You are on page 1of 21

MPU2363

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

SEMESTER 1 / TAHUN 2023

MPU2363

PENGAJIAN MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 040801120368001


NO. KAD PENGENALAN : 040801-12-0368

NO. TELEFON : 0102323682

E-MEL : safiyyah0368@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : LEARNING CENTRE LAHAD DATU

1
MPU2363

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2.a) Sebab-sebab Malaysia berusaha mempromosikan Dasar Pandang ke Timur

2.b) Penglibatan Malaysia dalam PBB atau OIC mempengaruhi keputusan dasar luar

2.c)i. Tindak Balas Malaysia terhadap sekatan

2.c)ii. Implikasi dasar luar dan hubungan dengan negara-negara lain

2.c)iii. Usaha Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan


pengantungan masa kepada mana-mana negara

2
MPU2363

1. Pengenalan

Dasar luar Malaysia merupakan suatu dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Malaysia
memainkan peranan yang penting dalam bekerjasama dengan negara lain melalui pelbagai
aspek. Sebagai contoh, Malaysia aktif dalam pelbagai bidang seperti
perdagangan ,pembangunan sosial dan alam sekitar.Sejak Malaysia mencapai zaman
kemerdekaan,Malaysia mulai aktif bekerja kearah kestabilan global politik,sosioekonomi dan
keselamatan negara dari pelbagai sistem.Malaysia mula menjalinkan hubungan dengan semua
negara kecuali negara Israel.Hal ini dikatakan demikian kerana,negara Israel dibangunkan
dan ditubuhkan di atas tanah masyarakat Palestin secara haram. Selain itu, kekejaman Zionis
yang menindas seluruh masyarakat Palestin muslim dan bukan muslim menyebabkan negara
Malaysia mengistiharkan secara rasmi untuk tidak mengiktirafkan negara Israel sejak tahun
1966.

Terdapat lapan faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Antaranya ialah sejarah.
Hubungan di antara Malaysia dengan negara asing sangat berkait rapat dengan latar belakang
sejarah. Sebagai contoh,dari segi sejarah,hubungan Malaysia dengan negara Brunei,
Singapura dan Indonesia amatlah penting. Hal ini dikatakan demikian kerana,negara tersebut
merupakan sebahagian kelompok negara di kepuluan Melayu pada masa dahulu. Selain itu,
keselamatan negara. Keselamatan negara merupakan faktor yang penting. Hal ini
kerana,dengan tidak adanya keselamatan yang baik dan terjamin, negara akan diancam dan
ditindas oleh musuh dari negara luar. Oleh itu, negara Malaysia perlulah menjalinkan
hubungan yang baik,mewujudkan perpaduan yang baik dan tidak campur tangan hal ehwal
negara luar untuk bersama-sama memerangi kegiatan keganasan yang tidak diingini.
Seterusnya, demografi.Malaysia kaya akan kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India
dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai kaum di negara ini mempunyai hubungan dengana negara
asal mereka. Hal ini menyebabkan hubungan di antara negara Malaysia dan negara luar
kukuh. Di samping itu,geostrategik.Kedudukan negara Malaysia yang strategik dan
merupakan laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kegiatan ekonomi seperti perdagangan
kerap dilakukan di kawasan tersebut. Oleh itu, amatlah penting bagi Malalaysia mengekalkan
hubungan baik dengan negara luar bagi menjaga ekonomi negara. Seterusnya,
ekonomi.Malaysia perlulah mengekalkan hubungan yang baik dengan negara luar agar
ekonomi kekal maju. Hal ini kerana,untuk mengekalkan keperluan rakyat, Malaysia
memerlukan barangan daripada negara luar. Kemudian, struktur politik negara. Sistem
demokrasi berparlimen diamalkan bagi mengadakan pilihan raya yang diadakan setiap lima

3
MPU2363

tahun. Hal ini untuk melantik pemimpin bagi mengetuai jentera pentadbiran
negara.Seterusnya, globalisasi. Dasar luar negara yang berwawasan amatlah penting bagi
memelihara kedaulatan negara.Akhir sekali,undang-undang antarabangsa.Bagi memastikan
kedaulatan negara kekal terjamin,Malaysia perlulah menghormati Piagam Bangsa-Bangsa
Bersatu dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa.

4
MPU2363

a) Mengapakah Malaysia berusaha untuk mempromosikan Dasar Pandang ke Timur?


Huraikan.

Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir
Mohamad pada tahun 1981.Dasar ini dalam usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan
amalan yang baik untuk bertujuan membangunkan negara kita. Malaysia berusaha untuk
mempromosikan Dasar Pandang Ke Timur kerana untuk mewujudkan golongan Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif.Hal ini dikatakan demikian
kerana,budaya timur iaitu Jepun dan Korea Selatan yang menanamkan sifat kerajinan dalam
diri,disiplin sewaktu bekerja,kesetiaan kepada negara,keutamaan kepada kumpulan dan
bukannya secara individu,peningkatan daya pengeluaran perbezaan eksekutif dengan pekerja.

Selain itu, Malaysia berusaha untuk mempromosikan Dasar Pandang ke Timur untuk
menyebabkan perubahan beberapa struktur pentadbiran kerajaan.Hal ini dapat mewujudkan
penubuhan kumpulan untuk meningkatkan mutu pekerja dalam bekerja,pengenalan bagi
konsep pejabat terbuka,penwujudan kad pekerja dalam bekerja dan penggunaan tanda
nama.Kerajaan juga memperkenalkan beberapa konsep yang positif kepada orang awam
seperti “Kepimpinan Melalui Teladan”.

5
MPU2363

b) Bagaimanakah penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mempengaruhi keputusan dasar
luarnya? Jelaskan beserta contoh-contoh.

Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi bukti yang
jelas untuk Malaysia dalam bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
sekaligus dalam menjaga hak asasi manusia tanpa mengira warna kulit,bangsa dan
agama.Dengan adanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keamanan dan
keselamatan dunia dapat dikekalkan.Hal ini dapat dilihat melalui empat perkara
iaitu,mendorong Piagam PBB.Dengan mendorong Piagam PBB,negara kita dapat
menegakkan hak asasi manusia dan dapat menjaga kehormatan kedaulatan wilayah negara
lain.Tamsilnya,dengan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain kerana ia
dapat merosakkan keharmonian yang dipupuk dan keaamanan negara akan terjejas.Selain
itu,memberikan sumbangan untuk misi keselamatan.Sumbangan besar yang diberikan oleh
Malaysia adalah untuk menjayakan misi keselamatan yang dianjurkan oleh PBB di negara-
negara yang berkonflik.Kepentingan pasukan keselamatan ini adalah untuk,mengawasi
gencatan senjata dan memastikan keselamatan penduduk sekitar terjamin.Antara misi
keselamatan yang disertai oleh Malaysia ialah di
Congo,Somalia,Bosnia,Namibia,Herzegovina,Lubnan,Kemboja,Ethiopia dan Timor Leste.

Seterusnya,terlibat dengan agensi di bawah PBB.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


mempunyai banyak badan yang berfungsi secara lansung atau tidak lansung.Terdapat
beberapa contoh badan yang aktif di disertai oleh Malaysia.Antaranya ialah,United Nations
Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak PBB) UNICEF,World Health Organization
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) WHO dan Food and Agriculture Organization (Pertubuhan
Makanan dan Pertanian) FAO.Antara agensi serantau PBB ialah Asian Development Bank
(Bank Pembangunan Asia) ADB dan Economic Commission for Asia and the Far East
(Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh) ECAFE.Di samping itu,membenarkan rakyat
Malaysia untuk terlibat dalam agensi PBB.Hal ini dapat membuktikan bahawa rakyat
Malaysia bersungguh untuk memperjuangkan keamanan negara mereka.Antara tokoh
Malaysia yang terlibat dalam agensi PBB ialah Tan Sri Dr.Jemilah Mahmood.Beliau
merupakan seorang doctor perubatan dan aktivis kemanusiaan.Pada tahun 2008,beliau

6
MPU2363

merupakan seorang daripada 16 orang Penasihat Kumpulan Tabung Tindakan Kecemasan


Pusat.Pada tahun 2009 sehingga 2011 pula,beliau terlibat dalam United Niations Population
Fund (UNFPA) manakala pada tahun 2014 beliau merupakan Ketua Sekretariat Sidang
Kemuncak Kemanusiaan Dunia di PBB yang menyelaraskan aktiviti kemanusiaan di seluruh
dunia.

7
MPU2363

c)i. Bagaimanakah Malaysia boleh bertindak balas terhadap sekatan ini?

