You are on page 1of 2

Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual.

Bahan
visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni
membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat
menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan
bahan visual adalah poster, model, computer, filem, video, multi-image media,
penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang
sesuai.

Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah


pelbagai deria juga dapat merangsang verbal reasoning. Contoh penggunaan
bahan audio adalah pembaca teks berkomputer (computerized text readers), video,
filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai.

Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang
melibatkan deria sentuhan yang dinamakan tactile method. Dalam kaedah ini
guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai
nombor untuk mengajar kemahiran matematik seperti mengira, melakukan proses
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, guru
juga boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan
sebagainya untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi
seperti kiub, kuboid, silinder dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga
dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti menggunting dan menampal keratankeratan.

Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria. Kajian


daripada The National Institute of Child Health and Human Development
menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling
berkesan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar
melalui lebih daripada satu deria terutamanya melalui sentuhan (touch) dan
pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak
dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau kesemua deria.

Kaedah pelbagai deria juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan
akronim bagi:

V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)

Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang


ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam
sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan
pendengaran.

You might also like