You are on page 1of 13

Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Malaysia.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada Bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab. Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

BAHASA MELAYU KUNO Vulan Nasyik Nayik mangalap mamava Saribu Dangan

BAHASA MELAYU Bulan Asyik Naik Mengambil Membawa Seribu Dengan

ni- menjadi diPenggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.

Bahasa Melayu Kuno


nimakan niminumna niparvuat

Bahasa Melayu
Dimakan diminumnya Diperbuat

Awalan mar- menjadi berAwalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno


marvanum marvuat marlapas

Bahasa Melayu
Berbangun Berbuat Berlepas

Akhiran -na menjadi -nya


Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.

Bahasa Melayu Kuno


Vinina Vuahna

Bahasa Melayu
Bininya Buahnya

Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui. Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)

Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu Kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam Kerajaan Melayu Kuno. Kerajaankerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah:Lembah Bujang Kerajaan Funan Srivijaya Kerajaan Angkor Majapahit Kedah Tua Melaka

Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno A. Tulisan Palava Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ). (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi).

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. B. Tulisan Nagiri Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari Utara India. C. Tulisan Kawi Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.

CONTOH BM KUNO DENGAN BM MODEN


1. wulan 2. Tatkalana 3. Niwarbuat - bulan - tatkalanya - diperbuat

4. sawanakna - sebanyaknya
5. Nitanam 6. niyur 7. Hanau - ditanam -nyiur - enau

8. rumwia
9. dngan 10. nimakan 11. Wuahna

-rumbia
-dengan -dimakan -buahnya

12. tathapi
13. haur 14. wuluh 15. pattung

-tetapi
-aur -buluh -betung

Zaman Srivijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan kegemilangan Bahasa Melayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menyokong kewujudan Bahasa Melayu

telah mula digunakan pada zaman tersebut.

Pada akhir abad ke-7,batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis perkataan dalam
Bahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu bersurat tersebut telah dijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Batu bersurat yang dijumpai di palembang ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta Batu

Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangka
yang bertarikh 686 masihi. Manakala Batu Bersurat Karang Berahi, Meringin telah dijumpai di daerah Hulu Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu Bersurat lain ialah seperti Batu Bersurat Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.

Di Srivijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah takluk Kerajaan Sriwijaya, Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi bahasa Lingua

Franca yang turut digunakan secara meluas di Nusantara. Penduduk jawa yang berada di
bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan.

Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Sumatera


khususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera masih mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk kerajaan Majapahit.

Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita saduran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini sebenarnya berasal daripada Pulau Jawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa

Perara, Panji Taman Jayeng Kusuma dan Panji Kuda Semirang.

Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu cacatan pengembara Cina yang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Berdasarkan cacatan tersebut, A. Teeuw pada 1952, berpendapat bahasa Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabad

lamanya sebagai bahasa penghantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukan


termasuk dalam kepulauan melayu. Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yang bertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan Malaya di

belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.

Disediakan oleh :SHADATUL AZUWA. BT HASHIM

You might also like