You are on page 1of 75

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Oleh : Salasiah binti Mohd Taib

SINTAKSIS: POLA, JENIS, RAGAM, SUSUNAN, BENTUK, DAN PROSES PENERBITAN AYAT Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi pada masa yang sama, banyak pengguna bahasa gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam surat rasmi atau dalam minit mesyuarat. Secara ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan. Ayat juga terbina daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal atau judul) dan predikat (cerita).

Subjek

Predikat

1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor


2. Pelajar-pelajar KPLI Bahasa Melayu.

angkasawan pertama negara kita.


menganjurkan program khemah bahasa.

3. Sungai yang bersejarah sedang dimajukan. itu

Pola

Jenis Pola

Subjek

Predikat

1.

FN + FN

Encik Shaari

ejen insurans.

2.

FN + FK

Dia

menjerit kesakitan.

3.

FN + FA

Budak itu

sangat nakal.

4.

FN + FS

Pejabat saya

di Kota Kinabalu.

Frasa: Frasa ialah suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.
Contoh Frasa kertas sehelai kertas sehelai kertas edaran sehelai kertas edaran mesyuarat Contoh Frasa Lain

Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.

Pola
Subjek + Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama

Contoh
Subjek / Predikat Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Likas.

2. Frasa Nama + Frasa Kerja


3. Frasa Nama + Frasa Adjektif 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat.


Pembantu makmal itu rajin orangnya. Keluarga kami dari Kota Samarahan.

Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
Pola Subjek + Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama Contoh Subjek + Predikat Sekolah saya Sekolah Seri Puteri.

2. Frasa Nama + Frasa Kerja


3. Frasa Nama + Frasa Adjektif 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Ketua Panitia sedang bermesyuarat.


Pembantu makmal itu rajin orangnya. Kami dari Simunjan, Sarawak.

Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Subjek Frasa Nama

Predikat

Pola

Encik Ningkan

usahawan tani.

FN + FN

Cikgu Saziman

mengajar saya.

FN + FK

Kucing itu

sangat manja.

FN + FA

Ayah

ke Labuan.

FN + FS

Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana dalam contoh yang berikut:

Subjek

Frasa Kerja

Kata kerja

1. Aminah

membaca buku.

KKT

2. Fatimah
3. Adik 4. Ayam hutan itu

bernyanyi di atas pentas.


menangis tersedu-sedu. membuat sarang di atas dahan.

KKTT
KKTT KKT

Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:

Subjek 1. Aminah
2. Fatimah

Frasa Kerja membaca buku.


bernyanyi di atas pentas.

Kata kerja KKT

KKTT

1. Adik

menangis tersedusedu. KKTT

1. Ayam hutan itu

membuat sarang di KKT


atas dahan.

Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:

Subjek (FN)

Predikat

Fungsi Frasa Adjektif

1. Dia 2. Rosli

rajin. berlari sangat laju.

FA sebagai predikat. FA sebagai unsur keterangan.

3. Kucing

binatang jinak. FA sebagai unsur


penerang.

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

Subjek 1. Ahmad
2. Surat itu

Predikat ke bandar.
daripada ibu.

3. Hadiah ini

untuk ayah.

Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur penumpuan makna yang mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Frasa Nama
Inti 1. Guru Penerang Bahasa Melayu

Predikat

sungguh kreatif.

itu
1. Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.

Frasa Nama Inti 1.Ibu 2.Hutan Inti bapa rimba

Predikat

dipersilakan hadir. perlu dijaga.

Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.

Frasa Sendi Nama Subjek Kata Sendi Nama 1. Saya dari Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan

Simanggang

2. Adik
3. Ayah 4. Pemburu 5. Nenek

ke
di dari ke

belakang dalam dalam

sekolah
rumah hutan belukar

mencari herba.

6. Pemandu itu

ke

belakang

keretanya

mengambil sesuatu.

Frasa Kerja Subjek 1. Adik 2. Hujan Kata Kerja tidur. turun dengan lebatnya. Objek Keterangan

1. Ayah

membaca

manuskrip. rusa. makanan. murid berlari pantas.

2. Pemburu menembak 3. Ibu 4. Jurulatih menghidangkan menyuruh

Pembentukan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

Subjek Kata Bantu 1. Abang sudah

Frasa Adjektif Penguat Kata Adjektif pandai. Penguat -

2. Hujan
3. Ibu 4. Pemburu

masih
-

amat sangat

lebat.
gembira. cekap.

