You are on page 1of 21

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER MEI / 2022

MPU 3112

HUBUNGAN ETNIK

MATRICULATION NO : 910214145292001
IDENTITY CARD NO. : 910214145292
TELEPHONE NO. : 0168607946
E-MAIL : nadhiralubis@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : KUALA LUMPUR LEARNING
CENTRE
MPU3112

KANDUNGAN
No Tajuk M/S
BAHAGIAN 1
1 Tugasan 1
 Pengenalan Topik 3
 Soalan 1 (Jelaskan perbezaan ras dan rasisme) 4
- Pendahuluan
- Isi
 Soalan 2 (Cadangan cara-cara untuk mengelakkan prejudis wujud 6

dalam kalangan masyarakat Malaysia)


- Pendahuluan
- Isi
 Soalan 3 (Temubual mengenai isu sensitif hubungan antara kaum) 8

- Ringkasan dapatan temu bual


- Tiga (3) skrin layar bukti temu bual.
 Kesimpulan 15
16
 Rujukan
2 Tugasan 2
 Penulisan Laporan Reflektif 17
- Pendahuluan
- Isi

3 Tugasan 3
 Penyertaan Kelas Dalam Talian 20
- Lima (5) respon terbaik yang telah diposkan ke dalam forum
(screenshot)

Page | 2
MPU3112

TUGASAN 1

Pengenalan Topik

Kerajaan berusaha gigih untuk menggalakkan hubungan etnik bermula selepas Tanah Melayu
merdeka pada tahun 1957. (Nordin & Hussiin, 2011) Akibatnya, selepas rusuhan kaum yang
dahsyat pada 13 Mei 1969, kerajaan bekerja lebih keras untuk mencapai perpaduan.
Kemuncak usaha kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 ialah penubuhan ideologi
kebangsaan, Rukun Negara, berasaskan kepercayaan, keyakinan dan komitmen untuk
membentuk identiti Malaysia yang unggul, bertujuan menyemai dan menggalakkan integrasi
nasional dan perpaduan antara kaum bersatu di bawah satu Malaysia. (Hussiin, 2009)
Masyarakat memainkan peranan dalam memupuk hubungan antara etnik, memastikan negara
kita Malaysia berada dalam keadaan aman dan selesa sepanjang masa. Contoh peranan sosial
ialah penerimaan budaya. Secara umumnya, ketiga-tiga golongan masyarakat di negara ini
berkongsi persamaan dalam elemen budaya. Sebagai contoh, ciri-ciri agama Hindu telah
meresap dalam budaya masyarakat Melayu. Oleh itu, ia menyatukan nilai-nilai pelbagai
kaum.

Perpaduan kaum adalah perkara utama yang perlu diberi tumpuan, kerana menggalakkan
hubungan kaum antara masyarakat adalah sangat penting untuk mempunyai masyarakat yang
pelbagai dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia. Kerajaan perlu sentiasa
mengambil berat tentang isu perpaduan ini demi memelihara keharmonian hidup di negara
kita dan memelihara kemerdekaan yang dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita.
Semua pihak perlu bersatu dan bekerjasama untuk mencapai usaha ini bagi menjamin
kehidupan yang aman damai kelak dan berpanjangan. Definisi secara linguistik hubungan
ialah persatuan, subordinasi, hubungan bersama. Hubungan etnik pula merujuk kepada
pertalian antara etnik atau kaum. Etnik boleh ditakrifkan secara linguistik sebagai bangsa atau
kaum. Secara istilah, etnik ialah sekumpulan manusia yang ditentukan oleh perbezaan ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Etnik juga boleh
dikelaskan mengikut perbezaan budaya.

Page | 3
MPU3112

Soalan 1 (Jelaskan perbezaan ras dan rasisme)

Maksud ras dari segi bahasa ialah kaum. Dari segi istilahnya, ras bermaksud kumpulan kaum
manusia yang ada persamaan dari segi sifat-sifat fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala,
hidung, telinga, mata dan bibir. Dalam kebanyakan ciri, warna kulit adalah ciri yang paling
jelas dan sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia. (Ting Chew, 1987)
Menurut Macionis, ras bererti kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan wanita
yang berkongsi ciri-ciri biologi yang tersendiri dan dapat dibezakan dengan jelas dalam
sesebuah masyarakat. (Macionis, Jansson, Benoit, & Burkowicz, 2017)

Rasisme ini berkembang dari istilah-istilah yang membezakan manusia secara biologi, seperti
warna kulit dan keadaan fizikal. Seperti yang sering kita lihat, orang Asia lebih kecil dari
orang di Afrika, Eropah, dan seluruh benua. Ini adalah kata dasar dari rasisme, penjelasan
ilmiah untuk mengklasifikasikan manusia. Menambahkan kata "is" ke ras untuk
menjadikannya kata "rasis" adalah untuk menggambarkan perlakuan diskriminatif yang
mengasingkan manusia sesuai dengan erti kata tersebut.