Malaysia boleh mengambil beberapa tindakan untuk bertindak balas terhadap sekatan
ekonomi yang dikenakan oleh kuasa-kuasa besar global.Terdapat beberapa langkah yang
boleh diambil:

1.Penguatan Hubungan Dagang:Malaysia memperluaskan pasaran eksport Malaysia agar


dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran yang telah terjejas diakibatkan oleh
sekatan.Oleh itu,Malaysia perlulah memeperkuatkan hubungan dagang dengan negeri-negara
luar bagi mengurangkan kesan sekatan ekonomi.

2.Kerjasama Serantau:Malaysia boleh menjalinkan hubungan dengan negara-negara serantau


bagi menghadapi sekatan ekonomi bersama-sama.Dengan mempunyai hubungan yang baik
bersama negara-negara serantau,Malaysia dapat memperkuatkan dan mengekalkan
kedudukan negara dan dapat meningkatkan daya saing dalam menghadapi sekatan ekonomi.

3.Negosiasi Diplomatik:Malaysia menggunakan diplomasi untuk berunding dengan kuasa-


kuasa besar dan mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan.Malaysia boleh mencuba
mengurangkan sekaligus menghapuskan sekatan ekonomi yang berlaku melalui perundingan.

4.Diversifikasi Ekonomi:Malaysia boleh membangunkan sektor-sektor ekonomi yang baharu


dan mengurangkan ketergantungan pada sektor-sektor yang telah terjejas oleh sekatan
ekonomi.Malaysia juga dapat mengurangkan kesan-kesan negatif sekatan ekonomi yang
dihadapi.

5.Peningkatan Keupayaan Dalam Negeri:Malaysia boleh meningkatkan keupayaan negara


melalui penghasilan produk dan memperkenalkan perkhidmatan yang diperlukan oleh
masyarakat.Hal ini dapat,mengurangkan ketergantungan pada import dan mengelakkan
berlakunya sekatan ekonomi daripada berlaku.

6.Peningkatan Inovasi dan Teknologi:Melalui peningkatan inovasi dan teknologi dalam


sektor-sektor utama,Malaysia dapat mengurangkan daya saingnya dan dapat mengurangkan
kesan sekatan ekonomi.

7.Peningkatan Kesedaran Awam:Malaysia boleh meningkatkan kesedaran awam melalui


memberikan galakan kepada rakyat untuk tindakan yang diambil.Dengan hal ini,Malaysia

8
MPU2363

dapat mengangani sekatan ekonomi kerana adanya sokongan yang lebih besar daripada
rakyat.

Kesimpulannya, tindakan yang diambil oleh Malaysia untuk bertindak balas terhadap sekatan
ekonomi perlulah berdasarkan kepentingan nasional dan kesannya pada masa yang akan
dating.

9
MPU2363

ii.Apakah implikasinya terhadap dasar luar dan hubungannya dengan negara-negara


lain?

Kuasa-kuasa global mempunyai kuasa kekuatan ekonomi yang besar dan sering
menggunakan sekatan ekonomi sebagai alat mereka untuk mencapai tujuan ekonomi dan
politik.Berikiut merupakan implikasi yang mungkin akan terjadi:

1.Dampak ekonomi:Negara yang dikenakan sekatan ekonomi mungkin akan mengalami


masalah penurunan yang besar dari segi ekonomi,inflasi dan juga akan mengalami kes
pengangguran yang tinggi.Hal ini dapat menganggu kehidpuan sehari-hari penduduk yang
tinggal di negara tersebut.

2.Pengaruh terhadap kebijakan luar negeri:Mencari jalan penyelesaian dengan dengan


mencuba untuk menghindari ataupun mencari dukungan daripada negara-negara luar yang
lain.

3.Dampak global:Dampaknya dapat meluas ke peringkat global.Negara yang menyebabkan


sekatan adalah merupakan salah satu pemain utama dalam perekonomian global.Sekatan
ekonomi dapat menyebabkan ketidakstabialn global,mempengaruhi harga komoditas di pasar
global dan sebagainya.

4.Perubahan dalam hubungan bilateral:Sekatan ekonomi yang dikenakan dapat menjejaskan


hubungan bilateral diantara negara yang memberlakukan sekatan dan negara yang mendapat
sekatan.Negara yang dikenakan sekatan kemungkinan akan mencari tempat dagangan dan
investasi yang baharu bagi mengurangkan kebergantungan pada negara yang memberlakukan
sekatan.

