You are on page 1of 9

PERTANDINGAN GURU INOVATIF

PERINGKAT DAERAH MUAR 2020

PENERANGAN INOVASI

1 KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH


PERTANDINGAN
2 TAJUK INOVASI MINI KLINIK KESIHATAN

3 SINOPSIS INOVASI

Mini klinik kesihatan adalah latihan amali penggunaan alat – alat pengukur kesihatan di bawah
tema Kaedah Saintifik, Bidang Pembelajaran 3.0 Teknik mengukur parameter kesihatan badan,
Sains KSSM Tingkatan 4. Mini Klinik Kesihatan ini diadakan pada 13hb Februari 2013, bertempat
di Dewan Terbuka SMK Sri Muar pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari sewaktu PdPc
sains. Penganjur Mini Klinik Kesihatan ini terdiri daripada pelajar- pelajar 4C. Penyertaan adalah
terbuka kepada semua warga SMK Sri Muar.

4 OBJEKTIF INOVASI  Memperkenalkan kepada murid- murid untuk mengukur


beberapa parameter kesihatan badan
 Meningkatkan kemahiran menginterprestasi data dan
maklumat
 Meningkatkan kesedaran murid terhadap keselamatan dan
kesihatan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup
 Memberikan kefahaman kepada pelajar tentang cara
menggunakan beberapa parameter kesihatan dalam silibus
Sains KSSM tingkatan 4

5 KUMPULAN SASARAN  Pelajar- pelajar tingkatan 4 khususnya 4C sebagai


pengendali
 Warga SMK Sri Muar

6 LATAR BELAKANG

AJK PELAKSANA :
ENCIK PARMIN BIN RADI, PENGETUA SMK SRI MUAR
(PENGERUSI)

PUAN HAW WAN NEO, GKMP SAINS MATEMATIK


(TIMBALAN PENGERUSI)

PUAN NORA BINTI KHAMIS, KETUA PANITIA SAINS MENENGAH ATAS


(PENYELARAS)

KELAS 4C
(KUMPULAN PELAKSANA)

1
SEBELUM PENGANJURAN

Beberapa persiapan dilakukan sebelum penganjuran antaranya :


- Pembelian alat- alat pengukur seperti termometer infrared dan sfigmomanometer
- Penyediaan bahan- bahan pameran
- Penyediaan borang kesihatan dan borang pendaftaran
- Penyediaan kotak dan hadiah cabutan bertuah

SEMASA KEJADIAN

Pelajar- pelajar kelas 4C yang terlibat dengan penganjuran mempersiapkan mini klinik
kesihatan sehari sebelum mini klinik. Mini klinik diadakan pada pukul 10.30 pagi
sehingga 12.00 tengahari bertempat di dewan terbuka. Mini klinik ini terbuka untuk
semua warga SMK Sri Muar.

SELEPAS KEJADIAN

Pelajar – pelajar 4C mengemas tempat penganjuran mini klinik kesihatan. Guru membuat
laporan aktiviti.

7 ISU/ MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI

Antara isu/ masalah yang berjaya ditangani oleh inovasi ialah :

1. Kesalahan penggunaan sfigmomanometer


2. Pelajar kurang berkeyakinan dalam berhadapan dengan orang ramai
3. Pengiraan BMI yang salah

Setelah mini klinik kesihatan ini selesai, didapati ia berjaya :

1. Meningkatkan kemahiran penggunaan sfigmomanometer


2. Meningkatkan kemahiran pengiraan BMI
3. Menambah kemahiran komunikasi pelajar
4. Menambah kenyakinan diri pelajar
5. Memupuk semangat kerjasama sepasukan
6. Memupuk perpaduan pelbagai bangsa

8 HURAIAN INOVASI

Mini Klinik Kesihatan merupakan projek sains bagi kelas 4C yang dikelolakan oleh 10 orang
pelajar secara khususnya yang bertindak sebagai pegawai kesihatan. Namun begitu, penglibatan
semua ahli kelas sudah bermula dua minggu sebelum aktiviti. Semua pelajar 4C bekerjasama
dalam menyediakan bahan- bahan pameran.