Menurut Wikipedia, rasisme dikatakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang
mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada mulanya,
kepercayaan ini mengandaikan manusia boleh dibahagi kepada kaum yang berbeza; dan juga
mengandaikan nilai dan darjat seseorang dapat ditentukan berdasarkan kaum yang
diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan
juga semangat kesukuan. Fahaman rasisme sentiasa akan membawa kebinasaan kepada
manusia. Kebanyakannya, rasisme ini memang melibatkan permusuhan antara kaum-kaum
yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti diskriminasi,
pengasingan dan pembasmian kaum. (Wikipedia, 2017)

Apabila kita mempertimbangkan tentang ras atau kaum dan rasisme atau perkauman, terdapat
perbezaan yang boleh kita kenal pasti. Ada perbezaan di antara ras dan rasisme, di sini kita
dapat mengetahui yang pertamanya, setiap manusia di dunia ini tergolong dalam kaum yang
tertentu tetapi tidak semua manusia berkongsi perasaan perkauman. Sebagai contoh, di dalam
kaum Melayu mereka mungkin berkongsi ras atau agama, tapi belum pasti mereka ada
perasaan yang sama seperti perasaan perkauman (rasisme).
Page | 4
MPU3112

Selain itu, ras atau kaum diputuskan bergantung kepada ciri fizikal, warna, budaya dan
perhubungan sosial, manakala rasisme atau perkauman ialah perasaan yang dipegang teguh
oleh individu. Pernyataan begini dapat kita bezakan yang masyarakat di Malaysia tidak
semuanya yang bersifat perkauman. Sikap ini sudah berevolusi mengikut masa beredar dan
masyarakat kini lebih banyak berinteraksi dengan pelbagai kaum dan ras seterusnya
mengubah persepsi individu seseorang itu.
Sebaliknya, ras atau kaum diwarisi secara biologi dan rasisme atau perkauman berkembang
di kemudian hari. Ini dapat kita lihat dalam masyarakat kita, ras itu memang kita dapat sejak
dilahirkan, jika ras ibu bapa kita Cina, maka kita pun sama. Namun begitu, rasisme ini tidak
semestinya kita akan mengikut sama seperti pemikiran ibubapa kita. Seseorang individu tidak
boleh dapat mengubah kaum mereka, tetapi mereka boleh mengubah sikap perkauman
mereka di kemudian hari. Terpulang kepada individu itu yang mahu mengangkat kepercayaan
bahawa identiti kaum mereka lebih baik daripada yang lain, maka itulah kita panggil sebagai
rasis.

Disebabkan oleh ideologi perkauman sebegini, mungkin ada terdapat penderitaan bagi
kumpulan kaum yang kurang bernasib baik. Diskriminasi kaum diterajui oleh pemikiran
perkauman dan kumpulan yang paling berkuasa menindas kumpulan yang dikuasai dan boleh
berlaku diskriminasi kaum terhadap kumpulan yang kurang bernasib baik. Ini kadangkala
termasuk perhambaan dan pembunuhan beramai-ramai di mana orang ramai menderita
disebabkan oleh kaum mereka. Perkauman boleh diamalkan di institusi juga di mana
sesetengah kumpulan kaum tidak diberi peluang pekerjaan dan kemudahan. Walau
bagaimanapun, perkauman bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan dan semua orang
harus dianggap sebagai manusia yang sama.

Selain itu, perkauman juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan sosial. Stereotaip kaum
dan perkauman turut mempengaruhi percaturan politik negara. Parti politik yang berasaskan
kaum yang dibangunkan selepas kemerdekaan telah menyebabkan persaingan antara politik
yang tidak sihat jika kita lihat sekarang kerana setiap parti politik ingin memperjuangkan
agenda dan kepentingan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun, kaum dan perkauman
boleh dilihat di seluruh dunia dan ini telah digunakan untuk membezakan orang kepada
beberapa kumpulan yang mereka labelkan.