5.Respon dari negara-negara lain:Negara-negara lain akan memilih sama ada untuk
mendukung negara yang dikenakan sekatan,mengambil tindakan,memberikan balasan kepada
negara yang mengenakan sekatan dan sebagainya.

Tegaslah bahawa,implikasi ini dapat membentuk perubahan dalam dampak


ekonomi,pengaruh terhadap kebijakan,dampak global,perubahan dalam hubungan bilateral
dan respon dari negara-negara lain.

10
MPU2363

iii.Bagaimanakah Malaysia boleh berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya dan


mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara?

Malaysia dapat mengambil beberapa langkah seperti yang berikut:

1.Pelaburan dalam Pendidikan dan latihan:Malaysia perlulah melabur dalam Pendidikan dan
latihan agar dapat meningkatkan kemahiran perkerja-pekerja tempatan.Hal ini juga dapat
membantu dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing tenaga kerja
tempatan.Kebergantungan Malaysia terhadap perkerja asing dapat dikurangkan.

2.Pembangunan sektor pelancongan:Malaysia perlulah meluaskan sektor pelancongan agar


dapat menarik pelancong asing untuk masuk ke negara Malaysia.Sebagai contoh,Malaysia
mempromosikan dsn memperkenalkan destinasi pelancongan yang unik dan menarik.Selain
itu,dengan meningkatkan infrastruktur pelancongan.Contohnya,hotel,restoran dan pelbagai
kemudahan pelancongan yang lain.

3.Perkembangan sektor ekonomi dalam negeri:Malaysia perlulah memperkuatkan sektor


ekonomi dalam negeri dengan mendorong pertumbuhan industri dan perusahaan
tempatan.Hal ini boleh dilakukan dengan memberikan sokongan kepada perusahaan tempatan
untuk meningkatkan daya saing mereka terhadap negara luar.

4.Pelaburan dalam R&D dan inovasi:Malaysia perlulah meingkatkan pelaburan dalam R&D
dan inovasi.Hal ini dapat membantu meningkatkan keupayaan tempatan dalam menghasilkan
produk dan teknologi yang maju.Oleh itu,kebergantungan Malaysia terhadap negara luar
dapat dikurangkan.

5.Pembangunan sektor pertanian dan pembangunan:Malaysia perlulah membangunkan dan


memperkuatkan lagi sektor pertanian dan pembanguna yang ada di Malaysia.Hal ini agar
dapat mengurangan kebergantungan Malaysia terhadap mengimport makanan dari negara
luar.Sebagai contoh,dengan memberi sokongan dan dorongan kepada petani dan nelayan
tempatan.Menghasilkan dan meningkatkan teknologi yang maju bagi membantu pengurusan
dalam sektor ini.

11
MPU2363

6.Peningkatan perdagangan dengan pelbagai negara:Malaysia perlulah memperluaskan


pasaran eksportnya.Hal ini dengan,menjalinkan kerjasama perdagangan yang kukuh dengan
pelbagai negara.Hal ini juga boleh dilakukan dengan mengekalkan hubungan yang baik
dengan negara-negara serantau.

Dengan mengambil langkah-langkah ini,negara Malaysia dapat mempelbagaikan ekonomi


mereka dan dapat mengurangkan kebergantungan daripada negara luar.

12
MPU2363

TUGASAN 2

i)Bagaimanakah dasar-dasar luar Malaysia memberi kesan kepada anda secara


peribadi?

