You are on page 1of 4

Proposal Kerja Kursus 940/4

Tema : Sejarah Kumpulan Etnik


/Kaum/Klan/Suku Kaum
Tajuk : Adat dan Perayaan Masyarakat India
Tamil : Satu Tinjauan Di Butterworth
Dari Tahun 1970-2000.
Cadangan Penyelidikan

Thevaruben a/l Munisuaran


6AE2
SMK Dato Haji Ahmad Badawi
Puan Noridah Binti Abu Bakar

Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara
kita.Seperti masyarakat laim,masyarakat India juga kaya dengan ciri ciri kebudayaan mereka
dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Orang India Malaysia ialah satu
kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu .Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chetty
Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melayu Melaka dan semasa pendudukan
Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu
ialah berniaga atau berdagang.
Objekif Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka sejarah perkembangan
Masyarakat India Tamil di Butterworth dan mengenal pasti sumbangannya dari tahun 1970
sehingga 2000.
Selain itu, tujuan lain kajian ini dibuat ialah sebagai kajian lanjutan tentang aktiviti
perayaan yang diamalkan oleh Masyarakat India Tamil di Butterworth semasa merayakan
perayaan mereka.
Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk merintis sumbangan khidmat masyarakat
yang pernah dicapai oleh Masyarakat India Tamil di Butterworth dalam merayakan perayaan
mereka dalam tempoh 30 tahun, iaitu dari tahun 1970 sehingga 2000.

PermasalahanKajian
Masyarakat India Tamil merupakan etnik terbesar di Tanah Melayu.Petempatan mereka di
Butterworth merupakan petempatan yang sudah lama mempunyai kebudayaan mereka yang
tersendiri.
Skop Kajian
Kajian ini akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan adat dan perayaan
Masyarakat India Tamil di Butterworth dan sumbangannya dari tahun 1970 sehingga 2000.
Sorotan Kajian Lepas
Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini,terdapat penyelidikan
yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Sejarah Perkembangan Adat dan Perayaan
Masyarakat India Tamil di Butterworth dan sumbangannya dari tahun 1970 sehingga 2000.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah
penyelidikan kepustakaan, dimana penyelidikan dalam buku-buku, majalah, internet atau
website, akhbar-akhbar, dan gambar- gambar yang berkaitan dengan perkembangan adat dan
perayaan Masyarakat India Tamil di Butterworth dan sumbangannya

dari tahun 1970

sehingga 2000 akan dilakukan.Kesemua sumber ini dapat diperoleh daripada sumber
sekunder.

Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, esei akan menjelaskan mengenai Masyarakat India Tamil di
Butterworth secara umum.

Isi-isi Esei
Bahagian isi yang pertama akan menjelaskan tentang asal usul masyarakat india di
Butterworth.
Bahagian isi kedua akan memfokuskan mengenai jenis-jenis aktiviti yang dijalankan
oleh Masyarakat India Tamil di Butterworth dalam merayakan sesuatu perayaan,iaitu
sebelum,semasa dan selepas perayaan.
Kesimpulan
Dalam bahagian ini, esei akan menyatakan mengenai iktibar daripada kejadiankejadian lampau dan harapan untuk masa hadapan serta perancangan Masyarakat India Tamil
di Butterworth dalam usaha memartabatkan adat dan kebudayaan masyarakat India di daerah
Butterworth ini. Dalam bahagian ini juga, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan.
Penutup
Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap Masyarakat India Tamil di
daerah Butterworth ini adalah tertumpu kepada perkembangan, aktiviti - aktiviti dan khidmat
khidmat masyarakat yang pernah dicapai oleh Masyarakat India Tamil di Butterworth dari
tahun 1970 sehingga 2000
Bibliografi
Bahan Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan Kesenian Malaysia.

You might also like