You are on page 1of 3

1.

Malaysia mempunyai kepelbagaian sosiobudaya dari segi bangsa, struktur,


masyarakat, klass sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.

Berdasarkan pertanyaan di atas, bincangkan cabaran kepada penyatuan kaum


di Malaysia dan cara-cara bagaimanakah cabaran itu boleh diatasi.

Jawapan:

1. Cabaran kepada penyatuan kaum di Malaysia ialah dari aspek ekonomi. Kegiatan
ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama
lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat
peluangperkhidmatan dalam sektor pentadbiran. Cabaran yang seterusnya ialah
persatuan-persatuan etnik. Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah
melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan
kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik
berbentuk perkauman sering kali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan yang wujud
di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara kaum.
Cabaran yang ketiga ialah perbezaan agama dan kebudayaan. Kaum melayu
sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragamaBuddha, Lao-Tza,
Taoisme, Conficius manakala kaum india beragamahindu. Di samping itu terdapat
juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang
tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi
akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.

Cara-cara untuk mengatasi cabaran kepada penyatuan kaum di Malaysia


ialah penyeragaman sistem pendidikan. Caranya adalah dengan mengadakan satu
jenis sistem persekolahan sahaja. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya
anak-anak Malaysia belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya
bahasa pengantar di sekolah mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India,
mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda mereka di mana
subjek itu menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh kaum yang lain. Di samping itu,
guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga perlu terdiri
daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh wujud apabila tiadanya rasa
prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling
mengenali. Dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat penting. Anak-anak kecil
yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang
berbilang bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan
berbanding PLKN dan Rumah Terbuka. Mungkin di sinilah relevannya perlaksanaan
Sekolah Wawasan Dan Sekolah Satu Aliran yang pernah dicadangkan sebelum ini.
Cara-cara yang seterusnya ialah memupuk semangat patriotisme di kalangan
rakyatnya. Bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin
memajukannegara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh
negaraseperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam
perjuangan mendapatkan kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan (Negaraku)
dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara. Selain itu,
Setiap rakyat bersifat setia dan sayang pada negara ini. Kita harus taat kepada raja
dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus sentiasa peka terhadap
isu dan masalah bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Setiap rakyat
berusaha gigih dan bersifat produktif untuk meningkatkan ekonomi negara dan taraf
hidup hidup mereka. Rakyat seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung
kepada bantuan kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk
menghadapi apa jua cabaran dalam negara. Akhirnya, kita perlulah menanam sifat
berdisiplin. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah
dipatuhioleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap peramah
danberkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi negara. Setiap
rakyatharus mempertahankan serta menjunjung perlembagaan negara untuk
mewujudkan keamanan dalam negara. Sikap amanah dan jujur dalam diri
akanmengelakkan nprasangka antara kaum dan akan membawa perpaduan.
2. Bagaimanakah anda melihat keperluan kesedaran kepelbagaian Sosio-
budaya dalam konteks hubungan kaum di Malaysia?

Jawapan: Kepelbagaian sosio-budaya ini boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur
masyarakat dan kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Dari
segi bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan,
nilai dan aspirasi yang sama. Lazimnya, bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa,
budaya,kesatuan wilayah, sejarah dan agama. Struktur masyarakat ialah sebagai
satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan mereka hidup bersama. Struktur
masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Manakala kepercayaan ialah akuan akan benarnya terhadap
sesuatu perkara. Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima
secara turun-menurun.

Selain itu, bahasa ialah satu sistem komunikasi yang harus menggunakan
bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-
wenangnya tetapi mempunyai struktur. Bahasa boleh mengalami perubahan dan ia
dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama melestarikan
kebudayaan dan penerusan pemikiran. Adat resam ialah sesuatu cara yang telah
ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Setiap kaum
yang berbeza mempunyai adat yang berbeza dan adat juga adalah amalan yang
piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat.
Akhirnya, jantina ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga
perbezaan yang ketara antara mereka. Faktor jantina turut mempengaruhi
pembentukan iklim di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus mengetahui pengaruh
jantina terhadap pembelajaran murid.

You might also like