You are on page 1of 12

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS

DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN



DEFINISI DAN KONSEP

Pelaksanaan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta
menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun, fokus
pelaksanaannya hanyalah kepada pembangunan kecekapan fizikal dan
bukannya aktiviti fizikal murid. Pembelajaran Pendidikan Kesihatan pula
merupakan satu proses untuk mengembang dan membekal pengalaman
pembelajaran yang terancang dengan tujuan memberikan maklumat,
mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dalam
Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses asas pembelajaran kemahiran
menulis dan membaca melalui aktiviti fizikal yang diperkukuh dengan
pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap
dan mempengaruhi tingkah laku.

KEPENTINGAN PJK KEPADA MURID-MURID

a) Membantu membangunkan tahap kecergasan melalui aktiviti fizikal.
b) Membangunkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan dan gimnastik
sambil mempelajari literasi bahasa.
c) Memberikan kefahaman tentang keselamatan diridan orang lain, peralatan
dan tempat aktiviti samil mempelajari literasi bahasa.
d) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali diri dan penjagaan
kebersihan diri sendiri.
e) Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang
Gaya Hidup Cergas dan Gaya Hidup Sihat.
f) Mengenal pasti isu semasa PJK yang boleh mempengaruhi kehidupan
seharian murid.
CONTOH AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN
MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN

Terdapat banyak aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang boleh dilaksanakan
oleh guru. Guru haruslah bijak merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
murid dalam usaha memastikan keberkesanan pengajarannya. Antara aktiviti-
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah :

1. Pancing Suku Kata
Peralatan memancing dibina dari ranting pokok atau buluh halus yang diikat
bersama benang dan sebatang paku. Beberapa replika hidupan laut dibina
menggunakan polisterina dan diletakkan dalam kolam mini. Pada badan
replika hidupan laut berkenaan tercatat suku kata KV.

Murid bersedia di garisan permulaan. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki
berlari ke arah kolam mini dan memancing untuk mendapatkan suku kata
berkenaan. Tetapkan syarat pertandingan seperti murid-murid dikehendaki
memancing dan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua model
hidupan laut berkenaan supaya proses membentuk perkataan boleh
dilaksanakan. Pemenang ditentukan berdasarkan siapa yang paling pantas
memancing dan berjaya membentuk perkataan.

2. Permainan Teng-Teng Perkataan
Permainan ini dijalankan berpandukan reka bentuk gelanggang dan syarat
peraturan permainan tradisional teng-teng yang terkenal dalam kalangan
kanak-kanak dahulu kala. Guru terlebih dahulu melukis pelan tapak
permainan teng-teng di kawasan lapang. Pelbagai bentuk kad yang
mengandungi suku kata KV diletakkan secara berselerak di bahagian D, iaitu
pada bahagian hujung petak permainan berkenaan. Permainan dijalankan
seperti biasa Cuma pemain dikehendaki meraba kad suku kata menggunakan
tangan dengan posisi yang terbalik.

Gundu diperlukan untuk mendapatkan tapak di samping berperanan sebagai
halangan semasa bermain. Gundu ialah sesuatu benda seperti guli, getah,
kepingan kayu, kaca dan sebagainya yang digunakan sebagai pelontar dalam
sesuatu permainan. Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan perkataan
yang berjaya dibina.

3. Boling Suku Kata
Permainan ini menyerupai cara bermain boling serta tertakluk kepada syarat
pertandingan yang ditetapkan. Beberapa biji botol yang telah diwarnakan
serta mengandungi kad bersuku kata di bahagian dalam botol berkenaan
digunakan. Kemudian semua botol diletakkan dalam satu baris.

Murid-murid diminta menggolekkan bola supaya mengenai botol berkenaan.
Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan botol yang berjaya
ditumbangkan dan kejayaan mereka membina seberapa banyak perkataan
KV+KV daripada koleksi kad suku kata yang diperoleh dalam botol yang
ditumbangkan.

