You are on page 1of 2

Senarai Tugasan Kumpulan Kursus Pengajian Kenegaraan (HNP2012) Semester 1

Sesi 2017/2018

Kumpulan Tajuk c
1 Semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan Tanah Melayu
dipengaruhi oleh perkembangan di luar negara dan dibahagikan kepada tahap-
tahap yang tertentu. Bincangkan.
2 Bincangkan langkah-langkah utama yang diambil oleh kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu untuk mengatasi ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1960.
3 Bincangkan konsep Raja Berperlembagaan serta kepentingannya dalam sesebuah
negara demokrasi dan peranan Majlis Raja-raja.
4 Perkembangan sistem Pendidikan sebelum dan selepas merdeka dalam memupuk
perpaduan dan kemajuan masyarakat Malaysia
5 Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pengasingan kuasa? Dan apakah
kebaikan pengamalan konsep pengasingan kuasa dalam sesebuah pemerintahan.
Bincangkan.
6 Bincangkan latar belakang pembentukan sebuah ideologi negara sehingga
pelaksanaannya yang dikenali sebagai Rukun Negara
7 Pelaksanaan undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar dalam menjamin
kesejahteraan dan keharmonian penduduk di Malaysia
8 Bincangkan tentang perkara kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam
Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
9 Huraikan isu dan cabaran dalam proses pembinaaan negara bangsa.
10 Masyarakat berbilang kaum di Semenanjung Malaysia menganuti agama dan
kepercayaan yang pelbagai. Bincangkan.
11 Peranan kabinet dan kementerian-kementerian yang berkaitan
12 Suruhanjaya pilihan raya: Pelaksanaan dan peranannya dalam scenario politik
negara.
13 Kepentingan dasar luar yang telah diamalkan oleh Malaysia
14 Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan kedua-
dua strategi tersebut.
15 Peranan sukan dalam menyemai semangat kecintaan dan jatidiri masyarakat
terhadap negara
16 Strategi dan kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam membentuk
identiti negara, terutama dalam kalangan masyarakat Malaysia yang variasi kaum
17 Kerjasama Malaysia dan negara luar dalam menangani isu keganasan
antarabangsa
ARAHAN TUGASAN
 Ahli kumpulan 6 orang tidak boleh lebih
 Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu video pendek mengenai topik yang diberikan
berkaitan dengan negara Malaysia
 Video tersebut hendaklah:
o Berdurasi di antara 5-8 minit sahaja
o Menggunakan sebarang perisian yang sesuai
o Dihantar dalam bentuk CD
 Menyatakan nama pensyarah beserta kumpulan
 Menyenaraikan nama ahli kumpulan dan no.matrik
 Pelajar perlu berbincang terlebih dahulu dengan pensyarah berkenaan tajuk dan pengisian video
 Video yang telah siap perlu disemak oleh pensyarah sebelum dibentangkan dan dihantar dalam
bentuk CD
 Kumpulan yang meniru ciptaan video yang telah sedia ada (milik orang lain) dikehendaki
menyediakan kembali video yang lain
 Proses pembentangan antara 10-15 minit sahaja
 Pembentangan melibatkan penerangan tentang topik, dalam bentuk slide dan disusuli dengan
tayangan video yang telah disediakan
 Jumlah slide antara 5-6 slide sahaja
 Soal jawab akan dibuka selepas pembentangan serta tayangan video, dan had kepada dua
soalan sahaja

PENGHANTARAN TUGASAN
 Video mesti dihantar kepada pensyarah pada 7 November 2017 (selasa), 8 November 2017
(rabu) dan khamis (9 November 2017 ) - mengikut hari kuliah kumpulan masing-masing.
 Kelewatan boleh menyebabkan markah tugasan kumpulan anda dipotong (satu hari 2 markah)
 Tarikh pembentangan akan bermula pada 7 November 2017 (selasa), 8 November 2017 (rabu)
dan khamis (9 November 2017 ) - mengikut hari kuliah kumpulan masing-masing.
 Pembentangan akan bermula dengan kumpulan 1, 2 dan 3 dan kumpulan lain untuk minggu
berikutnya.

ELEMEN VIDEO
Setiap video perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
 Pengenalan-topik
 Isi utama
 Isi sampingan
 Contoh: gambar, video (peristiwa, kes dan lain-lain yang berkaitan), lagu, puisi, sajak, syair dan
lain-lain yang sesuai dengan topik yang diberikan
 Kesimpulan
 Rujukan-mesti ada 2 rujukan dan boleh ditambah dengan bahan rujukan yang lain
Setiap kumpulan perlu menghantar: Slide pembentangan (hard copy) dan video (CD)
Cover slide: Nama ahli kumpulan, nombor matrik, kursus dank od kursus, kumpulan kuliah dan nama
pensyarah

You might also like