You are on page 1of 2

Latar Belakang Pendidikan Komuniti Etnik di Tanah Melayu

Komuniti Melayu, Cina dan India telah pun mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi, sebelum pihak British mencampuri bidang berkenaan. Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi kedudukan sistem pendidikan vernakular. Malah, usaha untuk menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga berlaku peristiwa Malayan Union 1946 yang merupakan pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa.

Komuniti Melayu Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat Melayu. Di peringkat awal, dua bentuk sekolah telah dibina. Pertama, persekolahan secara tidak formal, iaitu; sekolah pondok yang menekankan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan madrasah. Sukatan pelajaran pengajaran lebih menekankan pembacaan al-Quran, al-Hadis dan hal ehwal keagamaan yang dibiayai oleh individu tertentu. Sekolah ini bebas daripada pemantauan kerajaan British dan turut menyediakan pengajaran di peringkat rendah dan menengah. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir. Kedua, di sekolah vernakular Melayu yang didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan, anyaman dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar (Chelliah 1940). lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan akan menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi disebabkan kelayakan yang rendah berbanding dengan mereka yang berkelulusan sekolah Inggeris. Malah, lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat dalam pentadbiran British (Roff 1975). Komuniti Cina Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-3 Masihi. Populasi kaum Cina semakin bertambah setelah penguasaan British sekitar abad ke-19. Kedatangan mereka bukan semata-mata kerana pencarian harta, tetapi juga kesusahan hidup disebabkan pergolakan politik, bencana alam dan populasi yang padat, terutamanya di bahagian Selatan China (lynn 1990; Purcell 1967). Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius yang menekankan kepentingan pendidikan di peringkat rendah dan tinggi, majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di negara baharu yang diduduki mereka. Kepercayaan yang dipegang ialah hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu mengubah nasib dan status ke tahap yang lebih baik (Wang 1991). Sebelum tahun 1900, komuniti Cina telah menubuhkan sistem pendidikan tersendiri yang lebih menjurus kepada pendidikan Cina klasik. Sukatan pelajaran pendidikan lebih kepada

pemahaman penulisan Cina klasik (loh 1975). Dasar laissez-faire British membuka peluang kepada penubuhan sekolah vernakular Cina yang menerapkan nilai- nilai kecinaan seperti bahasa Cina dikekalkan sebagai bahasa pengantar, sukatan pelajaran, guru dan buku teks adalah berdasarkan negara China. Tujuan penubuhan sekolah berkenaan adalah untuk mengekalkan identiti komuniti Cina di Tanah Melayu agar tidak terpisah dengan negara asal. Sekolah berkenaan ditubuhkan secara persendirian dan dibiayai Persatuan Peniaga Cina (Chinese Chambers of Commerce) dan dilindungi oleh persatuan Cina (Huatuan) dan seterusnya berkembang pesat sebagai institusi keilmuan, budaya, dan bahasa Cina dan mendapat sokongan penuh daripada komuniti Cina. Sekolah itu juga turut menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah (Thock 2005). Sekitar tahun 1920-an, kebangkitan semangat nasionalisme di China seperti fahaman Kuomintang dan Komunis telah meresap masuk ke Tanah Melayu menerusi sekolah vernakular Cina. Kesannya, kedua- dua ideologi berkenaan dan sentimen anti-imperialis dan seterusnya anti-British telah mempengaruhi komuniti Cina secara berleluasa. Sebagai langkah keselamatan, British bertindak tegas dengan menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah bagi membolehkan mereka mengawal pendidikan vernakular Cina dan mengurangkan campur tangan sepenuhnya dari Persatuan-persatuan Cina. Justeru, bermula tahun 1924, sebahagian besar sekolah berkenaan menerima bantuan kewangan dan dipantau oleh kerajaan (Tan 1987; Chai 1977). Walau bagaimanapun, usaha berkenaan kurang berhasil kerana perkongsian rasa sepunya dengan negara asal telah mencetuskan penentangan daripada sebahagian komuniti Cina. Mereka mendesak agar British tidak campur tangan dalam hal ehwal pendidikan dan kehendak ini berterusan sehingga kini.

Komuniti india Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat pada sekitar tahun 18801890 bagi memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah Barat. Kebanyakan mereka datang dari Selatan India dan terdiri daripada subetnik Benggali dan Tamil (Chai 1964). Komuniti India tidak mempunyai sumber ataupun dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah. Walaupun kerajaan British menyediakan sekolah vernakular Melayu, tetapi kebanyakan mereka enggan memasukinya (loh 1975). Justeru, sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet, dan penerapan nilai-nilai ketamilan diberikan keutamaan oleh komuniti India. Antaranya, penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar, sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India. Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih kepada penekanan sekolah rendah, para ibu bapa kurang memberi sambutan (loh 1975). Justeru, mereka tidak berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.

You might also like