4. Lari Berganti-Ganti
Permainan ini dijalankan secara berkumpulan atau berpasangan pada jarak
10 15 meter mengikut tahap murid. Langkah pertama, guru perlu membina
satu set kad imbasan yang mengandungi huruf kecil dan besar A hingga Z.
Seterusnya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang
mengandungi lapan hingga sepuluh peserta.

Apabila wisel ditiup, murid-murid diminta berlari sambil memadankan huruf
besar dengan huruf kecil yang ada pada bahagian hujung gelanggang.
Kumpulan yang berjaya memadankan kad-kad huruf yang sama dengan
banyak dikira pemenang. Permainan ini boleh menggunakan kad yang
berbeza saiz dan warna serta dimainkan secara berganti-ganti. Pasukan yang
pesertanya habis dahulu dikira sebagai pemenang.
5. Eja Nama Sendiri
Tuliskan nama kanak-kanak di atas kepingan kad yang berasingan.
Kemudian campurkan kad itu. Murid- murid diminta bersedia di garisan
permulaan. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki berlari mendapatkan kad
dan menyusun nama mereka ke dalam susunan yang betul. Mereka boleh
juga menukar kad-kad dengan murid lain-lain dan cuba untuk mengeja nama-
nama lain. Secara tidak langsung murid-murid tadi akan tahu mengeja nama
mereka dengan ejaan yang betul. Setelah selesai, murid diminta berlari ke
garisan penamat.

6. Permainan Kutip Huruf Dan Bina Perkataan
Guru perlu membentuk empat atau lima kumpulan. Kemudian taburkan
sebanyak mungkin kad kecil yang berwarna-warni berukuran 2 cm x 2 cm
yang mengandungi abjad A Z secara berselerak. Seterusnya edarkan
sampul surat yang mengandungi arahan sama ada membina perkataan
berdasarkan KV+KV atau KV+KVK dan sebagainya.

Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki mengutip seberapa banyak kad abjad
berkenaan dan dibawa ke kumpulan masing-masing. Bina seberapa banyak
perkataan daripada huruf berkenaan berdasarkan arahan yang diterima.
Kumpulan yang paling banyak membina perkataan dikira sebagai pemenang.

7. Permainan Pemburu Abjad.
Guru menyembunyi beberapa kad huruf atau abjad di tempat-tempat tertentu
seperti di sekeliling pokok, tiang gol, pagar, tepi bilik darjah, di celah-celah
halaman majalah atau buku. Kemudian. setiap murid diberikan sekeping kad
huruf atau abjad. Minta mereka mencari kad abjad yang sepadan dengan kad
yang mereka dapat di sekeliling pokok, tiang gol, pagar, tepi bilik darjah, di
celah-celah halaman majalah atau buku. Murid yang berjaya menemuinya
dikehendaki lari sekuat hati dengan mencuit guru atau menekan loceng
seperti yang diarahkan.


8. Susun Perkataan
Murid-murid diminta memilih kad perkataan yang telah disediakan oleh guru.
Kemudian murid-murid diminta menyusun kad perkataan itu mengikut
susunan abjad berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. Misalnya,
ayam, basikal, cempedak, durian, emak dan seterusnya. Apabila siap, murid
dikehendaki berlari ke kumpulan masing-masing dan cuit tangan rakan lain.

9. Sepit Abjad
Gunakan kad-kad abjad untuk menjalankan aktiviti ini. Minta murid-murid
menyepit kad pada penyepit baju dan gantung di ruang yang disediakan.
Dalam kumpulan kecil minta mereka cipta perkataan menggunakan kad abjad
tersebut. Kumpulan yang berjaya mencipta perkataan yang paling panjang
dikira pemenang. Aktiviti ini boleh dijalankan di kawasan lapang seperti
padang atau dataran yang bersimen.

10. Permainan Mengeja Perkataan.
10.1 Permainan meneka jenis pekerjaan seseorang berdasarkan aksi yang dibuat
oleh guru. Apabila jawapan betul, murid dikehendaki mencari kad perkataan
jawapan tersebut yang diletakkan secara berselerak di sekitar kawasan
permainan. Kemudian, murid diminta mengeja jawatan tersebut. Contohnya,
doktor, pemandu dan ahli bomba.