Page | 5
MPU3112

Soalan 2 (Cadangan cara-cara untuk mengelakkan prejudis wujud dalam kalangan


masyarakat Malaysia)

Definisi prejudis ini ialah suatu perasaan yang tersimpan di dalam fikiran dan hati seseorang
individu yang berbaur negatif. Perasaan prejudis ini lazimnya tidak disebut secara terbuka,
ianya hanya sangkaan pada seseorang itu. Sangkaan itu pula, tidak diketahui kesahihannya
benar atau sekadar gosip. Prejudis antara kaum ini boleh terjadi apabila sesuatu kaum itu
memandang negatif terhadap kaum yang lain. Prejudis antara kaum ini boleh terjadi jika
sesuatu kaum itu memandang negatif terhadap kaum yang lain. Prejudis yang melampau
terhadap kaum yang lain memang sukar untuk kita ubahnya walaupun kita sudah memberi
mereka bukti-bukti yang kukuh sekalipun untuk membuktikan pemahaman yang mereka
bawa itu salah.

Apakah faktor yang terjadinya sikap prejudis ini? Faktor terjadinya prejudis antara kaum ini
adalah keperibadian seseorang itu melihat orang lain yang lebih rendah dari dirinya. Prejudis
itu wujud apabila dia mulai mencari kelemahan dan keburukan tanpa menyuarakannya.
Perasaan tidak puas hati itu menjadi punca dan faktor sikap ini berlarutan dalam diri
seseorang itu. Kesan prejudis ini boleh beri kesan yang buruk bukan saja pada individu itu,
malahan kepada negara kita sendiri. Prejudis ini dapat merugikan masyarakat secara dan
umum dan organisasi khususnya. Hal ini terjadi kerana prasangka sosial dapat menghambat
perkembangan potensi individu secara maksimal. (S. T. Fiske, 2010) Prejudis ini tidak saja
mempengaruhi tingkahlaku orang dewasa tetapi juga anak-anak sehingga dapat menghadkan
perkembangan mereka berkembang menjadi orang yang memiliki toleransi terhadap
kelompok sasaran misalnya kelompok minoriti. Prejudis ini akan menjadikan seseorang
individu tertentu dengan kelompok individu lain berbeza darjatnya dan menjadikan mereka
tidak mahu bercampur atau bersosial. Jika ini berlaku dalam sesebuah organisasi atau
syarikat,ini akan merosakkan kerjasama. (Dovidio & Gaertner, 2010) Kesimpulan yang boleh
dibuat daripada huraian kesan prejudis ini ialah kehadiran prejudis ini akan mempengaruhi
sikap dan tingkah laku seseorang dalam pelbagai situasi. Prejudis ini boleh menyebabkan
seseorang tidak mahu menyertai atau bergaul dengan kumpulan lain. Sekiranya keadaan ini
wujud dalam organisasi, ia akan mengganggu kerjasama yang baik sehingga usaha untuk
mencapai matlamat organisasi tidak dapat direalisasikan dengan baik.

Page | 6
MPU3112

Walaubagaimanapun, ini adalah cara-cara untuk kita sebagai rakyat Malaysia mengelakkan
sikap prejudis dalam kalangan masyarakat. Cara-cara yang pertama ialah, mengadakan
dialog bertanya secara ilmiah antara kaum dan agama. Dialog bertanya merupakan cara yang
berkesan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan agama. Pendekatan ini mula
diterima ramai setelah mendapat pengiktirafan. Selain itu, memperbanyakkan mengikuti
diskusi tentang peradaban, agama dan kaum mengkategorikan kelompok sosial yang spesifik
kepada kumpulan sosial yang lebih besar dan luas. Sebagai contohnya, kategorikan Melayu,
Cina dan India ini adalah kelompok sosial yang spesifik kepada Malaysia (1 Malaysia)
sebagai kelompok sosial yang lebih besar.

Cara kedua yang dapat mengelakkan prejudis antara kaum ialah banyakkan bertanya,
berinteraksi antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia; jiran, rakan-rakan dan
masyarakat. Caranya dengan meningkatkan kekerapan berinteraksi antara individu berlainan
kaum atau sosial, iaitu membina persahabatan dengan kawan-kawan pelbagai agama dan
bangsa. Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bercampur kelompok sosial seperti
aktiviti sukarelawan, misi bantuan banjir yang bertujuan untuk membantu kumpulan sasaran
yang berbeza-beza kaum dan agama. Selain itu, mengembara atau melancong untuk
mengenali lebih cara hidup dan budaya berlainan bangsa.