Guru telah mengajar topik ini di dalam kelas dan mendapati para pelajar 4C sangat teruja
dengan aktiviti Bidang Pembelajaran 3.0 Teknik mengukur parameter kesihatan badan ini. Maka

2
tercetuslah idea untuk menganjurkan aktiviti ini di peringkat sekolah.

Persediaan guru pula melibatkan pembelian alat – alat yang digunakan dan mencari bahan-
bahan yang boleh menambah baik aktiviti seperti cabutan bertuah dan hadiah saguhati peserta.
Para pelajar yang menjadi penganjur turut ditatahias seperti seorang doktor supaya kelihatan
seperti situasi di klinik sebenar selain memberikan pengalaman kepada para pelajar yang
terlibat dengan penganjuran merasai profesion kedoktoran. Dengan ini, diharap juga dapat
menarik minat para pelajar terhadap matapelajaran sains.

Berikut adalah penerangan bergambar aktiviti ini :

PERSEDIAAN TERAKHIR BAHAN PAMERAN SEHARI


SEBELUM MINI KLINIK

3
KAUNTER 1

PENDAFTARAN

PEMERIKSAAN SUHU BADAN

1. Borang pemeriksaan
kesihatan

2. Termometer infrared

KAUNTER 2

PEMERIKSAAN TEKANAN
DARAH

1. Sfigmomanometer

2. Jadual tekanan darah

KAUNTER 3

BACAAN TINGGI BERAT


BADAN

1. Alat penimbang berat

2. Pita pengukur

KAUNTER 4

BMI

BODY MASS INDEX

1. Kalkulator

2. Jadual Indeks Jisim Badan

4
KAUNTER 5

KONSULTANT PINGGAN
SIHAT MALAYSIA

1. Bahan bacaan tentang


pinggan sihat Malaysia

2. Pen sebagai saguhati

Bahan Pameran

Cara- cara penggunaan alat


pengukur parameter
kesihatan

Pinggan sihat Malaysia

(hasil kerja murid dalam


kelas)

Gambar sekitar berlangsungnya Mini Klinik Kesihatan (10.30 pagi-12.00 tengahari)

5
Kaunter 1, peserta diminta untuk mengisi borang maklumat kesihatan dan daftar penyertaan
Mini klinik Kesihatan. Di stesen ini juga, bacaan suhu badan diambil dengan menggunakan
termometer infrared. Bacaan akan dicatatkan dalam borang maklumat kesihatan.

6
Kaunter 2 ialah stesen mengukur tekanan darah menggunakan sfigmomanometer. Terdapat dua
stesen disediakan untuk Lelaki dan Perempuan.

Kaunter 3 ialah kaunter mengukur tinggi dan berat. Stesen ini perlu diselesaikan oleh peserta
sebelum ke kaunter 4 yang memerlukan data ini untuk pengiraan BMI.

7
Kaunter 4 ialah kaunter pengiraan BMI. Di kaunter ini, pelajar akan mengira BMI peserta dan
menerangkan kategori BMI peserta.

Kaunter 5 ialah stesen perunding Pinggan Sihat Malaysia. Berdasarkan BMI peserta, pelajar akan
menerangkan amalan Pinggan Sihat Malaysia dalam amalan pemakanan seharian bagi menjaga
kesihatan. Selain itu, pelajar juga menerangkan tentang Piramid Makanan.

Mini Klinik Kesihatan ini sangat menarik dan membantu para pelajar tingkatan 4 untuk
memahami Bidang Pembelajaran 3.0 Teknik mengukur parameter kesihatan badan. Selain itu
juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dan menambah keyakinan diri mereka.

8
9

You might also like