5. Nenek
6. Hari

masih
masih

cantik
gelap

amat.
benar.

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut: Kata sendi nama + frasa nama Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.
Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

Awak pandai kerana awak rajin belajar. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.
klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas

Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

Jenis Ayat: Penjenisan ayat dibuat berdasarkan lagu bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat berkenaan dalam pelbagai situasi berbahasa.

1. Datuk Akim ketua kami.


Ayat Penyata 2. Harga susu itu mahal. 3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera Darat

Malaysia.
1. Encik Nabil pengurus di sini? Ayat Tanya 2. Dia penyelenggara stor? 3. Ke sekolahkah anak awak? 1. Keluar dari bilik saya! Ayat Perintah 2. Kutip sampah itu! 3. Jemput masuk. 4. Sila lengkapkan borang pendaftaran ini. 1. Amboi, garangnya! Ayat Seruan 2. Nah, ambillah wang ini! 3. Syabas, saudara juara sebenar!

Ayat mempunyai nilai komunikatif atau makna dalam komunikasi, misalnya:


Makna/Nilai
1.penyataan biasa

Ayat
1. Datuk kami pandai bercerita.

2. ASEAN ialah zon aman,


2.pentakrifan bebas, dan berkecuali. 3. Awas, jangan meniru! 3.amaran 4.tertutup 4. Ustaz itu suaminya?

5.terbuka

5. Suaminya siapa?

6.positif (suruhan)
7.permintaan 8.silaan

6. Pergi dari sini!


7. Tolong senyap sedikit! 8. Silalah istirahat!

9.larangan
10.harapan 11.ajakan 12.penyerahan 13.vokatif (biasa) 14.doa 15.bukan vokatif 16.penegasan (lah) 17.penegasan (yang)

9. Usahlah merajuk!
10. Semoga kita bahagia! 11. Ayuh kita pergi! 12. Biarkan dia sendirian! 13. Pak Lebai! 14. Tuhanku! 15. Cantiknya! 16. Dialah memulainya. 17. Kamilah yang memulainya.

Bentuk Ayat: Secara sedar atau tidak, kita mengucapkan atau menulis ayat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan sekelas, atau pegawai di jabatan kerajaan. Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah), seperti tiga contoh di atas. Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina ayat majmuk atau ayat kompleks.

Ayat Tunggal
1. Saya guru.

Ayat Majmuk
1a. Saya guru tetapi rakan saya juruteknik di sebuah syarikat petroleum.

2. Pengetua sedang
berucap. 3. Staf sekolah ini rajin.

2a. Para pelajar bercakap walaupun


pengetua sedang berucap. 3a. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.

4. Kajian ini telah selesai.

4a. Kajian tentang kelemahan

membaca dalam kalangan murid itu


telah selesai dalam masa enam bulan.

Ayat Tunggal: Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan subjek dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti nama; (iii) kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Perhatikan contoh-contoh ayat tunggal yang berikut:

Subjek
i. Ibu Ahmad ii. Dia ustazah.

Predikat

rajin membaca.

iii. Pelari itu


iv. Seluar itu v. Buku itu vi. Ke bandar vii.Membaca

sungguh pantas.
sangat mahal. di atas meja. dia pagi tadi. menjadi kegemarannya.

viii.Merompak
ix. Sabar x. Gemuk

satu amalan hina.


sifat terpuji. tidak semestinya hodoh.

Binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.
Subjek
i. Pemuda itu

Predikat
pengarah syarikat.

Binaan Predikat
Frasa nama

ii. Ayam serama itu


iii. Cikgu Aminah iv. Ibu

berkokok.
sangat rajin. ke Kuala Lumpur.

Frasa kerja
Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama

Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Ayat Aktif Transitif


Predikat
Subjek Kata Kerja Transitif melanda mengarang merasmikan Objek

1. Ribut 2. Ali 3. Pengarah

kampung kami. buku cerita. seminar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan


Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif 1. Budak itu 2. Amin 3. Kakak sedang mandi menangis tidur Keterangan yang Boleh Digugurkan di sungai itu. sepanjang hari. di bilik adik.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan
Subjek Predikat Kata Kerja Keterangan yang Tak Transitif Tidak Boleh Digugurkan
berada menuju beransur di Kuala Lumpur. ke Kota Baharu. sembuh.