Seterusnya, cara yang ketiga adalah memahami konsep. Konsep yang dimaksudkan ialah
melalui pembacaan ilmiah yang mampu memberi kesan positif dalam peribadi individu itu,
melalui perkongsian, dan juga pengalaman. Individu ini perlulah berusaha untuk menghargai
kelebihan dan perbezaan setiap individu walaupon mereka berasal dari kelompok sosial yang
berbeza. Contoh untuk beri rakyat tahu tentang konsep ini boleh dilakukan dengan tularkan
perisian ilmiah di dalam media sosial, supaya orang ramai lebih cakna tentang isu ini.
Disamping itu, boleh adakah kempen-kempen tentang bahayanya prejudis ini. Cara-cara yang
terakhir ini ialah dengan memberi contoh yang baik. Cara ini membawa maksud
memupukkan semangat kemanusiaan dalam diri individu itu dari kecil lagi, maknanya, dari
rumah mereka sendiri. Didikan keluarga sangat penting untuk mendapatkan contoh yang baik
ini. Ibubapa berperanan besar bagi mendidik anak-anak mereka untuk bersikap jujur dan
ikhlas terhadap keluarga berbeza kaum. Anak-anak mempelajari tingkahlaku sosial
berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh orang di sekeliling mereka. Perlu kita tahu, orang
dewasa yang kerap kali menunjukkan sikap prasangka buruk , mereka boleh mempengaruhi
anak-anak untuk bersikap demikian.
Page | 7
MPU3112

Soalan 3 (Temubual mengenai isu sensitif hubungan antara kaum)

Dapatan temubual bersama Pn S tentang isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian
negara

Transkrip Temubual

Penemubual : Selamat pagi, Puan S. Boleh saya ambil sedikit masa puan untuk bertanyakan hal-hal
hubungan etnik?
Puan S : Selamat Pagi. Sudah tentu, silakan duduk.
Penemubual : Saya Wan Nadhira, pelajar dari OUM ingin menemubual puan. Sekarang ini saya nak
tanya puan, apakah pendapat puan tentang isu sensitif yang boleh menggugat
keharmonian negara Malaysia ini? Isu-isu sensitif ini jika kita biarkan saja berlarutan
sudah tentu boleh menggugat keharmonian negara jika kita tidak bendung. Isu yang
saya maksudkan ini antaranya yang pertamanya, isu makanan, contohnya daging
lembu. Kenapa orang India sangat sensitif dengan isu daging lembu dan kenapa
sesetengah orang India tidak makan daging lembu? Dan apa pendapat puan tentang
isu itu?

Puan S : Pada asasnya, isu ini berkait rapat dengan soal agama Hindu itu sendiri. Bila kita
sebut negara yang berbilang kaum terutamanya di Malaysia ini kita ada tiga utama
kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Kita perlu ada perasaan hormat sesama kaum. Di
dalam dunia ini, atau kita sendiri di rumah sendiri perlu hormat antara satu sama lain.
Contoh, anak perlu hormat kepada ibu bapa, dan begitu juga ibu bapa hormat pada
anak-anak mereka. Usaha ini perlu dididik supaya dapat menyemai rasa hormat dalam
keluarga. Ini sangat penting untuk dipraktikkan di dunia luar juga bagi mendapatkan
keharmonian dalam keluarga dan juga pada negara kita. Ibu bapa perlu mainkan
peranan yang penting bagi menyiapkan anak-anak mereka dengan sikap hormat
kepada orang yang berbeza dengan diri mereka. Sebagai contohnya, ibu yang
berbangsa India, perlu mendidik anak mereka untuk menerima dan menghormati
jirannya yang berbangsa Melayu supaya mereka tahu di Malaysia ini wujudnya
berbilang kaum. Sekolah juga perlu mainkan peranan untuk mengajar murid-murid
untuk hormat kepada kaum yang berbeza dengan mereka. Tentang isu makanan

