You are on page 1of 10

10/27/13 psv: LITERASI BAHASA

psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 1/10
Sunday, 2 September 2012
LITERASI BAHASA
Tajuk 1
Melaksanakan aktiviti prabacaan.
Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata
Aktiviti Prabacaan
AKTIVITI PRA BACAAN
Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.
Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di
rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan
kemahiran membaca kanak-kanak.
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat
awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi
menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap
ini,murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca
secara khusus dan berterusan.
Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada
dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan,
aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan
bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad
hingga membaca ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,tahap
prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan
kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama.
Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong
mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu
1. pengamatan penglihatan
2. pendengaran
3. pergerakan mata & tangan.
2013 (2)
2012 (13)
October (7)
September (6)
BENGKEL PENULISAN
MEKANIS
LITERASI BAHASA
DIHASILKAN OLEH:AHMAD
KAMAL B ABDUL
WAHABPSVPPG KO...
PRATULISAN
TAJUK 9 BM BAHAN
PENGAJARAN BUKAN
ELEKTRONIK
LITERASI BAHASA
Blog Archive
PSVIPGKTB
View my complete profile
About Me
Share 0
More

Next Blog Create Blog

Sign In
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 2/10
Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu
komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-
komponen itu ialah diskriminasi penglihatan atau visual, ingat kembali, orientasi
kedudukan, turutan, menyudahkan atau melengkapkan, menyalin, rajah dan latar
bertindih, koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan
bentuk/kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar,
dan benda tersembunyi. Di sini diberikan beberapa contoh bahan yang boleh
digunakan guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
a) Diskriminasi penglihatan
Komponen ini juga dikenali sebagai visual, merangkumi keupayaan murid
untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek,
bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. Ada dua tujuan, iaitu
membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor dan perkataan
yang hamper sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari cirri-
ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan
sebagainya.
i) Aktiviti diskriminasi yang sama
Contoh 1
Arahan: Bulatkan gambar yang sama.

Contoh 2
Arahan: Bulatkan bentuk yang sama
ii) Aktiviti diskriminasi yang tidak sama
Contoh 1
Arahan: Tandakan ( X ) jenis yang
tidak sama
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 3/10

Contoh 2
Arahan: Bulatkan yang ganjil
b) Ingat kembali
Aktiviti ini bertujuan melatih murid-murid supaya dapat mengingat kembali apa
juga yang diamati. Ada dua cara untuk menjalankan aktiviti ini, iaitu
menggunakan himpunan bahan maujud yang ditutup dengan kain, manakala
kedua menerusi gambar. Kedua-dua ini sesuai untuk menguji murid secara
individu.
Bagi aktiviti menghimpunkan bahan maujud, guru meminta murid mengumpul
bahan maujud sebanyak mungkin di atas meja. Sebaik-baiknya gunakan bahan
maujud bersaiz kecil yang terdapat dipersekitaran murid. Kemudian seorang
murid dijemput untuk meneliti semua bahan berkenaan sebelum ditutup
menggunakan kain atau kertas yang sukar dilihat. Guru meminta murid
menyebutkan kembali bahan maujud yang dilihat dan tugas guru mencatatkan
markah yang diperoleh. Untuk itu satu senarai semak dan skor pencapaian
murid diperlukan untuk tujuan semakan.

Cara kedua menerusi kad imbasan. Guru perlu menunjukkan kepada murid kad
imbasan yang mengandungi gambar pelbagai jenis bentuk geometri dengan saiz,
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 4/10
warna dan rupa yang berbeza dalam tempoh yang singkat. Kemudian murid
diminta menunjukkan kepada guru gambar yang sepadan dengan bentuk yang ada
pada kad imbasan tadi.
Ujilah dengan bilangan gangguan pengamatan yang sedikit dahulu kemudian
berperingkat jumlahnya. Mereka bukan sahaja diuji dari segi rupa tetapi juga
pengamatan dari segi warna dan saiz.
Contoh
Arahan: Lihat dan ingat bentuk ini.


c) Rajah dan latar bertindih
Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan menentukan jenis imej
seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah. Kemudian
murid diminta melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.
Contoh
Arahan: Lihat dan lukis bentuk

Aktiviti mengesan imej
d) Benda tersembunyi
Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk menyelesaikan masalah secara
abstrak. Berbantukan sekeping gambar, murid-murid dikehendaki mengesan
semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan.
Contoh
Arahan: Cari objek tersembunyi ( pensel, topi, baldi, huruf S dan kasut )

10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 5/10
Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
Pengamatan jenis ini mempunyai enam komponen, iaitu diskriminasi
pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan
pendengaran, melengkapklan pendenagran dan pencantuman bunyi.
a) Diskriminasi pendengaran
Tujuan aktiviti adalah melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan
mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah
didengar. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh menggunakan pita
rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar.
Contoh aktiviti diskriminasi yang sama
Guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan,
kucing betina dan anak kucing.
Contoh
Arahan: Padankan bunyi kucing ini

