You are on page 1of 6

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCE TECHNOLOGY (MESTECH)

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS)


MPU3123

LAPORAN: KESAN DAN PENGARUH TAMADUN


INDIA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

PENSYARAH:

DR. ALADIN BIN MAMAT

DI SEDIAKAN OLEH:

NUR WAFA SORFINA BINTI AHMAD SHUKRI


(12213121084)

i
ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka


Surat
1. Muka Hadapan
i

2. Senarai Kandungan
ii

3. Pengenalan
1

4. Objektif Kajian
1

5. Hasil Kajian: Kesan & Pengaruh Tamadun India di Malaysia


2-3

6. Kesimpulan
4

ii
Pengenalan

Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui


beberapa fasa. Antara salah satu interaksi budaya yang telah tersebar ke seluruh dunia ialah
budaya Tamadun India. Oleh itu, kepulauan nusantara juga mula menjadikan budaya
Tamadun India sebati dalam kalangan masyarakat sehingga masyarakat mula menerima dan
mengasimilasikan budaya Tamadun India dalam kehidupan seharian mereka. Tamadun India,
merupakan tamadun yang bermula di Lembah Sungai Indus. Tamadun ini merupakan antara
tamadun manusia yang tertua di dunia. Ia bermula sejak awal tamadun ini bertapak di Lembah
Sungai Indus hingga ke zaman pertengahan dan zaman moden sekitar 2,500 SM sekaligus
mewujudkan Indianised state di Asia Tenggara. Secara amnya, terdapat dua bahagian utama
benua India yang didiami oleh masyarakat Tamadun India iaitu di India Utara dan India
Selatan seperti dalam Rajah 1.1. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh Pergunungan
Vindhya yang merupakan sempadan bagi kedua-duanya. Masyarakat India Utara dikenali
sebagai orang Indo-Arya sementara masyarakat India Selatan dikenali sebagai orang
Dravida.

Rajah 1.1 Peta Tamadun India Utara (kiri) dan Tamadun India Selatan (kanan)

Objektif Kajian

1. Mengkaji sejarah dan pembentukan Tamadun India.


2. Menerangkan pengaruh dan kesan Tamadun India terhadap masyarakat di Malaysia.
3. Menyenaraikan aspek-aspek masyarakat Malaysia yang mempunyai unsur Tamadun
India.

1
Hasil Kajian: Kesan dan Pengaruh Tamadun India di Malaysia

Pembawakan Tamadun India ke Malaysia dapat dilihat melalui kesan dan pengaruhnya yang
kekal sehingga kini. Antaranya, meliputi aspek agama, adat istiadat, kesenian, budaya, ilmu
pengetahuan dan juga seni bina.

1. Agama

Dari segi agama, tamadun India telah meninggalkan pengaruh yang besar
kepada masyarakat Malaysia umumnya melalui penyebaran agama Buddha dan
Hindu. Agama Buddha merupakan satu agama yang terbentuk dari kata kerja ‘budh’
yang bermaksud bangun dari kesesatan dan keluar di tengah cahaya pemandangan
yang benar. Agama ini telah diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yang
merupakan guru spiritual dari wilayah timur laut India. Disamping itu, agama hindu
juga perupakan agama yang disebarkan melalui pengaruh tamadun India. Agama
Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia, ianya diberi nama ‘Hindu’
berdasarkan Sungai Sindu atau lebih dikenali sebagai Sungai Indus. Penganut agama
Hindu berpegang kepada kitab Veda sebagai panduan mereka.

2. Adat Istiadat

Antara pengaruh adat istiadat yang kekal sehingga kini adalah adat
melenggang perut dan juga melukis inai. Adat melenggang perut secara khususnya
dilakukan pada ibu yang tujuh bulan hamil. Hal ini kerana, mengikut kepercayaan adat
ini dilakukan bagi meletakkan kedudukan bayi di bahagian pintu rahim. Ianya
merupakan satu kepercayaan berunsur ghaib yang dilakukan oleh bidan. Manakala,
adat melukis inai pula masih lagi diikuti sehingga kini oleh segenap lapisan masyarakat
di Malaysia termasuklah Melayu, Cina dan India.

3. Budaya

Terdapat tiga aspek utama dalam konteks pengaruh budaya tamadun India di
Malaysia. Antaranya, melalui upacara perkahwinan, pakaian traditional dan juga
makanan traditional. Sebagai contoh, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit
semasa persandingan majlis perkahwinan merupakan salah satu pengaruh dari
pembawakan tamadun India. Pengaruh ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat

2
India, malah ia turut diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu di Malaysia. Di
samping itu, makanan traditional bagi kaum India terutamanya roti canai, tosai, nasi
briyani dan murukku juga telah berasimilasi dalam kalangan masyarakat setempat.

4. Kesenian

Tarian Bharata Natyam dan Tarian Kathak merupakan tarian traditional klasik
tamadun India. Bharata Natyam merupakan tarian klasik berasal daripada Selatan
India yang dipersembahkan secara solo oleh penari Wanita. Manakala tarian Kathak
pula merupakan tarian klasik yang berasal dari Utara India dan dipersembahkan di
kuil-kuil kepada dewa mereka.

5. Ilmu Pengetahuan

Dalam pada itu, pengaruh ilmu pengetahuan pula dapat dilihat kebanyakan nya
dalam bidang bahasa, matematik dan juga perubatan. Sebagai contoh bahasa Tamil
seperti ceti, canai, ketumbar dan juga kari telah dipinjamkan menjadi bahasa harian
yang diguna pakai oleh masyarakat di Malaysia. Di samping itu, pengaruh bidang
matematik pula dikatakan merangkumi penggunaan algebra, angka sifar dan
perpuluhan dalam ilmu kira-kira.di peringkat pendidikan.

6. Seni Bina

Di Malaysia terdapat banyak seni bina bangunan yang dipengaruhi oleh kesan
kedatangan tamadun India khususnya dari Selatan India. Sebagai contoh Masjid
Kapitan Kling di Pulau Pinang yang dibina oleh ketua masyarakat India Muslim telah
mengunakan konsep minaret yang tinggi dan kubah potongan bawang sebagai
sentuhan seni tamadun India seperti yang dilihat dalam Rajah 1.2 dibawah.

Rajah 1.2 Seni Bina Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang

3
Kesimpulan

Akhir kata, semua objektif kajian telah dicapai bagi menyempurnakan tugasan ini. Video kajian
serta laporan ini telah menerangkan serta menghuraikan aspek-aspek yang mempengaruhi
kesan kedatangan Tamadun India dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Ianya dapat di
lihat bahawa pembawakan Tamadun India yang bertapak di tanah air Malaysia ini, sedikit
sebanyak telah membawa impak dan pengaruh ke atas masyarakat dan Tamadun Melayu.

You might also like