10.2 Kad perkataan diletakkan di satu tempat. Murid bersedia di garisan permulaan
dan dikehendaki berlari untuk mendapatkan kad tersebut. Setiap murid akan
memilih satu kad perkataan yang mengandungi nama-nama binatang.
Kemudian, murid dikehendaki mengeja kad tersebut dan terpaksa melakukan
aksi binatang tersebut. Contohnya, harimau, kucing dan itik.





RUMUSAN

Penyerapan merupakan satu proses memasukkan ke dalam satu sistem iaitu
fikiran yang bertindak sebagai penerima dan penyebatian. Penyerapan
pemulihan membaca dan menulis melalui aktiviti Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) merupakan satu proses ke arah memberi maklumat,
mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Proses penyerapan melalui
aktiviti PJK ini bertujuan supaya murid seronok, ceria, gembira dan tidak
stress, tidak membosankan dan menggalakkan penglibatan murid. Aktiviti
yang dirancang dengan baik boleh menjadikan pengajaran lebih dinamik,
bervariasi dan bernilai tambah dalam meningkatkan penguasaan ilmu di
kalangan murid-murid. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid bukan sahaja
merasa seronok kerana dapat bermain, malahan turut dapat meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis.





Disediakan oleh,
ROZITA BINTI AHMAD
K/P: 720327-07-5190

Posted by PSVIPGKTB at 02:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN





















Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Melalui Mata
Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
-Mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang
dilukis,kraf,kolaj dan ukiran yang dihasilkan.

















Pengenalan

Perasaan cinta terhadap keindahan adalah salah satu sifat istimewa
bagi setiap kanak-kanak.Ianya akan berkembang mengikut fitrah semulajadi
berdasarkan proses tumbesaran mereka. Melalui perasaan inilah kanak-
kanak akan dapat menghasilkan kerja seni visual yang kreatif kerana ia
sebagai penghubung atau sebagai alat komunikasi yang amat berkesan..
Kanak-kanak akan dapat memperkembangkan bakat atau potensi
mereka dengan lebih kreatif lagi Melalui Pendidikan Seni Visual ini. Ini kerana
ianya menekankan aspek kognitif,psikomotor dan afektif. Selain itu juga ianya
dapat membentuk daya kreativiti mereka disamping memperkembangkan
psikologi serta menyuburkan lagi potensi diri.Selain itu,pendidikan Seni Visual
juga dapat mendidik kanak-kanak untuk menghargai bidang seni dan budaya.

Konsep

Konsep yang ingin diterapkan dalam aktiviti penyerapan pemulihan
menulis dan membaca melalui pendidikan seni visual ialah dalam unsur
peniruan seperti murid-murid meniru reka bentuk abjad a hingga z atau
perkataan mudah ( dua sukukata ) dan kemudiannya dihias dengan
menggunakan pelbagai teknik seperti catan,kolaj,mozek dan sebagainya.
Selain itu,penggunaan kaedah formalistik seperti penguasaan murid-murid
dalam unsur-unsur seni mudah seperti membuat garisan,mewarna,melukis
bentuk dan rupa. Melalui melukis garisan lurus,bengkok dan putus-
putus,murid-murid mampu mengaplikasi latihan ini untuk memperbaiki tulisan
mereka supaya menjadi kemas. Dalam mewarna,murid-murid mampu belajar
tentang warna asas,sekunder dan tertier.