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu menjalinkan hubungan yang baik
dengan semua negara.Antara maklamat dasar luar Malaysia ialah dapat menjaminkan
keselamatan rakyat dan negara,memelihara kepentingan nasional serta mengekalkan
kedaulatan negara.Selain itu,dasar luar Malaysia juga menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi dan dapat mengekalkan keamanan melalui kerjasama dengan negara
luar.Setelah mempelajari topik dasar luar Malaysia,saya dapat memahami dasar-dasar luar
Malaysia dan kepentingannya.Terdapat beberapa kesan dasar-dasar luar Malaysia yang
memberikan kesan kepada saya secara peribadi.Antaranya ialah dengan menjaga hubungan
kehamonian Negara supaya keharmonian sejagat akan terus terpelihara.Contohnya,isu
pendatang tanpa izin yang telah memasuki sempadan negara kita telah dibincangkan secara
rundingan dengan negara asal pendatang asing tersebut.Hal ini untuk,menjaga keselamatan
rakyat dan negara agar negara kita akan kekal aman dan damai.Saya juga telah mendapat
penjelasan yang jelas mengenai maklamat negara Malaysia dalam menjaga keselamatan dan
mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu,dengan bersikap matang dalam menangani setiap
cabaran.Hal ini dapat menjadikan kita seorang rakyat yang bertanggungjawab dalam usaha
memupuk kesejahteraan dan kestabilan kedaulatan negara.Kita hendaklah menghormati
keputusan dan menghormati dasar negara lain.Contohnya,pelaksanaan hukum luhud di
negara Brunei dan Acheh.Seterusnya,berani dalam menyuarakan pendapat.Hal ini dapat
memelihara keamanan dunia.Contohnya,Malaysia berani mengutuk pencerobohan Israel
terhadap negara Palestin.Seterusnya,bertolak ansur dalam setiap perkara.Sebagai
contoh,negara Malaysia telah mengutamakan kerjasama dan menjalinkan hubungan yang
baik dengan semua negara.Dengan itu,dasar luar amatlah penting dalam menjaga dan
mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.Tindakan dasar luar kepada negara adalah
untuk memastikan kemakmuran dan kestabilan negara kita terjamin.Akhir sekali,kita dapat

13
MPU2363

mengetahui bahawa negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan serantau dan
antarabangsa serta telah aktif dalam pertubuhan-pertubuhan PBB,Komenweldan juga
OIC.Hal ini membolehkan kita mengetahui penyertaan tentera Malaysia dalam melibatkan
diri dalam panji-panji PBB.Malaysia telah menghantar tentera pengaman ke Lubnan dan juga
Bosnia.

ii)Bagaimanakah cara anda boleh mendalamkan pemahaman anda tentang dasar luar
Malaysia dan implikasinya kepada negara dan dunia?

Langkah saya mendalamkan pemahaman saya tentang dasar luar Malaysia dam implikasinya
kepada negara dan dunia:

1) Mengikuti perkembangan semasa: Dengan mengikuti perkembangan semasa,kita dapat


mengetahui perkembangan semasa dalam hubungan luar Malaysia dan negara-negara lain.
Contohnya melalui, berita, laporan dan menganalisis mengenai isu-isu luar negara Malaysia.
Hal ini akan membantu individu dalam mengetahui dan memahami isu-isu luar terkini dan
implikasinya terhadap negara dan dunia.

2) Membaca dan mengkaji dokumen mengenai dasar luar Malaysia: Dengan membaca dan
mengkaji dokumen-dokumen dasar luar Malaysia seperti Dasar Luar Malaysia (DLM) dan
Dasar Luar Negara (DLN). Dokumen tersebut memberikan panduan arah kepada kerajaan
Malaysia terhadap hubungan luar negara.

3) Menghadiri persidangan ataupun seminar: Dengan menyertai persidangan dan seminar


yang berkaitan tentang hubungan luar Malaysia ia dapat memberikan peluang bagi seseorang
individu untuk mendengar pandangan pakar serta berinteraksi dengan guru yang bersidang.

4) Membaca buku dan artikel yang berkaitan: Membaca buku dan artikel yang
membincangkan dasar luar negara dan dasar luar Malaysia mengenai implikasinya kepada
negara dan dunia.

5) Melibatkan diri dalam aktiviti akademik: Hal ini dapat memperoleh pengetahuan yang
lebih mendalam mengenai dasar luar Malaysia dan implikasinya. Contohnya, melibatkan dan
menyertai kursus ataupun program akademik.

14
MPU2363

6) Berbincang dengan pakar ataupun profesional: Kita perlulah mencari peluang untuk
berbincang dengan pakar ataupun profesional mengenai dasar hubungan luar Malaysia. Hal
ini dapat membantu memahami implikasi dasar luar Malaysia secara lebih mendalam.

7) Membuat kajian sendiri: Melakukan kajian secara sendiri mengenai isu-isu luar negara
yang berkait rapat dengan negara Malaysia. Contohnya,dengan mengumpulkan data,
menganalisi maklumat dan membuat kesimpulan sendiri. Hal ini dapat membantu seorang
individu dalam memperdalamkan pemahaman mereka.

Kesimpulannya, dengan mengaplikasikan langkah yang berikut, seseorang individu dapat


mendalamkan lagi pemahaman mereka terhadap dasar luar Malaysia dan implikasinya
terhadap negara dan dunia.