Page | 8
MPU3112

daging lembu ini, saya hormati agama lain yang tiada masalah untuk memakan
daging lembu tetapi, bagi kaum India, lembu ini dihormati kerana lembu ini adalah
simbol ketuhanan bagi agama Hindu. Disebabkan homat kepada tuhan, sebab itu saya
tidak memakannya. Lembu adalah alam semulajadi yang dipandang tinggi dalam
agama Hindu kerana lembu yang mengeluarkan susu itu kita beri kepada anak-anak
kita. Begitu juga saya, jika saya melihat kawan-kawan Melayu makan daging lembu,
saya tidak mengecam mereka kerana saya hormat dengan agama lain yang tidak
menghalang penganut itu makan makanan seperti daging lembu. Ini penting untuk
mengekalkan keharmonian dalam jabatan saya, perlu ada hubungan baik dengan
rakan-rakan sekerja.
Penemubual Baik, saya faham Puan S. Seterusnya puan, apakah pendapat puan dengan isu
perayaan pula? Perayaan yang saya maksudkan ini contohnya ketika Hari
Thaipusam. Orang India memecahkan kelapa dan menindik dan cucuk besi-besi di
badan mereka dan berarak dijalan raya depan Kuil Batu Caves. Mengapa sesetengah
kaum India merasakan hal ini sensitif jika mengutarakan soalan-soalan seperti,
kenapa membazirkan baling kelapa di jalan raya dan mengapakah mereka menyakiti
diri sendiri untuk cucuk-cucuk besi dibadan mereka.
Puan S Okay faham. Tentang isu perayaan ini, seperti yang saya katakan, ini terjadi kerana
kepercayaan seorang individu itu percaya tentang hari untuk memohon ampun kerana
dosa yang lepas dan menunaikan nazar untuk meminta sesuatu hajat kepada Dewa
Murugan, dan jika permohonan itu dikabulkan, akan ada satu acara diadakan sebagai
tanda kesyukuran. Kepercayaan sebegini memerlukan satu sistem kepercayaan yang
kuat kepada apa yang kita anuti, sebenarnya jika ada kaum lain yang merendah-
rendahkan apa yang kaum India lakukan, jika seseorang itu terasa kecil hati, itu hanya
sebab ego diri orang itu yang tercabar. Itu tidak menjejaskan sepenuhnya dengan isu
perayaan itu. Jika dia boleh mengawal perasaan egonya, segala cemuhan dan makian
daripada kaum yang berbeza darinya, tidak akan terjejas.
Penemubual Apakah lagi isu-isu yang puan rasakan boleh beri kesan kepada kaum India di
Malaysia ini selain isu makanan dan perayaan? Ada tak isu yang melibatkan warna
kulit?
Puan S Saya rasa isu warna kulit tidak menjadi satu isu besar kerana itu adalah isu di
seluruh dunia. Ini kerana saya pun boleh dikatakan kulit yang agak sawo matang
menyamai warna kulit orang Melayu, Cina, dan ada juga kaum lain yang warna

Page | 9
MPU3112

kulitnya agak sama. Jadi, disini isu warna kulit dalam kalangan kaum India bukan
satu isu besar atau sensitif berbanding orang kulit hitam di Afrika atau di Amerika
Syarikat yang sangat agresif dengan isu warna kulit ini.
Penemubual Ya, saya setuju tu puan. Baik puan, apa pendapat puan pula tentang isu agama Hindu
itu sendiri?
Puan S Agama Hindu? Ya betul, isu agama Hindu juga antara isu yang sensitif dihadapi oleh
kaum India. Dari segi gambaran kasar, kaum lain melihat agama Hindu ialah
penyembahan berhala di kuil-kuil. Hindu adalah cara hidup yang mereka percaya
patung berhala dan imej ialah gambaran kepada Tuhan untuk kita tumpukan perhatian
pada aspek doa atau meditasi. Penyembahan berhala merupakan lapisan pertama
dalam agama Hindu. Setiap patung berhala mempunyai nama dan konsep dewa ini
berbeza setiap fungsinya, simbolnya. Gambaran imej patung berhala termasuklah
Vishnu, Lakshmi, Shiva. Parvati, Brahma dan Saraswati. Penyembahan berhala ini
memang dilarang jika dalam agama Islam kan, tetapi dalam agama Hindu, kita
memang ada. Saya tidak mempersoalkan agama selain dari Hindu kerana saya
percaya, setiap agama yang wujud di Malaysia ni dan di dunia ini tujuannya satu,
iaitu mengajarkan benda yang baik untuk menjadi orang yang baik.
Penemubual Baik, Puan S. Boleh saya bertanya tentang isu-isu gelaran yang pernah dihadapi oleh
puan?
Puan S Isu gelaran seperti ejekan-ejekan dari kaum lain ke maksud kamu? Ya, ketika kecil
dahulu pernah mengalami situasi sebegini. Pada waktu itu, saya tidak mengerti apa
yang dimaksudkan. Namun, setelah meningkat dewasa ini, saya dapat menyimpulkan
bahawa perbuatan itu tidak berbaloi untuk kita berbalas dengan pergaduhan atau
bertengkar mulut kerana isu itu hanya mencabar perasaan ego seseorang individu itu
sahaja. Jika diri kita kuat mental dan pandai mengawal emosi diri, kita pasti tidak
terjejas dengan isu ejeken seperti “keling atau paria”. Sebenarnya, cara panggilan
gelaran sebegitu hanya untuk menyakitkan hati kaum India. Mungkin jika didalam
kaum komuniti India ada yang terkesan. Tetapi, bagi saya, saya tidak kisah dengan
gelaran sebegitu. Rakan-rakan sepejabat saya juga tidak pernah mengejek atau
mengasingkan saya di pejabat hanya kerana saya India, atau kulit berwarna gelap atau
saya menyembah patung berhala. Ini semua adalah ada rasa hormat menghormati
antara satu sama lain dan rasa semangat kekitaan dalam Malaysia. Kita semua satu
negara, satu Malaysia.

