You are on page 1of 8

Kesatuan Eropah

European Unity (EU) Kesatuan Eropah merupakan satu


kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara
diEropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah"
diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht
1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini,
terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga
pengenalan nama "Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai
28 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon
untuk memasukinya.
Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU
adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion).
EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan
umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar
Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004
dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak
1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan
yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan
kehakiman.
Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya
Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah
Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak
melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain
dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang
dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.

Status
Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional
organisation) yang terbesar di dunia. Negara-negara ahli
memindahkan hak-hak penting kebangsaan, seperti dasar kewangan,
pasaran dalam negara, perdagangan luar kepada kesatuan ini.
Walaupun EU kelihatan seperti sebuah kerajaan
persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan ini tidak diuruskan
seperti kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".
Sejarah dan Asal Usul
Usaha-usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah
berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula
dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne,
sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalamPerang Dunia II.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan
ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan
tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan
diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan
negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang
meningkat. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang
Batu dan Keluli Eropah pada 1951.
Kesatuan yang sebenar ditubuhkan
pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini
dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah(EEC). Kesatuan dimulakan
pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan
Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah
telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada
persekutuan ekonomi dan politik.
Negara anggota Kesatuan Eropah

Negara anggota Kesatuah Eropah ialah sebuah negara yang


telah menyertai perjanjian-perjanjian Kesatuan Eropah(EU) sejak
awal pembentukannya pada tahun 1951 melalui Masyarakat Eropah
bagi Besi dan Arang Batu (ECSC). Pada asalnya, pertubuhan ini
mempunyai enam negara anggota, yang menubuhkan Komuniti
Ekonomi Eropah pada 1958, dan kemudian berkembang dalam enam
fasa, sehingga kali terakhir (pada 1 Julai 2013) ia menerima Croatia
sebagai anggota terbaharu.[1] Ketika ini, EU dianggotai oleh 28 buah
negara, 21 daripadaya republik dan tujuh lagi negara beraja (dan
Duci Besar).
Parlimen Eropah
Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-satunya institusi parlimen
yang dipilih secara langsung di Kesatuan Eropah (EU). Bersama dengan Majlis
Kesatuan Eropah(Majlis), Parlimen ini membentuk cabang
perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah satu
kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia.[1]Parlimen dan Majlis membentuk
badan perundangan tertinggi dalam lingkungan Kesatuan. Sungguhpun begitu kuasa-
kuasanya terhad kepada kompetens yang dikurniakan ke atas Komuniti Eropah oleh
negara-negara anggota. Maka itu, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap
kawasan-kawasan dasar yang dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua
tunggak lain daripada tiga tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri daripada 785
orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para pemilih demokratik kedua
terbesar di dunia (mengekori India) dan para pengundi demokratik transnasional
terbesar di dunia (342 juta pengundi yang layak pada tahun 2004).
Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui hak
mengundi umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa
perundangan yang tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif
undang-undang seperti kebanyakan parlimen kebangsaan. Sedangkan merupakan
"institusi perdana" Kesatuan Eropah (julung kali dinyatakan dalam perjanjian,
mempunyai keutamaan upacara mengatasi segala kekuasaan di peringkat Eropah),
Majlis memegang kuasa lebih besar terhadap perundangan berbanding Parlimen
apabila tatacara keputusan bersama (hak pindaan dan penolakan yang sama rata) tidak
dikenakan. Namun begitu, Parlimen berkuasa terhadap bajet EU sejak 1970-an dan
memegang hak veto terhadap pelantikan Suruhanjaya Eropah.
Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu Immeuble Louise
Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat rasmi; dan
kompleks Espace Lopold diBrussel, Belgium, yang menjadi tempat mesyuarat
persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno. Kos untuk memastikan semua Ahli dan
kakitangan mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain beberapa kali setahun
membimbangkan sesetengah pihak. Sekretariat Parlimen Eropah, iaitu badan
pentadbiran Parlimen, bertapak di Luxembourg.
Presiden Parlimen Eropah (Speakernya) kini bernama Hans-Gert
Pttering (EPP), yang dilantik pada Januari 2007. Beliau mengetuai sebuah dewan
berbilang parti yang dikuasai dua parti terbesar iaitu Parti Rakyat Eropah-Demokrat
Eropah (EPP-ED) dan Parti Sosialis Eropah (PES). Pilihanraya seluruh Kesatuan
paling terkini yang pernah diadakan diadakan pada tahun 2004, namun
begitu, Romania dan Bulgaria menyertai EU pada tahun 2007 dan sudah memilih ahli
masing-masing pada tahun yang sama; pilihan raya seluruh Kesatuan seterusnya akan
diadakan pada tahun 2009.
KESATUAN SOVIET
Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan
Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini
dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan
tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau
tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang
membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada
November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah
pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka
komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepasperang
saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa
secara rasminya pada Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis
Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar
Rusia. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan
melancarkan pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat
mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin,
sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin.
Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa
pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini.
Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh
kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan
sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran.
Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era
pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin
telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya,
walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan
bukannya berdasarkan kehendakpengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang
pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.
Vladimir Lenin

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh
itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression
Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine
barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah
dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941.
Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red
Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada1945,
menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman
(iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang
Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan


militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-
regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah.
Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya
ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini
telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang
dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina
semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi
lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita Khrushchev beransur-ansur
menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan
membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan.
Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara
Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan
angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba,
yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca
kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev
ialah Leonid Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu dtente dengan negara Barat
and penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara
telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii V.
Andropovdan Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat
singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai
setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem
sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa
mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara,
dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang
dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.
Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan
ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan
kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang
masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah
mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan
ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan
Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini
telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi
semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada
1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi
kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan
regim terhadap rakyatnya.
Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991,
dengan populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan
republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang
kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan
dipersetujui oleh kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan
Republik Sosialis Soviet kepada federal yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian
itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan
rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis,
merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan ,
Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya.
Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik
berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12
republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang
lebih longgar lagi. Pada 8 December 1991, presiden-
presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Belavezha Accords yang
mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel Negara-negara
Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-
tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25
December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan
kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan
tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan
sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi.
Kebanyakan organisasi seperti Tentera Merah dan angkatan militia menyambung
tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap ke dalam negara-negara
merdeka yang baru.

You might also like