15
MPU2363

iii)Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk kekal termaklum dan
terlibat dengan isu yang paling pentng bagi anda?

Terdapat beberapa langkah untuk mengekalkan saya termaklum dan terlibat dengan isu-isu
yang paling penting bagi saya:

1. Membaca buku, artikel ataupun laporan yang berkaitan mengenai isu-isu yang saya minati.
Hal ini dapat membantu saya dalam memperdalamkan lagi pemahaman saya dan
memperluaskan lagi pengetahuan saya terhadap isu-isu tersebut.

2. Mengikuti perkembangan berita dan menganalisis isu terkini melalui sumber-sumber yang
boleh dipercayai seperti berita, laman web, dan sebagainya.

3. Mengikuti akaun media sosial yang memaparkan isu-isu yang saya minati. Hal ini
memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat terkini dan dapat melibatkan diri dalam
perbincangn yang terkini.

4. Menyertai pertubuhan yang memperjuangkan dan membincangkan mengenai isu-isu yang


saya minati. Ini memberi peluang kepada sya untuk berinteraksi dengan orang luar yang
mempunyai minat yang sama dan bersama-sama untuk membuat perubahan yang wajar.

16
MPU2363

iv.Apakah peranan-peranan yang anda boleh percaya boleh anda mainkan dalam
membentuk dasar luar Malaysia?

Terdapat beberapa peranan yang saya percaya boleh dimainkan dalam membentuk dasar luar
Malaysia:

1. Menyumbangkan idea dan pandangan saya terhadap pembuat dasar melalui penulisan surat
kepada editor,mengambil bahagian dalam kajian awam dan melibatkan atau menghadiri sesi
dialog awam.

2. Menjadi pengundi yang bijak dan menyokong pemimpin yang mempunyai visi yang baik.

3. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti politik yang berkaitan dengan dasar hubungan
antarabangsa.Sebagai contoh,menyertai pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan
isu-isu luar negara.

4. Mempromosikan negara saya dengan memperkenalkan budaya,nilai-nilai dan kepentingan


negara saya ke peringkat antarabangsa.Sebagai contoh,menjual barangan kraf tangan buatan
Malaysia

17
MPU2363

v.Bagaimanakah anda boleh memastikan suara anda didengari mengenai dasar luar?

Untuk memastikan suara saya didengari mengenai dasar luar ialah dengan mengambil
langkah-langkah tersebut.

1. Menggunakan media sosial untuk berkongsi pandangan dan maklumat mengenai dasar luar
Malaysia.

2. Menghadiri sesi dialog awam yang berkaitan dengan dasar luar Malaysia dan memberikan
pandangan saya.

3. Menyertai pertubuhan yang memperjuangkan isu-isu luar negara dan bekerjasama dengan
mereka dalam memperjuangkan perubahan yang diinginkan.

4. Menulis surat kepada editor akhbar ataupun laman web berita untuk menyuarkan pendapat
dan pandangan saya mengenai isu dasar luar Malaysia.

5. Menghubungi pemimpin politik untuk menyuarakan pendapat dan pandangan saya


terhadap kebimbingan saya mengenai isu dasar luar Malaysia.

Kesimpulannya, dengan mengambil langkah-langkah ini,saya dapat memastikan suara saya


didengari oleh orang luar mengenai perbincangan atar pembentukan dasar luar Malaysia.

18
MPU2363

3. Rujukan

1.https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/dasar-pandang-ke-timur-banyak-
menyumbang-kepada-negara-pm/

2. file:///C:/Users/user/Downloads/09%20MPU2363%20T5%20(5).pdf

3. https://www.slideshare.net/nasywah79/malaysia-dan-pertubuhan-bangsa-bangsa-
bersatu-pbb

4. https://bijaktekun.blogspot.com/2016/11/dasar-luar-malaysia.html

5. https://kuseman.com/2019/10/29/malaysia-akan-dikenakan-sekatan-ekonomi/

6. https://www.studocu.com/my/messages/question/3058789/implikasi-kuasa-kuasa-
besar-global-mengenakan-sekatan-ekonomi-terhadap-dasar-luar-dan-hubungannya

7. https://bijaktekun.blogspot.com/2016/11/dasar-luar-malaysia.html

8. https://www.slideshare.net/amirfirdaus14/bab-7-dasar-luar-malaysia

19
MPU2363

4. Online Class Participation (OCP)

20
MPU2363

21

You might also like