Page | 10
MPU3112

Penemubual Baik Puan S. Terima kasih atas penerangan yang terperinci ini. Sangat menarik untuk
mengenali tentang agama Hindu dan apa isu-iu yang dihadapi oleh kaum India. Saya
rasa ini sahaja yang saya ingin bertanyakan hal kepada puan. Saya ucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kerana sanggup meluangkan masa pagi ini bersama
saya. Terima kasih sekali lagi Puan S.
Puan S Okay, sama-sama. Semoga berjaya.

Secara ringkasan, daripada dapatan temubual yang dilakukan pada 30/6/2022, sesi temubual
ini menerangkan tentang isu-isu yang menggugat keharmonian negara. Temubual ini
difokuskan kepada kaum India di Malaysia, salah seorangnya ialah Puan S. Isu-isu berbangkit
yang boleh menggugat keharmonian negara ialah isu makanan, perayaan, warna kulit, agama
dan juga isu gelaran. Kajian temubual ini menerangkan penilaian analisis data beradasarkan
tindak balas penemubual dan Puan S terhadap soalan-soalan yang diberikan, rujukan dan
pemerhatian yang telah dijalankan oleh saya. Soalan yang saya ajukan untuk mengetahui isu-
isu yang menggugat keharmonian negara dan digunapakai di dalam tugasan ini. Berdasarkan
transkrip temubual di atas, Puan S membincangkan isu yang pertama iaitu isu makanan yang
sangat sensitif dalam kalangan kaum India. Ini kerana, bagi kaum India, lembu adalah
simbolik kepada sesuatu yang suci maka menyembelih dan memakannya adalah satu
tindakan yang tidak boleh diterima oleh kaum India. Seterusnya, soalan kedua yang diajukan
pada Puan S oleh penemubual ialah isu perayaan. Isu perayaan yang menjadi isu sensitif ialah
perayaan Thaipusam. Perayaan Thaipusam ini merupakan hari dimana para penganut agama
Hindu memohon keampunan kepada tuhan dan melakukan nazar untuk menebus segala dosa-
dosa yang mereka lakukan. Selain itu, isu warna kulit yang diajukan oleh penemubual, dan
mengikut kepada penerangan Puan S, isu ini tidak lagi menjadi satu isu besar baginya kerana
isu warna kulit ini adalah isu yang berlaku di seluruh dunia dan setiap kaum juga memiliki
kulit berwarna cerah, gelap atau sawo matang. Seterusnya, isu agama yang dibincangkan
diatas mengenai agama Hindu ini adalah satu agama yang melakukan penyembahan berhala
di kuil-kuil. Penyembahan berhala ini dilakukan oleh sebab inginkan kaum mereka tentang
tuhan mereka tapi bukannya patung itu tuhan mereka. Patung sembahan berhala itu hanyalah
gambaran simbolik kepada dewa-dewa yang mereka puja iaitu Vishnu, Lakshmi, Shiva.
Parvati, Brahma dan Saraswati. Isu yang terakhir yang ditemubual ialah isu gelaran. Isu ini
terjadi oleh ejekan dari kaum lain yang hanya sekadar ingin menyakiti hati kaum India

Page | 11
MPU3112

dengan panggilan yang tidak sepatutnya disebut. Isu ini bersangkut paut dengan cara
seseorang individu itu berhadapan dengan situasi itu, jika ego seseorang itu tercabar, maka
berlakulah perasaan tidak puas hati diantara kaum. Namun begitu, jika seseorang dalam kaum
India sentiasa berfikiran positif dan tidak melayan perasaan ego mereka, mereka akan dapat
menangani situasi tersebut dengan baik tanpa berlaku pergaduhan. Secara kesimpulan,
temubual ini berjaya dilakukan dengan bantuan Puan S dan dapat mencapai matlamat dalam
tugasan ini untuk menemubual salah seorang rakan yang berlainan kaum dengan
mengemukakan isu-isu yang menggugat keharmonian negara iaitu, isu makanan. perayaan,
warna kulit, agama dan gelaran.

Page | 12
MPU3112

Berikut saya lampirkan bukti gambar temubual yang dilakukan di Jabatan Rekod Perubatan,
Unit Statistik, Hospital Selayang.

Page | 13
MPU3112

Page | 14
MPU3112

Kesimpulan

Untuk tugasan kali ini saya cuba mengaitkan konsep asas hubungan etnik dengan realiti
masyarakat di Malaysia ini. Tidak dinafikan, banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya konflik seperti rasisme dan prejudis antara kaum di negara ini. Konflik ras dan
budaya antara masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat
dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik,
masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula,
apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan menambahkan lagi masalah perkauman.
Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.

Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan


dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk
mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi
oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan
kepada kita bahawa konflik antara etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-
kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat
pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.