Melalui aktiviti ini murid-murid akan mampu berfikir secara kritis dan
kreatif untuk menghasilkan bahan- bahan yang menarik kerana penglibatan
mereka yang maksimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Murid-murid juga akan dapat mengekpresi diri sendiri melalui
beberapa bentuk penghasilan seni yangmelambangkan perasaan
sedih,marah,gembira,simpati dan sebagainya.Oleh yang demikian ternyata
bahawa pendidikan seni visual juga memainkan peranan yang penting dalam
aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca kerana dengan
pendekatan penciptaan bahan pembelajaran yang kreatif dalam pelbagai
bentuk dan saiz serta berwarna warni oleh murid-murid itu sendiri.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Dalam Aktiviti Penyerapan Pemulihan
Menulis Dan Membaca

Pendidikan Seni Visual sememangnya mempunyai nilai estetika yang
ditonjolkan tanpa disedari. Pendidikan Seni Visual adalah merupakan suatu
bentuk hasil seni yang Nampak atau nyata. Ia juga mempunyai hubungan
dengan budaya pembelajaran kanak-kanak seperti ;

a. Memberi peluang kepada murid-murid mengekspresikan diri melalui seni
b. Sebagai satu corong bahasa seni untuk kebebasan bersuara atau
meluahkanperasaan
c. Salah satu elemen untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak
d. Sebagai satu formula yang mengadunkan pemikiran kanak-kanak dengan
guru dalam satu kumpulan yang bekerjasama dan harmoni
e. Sebagai panduan dan peringatan kepada guru tentang perbezaan
keupayaanseseorang kanak-kanak itu
Jelas sekali bahawa segala aktiviti penyerapan pemulihan yang melibatkan
senivisual adalah salah satu cabang penting dalam membantu murid-murid
untukmengembangkan potensi diri serta minat terhadap pembelajaran
sepanjang hayatnya.

Merancang Aktiviti
Untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik
danberkesan, kita harus merancang aktiviti yang pelbagai dan kreatif.
AktivitiPendidikan Seni Visual yang telah dikenal pasti dan sesuai digunakan
dalam aktiviti Literasi Bahasa Melayu ada lima jenis iaitu:

a) Kolaj
b) Mozek
c) Anyaman
d) Ukiran
e) Mewarna

Dengan adanya aktiviti berkenaan, kita dapat menghasilkan bahan bantu
mengajar yang istimewa kerana imejnya timbul atau tiga dimensi. Murid
dapatmelihat bentuk tiga dimensi dan merasa sendiri menggunakan jari dan
tapak dengan bentuk asas menjadi binaan utama huruf atau perkataan.

a) Kolaj

Salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk
menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan
tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut
komposisi tema atau tajuk yang diperlukan.
Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin
dan bahan terbuang

i. Kolaj kertas
Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas atau
menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan
alat penebuk kertas.
ii) Kolaj bahan jahitan
Kolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju, kapas dan kekabu
sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitumenyusun bahan
menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik atau butang baju pada
huruf yang dipilih
iii) Kolaj bijirin
Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan dilekat menggunakan
gam berkualiti pada kad board tebal. Bijirin yang biasa digunakan ialah beras
pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan biji saga.
iv) Kolaj bahan terbuang.
Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol, batang aiskrim,
lidi sate tali, plastik sampah dan sebagainya. Bahan ini disusun dan dilekat
menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya tahan
lama.

b) Mozek

Merupakan susunan bahan yang ditampal secara sebelah menyebelah dan
tidak bertindih-tindih. Cara menyusun mozek iaitu tidak bersentuhan antara
satu sama lain, sedangkan binaan kolaj bersentuhan serta bertindih. Ada
tiga jenis mozek yang sesuai digunakan iaitu mozek kertas, mozek kain dan
mozek kulit kayu.

i) Mozek kertas
Mozek ini dibuat daripada susunan kertas warna atau gambar foto yang
diperoleh daripada majalah atau suratkhabar lama. Kertas warna atau
gambar perlu digunting secara seragam dari segi bentuk dan saiznya seperti
segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga atau bulatan yang kemudian
disusun tanpa bertindih. Cara susunan bentuk segi empat tepat terbahagi
kepada dua, iaitu susunan biasa dan susunan batu bata. Cara kedua ialah
susunan berpusat yang terhasil daripada susunan kertas ditebuk
menggunakan alat penebuk lubang yang disusun tanpa bertindan antara satu
sama lain. Susun dan hias kertas warna, sama ada berkonsepkan ton warna
atau biasa.
ii) Mozek kain
Menggunakan sisa guntingan kain (perca kain). Kain pelbagai warna dan
corak perlu digunting secara bebas atau seragam sebelum disusun mengikut
bentuk huruf. Buat lakaran huruf pada kertas keras atau kadbod sebelum
kerja-kerja menampal cebisan kain dilakukan dengan cermat. Pastikan plastic
lutsinar digunakan sebagai pembalut.
iii) Mozek kulit kayu, kulit telur dan kulit kerang
Cara membuat mozek ini sama dengan cara membina jenis mozek sebelum
ini. Bezanya bahan utama yang digunakan iaitu kulit batang pokok yang mati,
kulit telur dan kulit kerang. Bahan ni disusun ikut bentuk huruf menggunakan
gam berkualiti dan balutkan dengan pastik lut sinar.