Aktiviti diskriminasi pendengaran yang sama
Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza
Guru meminta murid membunyikan haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar
yang diberi
Contoh
Arahan: Bunyikan semua haiwan berikut

10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 6/10

Aktiviti diskriminasi pendengaran yang berbeza
b) Penerimaan pendengaran
Aktiviti ini bertujuan melihat keupayaan murid-murid, memperoleh atau
mendapat makna daripada apa yang telah didenagar atau secara lisan.
Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang didengar secara langsung dengan
pandangan mata yang terhad atau mata ditutup. Aktiviti ini memerlukan murid
mendengar dengan teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat
sebelum membuat keputusan. Antara bunyi yang boleh diwujudkan untuk tujuan
ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai, bunyi ketukan meja, ketukan tin dan
botol.
c) Perkaitan pendengaran
Aktiviti memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa
konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Contoh aktiviti ialah murid
melakonkan watak emosi sedih dan gembira manakala rakan-rakan mereka
yang lain diminta menceritakan gambaran emosi yang dilakonkan.
d) Ingatan pendengaran
Aktiviti ini membolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah didengar,
kemudian mengulaginya. Contoh aktiviti ialah permainan surat beratai di mana
perlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama akan membaca
mesej asal yang diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama
tadi akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang yang kedua,
manakla oranga yang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan
begitulah seterusnya. Orang yang terakhir akan menulis semula mesej yang
diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas guru menyemak dan
membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.
e) Melengkapkan pendengaran
Juga dikenali sebagai Auditory Closure yang memberikan peluang kepada
murid-murid untuk mengenali dan menggunkan unit-unit biasa dalam
pengalaman pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar
secara lisan. Contoh aktiviti ialah melengkapkan pantun dua kerat,
melengkapkan lirik lagu atau melengkapkan dialog oleh watak-watak terkenal
dalam drama Melayu.
f) Percantuman bunyi atau perkataan
Aktiviti ini memerlukan murid mencantumkan bunyi-bunyi yang didengar secara
terasing, menjadi susunan perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 7/10
beberapa baris ayat yang lengkap. Antaranya aktiviti bercerita spontan di
mana juruacara akan menyebutkan perkataan di awal, di tengah dan di akhir
cerita. Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong jauh, tema cerita diberikan
sebelum acara bermula. Contohnya Pada suatu malam yang hening (ayat
awal), terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas jalan (ayat tengah),
dan rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari (ayat akhir).
Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata
Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini
bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan
tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran
yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan
tangan dan mata iaitu;
a) Melakukan latihan pergerakan tangan.
b) Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan
selesa.
c) Melakukan latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata
Terdapat dua jenis aktiviti yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini,
iaitu menyambung titik dan aktiviti menyalin corak.
a) Menyambung titik
Aktiviti ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan
menggunakan pensel warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan
abjad yang disediakan. Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut
susunan yang betul, maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek
yang sempurna binaannya. Tetapi jika murid gagal melaksanakannya, gambar
atau objek tersebut akan cacat dan tidak menarik.
Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu
dimulakan dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian
gambar yang mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang
sukar dan rumit. Melalui cara ini murid-murid berpeluang menikmati
keseronokan serta cabaran membuat aktiviti di samping mengalami aktiviti
yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung akan berlakulah
latihan kordinasi tangan dan mata.
Contoh aktiviti ditunjukkan dalam rajah berikut.

b) Menyalin corak
Corak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama ada secara
teratur,terancang atau secara bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak
terancang dan corak tidak terancang. Motof corak pula terdiri daripada motif
flora, fauna, geometrical dan organik.
Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh
guru kepada mereka sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau
secara berpandu, iaitu menggunkan kaedah tekap dengan menggunakan
kertas karbon atau kertas surih. Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara
peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan corak yang mudah kemudian
diikuti corak yang sukar. Tujuan supaya murid-murid dapat melalui tahap
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 8/10
kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu membimbing
kerja murid supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas.
Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur
dan bersistematik.
Contoh aktiviti ditunjukan dalam rajah berikut.

Menyalin corak yang mudah. Menyalin corak yang rumit
HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI
PPG PSV AMBILAN FEBRUARI 2012
IPGKTB PULAU PINANG
Rujukan
1. Buku - Literasi Bahasa Melayu: Khairuddin Mohamad
2. Buku Literasi Bahasa: Hj. Daud Md Saman
Muhaiyuddin Mohamed Azizi
3. ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06aktiviti-pra-
bacaan.html
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 9/10
Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by PSVIPGKTB at 03:57
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish Publish

Preview Preview
No comments:
Post a Comment
Simple template. Template images by luoman. Powered by Blogger.
10/27/13 psv: LITERASI BAHASA
psvipgktb.blogspot.com/2012/09/literasi-bahasa.html 10/10

You might also like