Maka, faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu


mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu. Semua
rakyat Malaysia perlulah memainkan peranan untuk mengawal isu perkauman ini, ianya
bermula dari rumah, sekolah dan juga dari badan-badan kerajaan negara Malaysia.

Page | 15
MPU3112

Rujukan

References

Dovidio, J. F., & Gaertner, S. L. (2010). Intergroup Bias.

Hussiin, H. (2009, Mei 13). Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia . Jurnal
UMP_Sains Sosial & Pengurusan Teknologi 1, 13-22. Retrieved Jun 26, 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-
Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu

Macionis, J. J., Jansson, S. M., Benoit, C. M., & Burkowicz, J. (2017). Society The Basics
(Sixth Canadian Edition ed.). Pearson Toronto. Retrieved Jun 28, 2022

Nordin, M., & Hussiin, H. (2011). Pengajian Malaysia (Edisi Keempat ed.). Shah Alam
Oxford Fajar. Retrieved June 26, 2022

S. T. Fiske, D. T. (2010). Handbook of Social Psychology. John Wiley & Sons, Inc.

Ting Chew, P. (1987). Hubungan Ras Dan Etnik :Suatu Pengantar. Pustaka Dimensi.
Retrieved Jun 28, 2022

Wikipedia. (2017). Rasisme.

Page | 16
MPU3112

TUGASAN 2

Laporan Reflektif

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya
dipermudahkan urusan untuk menyiapkan tugasan-tugasan Hubungan Etnik, MPU3112 untuk
semester Mei 2022 ini mengikut masa yang ditetapkan. Ketika mempersiapkan tugasan
subjek Hubungan Etnik ini, saya telah menerima pelbagai pengalaman yang baru dan tidak
disangka-sangkakan dalam keadaan secara langsung dan tidak langsung. Cabaran untuk
menyiapkan tugasan ini sebagai ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil, seorang isteri
yang bekerja, seorang penjawat awam yang mendedikasikan masa untuk bekerja, telah
menguatkan lagi saya untuk bertungkus lumus siapkannya mengikut masa yang diberikan.
Sebelum memulakan tugasan ini, sejujurnya saya tidak memahami langsung apa itu
hubungan etnik, dan apakah kaitannya dengan diri saya, keluarga dan juga rakyat Malaysia.

Setelah membuat sedikit penyelidikan dan sedikit pembacaan menggunakan buku kegemaran
pensyarah saya iaitu Pak Ku (Ku Hasnan Ku Halim), dan beliau juga salah seorang penulis
didalam buku Modul Hubungan Etnik oleh Shamsul Amri Baharuddin, saya mendapati
banyak yang saya kurang cakna dengan sejarah Malaysia ini. Hubungan etnik bukan sahaja
menceritakan tentang budaya atau kaum, malahan subjek ini juga menceritakan sejarah-
sejarah Malaysia , perpaduan Malaysia, konsep-konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi,
perlembagaan Malaysia, permuafakatan politik, kepelbagaian agama, segregasi ke intergrasi
dan pelbagai lagi topik yang memberi gambaran tentang menariknya Malaysia jika kita
pelajari dengan lebih dalam.

Sepanjang pembelajaran Hubungan Etnik, saya dapati kursus ini merupakan medium
pengenalan kepada saya tentang apa yang dialami oleh masyarakat sebelum ini dan apa pula
langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi sebarang isu yang timbul di Malaysia.
Secara kasar, telah banyak yang dapat saya pelajari mengenai subjek ini, dan kini baru saya
tahu betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk harus menjaga dan memupukkan
keharmonian rakyat di Malaysia. Jelaslah bahawa, kita sebagai rakyat Malaysia mesti
menyuburkan keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan antara kaum kerana itulah asas
penting untuk menjadikan negara kita lebih maju ke hadapan. Keharmonian kaum mestilah
dijaga, setiap kaum di Malaysia ini seharusnya menghormati budaya dan agama kaum lain.
Page | 17
MPU3112

Kita sebagai rakyat perlulah sedar bahawa Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum, budaya dan agama. Selain daripada itu, kita perlu juga menghormati dialek-dialek
bahasa yang digunakan oleh negeri-negeri yang mempunyai bahasa mengikut suku kaum
masing-masing. Budaya mengejek dengan bahasa kesat dengan cara mengeji sesuatu kaum
dan budaya hanya mengundang kepada pergaduham dan perbalahan antara rakyat. Integrasi
dapat menyatukan kita semua dari kelompok etnik yang berbeza mnejadi satu, oleh sebab
itulah keharmonian dan integrasi ini harus bergerak seiring bagi mendapatkan perpaduan
kaum dalam negara dan dapat mencapai kejayaan dalam pembangunan Malaysia yang kukuh
dan hebat di mata dunia. Tugasan ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian
dengan cara memahami budaya dan kaum lain seperti didalam temubual bersama rakan yang
berbeza kaum. Dari dapatan temubual tersebut, saya mendapati, tidaklah semua kaum India
itu mempunyai perasaan prejudis, stereotaip atau diskriminasi terhadap agama, budaya, atau
bangsa yang berbeza dengan mereka. Kesemua perasaan negatif itu datangnya dalam diri
seseorang indiviidu itu sendiri.

