You are on page 1of 2

PERISTIWA PERANG DINGIN DI ASIA

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, keadaan politik di negara-negara Asia menjadi tidak stabil.Di China,
berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze Tung dengan puak Kuomintang pimpinan
Chiang Kai-shek. Keadaan bertambah buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat
dan Soviet Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara di Asia. Peristiwa-peristiwa Perang Dingin di
Asia dapat dilihat dari aspek China menyertai Blok Komunis, Perang Korea, Perang Vietnam, dan
penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara(SEATO).

Peristiwa pertama Perang Dingin di Asia ialah peristiwa China menyertai Blok Komunis. Kerajaan
nasionalis China pimpinan Chiang Kai-shek menerima cabaran daripada pihak komunis. Parti Komunis
China pimpinan Moa Tze Tang berjaya menewaskan pihak Koamintang dalam perang saudara.
Koamintang pimpinan Chiang Kai-shek berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan dengan bantuan
Amerika Syarikat. Penyertanan China dalam blok komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara
dramatis. Amerika Syarikat memberi bantuan kepada Kuomintang untuk menentang penguasaan
Komunis. Namun demikian, usaha tersebut menemui kegagalan. Amerika Syarikat tidak mengiktiraf
kerajaan komunis dan mendesak Taiwan mengekalkan kerusi China di Bangsa-bangsa Bersatu. Jelaslah
bahawa peristiwa China menyertai blok komunis merupakan salah satu peristiwa Perang Dingin di Asia.

Selain itu, peristiwa kedua Perang Dingin di Asia ialah peristiwa Perang Korea. Selepas Perang Dunia
Kedua, tentera Amerika Syarikat menduduki bahagian Korea Selatan manakala Soviet Union menduduki
bahagian Korea Utara. Korea Utara mengisytiharkan dirinya sebagai Republik Demokrat Rakyat Korea.
Sebaliknya, sebuah kerajaan yang berasingan ditubuhkan di Korea Selatan pimpinan Dr. Syngman Rhee.
Selepas tentera Amerika Syarikat dan Soviet Union berundur, wujud ketengangan antara Korea Utara
dengan Korea Selatan. Ketengangan ini menjadi teruk apabila Amerika Syarikat dan Soviet Union
membekalkan senjata kepada negara-negara berkenaan. Dalam masa yang sama, keadaan politik di
Korea Selatan tidak stabil dan pengaruh komunis mula berkembang dalam kalangan rakyat miskin.
Contohnya, tentera Korea Utara menyeberangi garis lintang 38 darjah dan menceroboh Korea Selatan.
Selepas itu, majlis keselamatan PBB meluluskan resolusi mengutuk tindakan Korea Utara. Pasukan
Amerika Syarikat dihantar ke Korea Selatan dan diikuti oleh tentera Britain, tentera Komanwel, dan Turki
sebagai sebahagian daripada pasukan tentera PBB. Pasukan tentera PBB pimpinan Jeneral MacArthur
berjaya mara ke garis lintang 38 darjah. Jeneral MacArthur merancang untuk terus mara ke utara hingga
ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China. Langkah MacArthur mendapat kecaman
daripada kerajaan China. Kerajaan China menghantar askar-askarnya untuk membantu Korea Utara.
Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera PBB pimpinan MacArthur mengalami kekalahan dan
berundur ke Selatan. Kekalahan ini menyebabkan MacArthur bercadang mengebom pusat-pusat industri
China di Vumuria. Tindakan ini berkemungkinan akan menarik Soviet Union dalam peperangan dan
memulakan Perang Dunia Ketiga. Lalu, Amerika Syarikat menarik balik risiko dan Jeneral Mac Arthur
dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman. Ekoran cadangan Soviet Union di PBB, satu perdamaian
sementara diwujudkan. Oleh itu, peperangan di Korea jelas menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang
berkembang di Asia.

Di samping itu, peristiwa ketiga Perang Dingin di Asia ialah peristiwa Perang Vietnam. Selepas Perang
Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar. Perancis menghadapi
ancaman komunis pimpinan Ho Chi Minh. Bahagian Utara Vietnam jatuh ke tangan komunis. Rundingan
yang diadakan di Geneve bersetuju membahagikan Vietnam kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan
berdasarkan garis lintas 17 darjah. Sebuah kerajaan Komunis telah ditubuhkan di bahgian utara bawah
pimpinan Ho Chi Minh manakala sebuah kerajaan bukan komunis telah ditubuhkan di bahgian selatan
bawah pimpinan Ngo Dinh Diem. Golongan Komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam Selatan.
Contohnya, saki baki anggota gerakan Viet Minh yang masih berada di Vietnam Selatan mula mela
menjalankan menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Perkembangan ini menyebabkan Amerika
Syarikat menambah pasukan tentera di Vietnam Selatan. Amerika Syarikat juga bertindak melancarkan
serangan bom di Vietnam Utara. Contohnya, Amerika Syarikat menempatkan 400 ribu tentera untuk
bersama-sama dengan tentera Vietnam Selatan menentang pihak komunis. Namun demikian, tentera
Amerika Syarikat dan sekutunya gagal mendapat kemenangan muktamad. Sebaliknya, Vietnam Utara
mendapat bantuan tentera daripada Soviet Union dan China. Tegasnya, peristiwa ini jelas menunjukkan
Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar.

Sehubungan dengan itu, peristiwa keempat Perang DIngin di Asia ialah peristiwa penubuhan Pertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara (SEATO). Satu pakatan antikomunis yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian
Asia Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan. Negara-negara yang menyertai pakatan ini seperti Amerika
Syarikat, Australia, Britain, Perancis, New Zealand, Filipina, Thailand, dan Pakistan. Matlamat utama
penubuhan SEATO adalah untuk menyekat peluasan pengaruh komunis di kawasan Pasifik Barat dan
Asia Tenggara. Tuntasnya, peristiwa penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara yang bertujuan
membendung pengaruh komunis merupakan salah satu peristiwa Perang Dingin yang berlaku di Asia.

Kesimpulannya, Perang Dingin di Asia menyebabkan Amerika Syarikat menghalang komunis berkembang
dari garis lintang 38 darjah di Korea, pesisiran pantai China, dan garis lintas 17 darjah di Vietnam. Perang
Dingin menyebabkan muncul perikatan tentera,penubuhan NATO, pakatan WARSAW, dan pembentukan
blok dunia. Perang Dingin juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba menambah
senjata dan kekuatan tentera.

You might also like