c) Anyaman

Satu proses di mana daun atau kertas dianyam secara selang-seli, turun naik
dan ke atas dan ke bawah. Tikar dianyam dengan pelbagai corak dan teknik
mewarna menarik dari daun pokok mengkuang sebagai alat mengalas tempat
duduk, bahan hiasan dan cenderamata. Untuk menghasilkan reka bentuk dan
corak yang menarik, anyaman boleh menggunakan dua atau tiga warna.
Corak anyaman yang mudah dibina adalah kelarai siku kelalang
Ada tiga jenis anyaman iaitu anyaman kertas warna, reben dan daun
mengkuang.

Jenis anyaman:
i) Anyaman kertas
Kertas warna atau gambar foto dari majalah warna-warni dipotong dalam
bentuk lembaran yang berukuran 1 cm x 30 cm supaya mudah dianyam. Dua
bentuk boleh digunakan iaitu teknik tampalan dan teknik tebukan. Teknik
tampalan, kita perlu buat anyaman dahulu dengan lebaran menyamai kertas
bersaiz A4 sebelum gunting menggunakan saiz huruf yang dikehendaki.
Tampal huruf pada kadbod dan balut dengan plastic. Teknik tebukan pula,
guna pisau untuk menebuk garisan lakaran mengikut bentuk huruf. Anyam
lembaran kertas warna

berselang-seli pada kertas yang ditebuk. Tampal pada kadbod dan balut
dengan plastik.

ii) Anyaman reben

Reben plastik atau reben kain berukuran 1 cm boleh digunakan.Sediakan dua
warna reben yang berbeza warna. Anyam berselang-seli membentuk tikar
kecil dengan menggunakan gam. Gunting hasilanyaman mengikut bentuk
huruf dan dilekat pada kadbod putih. Untukkekemasan dan tahan lama, balut
hasil tugasan menggunakan plasticlut sinar.

iii) Anyaman daun mengkuang
Sediakan dua helai daun mengkuang yang berbeza dan anyamberselang-seli
membentuk tikar kecil. Gam dengan kemas, kemudian gunting mengikut
bentuk huruf sebelum dilekat pada kadbod.Untuk mengelakkan hasil
anyaman, mozek dan kolaj kelihatn kurangkemas selepas digunting, kita
boleh gunakan teknik kedua iaitu tebuk huruf menggunakan pisau NT-Cutter
yang tajam. Tindih ke atas hasil anyaman, mozek dan kolaj tadi, kemudian
gam dengan kemas.

d) Ukiran

Merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu terulung. Sejarah seni ukir banyak
terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu. Seni ukir Melayu
tradisi wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Seni ukiran pada bangunan
seperti istana dan rumah kediaman memperlihatkan betapa indah danuniknya
ukiran berkenaan. Kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu ketara pada
binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan NegeriSembilan.
Ukiran kayu merupakan seni ukiran tertua di dunia. Peralatan yang digunakan
untuk seni ukiran kayu adalah gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting
pahat. Motif ukiran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Motif makhluk halus, contoh ayam, badak dan itik

Motif angkasa, menerap gambaran awan larat seperti bintang,matahari, bulan
dan bukit bukau.