Demi mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum, cadangan yang boleh kita
ambil untuk menambahbaikkan modul Hubungan Etnik ialah dengan membuat kempen
perpaduan besar-besaran melalui media sosial, televisyen dan radio. Kerajaan perlulah
memainkan peranan yang penting untuk bersama-sama mempromosikan kempen perpaduan
sesama bangsa seperti Satu Malaysia. Kita bakal menyambut Hari Merdeka pada bulan
hadapan, maka kita boleh mengambil peluang ini untuk memperingati pembentukan Malaysia
dan penyatuan ini dapat menyatu padukan rakyat pelbagai bangsa untuk bersama-sama
meraikan sambutan Merdeka nanti.

Tujuan utama usaha ini adalah untuk mencapai kejayaan negara yang bersatu padu,
menyemarakkan semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia dalam membina perpaduan
antara kaum. Langkah untuk mewujudkan Malaysia sebagai negara yang bersatu padu
perlulah berterusan usahanya supaya apa yang kita perjuangkan dapat dicapai dan
diperkukuhkan. Melalui kursus ini, saya belajar untuk memahami perbezaan budaya, adat
resam dan pelbagai dialek bahasa kerana negara kita terdiri daripada etnik-etnik seperti
Melayu, India, Cina, Iban. Selain itu, semua rakyat mestilah bersatu padu untuk membina
sebuah negara yang aman dan harmoni. Saya rasa perkara yang paling penting ialah
memupuk semangat patriotik cinta akan tanah air, dan semangat perpaduan negara.

Page | 18
MPU3112

Perpaduan atau penyatuan merupakan hadiah atau rezeki yang tidak ternilai inilah yang
melambangkan simbol kita sebagai manusia yang bersatu padu. Dengan perpaduan kita dapat
membina hubungan keluarga, masyarakat dan negara. Perpaduan ini mestilah bermula dari
dalam individu itu sendiri. Jika terdapat perpaduan dalam pemikiran seseorang yang beremosi
dan tindakan itu akan mencerminkan bagaimana seseorang itu bertindak dan berinteraksi
dengan orang lain. Rakyat Malaysia yang berasal dari etnik yang berbeza mestilah selalu
peka dengan kaum lain dan haruslah saling hormat-menghormati. Setiap rakyat Malaysia
perlu mempunyai keazaman untuk mengambil langkah pertama dengan bersahabat dari
pelbagai kaum.

Bagi mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum ini tidak perlu menunggu
aktiviti-aktiviti atau program yang anjurannya dari kerajaan atau pihak bukan kerajaan. Hal
ini kerana, kita sendiri boleh melalukan program ini di kawasn kejiranan bersama jiran
tetangga. Berpakat bersama-sama untuk menjayakan program di masjid-masjid, di dewan
serbaguna atau di padang untuk menjalankan aktiviti seperti aktivit mencegah denggi di
kawasan longkang sekitar kejiranan. Apabila kita hidup di dalam Malaysia yang sedia
maklum memang mempunyai pelbagai jenis kaum ini, kita mesti belajar untuk berkongsi
dengan mereka sekali.

Kesimpulannya, saya berasa bahawa tugasan ini banyak membantu saya dalam profesion
sebagai penjawat awam ini kerana selain memahami tanah air yang tercinta ini, saya
mempelajari cara mengekalkan hubungan etnik dan menjaga dan menyuburkan keharmonian
rakyat Malaysia, sama seperti di pejabat, ada etnik yang berbeza dari saya, maka dengan
subjek Hubungan Etnik ini membuatkan saya lebih peka dan timbul rasa ingin tahu tentang
kaum yang lain dari segi agama, budaya dan bahasa etnik itu. Saya merasakan modul
Hubungan Etnik ini berjaya mengubah pemikiran saya tentang kewujudan sebenar kaum-
kaum lain selain kaum Melayu.

Page | 19
MPU3112

TUGASAN 3

Penyertaan Kelas Dalam Talian

Lima (5) respon terbaik yang telah diposkan ke dalam forum (screenshot)

Page | 20
MPU3112

Page | 21

You might also like