pemulihan dan penambahbaikan akan
dilakukan dengan segera.

1.4.3 Kawalan Output. Kawalan output merujuk kepada kawalan selepas


sesuatu proses pengeluaran selesai. Pengurus akan memantau kualiti
produk secara pelan persampelan atau kaedah pemeriksaan menyeluruh
sebelum produk yang dikeluarkan dapat diterima untuk dipasarkan.

2.0 Contoh Kawalan Kualiti di sekolah

Kawalan kualiti dalam pendidikan merupakan satu aspek dititikberatkan dalam


PPPM 2013-2025 supaya sistem pendidikan Malaysia merupakan satu sistem yang
dapat dicontohi oleh negara lain serta dapat melahirkan insan Yang seimbang serta
dapat

bersaing

secara

globalisasi.

Antara

aspek-aspek

pendidikan

yang

melaksanakan kawalan kualiti adalah :


2.1 Pelaksanaan SKPM
Seperti yang diketahui umum, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
digubal dengan tujuan memastikan taraf pengajaran yang memuaskan

diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan seperti termaktub dalam


subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996.Ini selaras dengan 3 komponen utama
dalam pengurusan kualiti iaitu kawalan kualiti, jaminan kualiti dan peningkatan
kualiti. Ini jelas dapat dilihat pengertian kawalan kualiti itu sendiri. Kawalan kualiti
ialah proses di mana semakan kualiti berlaku ke atas semua faktor yang terlibat
dalam memberikan perkhidmatan atau produk yang bermutu. Pendekatan ini
melibatkan tiga aspek utama iaitu:
2.1.1 Elemen seperti kawalan, pengurusan kerja, terjemahan proses dan
pengurusan yang baik, pencapaian dan kriteria integriti dan
pengenalan rekod dilaksanakan dengan baik.
2.1.2 Nilai-nilai
kompetensi
seperti
pengetahuan,

kemahiran,

pengalaman dan kelayakan.


2.1.3 Elemen keterampilan seperti integriti personel, keyakinan, budaya
organisasi,motivasi, semangat pasukan dan hubungan kualiti.
Kualiti output akan berisiko sekiranya salah satu aspek yang telah dinyatakan
tadi diabaikan. Dalam konteks sekolah, ia akan melahirkan pelajar-pelajar
yang tidak berkualiti. Kawalan kualiti melibatkan pengujian yang berterusan dan
melibatkan proses jaminan kualiti. Jaminan kualiti pula merujuk kepada satu
sistem pemantauan dan penilaian yang pelbagai dalam projek, perkhidmatan
atau kemudahan menepati piawaian yang dikehendaki. Tiada model yang
khusus mahupun yang mirip kepada SKPM, namun terdapat sebahagian modelmodel pengurusan kualiti yang menjurus kepada pelaksanaan SKPM di sekolah.
Walaupun tidak seratus peratus tepat namun, sebahagian prosedur, kehendak
mahupun konsepnya ada persamaan yang nyata dan yang sebaliknya

bolehdibuat perbandingan. Antara model-model yang boleh dikaitkan antaranya


ialah:
1. Model Pengurusan Kualiti Berasaskan Proses: Jabatan Piawaian 2000.
2. Model Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): W.Edwards
Deming
2.2 PBS
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan
PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi
keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai dan
menunjukkan tahap penguasaan murid yang sebenar. Maklumat yang tepat
boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pemantauan adalah satu proses mengawal selia bagi memastikan pelaksanaan
PBS mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aktiviti Pemantauan dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas
pelaksanaan PBS. Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis
panduan. Tujuan Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS, Membantu
menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS, Mengelakkan berlakunya
penyelewengan dan ketidakakuran.dalam pelaksanaan PBS dan Menyediakan
laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan

Proses Pemantauan pelaksanaan PBS ialah :


2.2.1 Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
2.2.2 Mengenal pasti instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru
menepati dokumen kurikulum, sesuai dengan konstruk yang diukur,
sesuai dengan tahap penguasaan murid, boleh ditadbir urus
2.2.3 Mengenal pasti sama ada skor yang diberikan oleh guru
berdasarkan hasil kerja / respons murid yang autentik, menepati
keupayaan sebenar murid, sah dan boleh dipercayai dan adil bagi
semua murid
2.2.4 Memberi maklumbalas dapatan pemantauan kepada guru bagi
tujuan penambahbaikan Pengajaran, Pembelajaran dan
Pentaksiran.
2.3 Kewujudan Jawatan SIP+ & SISC+ - Pengurusan & P&P
Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan
berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi
merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020,
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak
langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia
ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki
atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat
Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Antara program pembangunan dan transformasi pendidikan kerajaan


yang baru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang
melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem
pendidikan negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke
arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013).

Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen komprehensif dengan


pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti bidang-bidang
keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah
turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan,
melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu
untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi murid secara berkesan,


berterusan dan menyeluruh, KPM memberi tumpuan kepada aspek yang
memberi impak besar kepada prestasi murid seperti kualiti guru dan
kepimpinan pengurusan sekolah. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam 9
Bidang Keutamaan dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 20132015 (KPM, 2013). KPM telah merancang untuk melaksanakan PPPM
2013-2015 dalam tiga fasa atau gelombang.

Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 ini
bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada
guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi mempercepatkan
peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian
antara sekolah, Program Transformasi Daerah atau District
Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi
menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah.

Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang dikenali sebagai School
Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist
Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih dan mentor
kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. Sementara itu, SISC+ bagi
subjek Matematik, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pula
bertanggungjawab membimbing 15 hingga 20 orang guru dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P) subjek masingmasing (KPM, 2014).

Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah (8 daerah) dan Sabah (24
daerah) dari Jun 2012 hingga Disember 2013. Sementara itu, peluasan
program kesemua daerah di seluruh negara melibatkan 106 buah PPD
yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2014 dimulai dengan
proses pemilihan dan pelantikan SIPartner+ dan SISC+ pada akhir 2013

(KPM, 2013).

Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya pelaksanaan fasa pertama


atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat memainkan
peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada
pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian
sekolah mereka (KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk
memacu peningkatan sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat
Glombang 1 telah tercapai.

Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam DTP bagi


memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam
membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program
ini, para pemimpin sekolah tidak akan berasa keseorangan dalam
memimpin dan memajukan sekolah mereka. Implikasinya, mutu
perkhidmatan yang mereka berikan akan meningkat.

Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para
sarjana yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada
tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua
yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001;
Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005).

Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+ telah diwujudkan mulai akhir
tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu jawatan hakiki sepenuh
masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan
dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai rakan
pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan
pembimbing, pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan
profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja.

Program SIPartner+ yang dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2014


merupakan kesinambungan dari Program SIPartner yang dilaksanakan
oleh IAB sebelum ini. Pada asalnya, program yang dipanggil SIPartner
mula dilaksanakan oleh IAB pada tahun 2010. Menurut IAB (2012),
program ini merupakan satu inisiatif dalam agenda Program
Pembangunan Prestasi Sekolah atau School Improvement Program (SIP)
yang telah dilancarkan pada bulan Mac tahun yang sama. Ramai
pensyarah IAB telah dilibatkan menjadi SIPartner.

SIPartner yang dilantik bertanggungjawab membantu meningkatkan


prestasi sekolah sebelum berakhir sesi persekolahan tahun 2012.
Berdasarkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam, hampir 50
peratus daripada sekolah terlibat telah keluar daripada band 6 dan 7 pada
tahun 2010 dan 2011 (IAB, 2012). Berdasarkan kejayaan program
SIPartner dan SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan

sebagai strategi utama dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan


sedikit ubahsuaian (KPM, 2012). Bagi membezakannya dengan program
SIP yang dikelolakan oleh IAB sebelum ini, inisiatif PPPM ini diberi nama
program SIPartner+ (KPM, 2012; IAB, 2014).

Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki


sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD. Mereka
bertanggungjawab menjadi rakan pembimbing kepada 25 hingga 30 orang
pengetua dan guru besar. Projek rintis telah diadakan di negeri Kedah dan
Sabah pada tahun 2013, sementara perluasan program ini ke seluruh
negeri di Malaysia berlangsung sepenuhnya pada tahun 2014 (KPM,
2014). Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah seperti berikut:

2.3.1 Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin sekolah


2.3.2 Melaksanakan program ynag diluluskan oleh pusat
2.3.3 Melapor, memantau dan memastikan pembangunan pemimpin
sekolah
2.3.4 Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan dan mengenal pasti
intervensi yang diperlukan dalam Pelan Penambahbaikan Sekolah.

Sebagai kesimpulannya, pegawai SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan


profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. Bagi mencapai
tujuan ini, pendekatan leadership coaching digunakan dalam pertemuan

bersemuka antara SIPartner+ yang bertindak sebagai coach dan pemimpin


sekolah yang bertindak sebagai coachee. SIPartner+ membantu pemimpin
sekolah untuk membangunkan diri mereka sendiri. Akhirnya, pemimpin sekolah
yang telah membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk
membangunkan organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun,
hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional
antara coach dan coachee. Hal ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin
akan memberi impak terhadap proses coaching yang dilaksanakan

Kesimpulan

Faedah/Kelebihan Kawalan Kualiti ialah mengurangkan pembuangan skrap dan kerja


semula, memperbaiki kualiti pembuatan dan pemasangan produk, membantu dalam
rekebentuk yang rasional dan penambahbaikan, membantu dalam pemilihan bahan,
peralatan dan proses, meningkatkan keberkesanan pemeriksaan atau pengujian,
menyediakan pihak pengurusan dengan suatu asas yang baru, efektif dan impersonal
untuk tujuan mencapai keputusan dan meningkatkan pengeluaran keseluruhan dan
mengurangkan kos keseluruhan
Guru merancang dan melaksanakan proses Pembelajaran & Pengajaran yang
berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembang potensi dan
pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan

Rujukan

http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.my/2012/08/stpm-modular-bab-2-proses-dankaedah.html

You might also like