1. Dia 2. Bas itu 3. Penyakitnya

Ayat Pasif: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu: Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif; Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Subjek
1.Buku itu 2.Kucing

Kata Kerja Pasif


sudah diambil terlanggar

Oleh + Frasa Keterangan Nama


oleh Abu oleh basikal. pagi tadi.

3.Sampah

dipungut

oleh pekerja

setiap hari.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau Kedua Keterangan

1. Tugasan itu
2. Hutang itu 3.Masakan itu 4.Perkara tersebut

sudah aku siapkan


akan kami jelaskan belum engkau makan harus awak putuskan

awal-awal lagi.
segera. lagi. segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar tangkap tahan Oleh + Frasa Nama

1.Penagih itu 2.Penyeludup itu

kena kena

oleh polis. oleh pihak kastam.

3.Budak itu
4.Harimau itu

kena
kena

kejar
tembak

oleh orang jahat.


oleh pemburu.

Ayat Majmuk: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta bahawa, kata relatif yang, selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung. a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil) 1. Dia duduk lalu menaip. 2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.

b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal) 3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat. 4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi. c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan ayat penyata. 5. Adik sudah mandi dan berpakaian. 6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.

d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir. 7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafeteria setiap hari. 8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih. e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata hubung. (Dalam laras bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.) 9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke suatu arah. 10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.

Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk/utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang) 1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga. (Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.) (Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)

Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa , supaya dan untuk atau demi) 2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan. 3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguhsungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara.

Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, semoga, dan sekiranya) 4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan. (keterangan sebab) 5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan syarat) 6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan) 7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.

8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita. 9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar.

Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.
1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami. 2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman Negeri Perak Darul Ridzuan. 3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang-barang yang dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan. 4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang. 5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.

Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.

Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran: a) frasa nama sebagai subjek b) frasa predikat c) frasa nama yang mendahului frasa relatif d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh: i. Kamu keluar keluar! ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contoh:

Frasa Predikat

Contoh Ayat
Adik Ahmad belajar di Seremban.

a. Frasa kerja yang serupa

Sepupunya belajar di Seramban. i. Adik Ahmad belajar di Seremban dan sepupunya belajar di Seremban. ii. Adik Ahmad dan sepupunya belajar di Seremban.

Encik Ali guru sekolah. Puan Aminah guru


b.Frasa nama sekolah. yang serupa i. Encik Ali guru sekolah dan Puan Aminah guru sekolah. ii. Encik Ali dan Puan Aminah guru sekolah.

Abang saya sangat rajin. Abang Abu sangat rajin.


c. Frasa i. Abang saya sangat rajin dan abang Abu adjektif yang serupa sangat rajin. ii. Abang saya dan abang Abu sangat rajin.

Frasa Predikat

Contoh Ayat

Dia masih berada di kampung. Isterinya masih d. Frasa sendi nama yang serupa berada di kampung. i. Dia masih berada di kampung dan isterinya masih berada di kampung. ii. Dia dan isterinya masih berada di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh: 1. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya. Kereta yang kuning itu pilihan saya. Yang kuning itu pilihan saya. 2. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik. Dia membeli baju yang cantik itu. Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh: i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan. ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.

Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu: Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Ayat Asal

Penyusunan Semula

Abang menendang bola itu.

Bola itu ditendang oleh abang. (frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita


rahmat.

Allah mengurniakan rahmat


kepada kita. (frasa nama sebagai objek)

Lelaki itu pergi ke kedai.

Ke kedai lelaki itu pergi.


(ayat songsang)

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Lelaki itu abang saya. Lelaki itu membaca buku

Lelaki yang membaca buku itu abang saya. (Frasa nama sebagai subjek )

Ahmad mengusik budak itu. Budak itu menangis.

Ahmad mengusik budak yang menangis itu. (Frasa predikat)

Ibu tidak bekerja. Ibu sakit perut. Mereka melaporkan (sesuatu). Guru kelas tidak hadir.

Ibu tidak bekerja kerana sakit perut. (kata hubung) Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like