Motif geometri, bentuk bulatan dan bentuk segi tiga disusun berderet,atau
dicantum dengan salur-salur tumbuhan. Motif ini biasa terdapat pada alat-alat
tembikar, sarung keris, tepuk sirih dan barangantembaga.

Motif seni khat atau kaligraf, menggunakan huruf Arab, terutama petikan al-
Quran dan tulisan Jawi.Terdapat dua jenis bahan boleh digunakan untuk
ukuran asas huruf, sukukata atau perkataan iaitu menggunakan sabun mandi
dan blok kayu lembut. Alat-alat mengukir mudah boleh dibeli di kedai alat tulis.

Jenis Ukiran mudah

i) Ukiran Sabun
Sabun mandi yang pelbagai jenama dan haruman, amat sesuai digunakan
untuk aktiviti mengukir kerana sifatnya lembut, padatdan berbau wangi.
Caranya, sediakan seketul sabun mandi, set peralatan asas mengukir, pisau
N-T Cutter dan beberapa helai surat khabar lama. Belah sabun berhati-hati,
kemudian buat lakaran huruf. Kedua-dua bahagian sabun boleh digunakan
untuk membuat huruf besar dan huruf kecil. Pamer hasil ukiran
sabunmenggunakan kotak berpenutup lutsinar.
ii) Ukiran blok kayu
Buat lakaran huruf atas blok kayu lembut menggunakan pensel,kemudian
ukirlah perlahan dan cermat menggunakan peralatan asas mengukir.

e) Aktiviti Mewarna

Proses menjadikan sesuatu benda berwarna-warni dengan menggunakan
bahan pewarna yang disapu ke atas permukaan menggunakan komponen
alat dan media seperti warna air, warna krayon, warna pensel, pensel 2B dan
sebagainya. Teknik mewarna ada dua iaitu ton di mana ada unsur gelap
kecerah, dan kedua mewarna tanpa ton.

Jenis aktiviti mewarna
i) Membina huruf tanpa ton warna
Huruf tidak dicat secara terang gelap. Caranya mudah, tidak perlu penelitian
serius dan boleh mengguna salah satu media iaitu warna pensel, krayon atau
warna air. Pastikan warna diguna untuk latar bertentangan dengan warna
huruf supaya kad imbasan tidak mengelirukan dan boleh dilihat pada jarak
jauh.
ii) Membina huruf dengan ton warna
Gabungkan sekurang-kurangnya dua warna berbeza, iaitu cerah dan gelap.
Contohnya penggunaan warna biru dengan warna putih yang akan
menghasilkan pergerakan warna putihbiru muda biru tua.
Pemilihan warna merah dan kuning, hasilkan warna kuningjinggamerah.
Berhati-hati semasa memilih warna latar dan sebaik-baiknya pilih warna putih
atau warna kuning.

Rumusan

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah
satu kaedah menyerapkan mata pelajaran lain ke dalam Literasi Bahasa
Melayu. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 2010) yang menggalakkan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam berapa mata pelajaran menekankan
konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian.
Proses pengajaran Literasi Bahasa Melayu tidak dilaksanakan secara
terpisah tetapi menekankan kepada tiga jenis penyerapan matapelajaran iaitu
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik danPendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Ini bertujuan supaya murid seronok, ceria, gembira, tidak stress,
tidak membosankan danbmenggalakkan penglibatan murid. Penyerapan
mata pelajaran ini boleh menjadikan pengajaran lebih dinamik, bervariasi dan
penguasaan pelbagai ilmu.
Penyerapan Pendidikan Seni Visual dalam Literasi BahasaMelayu
dapat menggalakkan murid menghasilkan tugasan dengan prinsip rekaan
yang harmoni, imbangan, kontra dan kepelbagaiankombinasi. Ada empat
elemen kreatif yang ditekankan iaitu bahan mesti berguna kepada murid,
penglibatan maksimum, kreatif dan kritis serta penggunaan maksimum.
Aktiviti pilihan ialah kolaj,mozek, anyaman, ukiran dan mewarna.Penyerapan
Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu memang sesuai bagi
menjadikan pengajaran-pembelajaran

You might also like