You are on page 1of 2

1

HUBUNGAN ETNIK

Tugasan Projek

Kajian hubungan etnik juga menyentuh berkenaan sikap manusia apabila mereka
berhubungan seperti tolong-menolong sehinggalah kepada permusuhan yang begitu sengit.
Di samping itu, kajian hubungan etnik juga menyentuh tentang kerjasama akrab dan konflik
yang serius dalam kalangan etnik yang berbeza (Berry, 1965).

Untuk mencapai tujuan ini anda dikehendaki melakukan kerja kursus seperti berikut:

Tugasan 1: Penulisan Ilmiah (Individu) – 60%

Anda perlu menulis satu penulisan ilmiah berkaitan topik-topik dalam kursus hubungan etnik:

a) Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) pada zaman kolonial Inggeris
mempunyai kesan positif dan negatif terhadap etnik di Malaysia.
Menganalisis 1 kesan positif dan 1 kesan negatif dasar pecah perintah pada zaman
kolonial terhadap pembentukan masyarakat pluralistik.
b) Matlamat DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui
strategi serampang dua mata. Menghuraikan 2 tujuan utama penyusunan semula
masyarakat dan 2 langkah kerajaan membasmi kemiskinan melalui pelaksanaan
DEB.
c) Kebebasan beragama di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan menyumbang ke arah perpaduan kaum. Menilai dan memberi
maklum balas sejauh mana kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam
perlembagaan menyumbang ke arah perpaduan kaum.
Menetapkan Islam sebagai agama rasmi & agama lain bebas utk dianuti.
Ibrahim abu dlm keharmonian.
Ruang lingkup kebebasan beragama dikawal oleh undang2 dan undang ini terbahagi
dua. Melalui agama ini.. agama tidak boleh disebarkan… .
Wlp bgaimaanpun ianya berlawan dgn koran..
Isuisi sensitif seperti pertukaran agama, dan penyebaran agama..

d) Cabaran dan usaha dalam pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.


Menilai dan mengorganisasi maklumat melalui pelbagai rujukan sumber dengan
memberi pandangan anda sebagai penyelesaian sesuai mengatasi cabaran utama
pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.
2

 Tulis satu penulisan ilmiah berkaitan topik-topik yang diberikan dengan menganalisis,
menghurai, memberi maklum balas dan mengorganisasi maklumat melalui rujukan
pelbagai sumber.
 Isi kandungan penulisan ilmiah ini adalah pengenalan, huraian topik, rumusan/penutup
dan rujukan.
 Panjang penulisan ilmiah ini adalah sebanyak 1500 patah perkataan.

Tugasan 2: Kuiz (Individu) – 20%

Anda dikehendaki menjawab semua soalan struktur berkaitan topik

- konsep asas hubungan etnik, pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu,


unsur tradisi perlembagaan, hubungan etnik dalam Alam Pendidikan.
 Kuiz akan dijalankan dalam tempoh masa 30 minit.

Tugasan 3: Pembentangan (Berkumpulan) – 20%

 Setiap kumpulan terdiri daripada 2/3 orang


 Menyediakan powerpoint dan membuat pembentangan dengan menilai
maklumat dan memberi maklum balas berkaitan topik-topik perlembagaan dalam
konteks hubungan etnik dan pemupukan integrasi nasional.
 Tempoh masa pembentangan yang diberikan bagi setiap kumpulan hanya 30
minit.
 Penilaian akan dibuat terhadap elemen-elemen berikut:
a) Isi kandungan
b) Kemahiran komunikasi
c) kemahiran berpasukan & strategi pembentangan
d) Menyokong dapatan dengan bukti
e) Menepati masa 30 minit.

You might also like