You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : OGOS-DISEMBER 2020

Program : PISMP Nama pelajar :

Kod: SJHK3013 Semester / Tahun :SEMESTER 1 / TAHUN 1

Ambilan : JUN 2019


Nama Kursus : SEJARAH POLITIK TANAH
MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 Kumpulan : BM, PSV & PAI

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. PEMBENTANGAN 16 Sept. 2020 24 Sept. 2020

2. ULASAN KRITIS 27 Sept. 2020 4 Okt. 2020

3. PENULISAN 5 Oktober 2020 5 November 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Memperincikan perkembangan kerajaan awal di Tanah Melayu dengan menggunakan pelbagai alat
berfikir melalui pembentangan berkumpulan. (C4, PLO1, PLO4, PLO5, CS4, TS4 )

2.Membincangkan secara kritis kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Melaka dan perkembangan
kerajaan Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS2)

3. Membanding bezakan bentuk pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. (C5, A4, PLO3, CTPS2)

4. Membahasakan secara beretika tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajah di Tanah
Melayu.(C5, PLO3, PLO8, CTPS3, EM2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4 sahaja.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :-

1. Membuat analisis secara terperinci dalam bentuk pembentangan tentang perkembangan


kerajaan awal di Tanah Melayu dengan menggunakan pelbagai alat berfikir . (HPK 1)

2. Membanding bezakan bentuk pentadbiran penjajah British di ketiga-tiga wilayah jajahannya


diTanah Melayu. (HPK 3)

3. Membanding beza secara beretika tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajah di
Tanah Melayu. (HPK 4)

1
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu seawal permulaan abad kedua masihi dan diikuti dengan
penubuhan kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu lain seperti Johor Lama, Pahang,
Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan di abad seterusnya membuktikan wujudnya kepelbagaian
sistem pentadbiran dan sosio ekonomi di Tanah Melayu. Justeru, kehadiran penjajah dari barat
yang mengubah status-quo kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sekaligus mengundang
penentangan secara terbuka terhadap penguasaan penjajah.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :-

TUGASAN 1 : PEMBENTANGAN (10 Markah )

Secara berkumpulan ( 2 atau 3 orang ) pelajar diminta membentangkan SATU daripada tajuk-tajuk
pembentangan yang disenaraikan di bawah. Fokus pembentangan mestilah meliputi analisis terperinci
tentang perkembangan kerajaan awal di Tanah Melayu menggunakan pelbagai alat berfikir. Hasil
pembentangan hedaklah disiapkan dan dihantar dalam bentuk video.

i. Tajuk pembentangan adalah sepertimana berikut :-

i.i Kerajaan Kedah Tua - 2 Kumpulan


i.ii Kerajaan Chih Tu - 2 Kumpulan
i.iii Kerajaan Beruas - 1 Kumpulan
i.iv Kerajaan Gangga Negara - 2 Kumpulan
i.v Kerajaan Temasik - 2 Kumpulan

ii. Penggunaan medium tambahan seperti klip video, audio dan lain-lain medium yang sesuai untuk
pembentangan adalah digalakkan.
iii. Pembentangan yang berinformatif dan kreatif menggunakan kemahiran ICT yang pelbagai serta
kelancaran dalam aspek kupasan, persembahan dan bahasa amat digalakkan.
iv. Masa pembentangan setiap kumpulan ialah 30 minit
v. Tugasan hendaklah dihantar pada 24 Sept. 2020

TUGASAN 2 : ULASAN KRITIS ( 10 Markah )


Secara individu anda dikehendaki membuat satu ulasan kritis berdasarkan artikel yang berwibawa
seperti jurnal atau majalah berkala oleh penerbit yang berwibawa atau sebuah petikan daripada bacaan
terpilih dengan membanding bezakan bentuk pentadbiran penjajah British di ketiga-tiga wilayah
jajahannya di Tanah Melayu.

i. Panjang tugasan ialah 400 patah perkataan sahaja


ii. Kepilkan satu salinan artikel / jurnal / bacaan yang dipilih untuk dibuat ulasan.
iii. Tugasan perlu disempurnakan dan dihantar pada 4 Oktober 2020

TUGASAN 3 : PENULISAN ( 30 Markah )


Anda dokehendaki membanding beza secara beretika tindakbalas masyarakat tempatan terhadap
penjajah di Tanah Melayu berdasarkan tokoh-tokoh pejuang tempatan yang disenaraikan di bawah. Pilih
SATU tokoh sebagai tajuk penulisan anda.

- Dol Said
- Dato’ Maharaja Lela
- Tok Janggut
- Abdul Rahman Limbong
- Dato Bahaman
2
- Yam Tuan Antah
- Tok Gajah dan Mat Kilau
.
i. Tugasan penulisan adalah tugasan individu.
ii. Panjang penulisan ialah 1200 patah perkataan.
iii. Liputan kandungan mesti menyeluruh, konsisten dan terperinci
iv. Penyediaan esei anda haruslah meliputi perkara berikut :
iv.i Pengenalan yang menarik.
iv.ii Perkembangan isi yang relevan berkaitan dengan tajuk tugasan.
iv.iii Rumusan / cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
v. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
vi. Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan bahan ilmiah
vii. Penulisan haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan kematangan hujah.
viii. Fon Arial, saiz huruf – 11 dan langkau 1.5 baris.
ix. Rujukan mestilah mengikut format APA ( American Psychological Association) yang terkini
x. Tugasan perlu disempurnakan dan dihantar pada 5 November 2020

Arahan Perlaksanaan Tugasan

i. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

- Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.


 Nama pelajar
 Angka Giliran
 No kad Pengenalan
 Unit/ Kumpulan
 Kod dan nama kursus
 Nama Pensyarah
 Tarikh Hantar
- Fon Arial, saiz huruf – 11 dan langkau 1.5 baris.
- Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).

ii. . Amalan plagiat tidak dibenarkan. Sekiranya seseorang pelajar didapati melakukan plagiarisme,
boleh dikenakan tindakan-tindakan berikut:

- Tindakan tatatertib seperti yang diperuntukan Akta 174, Akta Institusi-institusi


Pelajaran Tatatertib Pindaan 2012-Bahagian V (Tatacara Tatatertib)
- Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F
dan Nilai Mata Gred 0.00

iii. Tugasan ini membawa wajaran markah 50%.

3
Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ANISAH BINTI HARUN ) ( SHEFFUDIN BIN MUHAMMAD )


Penyelaras Kursus SJHK3013 Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

(DR. NURHIJRAH BINTI ZAKARIA)


Ketua Jabatan Sains Sosial

You might also like