You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh Kelas Mata pelajaran Tajuk Objektif : 21 Mac 2012/Rabu : Tahun 5 ; Bahasa Melayu : Tanaman

Organik : Pada akhir mata pelajaran, murid dapat:1) Menyenaraikan 20 kata adjektif 2) Mengesan kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang terdapat dalam ayat. Pengalaman sedia ada : Murid pernah belajar kata adjektif ketika berada dalam Tahun 4. Masa: 8.20 -9.20 pagi Bil.murid : 30 orang

Konsep

: Kata adjektif menerangkan sifat manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ,benda

Bahan

;Buku teks, buku latihan, bahan maujud(petai,jering,pegaga,ulam raja)

Nilai

:Bersyukur

Kemahiran

Fokus utama Fokus sampingan

:8.1 Aras 1 (i) ;9.1 Aras 2 (i)

Langkah/ Masa Set induksi (3 minit)

Isi Pelajaran Tajuk: Tanaman Organik

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru 1.Guru menunjukkan ulam-ulaman kepada murid dan mereka dikehendaki menamakannya 2.Guru meminta murid menceritakan secara ringkas tentang pengalaman mereka makan ulam ulaman. Aktiviti Murid 1.Murid menamakan ulam ulaman yang ditunjuk kan oleh guru iaitu petai, jering,pegaga,ulam raja

Catatan

2.Beberapa orang murid menceritakan pengalaman mereka makan ulam-ulaman

Didik Hibur

Langkah 1 (10 minit)

1.Guru mengarahkan murid membaca petikan bertajuk Misai Kucing 2. Guru mengarahkan murid menyatakan maksud keseluruhan petikan tersebut.

1.Murid membaca petikan bertajuk Misai Kucing

2.Beberapa orang murid menyatakan maksud keseluruhan teks menggunakan ayat sendiri 3.Setiap kumpulan berbincang untuk mencari kebaikan Misai Kucing pada kesihatan.

3. Guru mengarahkan setiap kumpulan mencatatkan kebaikanMisai Kucingpada kesihatan. 4.Guru meminta setiap wakil kumpulan membentangkan kebaikan Misai Kucing

4.Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan daripada perbincangan tersebut iaitu:a) Menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. b) Melawaskan pembuangan air kecil c) Menguraangkan

Langkah/ Masa Langkah 2 (15 minit)

Isi Pelajaran

kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru 1.Guru mengarahkan murid menyatakan maksud kata adjektif Aktiviti Murid 1.Murid memberi pelbagai maksud kata adjektif mengikut pemahaman masing-masing. 2.Murid menyatakan bahawa rasa petai ada lah pahit.

Catatan

Kata adjektif

2.Guru menunjukkan petai dan meminta murid menyatakan rasa petai tersebut. 3. Guru menjelaskan kepada murid bahawa pahit merupakan kata adjektif iaitu sifat sesuatu benda. 4. Guru menyuruh murid menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam teks

3. Murid mendengar penjelasan guru.

4. Murid menggaris kata adjektif yang terdapat dalam teks iaitu tirus, tinggi, hijau.

5. Guru mengarahkan murid menyenarai kan 20 kata adjektif yang mereka tahu.

5. Murid menyenaraikan 20 kata adjektif. Contoh:Rendah Merah Panjang Manis Comel Gelap Harum Bulat Lazat Busuk

Langkah/ Masa Langkah 3 (20 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru 1.Guru mengarahkan murid membina ayat menggunakan kata adjektif. Aktiviti Murid 1.Murid membina ayat menggunakan kata adjektif.

Catatan

Kata adjektif

2.Guru mengarahkan murid membaca ayat yang telah dibina. . 3. Guru mengarahkan murid menulis ayat yang telah dibina pada ruangan yang disediakan pada papan tulis.

2.Murid membaca ayat yang telah dibina.

3. Murid menulis ayat pada ruangan yang di sediakan mengikut kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan kumpulan potensi.

4. Guru mengarahkan murid menyemak jawapan rakan.

4.Murid menyemak jawapan rakan dan mengesan kesalahan dari segi ejaan,tanda baca ,struktur ayat.

5. Guru memberi ulasan berkaitan dengan penyemakan tersebut.

5.Murid mendengar penjelasan guru.

Langkah/ Masa Langkah 4 (10 minit)

Isi Pelajaran Kata adjektif

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru 1.Guru mengarahkan murid menyenarai kan 20 kata adjektif dan memilih 6 dari padanya untuk di buat ayat. 1.Guru meminta murid mencari barangan di dalam kelas yang berbentuk bulat. Aktiviti Murid 1.Murid membuat tugasan seperti mana yang diarah oleh guru.

Catatan

Penutup (2 minit)

Menciri

1.Murid mencari barangan berbentuk bulat. Contoh:-pengasah pensel -duit syiling -penutup botol air -permukaan jam tangan

2. Guru merumus isi pelajaran hari ini.

2.Murid mendengar penjelasan guru.

Refleksi:Murid kumpulan potensi kurang faham tentang kata adjektif.Guru terpaksa menunjukkan bahan maujud yang ada pada mereka supaya mereka memahaminya. Begitu juga dalam membina ayat.Mereka berkemampuan membuat ayat yang mengandungi empat patah perkataan sahaja.Bimbingan individu adalah penting untuk membantu mereka mengembangkan idea.

You might also like