You are on page 1of 4

5 KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR

PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas merupakan satu bentuk pendidikan yang direka
bentuk

untuk

memenuhi

keperluan

pelajar-pelajar

berkeperluan

khas

(Hallahan dan Kauffman, 2006). Manakala, Gargiulo (2003) pula menyatakan


bahawa Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang
direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa dan mungkin
memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran
yang khusus. Seterusnya, Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah
pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan didalam bilik
darjah, dirumah, dihospital atau di institut lain.

Perkembangan
Communication

dan

penggunaan

Technology

atau

ICT

dipanggil

iaitu

Teknologi

Information
Komunikasi

and
dan

Maklumat, khususnya dalam bidang pendidikan, bukan lagi suatu perkara


yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar,
terutama dalam pendidikan. Salah satunya ialah dapat mengubah cara
seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap
maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia
pendidikan,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

telah

mengambil

beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses


pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah termasuklah
sekolahPendidikan Khas.

Menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran


dan

pembelajaran

bukan

sahaja

membantu

guru

mencapai

objektif

pedagoginya, malah mampu memberi peluang kepada pelajar untuk

mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripada pihak pentadbir


juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer
dikalangan guru dan pelajar Pendidikan Khas.
Peranan guru pendidikan khas akan menentukan minat pelajar
terhadappenggunaan komputer kerana guru banyak mencorak keperibadian
pelajar, lebih-lebih lagi pelajar khas. Guru-guru pendidikan khas juga
mempunyai kesedaran tentang kepentingan penggunaan komputer dan ini
menyebabkan mereka selalu mengikuti kursus komputer. Komitmen ini
membolehkan penggunaan komputer dalam pengajaran berlaku dengan
berkesan dan dapat menarik minat pelajar khas untuk belajar. Kajian di
Malaysia juga menunjukkan dengan jelas bahawa guru-guru mempunyai
sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaankomputer dalam
pengajaran.

Terdapat beberapa kepentingan penggunaan ICT dalam kalangan


pelajar Pendidikan Khas. Salah satunya adalah meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ruang dan peluang
yang

sama

rata

kepada

pelajar-pelajar

Pendidikan

Khas

meneroka

berdasarkan keupayaan mereka. Pelajar dapat mengakses maklumat yang


sukar. Hal ini dapat meningkatkan daya kreatif dan imaginasi pelajar. Di
samping itu, situasi ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar kemahiran kognitif mereka. Seterusnya,
penggunaan ICT dalam PendidikanKhas juga sedikit-sebanyak meningkatkan
motivasi pelajar-pelajar Pendidikan Khas.

Kepentingan lain adalah mempelbagaikan bahan rujukan pelajar


Pendidikan Khas. Hal ini demikian kerana ia boleh diaplikasikan dengan
pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual

pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat
dengan

sesuatu

gaya

pembelajaran

kerana

pembelajaran

berbantu

multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan


mengindividukan
Alawiah , 1987).

pengajaran

mengikut

kebolehan

mereka

(Sharifah

Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan

kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

Selain itu, ciptaan Kerusi Roda merupakan satu alat yang dilengkapi
dengan pelbagai variasi sama ada menggunakan motor mahupun secara
manual iaitu menggunakan tangan sahaja untuk menggerakkan kerusi roda.
Alat ciptaan ICT ini berupaya membantu memudahkan pergerakkan pelajar
yang mengalami masalah kecacatan fizikal. Sebenarnya, tujuan alat ini
direka adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan peralatan dalam
persekitaran mereka. Ciptaan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan
kebebasan pelajar yang bermasalah dari sudut fizikal untuk bergerak dan
menghapuskan keperluan untuk mengawal kawalan jauh standard atau suis.
Kerusi roda istimewa ini dapat membantu individu yang mempunyai masalah
fizikal seperti kecacatan pelbagai dan juga cerebral palsy.

Sementara itu, ciptaan lain seperti Augmentative Communication


Device (ACDs) dapat digunakan oleh pelajar yang mempunyai pelbagai
kecacatan pertuturan dan bahasa, termasuk kecacatan kongenital seperti
cerebral palsy, intelektual kemerosotan dan autism. Simbol-simbol yang
digunakan dalam ACDs termasuk isyarat, gambar, huruf dan perkataan.
Simbol-simbol

ini

boleh

digunakan

secara

bersendirian

atau

secara

kombinasi. Sistem ACDs adalah seperti komunikasi tanpa bantuan yang tidak

menggunakan peralatan dan termasuk menandatangani dan bahasa badan.


Ciptaan ini dibantu menggunakan alat luaran dan terdiri daripada gambargambar dan papan komunikasi untuk menjana ucapan peranti yang dibuat
oleh pelajar. Keadaan ini sekaligus meringankan tugas guru.

Seterusnya, penggunaan ICT dalam Pendidikan Khas juga mampu


mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Pelajar-pelajar khas juga seperti pelajar

lain, menginginkan sesuatu yang

menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran menggunakan ICT


amat sesuai dipraktikkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini demikian kerana pembelajaran
yang menggunakan ICT seperti komputer khususnya dapat memberi peluang
kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan
cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.

Oleh itu guru-guru Pendidikan Khas digesa supaya melengkapkan diri dengan
pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan ICT
menghadapi

dunia

perguruan

bagi

yang

serba mencabar. Sehubungan dengan itu, guru-guru juga perlu bersedia dengan
pengetahuan

dan

kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika
suatu

hari

nanti

pelajar-pelajar Pendidikan Khas pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi


membawa komputer riba sebagai penganti buku.

You might also like